10 Aktiviti Pengalaman dan Pengembaraan di Singapura

Di atas sebuah pulau kecil di selatan Malaysia, anda akan menemui pusat bandar Singapura yang berkembang maju. Tempat unik ini dikenali sebagai sebuah negara merdeka dan bandar metropolitan, dan menawarkan pengunjung pelbagai pengembaraan unik di bawah sinaran matahari. Singapura merupakan salah satu negara dengan ekonomi paling baik di dunia. Pengunjung yang tahu perkara yang boleh dilakukan di Singapura boleh mengambil bahagian dalam kegiatan futuristik, dan pada masa yang sama memberi penghormatan kepada sejarah rantau ini. Anda mencari kegiatan yang rancak, liar atau mewah untuk dilakukan? Lihat 10 kegiatan terbaik yang boleh dilakukan di Singapura.
Kredit gambar: @Tawtawing
1. Kegiatan yang boleh dilakukan di Singapura | Orchard Road
Berminat untuk membeli-belah di gedung-gedung mewah seperti Cartier, Dior atau Luis Vuitton? Pengunjung akan merasai pengalaman membeli-belah bertaraf dunia ketika berkunjung ke gedung-gedung di Orchard Road yang terletak di pusat bandar. Orchard Road merupakan tempat untuk barangan, restoran dan hotel mewah. Plaza beli-belah terbuka ini mengandungi berdozen-dozen gedung dalam jarak sedikit lebih daripada satu batu.
Orchard Road juga mempunyai empat panggung wayang berbeza, termasuk sebuah pusat IMAX. Landskap plaza ini juga menambah kepada pengalaman mewah di sini.
Daftar Masuk ke Grand Park Orchard, Langkah Keluar ke Orchard Road.
Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri berhampiran dengan Stesen MRT Orchard
2. Kegiatan yang boleh dilakukan di Singapura | Chinatown
Penuh dengan warna terang, bau yang eksotik dan barangan asli China, Chinatown merupakan tempat untuk dikunjungi bagi mereka yang mahu melihat budaya dan tradisi China dan masyarakatnya. Chinatown merupakan jalan-jalan padat yang penuh dengan kedai cenderamata butik, kedai makan kecil dengan masakan asli China dan pasar yang menjual bahan-bahan, ubat-ubatan dan banyak lagi.
Chinatown dihiasi dengan bangunan-bangunan indah, kuil-kuil bersejarah dan galeri-galeri yang mempamerkan kesenian masyarakat China. Semasa berkunjung ke sana, jangan lupa melawat Kuil Relik Gigi Buddha, yang menempatkan sebatang gigi yang dikatakan milik Buddha. Kuil ini terletak di 288 South Bridge Road dan dibuka kepada orang awal dari 9am-6:30pm setiap hari.
Galeri Bandar Singapura juga merupakan tarikan menarik kejiranan ini. Galeri ini mempamerkan model kecil 3D bandar ini yang mengagumkan. Galeri Bandar Singapura terletak di 45 Maxwell Rd, The URA Center, dan dibuka dari 9am-5pm, Isnin-Sabtu.
Daftar Masuk ke Sofitel Singapore City Centre, Langkah Keluar ke Galeri Bandar Singapura
Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri berhampiran dengan Stesen MRT Outram Park
3. Kegiatan yang boleh dilakukan di Singapura | Zoo Singapura & Safari Malam
Dipenuhi dengan haiwan eksotik dari seluruh dunia, Zoo Singapura dan Safari Malam merupakan sebuah zoo hutan hujan yang luas yang menyeronokkan untuk seisi keluarga. Zoo ini mempunyai beberapa zon berbeza yang menampilkan habitat setiap spesis dan merupakan antara zoo “konsep terbuka” pertama di dunia. Zoo Singapura dan Safari Malam terletak di 80 Mandai Lake Road dan dibuka dari 9am-6:30pm setiap hari.
Zoo dan rizab ini meliputi kawasan seluas lebih daripada 69 ekar. Antara haiwan yang terdapat di zoo ini termasuk orang utan, gajah, lemur, anjing liar Afrika, harimau putih, dan primat.
Pengunjung yang datang awal ke zoo sebelum 10am boleh bersarapan dengan orang utan di teres. Memerhati haiwan yang megah ini bermain dan berkomunikasi sambil menikmati sarapan memang menyeronokkan. Penghuni malam boleh ke zoo selepas 7pm untuk Safari Malam. Lawatan Safari Malam telah termasuk perjalanan tram mengelilingi zoo bersama-sama penjaga zoo pakar yang bercerita tentang haiwan yang aktif pada waktu malam sementara tetamu melihat haiwan-haiwan ini bermain-main dalam habitat mereka.
