Panduan Zoo Singapura: Aktiviti Mesra Keluarga dan Zon Ria

Panduan Zoo Singapura: Aktiviti Mesra Keluarga dan Zon Ria background image

Bagi pengembara yang tercari-cari pengembaraan yang liar dan mempelajari tentang kepelbagaian haiwan yang menakjubkan di Bumi, Zoo Singapura menawarkan pengembaraan yang agung yang boleh dinikmati semua peringkat umur. Sebuah negara yang menjadi wadah tumpuan pelbagai budaya dari seluruh dunia, Singapura terletak di sebuah pulau tropika kecil di Asia Tenggara. Negara ini terkenal dalam kalangan orang muda yang inginkan gaya hidup chic urban serta warga emas yang ingin menikmati ketenangan di celah-celah pemandangan indah. Singapura menawarkan penduduk, serta pengunjung, pusat beli-belah mewah, pengalaman kulinari terbaik dan aktiviti yang meninggalkan memori berkekalan.

Zoo Singapura-aerial

Panduan Kepada Zoo Singapura: Tentang Taman Ini

Meliputi kawasan seluas 69 ekar, Zoo Singapura terletak di sebelah timur pulau ini dan bercirikan reka letak “konsep terbuka” yang memaksimumkan keupayaan haiwan-haiwan untuk berkeliaran dan bercampur seperti ketika berada dalam alam semula jadi. Zoo Singapura terletak di 80 Mandai Lake Road, dan dibuka 7 hari seminggu dari 8:30am hingga 6:00pm.

Di zoo ini, tetamu ditawarkan peluang untuk memerhati lebih daripada 300 spesis haiwan dan serangga dari seluruh dunia. Zoo ini bertemakan hutan hujan dan dibahagikan mengikut zon habitat yang menunjukkan spesis yang tinggal bersama-sama dalam habitat semula jadi mereka. Beberapa haiwan yang tinggal di Zoo Singapura termasuk:

  • Orang Utan
  • Kuda Belang
  • Harimau Putih
  • Iguana Hijau
  • Kakak Tua Electus
  • Sloth Jari Dua
  • Gajah
  • Harimau Bintang

Daftar Masuk ke Grand Jade Hotel (Johor Bahru), Langkah Keluar ke Zoo Singapura

Hotel berhampiran Zoo Singapura-Grand Jade Hotel

CARI & TEMPAH HOTEL DI SINGAPURA

Zoo Singapura-zon

Zon Haiwan di Zoo

Ingin lihat sesetengah haiwan paling eksotik di planet ini dan pelajari tentang bagaimana mereka berinteraksi dalam habitat semula jadi mereka? Zoo Singapura mempunyai konsep pengezonan menarik yang membolehkan haiwan-haiwan bercampur seperti dalam habitat semula jadi mereka, tanpa pemangsa yang menghendap. Lawati semua zon di zoo ini dan pastikan anda sentiasa memegang kamera!

Australasia

Terokai negara “down under” Australia dan pelajari tentang kanggaru dan walabi. Australasia memberikan sekilas gambaran tentang keadaan di Outback, dalam kalangan beberapa mamalia paling unik di planet ini.

Elephants of Asia

Zon Elephants of Asia meliputi satu hektar dan mempunyai lima gajah betina dari Asia. Pengunjung boleh melihat gajah meragut rumput dan bermain selain mempelajari kemahiran sosial dengan pengendali. Datanglah ke zon ini pada 11:30am atau 3:30pm setiap hari dan dengar pembentangan daripada penjaga gajah.

Fragile Forest

Kunjungi biokubah yang menempatkan hutan hujan tropika zoo ini dan pelajari tentang betapa halusnya ekosistem penting ini berbanding seluruh dunia. Di dalam Fragile Forest, pengunjung pasti berasa seronok mencari amfibia, reptilia, burung, dan serangga yang bersembunyi di sebalik tumbuh-tumbuhan. Spesis yang tinggal di Fragile Forest terdiri daripada kumbang badak hinggalah sloth dua jari.

Frozen Tundra

Dengan ciri-ciri eksotik, Frozen Tindra mengalu-alukan pengunjung untuk meneroka landskap yang diketahui ramai tetapi jarang dilawati. Di zon Frozen Tundra, tetamu boleh melihat anjing rakun dan wolverin yang ditemui di kawasan tundra Bumi yang sejuk dan dingin.

