Panduan Sukhumvit | Tarikan & Aktiviti Pusat Bandar Bangkok

Panduan Sukhumvit | Tarikan & Aktiviti Pusat Bandar Bangkok background image

Sukhumvit merupakan kawasan yang sibuk dan meriah di Bangkok yang terletak di sepanjang Jalan Sukhumvit. Kawasan ini merupakan salah satu hab beli-belah, makan dan aktiviti malam utama di bandar ini. Beberapa restoran terbaik, kelab terhangat, pusat beli-belah terbesar dan hotel termewah terletak di Sukhumvit. Kawasan ini mewakili Bangkok kosmopolitan dan kontemporari, dengan semua kemudahan yang terdapat di metropolis moden dan besar. Dari membeli-belah hingga lelah di EmQuartier hingga menikmati pemandangan dari Octave Rooftop Lounge & Bar, pasti ada sesuatu untuk setiap pengunjung. Lawatan ke Bangkok tidak lengkap tanpa berkunjung ke Sukhumvit.

Panduan Sukhumvit-Bangkok-Thailand-Jalan Sukhumvit-siang hari

Jalan Sukhumvit di Bangkok dan Thailand

Bahagian Jalan Sukhumvit di Bangkok merupakan sebahagian laluan yang lebih panjang di Thailand yang bermula dari pusat bandar hingga ke sempadan Kemboja, menjadikannya salah satu jalan terpanjang di negara ini. Di Bangkok, jalan ini berfungsi sebagai jalan komersial utama yang dibarisi oleh bangunan-bangunan tinggi dan berbagai-bagai gerai jalanan. Jalan ini dan jalan-jalan lain yang bersambung dengannya dipanggil Sukhumvit, kawasan yang meliputi kejiranan pusat bandar Nana hingga kejiranan pinggir bandar Bearing. Daerah ini merupakan daerah yang sibuk dan dipenuhi dengan penduduk tempatan, ekspatriat dan pelancong pada waktu siang dan malam.

Panduan Sukhumvit-Bangkok-Thailand-BTS-laluan Sukhumvit

Pengangkutan di Sukhumvit

Salah satu perkara terbaik tentang Sukhumvit ialah kawasan ini mempunyai hubungan pengangkutan yang baik melalui Skytrain BTS, Metro, dan Rangkaian Kereta Api Lapangan Terbang. Ini memudahkan pergerakan di kawasan luas yang dihubungkan oleh Jalan Sukhumvit dan juga untuk ke tempat lain di bandar.

Pilihan pengangkutan awam di Sukhumvit

Daftar Masuk ke Sofitel Bangkok Sukhumvit, Langkah Keluar ke Stesen MRT Sukhumvit

Hotel di Sukhumvit-Bangkok-Sofitel Bangkok Sukhumvit

CARI & TEMPAH HOTEL DI SUKHUMVIT HARI INI

Panduan Sukhumvit-Bangkok-Thailand-EmQuartier Bangkok

Aktiviti yang Boleh Dilakukan di Sukhumvit

Sukhumvit sentiasa penuh dengan banyak aktiviti, jadi anda tidak perlu bersusah payah mencari hiburan dan aktiviti untuk memenuhkan jadual anda. Sebaliknya, anda mungkin perlu memilih dengan teliti, kerana terdapat terlalu banyak aktiviti untuk dimasukkan dalam satu lawatan. Untuk membantu anda memilih aktiviti utama dalam senarai anda, berikut disenaraikan beberapa aktiviti siang dan malam utama di Sukhumvit, dan juga beberapa cadangan tentang tempat terbaik untuk dikunjungi.

Panduan Sukhumvit-Bangkok-Thailand-Terminal 21

Membeli-belah di Sukhumvit

Sukhumvit terkenal sebagai tempat beli-belah mewah di Bangkok. Pusat beli-belah dan gedung berpenyaman udara ala Barat dipenuhi dengan pakaian dan aksesori terkini daripada jenama-jenama terkemuka, dan terletak tidak jauh dari stesen Skytrain. Selain kompleks beli-belah mewah yang besar, Sukhumvit juga mempunyai banyak pusat beli-belah dan pasar jalanan untuk anda mencari pelbagai barangan runcit harian dan cenderamata yang murah.

