Tempat Menginap di Singapura: Tempat Menarik, Hotel Murah & Resort 5 Bintang

Singapura mungkin ialah salah sebuah negara paling kecil di dunia, namun bandar kosmopolitan ini penuh dengan seni bina kontemporari dan tinggalan kolonial. Dengan keluasan hanya 720 km untuk diteroka, mencari tempat penginapan di Singapura tidak sukar. Pilih saja tempat yang berhampiran tarikan popular di bandar!
AGODA EXTRA: Singapura ialah salah satu daripada negara bandar di dunia. Destinasi lain yang merupakan kedua-dua bandar dan negara ialah Monaco dan Vatican City.
1. Menginap di tengah-tengah daerah pusat beli-belah popular di Singapura di ORCHARD ROAD
Jika tujuan utama anda berkunjung ke Singapura adalah untuk membeli-belah, oleh itu menginap berhampiran Orchard Road adalah pilihan yang tepat. Jalan sepanjang 2.2 kilometer ini bukan saja menawarkan kedai-kedai berjenama terkenal seperti Louis Vuitton dan Gucci, namun juga terdapat butik tempatan, bar trendy dan kafe hip. Terletak di antara Stesen Orchard dan Stesen Dhoby Ghaut, anda akan menemui Paragon iaitu pusat beli-belah, ION Orchard dan Takashimaya Department Store.
Tempat menarik berhampiran Orchard Road
Fort Canning Park: taman di pusat bandar ini memainkan peranan penting ketika Perang Dunia ke-2. Lawat The Battlebox, dan jelajah Fort Canning Hill.
Emerald Hill: kagumi seni bina rumah Chinese Baroque yang dahulu kala merupakan kediaman keluarga kaya raya masyarakat Peranakan.
The Istana: sebelum ini sebagai kediaman rasmi dan pejabat presiden Singapura. Bangunan ini juga menjadi pejabat bekerja untuk perdana menteri.
Daftar masuk ke Mandarin Orchard Singapore, Keluar ke Orchard Road Teroka lagi hotel dan pangsapuri berhampiran Emerald Hill Road
2. Saksikan tempat menarik popular di Singapura di MARINA BAY
Marina Bay mempunyai pemandangan yang indah dan juga menawan. Cari hotel yang dekat dengan kawasan dermaga, dan anda akan berada dalam jarak berjalan kaki dari tempat menarik seperti Gardens by the Bay, Singapore Flyer dan Chinatown Food Street. Alami kehidupan malam Singapura di Clarke Quay. Bersantai di bistro di tepi Sungai Singapura di Boat Quay, dan saksikan matahari terbenam di Robertson Quay.
Daftar masuk ke Marina Bay Sands, Keluar ke Marina Bay Teroka lagi hotel 5 bintang dan pangsapuri perkhidmatan berhampiran Singapore Flyer
3. Makan di atas kapal sebelum ke kelab malam di CLARKE QUAY
Tepi sungai yang sibuk pada waktu siang dan bertukar menjadi pusat kehidupan malam pada waktu malam Clarke Quay ialah salah satu tempat melepak kegemaran di bandar ini. Beli tiket untuk belayar menyusuri Sungai Singapura di TongKang | Colonial Bar & Restaurant, yang menawarkan pelayaran dan makan malam di atas 2 buah tongkang (bot kayu tradisional) terakhir yang masih ada di Singapura.
Kelab malam popular di Clarke Quay
Zouk: bangunan berupa gudang besar ini menjadi tempat kegemaran untuk peminat muzik dari hip-hop hinggalah DJ tempatan.
Crazy Elephant: nikmati rock secara langsung dan bir murah di bar yang dipenuhi dengan grafiti.
VLV Singapore: nikmati wain dan koktel dalam suasana yang sofistikated yang menampilkan persembahan muzik langsung dan menu antarabangsa.
Tarikan popular berhampiran Clarke Quay
Kuil Tan Si Chong Su: kagumi seni bina Ancestral Hall of the Tan Clan.
Clarke Quay Central: berbelanja, makan malam di pusat beli-belah yang menghadap Sungai Singapura.
Asian Civilisations Museum: di seberang sungai dari Clarke Quay, Asian Civlisations Museum mempamerkan seni dan artifak bersejarah Cina dan Asia.
Daftar masuk ke BEAT. Capsules @ Boat Quay, Keluar ke Zouk Teroka lagi hostel dan hotel kapsul di Clarke Quay