Great Rift Valley of Ethiopia

Dengan air terjun yang indah dan struktur batu yang berseni, Great Rift Valley of Ethiopia merumahkan babun, cerpelai dan jackal yang memanjat persekitaran berbatu ini. Pameran ini memaparkan keindahan desa Afrika dan bagaimana haiwan-haiwannya hidup bersama-sama dengan harmoni.

Primate Kingdom

Zon pulau yang luas tempat pelbagai spesis primat dilayan seperti raja, pameran meriah ini membolehkan pengunjung melihat enam spesis primat bergayutan di pokok-pokok dan menikmati kehidupan dalam suasana eksotik dan tropika. Setiap spesis mempunyai pulau sendiri dan menikmati kehidupan hijau yang lebih baik.

Reptile Garden

Anda kagum dengan dinosaur? Jelajah taman reptilia ini dan perhatikan semua haiwan kecil yang telah wujud sejak zaman prasejarah saudara besar mereka. Dalam zon ini, pelawat boleh merayau ke RepTopia dan melihat spesis haiwan malam yang mungkin tidak pernah dilihat dalam dunia liar. Di dalam Reptile Garden, pendidik sentiasa bersedia untuk memberi penerangan ringkas kepada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang pelbagai reptilia yang mereka lihat. Spesis yang ada termasuk kura-kura, buaya, ular, dan juga naga!

Tree Tops Trail

Terokai kanopi hutan hujan tropika dan lihat haiwan-haiwan yang memanggil tempat ini rumah. Di dalam zon ini, pelawat boleh melihat monyet, siamang, lemur, dan tamarin bergayut dari pokok ke pokok dan bermain bersama-sama. Pelawat juga boleh melihat gavial, sejenis buaya pemakan ikan.

Wild Africa

Ternyata merupakan zon paling popular di zoo ini, Wild Africa merupakan tempat berkumpul semua haiwan dari dataran Afrika. Antara haiwan yang berlegar di kawasan ini ialah anjing liar Afrika, cheetah, zirafah, meerkat kecil, warthog, badak putih, dan kuda belang.

Daftar Masuk ke York Hotel, Langkah Keluar ke Zoo Singapura

Hotel berhampiran Zoo Singapura-York Hotel

TEMPAH HOTEL DI SINGAPURA HARI INI

Zoo Singapura-aktiviti keluarga-Houbii Rope Course-Night safari

Aktiviti Mesra Keluarga

Zoo Singapura mempunyai pelbagai aktiviti yang menyeronokkan dan memperkaya untuk pengunjung semua umur. Daripada penerangan tentang haiwan oleh penjaga zoo pakar hingga kolam randuk untuk kanak-kanak, terdapat banyak zon menyeronokkan di dalam zoo ini yang pasti meninggalkan memori yang tidak akan dilupakan.

Wet Play Area

Sejukkan badan selepas seharian melihat haiwan dengan menuju ke Wet Play AreaZoo Singapura. Kanak-kanak boleh bermain air di taman air berwarna-warni yang direka khas untuk mereka. Wet Play Area dilengkapi gelongsor air, perenjis, pelampung tiub, dan banyak lagi tunggangan air yang seronok dan menyegarkan. Wet Play Area dibuka setiap hari sepanjang waktu operasi biasa zoo.

Keeper’s Chit Chat

Luangkan masa dengan penjaga zoo yang menjaga haiwan-haiwan di Zoo Singapura. Keeper’s Chit Chat diadakan setiap hari di zon berbeza di zoo. Pengunjung boleh mempelajari lebih banyak tentang haiwan kegemaraan mereka dan mungkin berpeluang menyertai acara memberi makan.

Houbii Rope Course

Untuk $25 SGD, pengunjung dewasa dan kanak-kanak boleh menguji keupayaan fizikal mereka dengan memanjat Houbii Rope Course. Lapangan tali ini berlatarkan kawasan tropika semula jadi dan mempunyai pemandangan laut yang indah. Houbii Rope Course dibuka setiap hari.

African Adventure

Dibuka pada hujung minggu untuk pelawat semua umur, African Adventure boleh ditemui di dalam zon Wild Africa. African Adventure merupakan stesen interaktif tempat penjaga zoo membawa keluar kulit haiwan eksotik, tulang dan artifak berkaitan dengan Afrika untuk dipegang dan dirasai oleh pengunjung. Pengunjung boleh mengetahui rasa memegang bulu harimau dan melihat betapa besarnya tulang sesetengah haiwan terbesar di alam liar. Penjaga zoo sentiasa bersedia sepanjang acara ini untuk menjawab soalan dan memberikan fakta dan maklumat.