Zoo Singapura juga menganjurkan pelbagai pertunjukan haiwan sepanjang minggu dan mempunyai kawasan main basah untuk kanak-kanak.
Daftar Masuk ke Yotel Singapore Orchard Road, Langkah Keluar ke Zoo Singapura
Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri berhampiran dengan Stesen MRT Khatib
4. Kegiatan yang boleh dilakukan di Singapura | Universal Studios Singapore
Taman tema terunggul di pulau ini, Universal Studios Singapore menawarkan kepada yang muda dan yang tua tempat untuk bermain dan berkhayal. Universal Studios Singapore terletak di kejiranan Sentosa dan memaparkan tunggangan bertema, pameran Mesir purba, pameran Hollywood lama dan Bandar New York futurustik, bandar Sci-Fi, lawatan malam yang berwarna-warni, dan banyak lagi. Universal Studios Singapore dibuka dari 8:30am-6pm setiap hari.
Daftar masuk ke Capella Singapore Hotel, Langkah Keluar ke Universal Studios Singapore
Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri berhampiran dengan Pulau Sentosa
5. Kegiatan yang boleh dilakukan di Singapura | Kampong Glam
Terletak di utara Sungai Singapura, Kampong Glam dikenali sebagai kejiranan Arab di Singapura. Di Kampong Glam, pengunjung akan menemui banyak restoran Timur Tengah asli, bangunan bercirikan Islam, pasar jalanan, dan butik. Semasa berada di Kampong Glam, carilah Masjid Sultan yang tersergam megah, yang dibina pada tahun 1932. Singgahlah semasa waktu solat atau semata-mata untuk melihat keindahannya.
Tarikan Menarik Lain di Kampong Glam
- Pusat Warisan Melayu
- Royal Fabrics
- Blu Jaz Cafe
- Haji Lane
Daftar Masuk ke Hotel Boss, Langkah Keluar ke Kampong Glam
Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri berhampiran dengan Stesen MRT Bugis
Kredit gambar: @lindomartinez
6. Kegiatan yang boleh dilakukan di Singapura | 1-Altitude
Tarikan “tinggi” untuk mana-mana kunjungan ke Singapura, 1-Altitude merupakan bar berkonsepkan zaman baru yang terletak di bumbung tinggi Raffles Plaza, kira-kira 282 meter tinggi. Bar ini dianggap sebagai bar terbuka tertinggi di dunia dan menawarkan perkhidmatan terbaik, makanan Australia gourmet dan koktel istimewa artisan. Selain pemandangan mengagumkan dari bar ini, tetamu boleh berseronok berlatarkan suasana jamuan hip, muzik daripada DJ profesional dan cahaya pendarflour liar. Bar ini dibuka kepada orang awam sepanjang minggu dan mempunyai ruang acara istimewa untuk perkahwinan dan jamuan peribadi.
Daftar Masuk ke Furama RiverFront Hotel, Langkah Keluar ke 1-Altitude
Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri berhampiran dengan Stesen MRT Tiong Bahru
7. Kegiatan yang boleh dilakukan di Singapura | Suntec Fountain of Wealth
Menyambut kedatangan pengunjung ke Suntec Mall, Suntec Fountain of Wealth merupakan sebuah air pancut mengagumkan yang terletak dalam kedudukan antara air pancut terbesar di dunia. Air pancut ini terletak di tengah-tengah pusat beli-belah dan memanggil-manggil pengunjung untuk melihat dengan lebih dekat. Suntec Fountain of Wealth berhajatkan kesihatan dan kemewahan kepada setiap pengunjung, dan mempunyai cincin gangsa di atasnya yang melambangkan kesamarataan dan ketenangan rohani kepada semua. Rancanglah lawatan ke pusat beli-belah ini dengan teliti untuk mengambil bahagian dalam acara memegang dan berjalan di dalam air pancut, dan mendapatkan tempat duduk depan untuk persembahan laser setiap malam.
Daftar Masuk ke Marina Bay Sands Hotel, Langkah Keluar ke Suntec Fountain of Wealth
Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri berhampiran dengan Stesen MRT Promenade
8. Kegiatan yang boleh dilakukan di Singapura | Pasar Pesta Lau Pa Sat (Pasar Telok Ayer)