Pusat beli-belah terkemuka di Sukhumvit

  • EmQuartier Bangkok: Kompleks beli-belah mewah seluas 600,000 kaki persegi ini terletak berhampiran dengan Stesen BTS Phrom Phong. EmQuartier mempunyai beratus-ratus kedai untuk dikunjungi penggemar beli-belah. Anda akan menemukan semua jenama pereka eksklusif seperti Prada, Gucci, Dior, Valentino, Dolce & Gabbana, dan banyak lagi, serta beberapa jenama popular mampu milik seperti H&M, Zara, Super Dry, dan Uniqlo. Terdapat juga lebih dari 50 restoran untuk anda berehat dan makan.
  • Emporium: Juga terletak di sebelah Stesen BTS Phrom Phong, Emporium merupakan salah satu pusat beli-belah mewah asal di Bangkok. Pusat beli-belah ini masih menjadi salah satu tempat terbaik di bandar ini untuk mencari jenama antarabangsa dan fesyen terkemuka, serta kedai-kedai yang menjual peralatan teknologi dan hiasan rumah. Emporium mempunyai sebuah medan selera yang sibuk dan banyak restoran, serta panggung wayang di tingkat atas untuk anda menonton wayang selepas membeli-belah.
  • Terminal 21: Salah satu pusat beli-belah yang unik di bandar ini, Pusat Beli-Belah Terminal 21 mempunyai lobi besar yang direka seperti lapangan terbang dan pelbagai aras yang bertemakan bandar-bandar berlainan di dunia. Membeli-belahlah di Tokyo, Rom, London, Paris, Istanbul, dan destinasi jauh yang lain. Keseluruhannya terdapat sembilan aras, semuanya mempunyai tema menarik dan pelbagai kedai yang unik. Makanan yang ditawarkan juga menggambarkan budaya di setiap aras, lantas menawarkan kepelbagaian pilihan makan.
  • Pusat Beli-Belah Gateway Ekamai: Boleh diakses melalui jejantas dari Stesen Skytrain BTS Ekamai, Pusat Beli-Belah Gateway Ekamai merupakan pilihan baik untuk mereka yang mencari pengalaman beli-belah yang lebih murah. Pusat beli-belah ala Jepun ini mempunyai banyak kedai, restoran Jepun yang murah, dan sebuah pasar raya 24 jam. Terdapat satu aras yang dikhususkan untuk produk dan perkhidmatan kecantikan dan kesihatan, satu aras lain untuk butik pakaian bebas, dan satu bahagian untuk kedai-kedai yang menjual peralatan teknologi yang dipanggil IT City.
  • Pasar Nana: Untuk merasai pengalaman membeli-belah di pasar Bangkok, pergilah ke pasar yang dibuka pada setiap malam di antara Stesen BTS Nana dengan Stesen BTS Asok. Kadangkala dikenali sebagai Pasar Jalan Sukhumvit, Pasar Nana dipenuhi dengan gerai yang menjual pelbagai barangan murah, termasuk pakaian, aksesori, jam tangan, DVD, dan cenderamata. Kudapan dan minuman murah juga dijual. Peniaga biasanya membuka gerai sekitar 5 p.m. dan mula tutup sekitar tengah malam.

Daftar Masuk ke Grande Centre Point Terminal 21, Langkah Keluar ke Pusat Beli-Belah Terminal 21

Hotel di Sukhumvit-Bangkok-Grande Centre Point Terminal 21

CARI & TEMPAH HOTEL DI SUKHUMVIT HARI INI

Panduan Sukhumvit-Bangkok-Thailand-Dinosaur Planet Bangkok

Tarikan di Sukhumvit

Memandangkan ini merupakan kawasan moden di bandar, Sukhumvit tidak mempunyai banyak mercu tanda pelancongan tradisional. Walaupun Thailand dan tempat-tempat lain di Bangkok terkenal kerana kuil-kuil indah dan istana-istana bersejarah, anda tidak akan menemukan tarikan-tarikan tersebut di celah-celah bangunan pencakar langit dan pusat beli-belah di Sukhumvit. Namun begitu, terdapat beberapa tarikan wajib yang perlu dikunjungi semasa meneroka kawasan ini untuk merasakan budaya unik dan sejarah Sukhumvit.

Tarikan utama di Sukhumvit

  • Taman Benjasiri: Kawasan hijau popular di tengah-tengah semua aksi, anda boleh berjalan kaki dengan mudah dari Stesen BTS Phrom Phong ke Taman Benjasiri. Meskipun tidak besar, ruangnya digunakan secara optimum untuk pelbagai jenis aktiviti. Di sini terdapat kemudahan sukan yang baik, trek larian, dan juga tasik di tengah-tengah yang dikelilingi pokok. Belilah ais krim dan bersiar-siar untuk mencari semua arca seni moden yang dipamerkan di taman ini.
  • Muzium Kediaman Kamthieng: Rumah tradisional yang diperbuat daripada kayu jati dan telah diubah suai ini terletak di celah-celah bangunan pencakar langit di sekitar Stesen BTS Asok dan menawarkan tempat pelarian yang tenang untuk menghayati budaya dan sejarah Thai. Lihatlah kehidupan kampung tradisional Thai dan bacalah papan maklumat tentang semua artifak yang dipamerkan. Muzium ini boleh diteroka dalam masa satu jam, menjadikannya mudah untuk dimasukkan dalam jadual perjalanan anda ke kawasan ini.
  • Flight Experience Bangkok: Terletak di aras dua Pusat Beli-Belah Gateway Ekimai, Flight Experience Bangkok merupakan simulasi penerbangan yang amat realistik yang akan membawa anda terbang ke seluruh dunia. Anda boleh terbang dari beribu-ribu lapangan terbang dan juga memilih keadaan cuaca berbeza-beza untuk pengalaman yang lebih menarik dan mencabar. Pilih antara pakej setengah jam atau yang paling digemari, satu jam, dan berseronoklah dalam sesi yang dikendalikan oleh juruterbang sebenar.