Night Safari

Dengan kerjasama Zoo Singapura, Night Safari merupakan pengembaraan menarik yang membolehkan pengunjung meneroka zoo pada waktu malam dan melihat aktiviti malam yang menghidupkan hutan hujan ini. Tetamu boleh melawat zoo dengan tram dan mendengar perkongsian dan penerangan pemandu pakar tentang haiwan-haiwan paling mengagumkan di dunia. Night Safari dibuka dari 8pm-12am setiap malam dan harga masuk ialah $65.00 SGD.

Daftar masuk ke Mandarin Orchard Singapore, Langkah Keluar ke Night Safari

Hotel berhampiran Zoo Singapura-Mandarin Orchard Singapore

CARI & TEMPAH HOTEL DI SINGAPURA

Membeli-belah-makan

Membeli-Belah dan Makan di Zoo Singapura

Apabila berasa lapar, Zoo Singapura pasti mengenyangkan. Taman ini mempunyai pelbagai pilihan makan yang menepati selera semua orang termasuk yang cerewet.

  • Jungle Breakfast with Wildlife: Pengalaman makan di luar di mana tetamu boleh menikmati sarapan gaya bufet dengan ditemani sekeluarga orang utan. Jungle Breakfast with Wildlife dibuka dari 9am hingga 10:30am setiap hari.
  • Inuka Cafe: Nikmati secawan kopi atau teh wangi dengan hidangan ringan di Inuka Cafe. Kafe ini dibuka dari 8:30am hingga 7pm dan menawarkan makanan yang memuaskan mereka yang lapar sepanjang hari.
  • Ben & Jerry’s: Kegemaran klasik Amerika, nikmati rasa eklektik perisa aiskrim terkenal dari seluruh dunia seperti Cherry Garcia, Phish Food dan Half Baked. Ben & Jerry’s dibuka dari 10:30am hingga 7pm setiap hari.
  • The Wild Deli: Terokai sisi liar anda dan nikmati makanan yang menenangkan dari seluruh dunia dengan sedikit kelainan. Deli ini menawarkan makanan enak seperti piza dan salad yang sesuai untuk semua selera dan dibuka dari 10:30am hingga 7pm setiap hari.
  • Ah Meng Kitchen: Nikmati rasa asli masakan Singapura di restoran yang enak ini. Ah Meng Kitchen dibuka dari 9am hingga 7pm setiap hari dan menawarkan pelbagai hidangan mi, makanan laut dan sayuran.

Sebelum meninggalkan Zoo Singapura, pengunjung boleh singgah di kedai cenderamata di pintu masuk dan membeli cenderamata untuk memperingati lawatan mereka. Kedai cenderamata ini menjual patung haiwan, patung kecil, dan cenderamata lain berinspirasikan hutan hujan.

Daftar Masuk ke Novotel Singapore On Stevens, Langkah Keluar ke Zoo Singapura

Hotel berhampiran Zoo Singapura-Novotel Hotel

TEMPAH HOTEL DI SINGAPURA

Pengangkutan-Stesen MRT Ang Mo Kio

Panduan ke Zoo Singapura

Terima kasih kepada sistem pengangkutan awam yang mudah dikemudi, mudah sahaja untuk ke Zoo Singapura, naik sahaja transit ini hingga ke Stesen MRT Ang Mo Kio.

Penginapan Hotel

Mencari bilik hotel yang berhampiran dengan Zoo Singapura? Dari bilik kapsul hingga suite grand, pilihan di Singapura tidak berpenghujung.

Orchid Country Club

Orchid Country Club: Syurga tepi pantai yang luas. Orchid Country Club: terletak di 1 Orchid Club Rd dan menawarkan bilik pada harga serendah 100 SGD satu malam. Setiap tetamu boleh memanfatkan kolam renang terbuka mewah, salun kecantikan dan landskap indah sejauh mata memandang. Daftar masuk ke Orchid Country Club: dan pilih dari bilik dengan katil single hingga bilik kuad dengan banyak katil. Hotel ini mempunyai bilik lobi yang besar dan lounge rehat komuniti.

Fragrance Hotel - Crystal

Fragrance Hotel – Crystal: Ideal bagi mereka yang berminat dengan bilik biasa yang murah, bersih dan moden, Fragrance Hotel – Crystal: menawarkan semua ini malah lebih lagi. Fragrance Hotel – Crystal: terletak di 20 Hongkong Street dan menawarkan stesen komputer percuma, lobi membaca, kopi dan teh percuma, kolam renang, dan terletak tidak jauh dari Sungai Singapura. Bilik di Fragrance Hotel – Crystal: boleh ditempah pada harga serendah 50 SGD satu malam.

