Panduan Perjalanan Taipei: 6 Tempat Untuk Dikunjungi Semasa Lawatan Balik Hari Dari Taipei

Panduan Perjalanan Taipei: 6 Tempat Untuk Dikunjungi Semasa Lawatan Balik Hari Dari Taipei background image

Lawatan balik hari dari Taipei boleh dimulakan dengan menyusuri bekas bandar perlombongan emas di Jiufen, dan dilanjutkan dengan mengambil gambar batu-batuan berbentuk unik di Yehliu Geopark. Jika kunjungan singkat tidak memuaskan anda, ambil bas ke Sun Moon Lake yang berjarak 3.5 jam dari Taipei, kemudian singgah ke Taman Negara Taroko sekembalinya dari sana.

AGODA EXTRA: Kira-kira 1.8% populasi Taiwan merupakan penduduk asli. Negara ini terdiri daripada 14 suku orang asli yang diakui dan dipercayai menduduki pulau ini sejak 8000 tahun sebelum bangsa Cina Han berhijrah ke sana pada abad ke-17.

Jiufen_Jiufen Old Street_Jishan Street

1. Jelajahi kampung perlombongan di tepi gunung di JIUFEN

Dahulu kawasan ini hanya didiami oleh 9 buah keluarga, kini Jiufen menyambut ratusan pelancong setiap hari. Bekas kampung perlombongan emas yang dibina di tepi bukit ini kelihatan unik jika dilihat dari jauh, namun keindahan sebenar Juifen ialah jalanan berbatu serta laluan pergunungan yang berliku-liku. Di dalam bandar, anda boleh menemui kafe dan kedai cenderamata di sepanjang Jiufen Old Street (Jalan Jishan) dan Shuqi Road. Penggemar budaya akan menikmati sebelah barat bandar ini kerana terdapat tempat menarik seperti Shengping Theater, Muzium Jiufen Goldore, dan Muzium Old Jiufen. Manakala penggemar adrenalin biasanya lebih memilih sebelah timur yang memiliki Mount Keelung Trail dan Shanjian Road Trail. Pemandangan yang boleh dilihat terlalu banyak untuk disebutkan, namun jika anda ingin melihat Air Terjun Emas, anda harus menempah hotel atau rumah tumpangan di Jiufen lebih awal.

Dari Taipei ke Jiufen

Dari Stesen Utama Taipei, naik kereta api ke Stesen Kereta Api Ruifang di sana anda boleh menaiki bas ke Jiufen yang berjarak 15 minit.

Dari Stesen Zhongxiaofuxing, naik bas Keelung (1062) ke Jinguashi yang akan memakan masa satu jam. Minta pemandu bas untuk menurunkan anda di Jiufen.

Daftar Masuk ke Chiu Chunt Dint Inn, Langkah Keluar ke Jiufen Old Street

Chiu Chunt Dint Inn

Teroka lagi rumah tumpangan dan hostel di Jiufen

Yehliu Geopark_Queen's Head_Candle Rocks

2. Lihat bongkah batu paling menakjubkan yang pernah anda lihat di YEHLIU GEOPARK

Terletak di sebelah utara Taiwan, Yehliu Geopark adalah salah satu keajaiban dunia pendidikan yang menampilkan batu-batuan yang terhakis oleh air laut dan keadaan alam semula jadi yang lain, membentuk sebuah ladang batu dengan bentuk-bentuk unik. Bergambar di depan batu paling popular di kawasan ini, Queen’s Head Rock yang menyerupai kepala wanita, serta batu-batu lain seperti Fairy’s Shoe, Candle Rocks, dan Sea Trench. Tarikan popular lain di kawasan ini ialah Yehliu Ocean World yang akan membawa anda lebih dekat dengan kehidupan bawah laut sambil menyaksikan pertunjukan ikan lumba-lumba dan singa laut.

Dari Taipei ke Yehliu Geopark

Dari Stesen Bas Taipei West di Stesen Utama Taipei, beli tiket ke Yehliu Geopark di tingkap Kuo-kuang. Perjalanan memakan masa kira-kira 1.5 jam.