Diisytiharkan sebagai pasar awam termasyhur di Singapura, Pasar Pesta Lau Pa Sat (Pasar Telok Ayer) terletak di teras pusat bandar di dalam sebuah bangunan bersejarah yang indah. Dibuka pada tahun 1894, pasar ini masih beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu sejak mula dibuka. Pasar ini terletak di 18 Raffles Quay, dan menawarkan makanan yang dibuat sendiri dari seluruh dunia, hasil pertanian yang segar, cenderamata, kraftangan, barangan rumah, dan barang kumpul lain yang menarik. Kebanyakan pasar terletak di dalam bangunan dan menjadikannya tempat yang sesuai dikunjungi tanpa mengira keadaan cuaca.
Daftar Masuk ke The Fullerton Hotel, Langkah Keluar ke Pasar Pesta Lau Pa Sat (Pasar Telok Ayer)
Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri berhampiran dengan Stesen MRT Telok Ayer
9. Kegiatan yang boleh dilakukan di Singapura | Clarke Quay
Dikenali sebagai nadi kehidupan malam pusat bandar ini, Clarke Quay merupakan sebuah kejiranan sebelah pelabuhan yang meriah, tempat semua orang bebas menunjukkan semangat mereka. Di sinilah tempat pengunjung, juga orang tempatan, boleh berseronok pada siang dan malam hari. Naiki bot sepanjang terusan, makan di tempat makan yang menjadi rebutan di kawasan ini, dan menari sepanjang malam di kelab malam yang disinari lampu laser.
Semasa berkunjung ke Clarke Quay luangkan sedikit masa untuk bersiar-siar di laman Fort Canning Park, yang mempunyai bangunan bersejarah dan pelbagai tempat untuk kanak-kanak, orang dewasa, dan anjing merayau dan bermain.
Daftar Masuk ke River City Inn, Langkah Keluar ke Clarke Quay
Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri berhampiran dengan Fort Canning Park
10. Kegiatan yang boleh dilakukan di Singapura | Persiaran Sungai Singapura
Terokai Singapura dari sudut pandang lain dengan menaiki bot Singapore River Cruise. Pengunjung boleh melihat pemandangan menakjubkan bandar ini dari sudut pandang baharu semasa lawatan ini. Lawatan ini diketuai oleh pemandu pakar yang akan menceritakan kisah-kisah mengagumkan dan sejarah menarik bandar/negara ini.
Tetamu akan menaiki bot di 1 North Bridge Road dan boleh memilih antara lawatan awam atau carter peribadi. Bayaran untuk lawatan ini berharga sekitar SGD 38, bergantung pada lawatan yang dipilih. Singapore River Cruise menawarkan persiaran siang hari serta persiaran makan malam dan pertunjukan lampu. Pengembaraan epik ini sesuai untuk seisi keluarga.
Daftar Masuk ke Hotel Clover The Arts, Langkah Keluar ke Singapore River Cruise
Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri berhampiran dengan Stesen MRT Clarke Quay
Restoran Singapura yang Berbaloi Dicuba
Singapura dipenuhi restoran-restoran menyelerakan yang sesuai dengan pelbagai cita rasa! Pengunjung yang mencari masakan bertaraf dunia pada harga murah tidak perlu berjalan jauh dari hotel mereka untuk mencari makanan yang lazat. Dari kedai makan tempatan yang menghidangkan masakan etnik dalam bahagian yang banyak hinggalah makanan gourmet 5 bintang, terdapat banyak makanan enak yang boleh dijumpai di setiap jalan:
BurgerLabo
Terkenal untuk burger dan kentang jejari yang dibuat sendiri, BurgerLabo merupakan restoran kasual milikan dan kendalian bebas yang terletak di 41 Malan Road, Gillman Barracks. Restoran ini dibuka dari lewat petang hingga malam pada Selasa-Sabtu dan menawarkan pelbagai pilihan menu ala Amerika yang lazat.
Corner House
Berilhamkan Taman Botani Singapura yang berdekatan, Corner House merupakan sebuah restoran mewah yang menggunakan bahan-bahan segar dan terang. Corner House terletak di EJH Corner House, 1 Cluny Road, dan pengunjung perlu membuat tempahan untuk makan di sini. Semasa makan di restoran ini, tetamu akan melihat pilihan menu yang kecil dengan ketelitian dititikberatkan pada semua hidangan. Kos makan bagi seorang ialah kira-kira 100 SGD.
Sushi Kimura
Menawarkan sushi segar dengan pelbagai perisa dan masakan Jepun, Sushi Kimura merupakan sebuah restoran untuk mereka yang arif tentang perisa. Restoran ini menampilkan suasana yang anggun tetapi moden dan boleh dijumpai di 390 Orchard Road #01-07 Palais Renaissance. Nikmati perisa terbaik di restoran yang menerima Bintang Michelin!
Anda juga mungkin suka