Ibis Hotel Singapore Novena

Ibis Hotel Singapore Novena: Hotel ini terletak di pusat bandar Singapura dan memaparkan wajah kemas dan kontemporari yang memenuhi keperluan pelbagai bajet. Setiap bilik dihiasi dekor ringkas yang berinspirasikan Singapura dan tetamu boleh memilih dari bilik biasa hingga suite eksekutif mewah. Ibis Hotel Singapore Novena: terletak di 6 Irrawaddy Road Novena dan tidak jauh dari pusat beli-belah, restoran mewah dan pusat hiburan. Bilik di hotel indah ini boleh ditempah pada harga kurang daripada 80 SGD satu malam.

The Arena Country Club Singapore

The Arena Country Club Singapore: Lengkap dengan kolam renang terbuka yang besar, The Arena Country Club sesuai untuk tetamu yang ingin berehat dalam oasis yang tenang selepas seharian menjelajah bandar. Bilik boleh ditempah pada harga kurang daripada 80 SGD satu malam dan tetamu boleh memilih antara bilik single twin atau suite studio. The Arena Country Club Singapore: terletak di 511 Upper Jurong Road, Jurong.

TEMPAH HOTEL DI SINGAPURA HARI INI

Anda juga mungkin suka

Next
Tarikan Mesra Keluarga di Ehime | 7 Perkara Seronok untuk Dilakukan dengan Kanak-kanak Image

Tarikan Mesra Keluarga di Ehime | 7 Perkara Seronok untuk Dilakukan dengan Kanak-kanak

Ehime ialah sebuah wilayah Jepun yang terletak di sepanjang pantai barat laut pulau Shikoku. Ia terkenal dengan iklim panas dan persekitaran semula …

Bersiar-siar di Kyoto | Panduan untuk Kereta Api Peluru, Bas Tempatan & Penyewaan Basikal Image

Bersiar-siar di Kyoto | Panduan untuk Kereta Api Peluru, Bas Tempatan & Penyewaan Basikal

Bekas ibu kota Jepun, Kyoto, adalah sebuah bandar yang penuh dengan tradisi dan penuh dengan kebiasaan yang menarik. Di sebalik kuil ikonik …

Pasar Nishiki | Kedai Terbaik untuk Dilawati & Makanan di Kyoto's Pantry Image

Pasar Nishiki | Kedai Terbaik untuk Dilawati & Makanan di Kyoto's Pantry

Sama ada anda sedang mencari hidangan lazat untuk memikat selera anda, sejarah berbilang abad yang kaya untuk diterokai, atau pengalaman budaya biasa …

Panduan ke Taman Maruyama | Lihat Bunga Sakura & Terokai Gion di Kyoto Image

Panduan ke Taman Maruyama | Lihat Bunga Sakura & Terokai Gion di Kyoto

Terletak di berhampiran lereng bukit Daerah Higashiyama di Kyoto, Taman Maruyama ialah oasis semula jadi yang menakjubkan dengan keindahan dan daya tarikan. …

Lawatan Sehari dari Fukuoka | 5 Idea Jadual Perjalanan untuk Lawatan Sehari DIY di Kyushu Image

Lawatan Sehari dari Fukuoka | 5 Idea Jadual Perjalanan untuk Lawatan Sehari DIY di Kyushu

Fukuoka mungkin ibu kota Kyushu, tetapi ia bukan satu-satunya bandar yang patut dilihat di pulau paling selatan Jepun. Bandar ini berfungsi sebagai …

Jadual Perjalanan Bali 5 Hari | Panduan Pemasa Pertama untuk Percutian Sempurna di Indonesia

Bali ialah syurga pengembara sebenar di mana anda tidak akan kehabisan perkara untuk dilihat dan dilakukan. Satu-satunya cabaran ialah memikirkan tarikan dan …

Istana Imperial Kyoto - Lawatan Berpandu, Waktu & Tarikan Berdekatan di Jepun Image

Istana Imperial Kyoto - Lawatan Berpandu, Waktu & Tarikan Berdekatan di Jepun

Istana Imperial Kyoto ialah tingkap ke dalam sejarah empayar Jepun yang kaya, menawarkan pengunjung gambaran sekilas seni bina yang elegan dan taman …

Perkara yang Boleh Dilakukan di Dubrovnik, Croatia | 15 Tidak Boleh Terlepas Aktiviti & Tarikan Image