Daftar Masuk keWhite House Beach Resort, Langkah Keluar ke Queen’s Head Rock

White House Beach Resort

Teroka lagi resort dan hostel berhampiran Yehliu Geopark

Sun Moon Lake_Ropeway_Formosan Aboriginal Culture Village

3. Lihat tapak orang asli dari tempat duduk gondola semasa menunggang kawasan SUN MOON LAKE NATIONAL SCENIC AREA

Pusat geografi dan juga tasik terbesar di negara ini perlu dikunjungi selama dua hari, tapi jika anda hanya boleh meluangkan satu, bermaksud anda harus membuat perancangan supaya boleh mengunjungi semua tarikan popular di Sun Moon Lake. Walaupun anda tidak boleh berenang di tasik ini, anda masih boleh menikmati keindahan tasik ini dari Sun Moon Lake Shuishe Wharf. Naik kapal melewati Pulau Lalu ketika perjalanan menuju Ita Thao Visitor Center, di sana anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai suku Thao yang masih menduduki kawasan ini. Selanjutnya, anda boleh naik gondola dari Sun Moon Lake Ropeway dan mengagumi keindahan kawasan ini dari atas menuju Kampung Budaya Formosan di sana anda boleh mengikuti aktiviti budaya bersama suku Thao.

Dari Taipei ke Sun Moon Lake

Dari Stesen Bas Taipei West di Stesen Utama Taipei, beli tiket ke Sun Moon Lake dari tingkap Kuo-kuang. Perjalanan bas akan mengambil masa 3 jam.

Daftar Masuk ke Crystal Resort, Langkah Keluar ke Formosan Aboriginal Cultural Village

Crystal Resort

Teroka lagi hotel dan rumah tumpangan berhampiran

Yangmingshan National Park_Yangmingshan Flower Clock_Beitou Public Hotspring

4. Bersantai di mata air panas selepas merentasi TAMAN NEGARA YANGMINGSHAN

Dengan pemandangan mengagumkan serta mandian air panas sepanjang tahun, lawatan balik hari dari Taipei tidak lengkap jika belum mengunjungi Taman Negara Yangmingshan. Ikuti laluan pendakian ke Grass Mountain Chateau dan Taman Yangming, di sana anda boleh menemui mercu tanda budaya seperti Yangmingshan Flower Clock, Patung Wang Yangming, dan Air Pancut Yangmingshan. Zhuzihu terkenal dengan bunga calla lily yang mekar semasa musim bunga, dan dek pemerhatian di Tasik Zhuzi yang dibuka setiap hari sepanjang tahun. Lihat gumpalan gas gunung berapi di Kawasan Rekreasi Xiaoyoukeng, dan susuri Qingtiangang Circular Trail menuju Qingtiangang Grassland. Mandian air panas semula jadi berada di dasar gunung, berhampiran Taman Beitou. Rasai kesegaran berendam di Beitou Public Hotspring, atau berbelanja di Thermal Valley dan Kawasan Rekreasi Sulfur Valley.

Dari Taipei ke Taman Negara Yangmingshan

Bas beroperasi sepanjang hari, setiap hari dari Stesen Jiantan. Perjalanan mengambil masa kira-kira 20 minit.

Daftar Masuk ke Golden Hot Spring Hotel, Langkah Keluar ke Xiaoyoukeng Recreation Area

Golden Hot Spring Hotel

Teroka lagi resort dan hotel berhampiran Taman Negara Yangmingshan

Taroko National Park_Tunnel of Nine Turns_Eternal Spring Shrine_Tianxiang Recreation Area

5. Tatap gorge di TAMAN NEGARA TAROKO

Perjalanan selama tiga jam dari Taipei ke Taman Negara Taroko akan terubat sebaik anda tiba di sini. Dengan Jurang Taroko sebagai tarikan utama, anda boleh berjalan melalui lembah marmar, turun ke Sungai Liwu dan menyusuri Tunnel of Nine Turns (Jiuqudong Tunnel), atau naik bas jika tidak ingin kebasahan. Untuk memenuhi hasrat pengembaraan anda, cuba mendaki melalui Baiyang Trail. Anda boleh singgah ke Kawasan Rekreasi Tianxiang, Kuil Xiangde, dan Tianxiang Plum Garden yang berada di laluan yang sama. Changchun Shrine Trail akan membawa anda ke Kuil Eternal Spring (Kuil Changchun), manakala Huanliuqiu Trail akan membawa anda ke puncak Buluowan Terrace.

Dari Taipei ke Taman Negara Taroko

Dari Stesen Utama Taipei: beberapa kereta api melakukan perjalanan 3 jam ke Taman Negara Taroko, tetapi tiket perlu ditempah lebih awal, kerana mendapat permintaan ramai.