Tarikan Mesra Keluarga di Ehime | 7 Perkara Seronok untuk Dilakukan dengan Kanak-kanak
Ehime ialah sebuah wilayah Jepun yang terletak di sepanjang pantai barat laut pulau Shikoku. Ia terkenal dengan iklim panas dan persekitaran semula …

Bersiar-siar di Kyoto | Panduan untuk Kereta Api Peluru, Bas Tempatan & Penyewaan Basikal
Bekas ibu kota Jepun, Kyoto, adalah sebuah bandar yang penuh dengan tradisi dan penuh dengan kebiasaan yang menarik. Di sebalik kuil ikonik …

Pasar Nishiki | Kedai Terbaik untuk Dilawati & Makanan di Kyoto's Pantry
Sama ada anda sedang mencari hidangan lazat untuk memikat selera anda, sejarah berbilang abad yang kaya untuk diterokai, atau pengalaman budaya biasa …

Panduan ke Taman Maruyama | Lihat Bunga Sakura & Terokai Gion di Kyoto
Terletak di berhampiran lereng bukit Daerah Higashiyama di Kyoto, Taman Maruyama ialah oasis semula jadi yang menakjubkan dengan keindahan dan daya tarikan. …

Lawatan Sehari dari Fukuoka | 5 Idea Jadual Perjalanan untuk Lawatan Sehari DIY di Kyushu
Fukuoka mungkin ibu kota Kyushu, tetapi ia bukan satu-satunya bandar yang patut dilihat di pulau paling selatan Jepun. Bandar ini berfungsi sebagai …
Jadual Perjalanan Bali 5 Hari | Panduan Pemasa Pertama untuk Percutian Sempurna di Indonesia
Bali ialah syurga pengembara sebenar di mana anda tidak akan kehabisan perkara untuk dilihat dan dilakukan. Satu-satunya cabaran ialah memikirkan tarikan dan …

Istana Imperial Kyoto - Lawatan Berpandu, Waktu & Tarikan Berdekatan di Jepun
Istana Imperial Kyoto ialah tingkap ke dalam sejarah empayar Jepun yang kaya, menawarkan pengunjung gambaran sekilas seni bina yang elegan dan taman …