Perkara yang Boleh Dilakukan di Dubrovnik, Croatia | 15 Tidak Boleh Terlepas Aktiviti & Tarikan

Selalunya dipanggil “mutiara Adriatik,” Dubrovnik sudah tentu sesuai dengan julukan. Bandar yang indah di pantai selatan Croatia ini adalah salah satu destinasi …

Kehidupan Malam Bangkok | Bar, Kelab & Kawasan Hiburan Malam Popular Terbaik Image

Kehidupan Malam Bangkok | Bar, Kelab & Kawasan Hiburan Malam Popular Terbaik

Bangkok terkenal dengan kehidupan malam yang meriah dan eklektik, menawarkan sesuatu untuk semua orang, daripada pengunjung bar kasual kepada mereka yang ingin …

Pasar Chatuchak: Melawat Pasar Terbesar di Bangkok

Pasar Chatuchak adalah pasar yang luas terletak di Daerah Chatuchak dari Bangkok. Ia sering dikenali sebagai “Pasar Hujung Minggu Chatuchak” kerana kebanyakan …

Bar Atas Bumbung di Bangkok | Tempat Hiburan Malam dengan Pemandangan & Koktel yang Hebat

Sama ada anda sedang menghirup koktel istimewa atau menikmati segelas wain yang berkualiti, pemandangan panoramik dari tinggi di atas jalan-jalan yang sibuk …

Panduan Pasar Malam Taipei: 13 Bazar & Lawatan Makanan DIY Terbaik

Pasar malam Taipei adalah bahagian yang meriah dan penting dalam pesona bandar ini, menawarkan pengalaman mengasyikkan ke dalam budaya tempatan, makanan dan …

19 Tempat Urut Thai di Bangkok | Studio Bajet & Spa Mewah Image

19 Tempat Urut Thai di Bangkok | Studio Bajet & Spa Mewah

Tiada perjalanan ke Thailand lengkap tanpa merasai urutan Thai asli di Bangkok. Selain melihat cantik kuil Thai dan cuba sedap makanan jalanan, …

Hotel Terbaik di Tokyo: 13 Penginapan Mewah & 5 Bintang Terbaik

Pemandangan hotel Tokyo adalah gambaran yang mempesonakan bandar itu sendiri: gabungan harmoni tradisi dan inovasi termaju. Bagi pengembara yang arif, kelimpahan hartanah …

Panduan Lapangan Terbang Taipei - Maklumat Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan

Jika anda terbang ke Taipei, kemungkinan besar anda akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan (TPE, Lapangan Terbang Taipei). Terletak kira-kira …

Kelab di Seoul: Bar, Teater & Aktiviti Kehidupan Malam Terbaik

Pemandangan kehidupan malam Seoul adalah dinamik dan pelbagai seperti bandar itu sendiri, menawarkan sesuatu untuk semua orang, sama ada anda ingin berehat …

Masa Terbaik untuk Melawat Taipei - Aktiviti & Tarikan untuk Setiap Musim

Kebanyakan orang memikirkan Taipei 101 apabila ia datang ke tempat ikonik untuk dikunjungi di ibu negara Taiwan. Tidak dinafikan, kerana semua orang …

10 Perjalanan Sehari yang Hebat dari Paris | Lihat Desa di Perancis Image

10 Perjalanan Sehari yang Hebat dari Paris | Lihat Desa di Perancis

Paris ialah bandar luar biasa yang dipenuhi dengan sejarah, budaya dan mercu tanda terkenal di dunia, tetapi kadangkala, pelarian pantas ke kawasan …

Membeli-belah Myeongdong & Perkara Terbaik untuk Dilakukan di Seoul Image

Membeli-belah Myeongdong & Perkara Terbaik untuk Dilakukan di Seoul

Sebagai salah satu daerah pelancongan utama di Seoul, Myeongdong menarik pengunjung dari seluruh dunia ke kedai-kedai mewah dan tarikan komersial yang lain. …

6 Perjalanan Sehari Osaka & Percutian Ajaib - Perjalanan Jepun

Lawatan sehari di Osaka penuh dengan istana bersejarah, mata air panas dan gunung. Lawati tempat berhampiran salah satu bandar paling popular di Jepun.

Lawatan Sehari Terbaik dari Tokyo | 8 Tempat untuk Percutian Pantas melalui Kereta Api Peluru

Rangkaian kereta api peluru Tokyo memudahkan anda melarikan diri dari bandar selama sehari dan menerokai pelbagai destinasi yang menarik. Sama ada anda …