Daftar Masuk ke Radisson Blu Plaza Bangkok, Langkah Keluar ke Taman Benjasiri

Hotel di Sukhumvit-Bangkok-Radisson Blu Plaza Bangkok

CARI & TEMPAH HOTEL DI SUKHUMVIT HARI INI

Panduan Sukhumvit-Bangkok-Thailand-Urut Tradisional Thai

Urut Tradisional Thai

Seperti tempat-tempat lain di Bangkok, Sukhumvit juga mempunyai banyak pusat urut untuk anda mendapatkan urut Thai asli dan beberapa rawatan spa tambahan pada harga yang murah. Urut Thai menggunakan teknik tradisional yang melibatkan tekanan beritma dan postur yoga terbantu untuk menjajarkan semula tubuh dan melegakan tekanan. Jika anda hendak berehat selepas penat membeli-belah, tiada cara yang lebih baik daripada urut Thai.

Urut Thai Terbaik di Sukhumvit

  • Orchid Spa & Massage: Jika anda hendak berehat selepas penat berjalan di sekitar Stesen BTS Phrom Phong, pergilah ke Orchid Spa & Massage. Pilih daripada pelbagai rawatan berbeza, termasuk urut tradisional Thai, urut minyak, urut aromaterapi, dan urut minyak susu. Setiap rawatan boleh disuaikan mengikut keperluan anda. Anda juga boleh menempah pakej spa penuh selama 140 atau 170 minit.
  • Bamboo Spa Thailand: Terletak di tenggara Taman Benjasiri, Bamboo Spa Thailand ialah butik spa baharu yang komited untuk memberikan pelanggan suasana yang selesa dan profesional. Pilih daripada sesi urut aromaterapi satu jam dengan pilihan sental badan herba, detoksifikasi, atau tekanan bunjut herba. Tukang urut menggunakan teknik urut unik yang menggabungkan ciri-ciri urut tradisional Thai dan Shiatsu. Menu spa juga menawarkan urut “4 Tangan” yang dilakukan oleh dua tukang urut serentak.
  • So Thai Spa Bangkok: Tidak jauh dari Stesen MRT Sukhumvit, So Thai Spa Bangkok merupakan oasis menenangkan di tengah-tengah bandar besar ini. Menu spa menawarkan pelbagai rawatan dari urut tradisional Thai dan kaki dua jam hingga pakej lima jam dengan semua perkhidmatan terbaik spa ini. Terdapat bilik double dan triple disediakan untuk pasangan atau kumpulan rakan atau keluarga yang ingin berehat dan dimanjai bersama-sama.
  • Bai Po Massage: Terletak tidak jauh dari Stesen BTS Nana, Bai Po Massage terkenal sebagai salah satu tempat terbaik di Bangkok untuk mendapatkan urut kaki pada harga yang murah. Pusat urut yang bersih dan selesa ini biasanya mempunyai suasana yang sunyi agar anda boleh benar-benar berehat. Selain urut kaki, anda boleh juga mendapatkan urut badan tradisional, tekanan haba herba, aromaterapi, wap herba, dan banyak lagi.
  • Massage @ Le: Salon murah di utara Stesen BTS Asok, Massage @ Le amat ringkas. Menunya menawarkan empat perkhidmatan utama: urut tradisional Thai, urut kaki, urut kepala dan bahu, dan urut aromaterapi. Anda boleh menggabungkan urut yang berbeza atau menambah tekanan haba, krim herba, atau minyak. Semua urutan dilakukan menggunakan teknik tradisional Thai oleh tukang urut yang terlatih dan mahir.

Panduan Sukhumvit-Bangkok-Thailand-makan-restoran

Makan dan Restoran di Sukhumvit

Sukhumvit mempunyai kepelbagaian tempat makan yang lebih banyak berbanding tempat-tempat lain di Bangkok, dan juga mempunyai paling banyak restoran terkemuka yang menghidangkan masakan terbaik di dunia. Sama ada anda ingin mencuba makanan asli Thai atau melihat cara masakan Itali disediakan di Thailand, inilah tempatnya. Restoran-restoran paling terkenal biasanya terletak di lorong-lorong kecil di Sukhumvit untuk suasana makan yang lebih tenang.