4. Cari makanan jalanan bertaraf Michelin Star dan hotel murah di CHINATOWN
Untuk mereka yang ingin mencuba makanan tradisional dan mempelajari budaya tempatan, anda harus menginap di Chinatown dan menuju ke Smith Street. Di sepanjang jalan ini dipenuhi dengan kedai cenderamata dan restoran kaki lima, anda juga akan menemui Liao Fan Hong Kong Soya Sauce Chicken Rice Noodle, salah satu daripada 2 gerai makanan jalanan di dunia yang mendapat anugerah Michelin Star. Di Chinatown juga terdapat banyak mercu tanda bersejarah dan tempat tarikan.
Tempat menarik popular di Chinatown
Buddha Tooth Relic Temple: muzium dan juga kuil Buddha dari dinasti Tang ini mempunyai taman di atapnya.
Sri Mariamman Temple: Kuil Hindu tertua di Singapura ini adalah tempat yang tepat jika anda minat dengan budaya India silam.
Baba House: Rumah silam abad ke-20 ini kaya dengan budaya Cina Peranakan dan kehidupan harian mereka.
Daftar masuk ke Beds and Dreams Inn @ Chinatown, Keluar ke Buddha Tooth Relic Temple Teroka lagi hostel dan hotel di Chinatown Singapura
5. Nikmati percutian keluarga di resort 5 bintang berhampiran Universal Studios Singapore di PULAU SENTOSA
Pulau Sentosa adalah lokasi untuk Resorts World Sentosa, yang mempunyai taman tema mega seperti Universal Studios Singapore, S.E.A. Aquarium dan Adventure Cove Waterpark. Seluruh kompleks ini boleh dilihat dari Tiger Sky Tower, yang menawarkan pemandangan panoramik pulau dan latar langit Singapura dari kabin yang berputar. Keluarga suka menginap di Pulau Sentosa kerana terdapat banyak resort yang berhampiran dengan Sentosa Golf Club.
Daftar masuk ke Resorts World Sentosa – Hard Rock Hotel, Keluar ke Universal Studios Singapore Teroka lagi resort dan hotel 5 bintang di Pulau Sentosa
6. Nikmati makanan lazat dan tangkap gambar di kawasan berwarna-warni LITTLE INDIA
Untuk menikmati hidangan tradisional dan mempelajari budaya India, sila tuju ke Little India dan Tekka Centre. Kawasan ini belum cukup terkenal oleh pelancong, namun makanan murah, penginapan bajet dan tempat menarik percuma banyak terdapat di sini. Sediakan kamera anda, dan mula tangkap gambar kerana Little India adalah salah satu kawasan di Singapura yang berwarna-warni, dan terdapat juga mercu tanda bersejarah seperti Kuil Sri Veeramakaliamman, Indian Heritage Centre dan rumah Tan Teng Niah.
Daftar masuk ke Park 22 Hotel Little India, Keluar ke Kuil Sri Veeramakaliamman Teroka lagi hotel dan hostel berhampiran Little India Singapura
7. Makan makanan halal sambil berbelanja kain sutera di KAMPONG GLAM dan BUGIS
Terkenal dengan kedai tekstil dan makanan halal yang lazat, Kampong Glam menampilkan perpaduan sempurna antara budaya Arab dan Muslim. Kawasan ini dipenuhi kedai sutera berwarna-warni, butik trendy dan masakan Timur Tengah, dan juga salah satu tempat terbaik di Singapura untuk mencari pakaian vintaj dan pasar lambak. Di sini juga terdapat Bugis, yang terkenal dengan pusat beli-beli-belah fesyen dan restoran antarabangsa. Pengembara beg galas dan pelancong suka kawasan ini kerana banyak hostel bajet, bar kitschy, pusat beli-belah dan mercu tanda bersejarah.
Tempat menarik popular di Kampong Glam dan Bugis
Masjid Sultan: dibina oleh sultan pada masa lalu, ikon agama ini dianggap sebagai salah sebuah masjid paling penting di Singapura.
Malay Heritage Centre: bekas istana yang diubah suai menjadi muzium ini menampilkan kebudayaan serta sejarah masyarakat Melayu Singapura.
Bugis Junction: Pusat beli-belah ini terkenal dengan cawangan antarabangsa, restoran dan pusat kecergasan.
Daftar masuk ke Fragrance Hotel – Selegie, Keluar ke Bugis Teroka lagi hotel dan hostel di Kampong Glam
Anda juga mungkin suka