Daftar Masuk ke Taroko Village Hotel, Langkah Keluar ke Tunnel of Nine Turns (Terowong Jiuqudong)

Taroko Village Hotel

Teroka hotel dan homestay berhampiran Taman Negara Taroko

Tamsui_Lover's Bridge_Fort San Domingo

6. Naik feri pada waktu matahari terbenam, dan jatuh cinta dengan budaya pantai Taipei di TAMSUI

Salah satu daerah pelabuhan Taiwan, Tamsui mengikut geografi masih merupakan sebahagian daripada Taipei, tapi berada cukup jauh ke utara sehingga penduduk tempatan menjadikannya destinasi percutian hujung minggu. Tarikan paling menarik di kawasan ini ada di pinggir Sungai Tamsui. Berjalan menyeberangi Lover’s Bridge ketika matahari terbenam sebelum naik feri dari Fisherman’s Wharf menuju Tamsui Old Street. Jalan ini dipenuhi makanan jalanan, pertunjukan jalanan, dan tarikan seperti Patung Mackay, Kuil Tamsui Qingshui, serta Love Lane Tamsui. Anda juga boleh menaiki basikal menyusuri pantai melalui Tamsui Golden Shore Bike Path. Jalan sepanjang 10 kilometer ini bermula dari Jambatan Guandu di Taipei, hingga ke Tamsui Cultural Park dan Tamsui Golden Anchor. Teruskan perjalanan sehingga anda menemui Fort San Domingo, Drop of Water Memorial Hall, dan Hobe Fort.

Dari Taipei ke Tamsui

Dari Stesen Utama Taipei, ambil Red Line ke Stesen Tamsui, berhampiran Tamsui Old Street. Perjalanan mengambil masa kira-kira 45 minit.

Daftar Masuk ke YA-GO RIVER LODGE, Langkah Keluar ke Lover’s Bridge and Tamsui Fisherman’s Wharf

YA-GO RIVER LODGE

Teroka lagi hotel dan hostel di Tamsui

Anda juga mungkin suka

Next
Tarikan Mesra Keluarga di Ehime | 7 Perkara Seronok untuk Dilakukan dengan Kanak-kanak Image

Tarikan Mesra Keluarga di Ehime | 7 Perkara Seronok untuk Dilakukan dengan Kanak-kanak

Ehime ialah sebuah wilayah Jepun yang terletak di sepanjang pantai barat laut pulau Shikoku. Ia terkenal dengan iklim panas dan persekitaran semula …

Bersiar-siar di Kyoto | Panduan untuk Kereta Api Peluru, Bas Tempatan & Penyewaan Basikal Image

Bersiar-siar di Kyoto | Panduan untuk Kereta Api Peluru, Bas Tempatan & Penyewaan Basikal

Bekas ibu kota Jepun, Kyoto, adalah sebuah bandar yang penuh dengan tradisi dan penuh dengan kebiasaan yang menarik. Di sebalik kuil ikonik …

Pasar Nishiki | Kedai Terbaik untuk Dilawati & Makanan di Kyoto's Pantry Image

Pasar Nishiki | Kedai Terbaik untuk Dilawati & Makanan di Kyoto's Pantry

Sama ada anda sedang mencari hidangan lazat untuk memikat selera anda, sejarah berbilang abad yang kaya untuk diterokai, atau pengalaman budaya biasa …

Panduan ke Taman Maruyama | Lihat Bunga Sakura & Terokai Gion di Kyoto Image

Panduan ke Taman Maruyama | Lihat Bunga Sakura & Terokai Gion di Kyoto

Terletak di berhampiran lereng bukit Daerah Higashiyama di Kyoto, Taman Maruyama ialah oasis semula jadi yang menakjubkan dengan keindahan dan daya tarikan. …

Lawatan Sehari dari Fukuoka | 5 Idea Jadual Perjalanan untuk Lawatan Sehari DIY di Kyushu Image

Lawatan Sehari dari Fukuoka | 5 Idea Jadual Perjalanan untuk Lawatan Sehari DIY di Kyushu

Fukuoka mungkin ibu kota Kyushu, tetapi ia bukan satu-satunya bandar yang patut dilihat di pulau paling selatan Jepun. Bandar ini berfungsi sebagai …

Jadual Perjalanan Bali 5 Hari | Panduan Pemasa Pertama untuk Percutian Sempurna di Indonesia

Bali ialah syurga pengembara sebenar di mana anda tidak akan kehabisan perkara untuk dilihat dan dilakukan. Satu-satunya cabaran ialah memikirkan tarikan dan …

Istana Imperial Kyoto - Lawatan Berpandu, Waktu & Tarikan Berdekatan di Jepun Image