Perkara yang Boleh Dilakukan di Dubrovnik, Croatia | 15 Tidak Boleh Terlepas Aktiviti & Tarikan
Selalunya dipanggil “mutiara Adriatik,” Dubrovnik sudah tentu sesuai dengan julukan. Bandar yang indah di pantai selatan Croatia ini adalah salah satu destinasi …
Kehidupan Malam Bangkok | Bar, Kelab & Kawasan Hiburan Malam Popular Terbaik
Bangkok terkenal dengan kehidupan malam yang meriah dan eklektik, menawarkan sesuatu untuk semua orang, daripada pengunjung bar kasual kepada mereka yang ingin …
Pasar Chatuchak: Melawat Pasar Terbesar di Bangkok
Pasar Chatuchak adalah pasar yang luas terletak di Daerah Chatuchak dari Bangkok. Ia sering dikenali sebagai “Pasar Hujung Minggu Chatuchak” kerana kebanyakan …
Bar Atas Bumbung di Bangkok | Tempat Hiburan Malam dengan Pemandangan & Koktel yang Hebat
Sama ada anda sedang menghirup koktel istimewa atau menikmati segelas wain yang berkualiti, pemandangan panoramik dari tinggi di atas jalan-jalan yang sibuk …
Panduan Pasar Malam Taipei: 13 Bazar & Lawatan Makanan DIY Terbaik
Pasar malam Taipei adalah bahagian yang meriah dan penting dalam pesona bandar ini, menawarkan pengalaman mengasyikkan ke dalam budaya tempatan, makanan dan …
19 Tempat Urut Thai di Bangkok | Studio Bajet & Spa Mewah
Tiada perjalanan ke Thailand lengkap tanpa merasai urutan Thai asli di Bangkok. Selain melihat cantik kuil Thai dan cuba sedap makanan jalanan, …
Hotel Terbaik di Tokyo: 13 Penginapan Mewah & 5 Bintang Terbaik
Pemandangan hotel Tokyo adalah gambaran yang mempesonakan bandar itu sendiri: gabungan harmoni tradisi dan inovasi termaju. Bagi pengembara yang arif, kelimpahan hartanah …
Panduan Lapangan Terbang Taipei - Maklumat Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan
Jika anda terbang ke Taipei, kemungkinan besar anda akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan (TPE, Lapangan Terbang Taipei). Terletak kira-kira …
Kelab di Seoul: Bar, Teater & Aktiviti Kehidupan Malam Terbaik
Pemandangan kehidupan malam Seoul adalah dinamik dan pelbagai seperti bandar itu sendiri, menawarkan sesuatu untuk semua orang, sama ada anda ingin berehat …
Masa Terbaik untuk Melawat Taipei - Aktiviti & Tarikan untuk Setiap Musim
Kebanyakan orang memikirkan Taipei 101 apabila ia datang ke tempat ikonik untuk dikunjungi di ibu negara Taiwan. Tidak dinafikan, kerana semua orang …

10 Perjalanan Sehari yang Hebat dari Paris | Lihat Desa di Perancis
Paris ialah bandar luar biasa yang dipenuhi dengan sejarah, budaya dan mercu tanda terkenal di dunia, tetapi kadangkala, pelarian pantas ke kawasan …
Membeli-belah Myeongdong & Perkara Terbaik untuk Dilakukan di Seoul
Sebagai salah satu daerah pelancongan utama di Seoul, Myeongdong menarik pengunjung dari seluruh dunia ke kedai-kedai mewah dan tarikan komersial yang lain. …
6 Perjalanan Sehari Osaka & Percutian Ajaib - Perjalanan Jepun
Lawatan sehari di Osaka penuh dengan istana bersejarah, mata air panas dan gunung. Lawati tempat berhampiran salah satu bandar paling popular di Jepun.
Lawatan Sehari Terbaik dari Tokyo | 8 Tempat untuk Percutian Pantas melalui Kereta Api Peluru
Rangkaian kereta api peluru Tokyo memudahkan anda melarikan diri dari bandar selama sehari dan menerokai pelbagai destinasi yang menarik. Sama ada anda …