Tarikan Mesra Keluarga di Ehime | 7 Perkara Seronok untuk Dilakukan dengan Kanak-kanak
Ehime ialah sebuah wilayah Jepun yang terletak di sepanjang pantai barat laut pulau Shikoku. Ia terkenal dengan iklim panas dan persekitaran semula …

Bersiar-siar di Kyoto | Panduan untuk Kereta Api Peluru, Bas Tempatan & Penyewaan Basikal
Bekas ibu kota Jepun, Kyoto, adalah sebuah bandar yang penuh dengan tradisi dan penuh dengan kebiasaan yang menarik. Di sebalik kuil ikonik …

Pasar Nishiki | Kedai Terbaik untuk Dilawati & Makanan di Kyoto's Pantry
Sama ada anda sedang mencari hidangan lazat untuk memikat selera anda, sejarah berbilang abad yang kaya untuk diterokai, atau pengalaman budaya biasa …

Panduan ke Taman Maruyama | Lihat Bunga Sakura & Terokai Gion di Kyoto
Terletak di berhampiran lereng bukit Daerah Higashiyama di Kyoto, Taman Maruyama ialah oasis semula jadi yang menakjubkan dengan keindahan dan daya tarikan. …

Lawatan Sehari dari Fukuoka | 5 Idea Jadual Perjalanan untuk Lawatan Sehari DIY di Kyushu
Fukuoka mungkin ibu kota Kyushu, tetapi ia bukan satu-satunya bandar yang patut dilihat di pulau paling selatan Jepun. Bandar ini berfungsi sebagai …
Jadual Perjalanan Bali 5 Hari | Panduan Pemasa Pertama untuk Percutian Sempurna di Indonesia
Bali ialah syurga pengembara sebenar di mana anda tidak akan kehabisan perkara untuk dilihat dan dilakukan. Satu-satunya cabaran ialah memikirkan tarikan dan …

Istana Imperial Kyoto - Lawatan Berpandu, Waktu & Tarikan Berdekatan di Jepun
Istana Imperial Kyoto ialah tingkap ke dalam sejarah empayar Jepun yang kaya, menawarkan pengunjung gambaran sekilas seni bina yang elegan dan taman …

Perkara yang Boleh Dilakukan di Dubrovnik, Croatia | 15 Tidak Boleh Terlepas Aktiviti & Tarikan
Selalunya dipanggil “mutiara Adriatik,” Dubrovnik sudah tentu sesuai dengan julukan. Bandar yang indah di pantai selatan Croatia ini adalah salah satu destinasi …
Kehidupan Malam Bangkok | Bar, Kelab & Kawasan Hiburan Malam Popular Terbaik
Bangkok terkenal dengan kehidupan malam yang meriah dan eklektik, menawarkan sesuatu untuk semua orang, daripada pengunjung bar kasual kepada mereka yang ingin …
Pasar Chatuchak: Melawat Pasar Terbesar di Bangkok
Pasar Chatuchak adalah pasar yang luas terletak di Daerah Chatuchak dari Bangkok. Ia sering dikenali sebagai “Pasar Hujung Minggu Chatuchak” kerana kebanyakan …
Bar Atas Bumbung di Bangkok | Tempat Hiburan Malam dengan Pemandangan & Koktel yang Hebat
Sama ada anda sedang menghirup koktel istimewa atau menikmati segelas wain yang berkualiti, pemandangan panoramik dari tinggi di atas jalan-jalan yang sibuk …
Panduan Pasar Malam Taipei: 13 Bazar & Lawatan Makanan DIY Terbaik
Pasar malam Taipei adalah bahagian yang meriah dan penting dalam pesona bandar ini, menawarkan pengalaman mengasyikkan ke dalam budaya tempatan, makanan dan …
19 Tempat Urut Thai di Bangkok | Studio Bajet & Spa Mewah
Tiada perjalanan ke Thailand lengkap tanpa merasai urutan Thai asli di Bangkok. Selain melihat cantik kuil Thai dan cuba sedap makanan jalanan, …
Hotel Terbaik di Tokyo: 13 Penginapan Mewah & 5 Bintang Terbaik
Pemandangan hotel Tokyo adalah gambaran yang mempesonakan bandar itu sendiri: gabungan harmoni tradisi dan inovasi termaju. Bagi pengembara yang arif, kelimpahan hartanah …
Panduan Lapangan Terbang Taipei - Maklumat Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan
Jika anda terbang ke Taipei, kemungkinan besar anda akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan (TPE, Lapangan Terbang Taipei). Terletak kira-kira …
Kelab di Seoul: Bar, Teater & Aktiviti Kehidupan Malam Terbaik
Pemandangan kehidupan malam Seoul adalah dinamik dan pelbagai seperti bandar itu sendiri, menawarkan sesuatu untuk semua orang, sama ada anda ingin berehat …
Masa Terbaik untuk Melawat Taipei - Aktiviti & Tarikan untuk Setiap Musim
Kebanyakan orang memikirkan Taipei 101 apabila ia datang ke tempat ikonik untuk dikunjungi di ibu negara Taiwan. Tidak dinafikan, kerana semua orang …

10 Perjalanan Sehari yang Hebat dari Paris | Lihat Desa di Perancis
Paris ialah bandar luar biasa yang dipenuhi dengan sejarah, budaya dan mercu tanda terkenal di dunia, tetapi kadangkala, pelarian pantas ke kawasan …
Membeli-belah Myeongdong & Perkara Terbaik untuk Dilakukan di Seoul
Sebagai salah satu daerah pelancongan utama di Seoul, Myeongdong menarik pengunjung dari seluruh dunia ke kedai-kedai mewah dan tarikan komersial yang lain. …
6 Perjalanan Sehari Osaka & Percutian Ajaib - Perjalanan Jepun
Lawatan sehari di Osaka penuh dengan istana bersejarah, mata air panas dan gunung. Lawati tempat berhampiran salah satu bandar paling popular di Jepun.
Lawatan Sehari Terbaik dari Tokyo | 8 Tempat untuk Percutian Pantas melalui Kereta Api Peluru
Rangkaian kereta api peluru Tokyo memudahkan anda melarikan diri dari bandar selama sehari dan menerokai pelbagai destinasi yang menarik. Sama ada anda …