Istana Imperial Kyoto - Lawatan Berpandu, Waktu & Tarikan Berdekatan di Jepun

Istana Imperial Kyoto ialah tingkap ke dalam sejarah empayar Jepun yang kaya, menawarkan pengunjung gambaran sekilas seni bina yang elegan dan taman …

Perkara yang Boleh Dilakukan di Dubrovnik, Croatia | 15 Tidak Boleh Terlepas Aktiviti & Tarikan Image

Perkara yang Boleh Dilakukan di Dubrovnik, Croatia | 15 Tidak Boleh Terlepas Aktiviti & Tarikan

Selalunya dipanggil “mutiara Adriatik,” Dubrovnik sudah tentu sesuai dengan julukan. Bandar yang indah di pantai selatan Croatia ini adalah salah satu destinasi …

Kehidupan Malam Bangkok | Bar, Kelab & Kawasan Hiburan Malam Popular Terbaik

Bangkok terkenal dengan kehidupan malam yang meriah dan eklektik, menawarkan sesuatu untuk semua orang, daripada pengunjung bar kasual kepada mereka yang ingin …

Pasar Chatuchak: Melawat Pasar Terbesar di Bangkok

Pasar Chatuchak adalah pasar yang luas terletak di Daerah Chatuchak dari Bangkok. Ia sering dikenali sebagai “Pasar Hujung Minggu Chatuchak” kerana kebanyakan …

Bar Atas Bumbung di Bangkok | Tempat Hiburan Malam dengan Pemandangan & Koktel yang Hebat

Sama ada anda sedang menghirup koktel istimewa atau menikmati segelas wain yang berkualiti, pemandangan panoramik dari tinggi di atas jalan-jalan yang sibuk …

Panduan Pasar Malam Taipei: 13 Bazar & Lawatan Makanan DIY Terbaik

Pasar malam Taipei adalah bahagian yang meriah dan penting dalam pesona bandar ini, menawarkan pengalaman mengasyikkan ke dalam budaya tempatan, makanan dan …

19 Tempat Urut Thai di Bangkok | Studio Bajet & Spa Mewah

Tiada perjalanan ke Thailand lengkap tanpa merasai urutan Thai asli di Bangkok. Selain melihat cantik kuil Thai dan cuba sedap makanan jalanan, …

Hotel Terbaik di Tokyo: 13 Penginapan Mewah & 5 Bintang Terbaik

Pemandangan hotel Tokyo adalah gambaran yang mempesonakan bandar itu sendiri: gabungan harmoni tradisi dan inovasi termaju. Bagi pengembara yang arif, kelimpahan hartanah …

Panduan Lapangan Terbang Taipei - Maklumat Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan

Jika anda terbang ke Taipei, kemungkinan besar anda akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan (TPE, Lapangan Terbang Taipei). Terletak kira-kira …

Kelab di Seoul: Bar, Teater & Aktiviti Kehidupan Malam Terbaik

Pemandangan kehidupan malam Seoul adalah dinamik dan pelbagai seperti bandar itu sendiri, menawarkan sesuatu untuk semua orang, sama ada anda ingin berehat …

Masa Terbaik untuk Melawat Taipei - Aktiviti & Tarikan untuk Setiap Musim

Kebanyakan orang memikirkan Taipei 101 apabila ia datang ke tempat ikonik untuk dikunjungi di ibu negara Taiwan. Tidak dinafikan, kerana semua orang …

10 Perjalanan Sehari yang Hebat dari Paris | Lihat Desa di Perancis Image

10 Perjalanan Sehari yang Hebat dari Paris | Lihat Desa di Perancis

Paris ialah bandar luar biasa yang dipenuhi dengan sejarah, budaya dan mercu tanda terkenal di dunia, tetapi kadangkala, pelarian pantas ke kawasan …

Membeli-belah Myeongdong & Perkara Terbaik untuk Dilakukan di Seoul

Sebagai salah satu daerah pelancongan utama di Seoul, Myeongdong menarik pengunjung dari seluruh dunia ke kedai-kedai mewah dan tarikan komersial yang lain. …

6 Perjalanan Sehari Osaka & Percutian Ajaib - Perjalanan Jepun

Lawatan sehari di Osaka penuh dengan istana bersejarah, mata air panas dan gunung. Lawati tempat berhampiran salah satu bandar paling popular di Jepun.

Lawatan Sehari Terbaik dari Tokyo | 8 Tempat untuk Percutian Pantas melalui Kereta Api Peluru

Rangkaian kereta api peluru Tokyo memudahkan anda melarikan diri dari bandar selama sehari dan menerokai pelbagai destinasi yang menarik. Sama ada anda …