Restoran Terkemuka di Sukhumvit

  • Bo.Lan: Dipaparkan dalam rancangan “Chef’s Table” Netflix, Bo.Lan mempunyai reputasi sebagai salah satu restoran asli Thai terbaik di Bangkok, jika bukan di seluruh Thailand. Restoran ini diiktiraf sebagai antara restoran pertama yang menawarkan masakan Thai dalam bentuk makan mewah. Hidangan berilhamkan makanan jalanan Thai, tradisi masakan di rumah Thai, dan masakan ala istana. Bo.Lan terletak tidak jauh dari Stesen BTS Thong Lo.
  • Cuisine de Garden Bangkok: Menawarkan menu rasa yang berilhamkan alam semulajadi, Cuisine de Garden Bangkok merupakan restoran menarik yang menawarkan pengalaman makan yang unik. Hidangan yang interaktif menggalakkan tetamu bermain-main dengan makanan mereka dan terdapat banyak kejutan sepanjang waktu makan. Bahagian dalam restoran, yang terletak tidak jauh dari jalan utama, membawa tetamu ke hutan. Batang pokok yang terdedah dan lampu fairy kecil memberikan suasana seakan-akan dalam cerita dongeng.
  • Cocotte Bangkok Farm Roast & Winery: Makan di sebuah bistro Perancis yang meriah di nadi Bangkok dengan menempah meja di Cocotte Bangkok Farm Roast & Winery. Restoran ini menumpukan pada hidangan bermusim yang dibuat daripada bahan tempatan berkualiti tinggi yang disumberkan dari ladang-ladang lestari. Dapur terbuka menambahkan suasana seronok dan bertenaga kepada ruang ini, dan bau semerbak stik, ayam dan kambing yang dipanggang memenuhi restoran. Anda juga boleh mencuba pelbagai wain dari daerah wain terbaik di seluruh dunia.
  • Appia: Untuk makanan selesa asli Itali di Bangkok, pastikan anda ke Appia, yang terletak hanya beberapa minit berjalan kaki dari Stesen BTS Phrom Phong. Makan pelbagai pasta dan daging awet serta nikmati pencuci mulut tiramisu yang lazat. Jangan lupa mencuba kopi Itali. Suasana desa di dalam restoran ini akan membuatkan anda rasa seperti makan di pinggir desa Itali dan masakan yang lazat dan mengenyangkan pasti memuaskan anda.
  • Cabbages & Condoms: Jangan membiarkan namanya menjelikkan anda; Cabbage & Condoms merupakan restoran bertemakan kontraseptif yang menyeronokkan yang menghidangkan beberapa masakan Thai terbaik di Sukhumvit. Anda boleh makan masakan terkenal seperti Pad Thai dan Tom Yam, dan juga pelbagai sup dan kari tradisional. Banyak juga pilihan koktel yang ditawarkan. Singgah di kedai cenderamata sebelum pulang untuk membeli cenderamata yang unik!

Daftar Masuk ke Okura Prestige Bangkok, Langkah Keluar ke Cabbages & Condoms

Hotel di Sukhumvit-Bangkok-Okura Prestige Bangkok

CARI & TEMPAH HOTEL DI SUKHUMVIT HARI INI

Panduan Sukhumvit- Bangkok-Thailand-aktiviti malam-Titanium Club and Ice Bar-Demo

Aktiviti Malam di Sukhumvit

Jika terdapat satu perkara yang membuatkan Sukhumvit terkenal, perkara itu ialah aktiviti malamnya yang hebat. Cari lounge-lounge mewah untuk menikmati malam dalam suasana mewah dengan berpakaian kemas, atau pergi ke salah satu bar dan pub untuk suasana yang lebih santai. Beberapa kelab terbaik yang ditawarkan oleh bandar ini juga terletak di Jalan Sukhumvit, tempat untuk anda menari sepanjang malam dengan orang-orang tempatan dan pengunjung yang suka berpesta.

Tempat aktiviti malam terbaik di Sukhumvit

  • Levels Club & Lounge: Jika anda inginkan pengalaman penuh aktiviti malam di satu tempat, pergilah ke Levels Club & Lounge. Tempat ini mempunyai tiga zon yang menggabungkan ciri-ciri bar, lounge dan kelab. Muzik house biasanya dimainkan di sini, tetapi kelab ini membawakan pelbagai DJ yang memutarkan pelbagai campuran eklektik. Memandangkan kelab ini terletak di aras enam, bar teres menawarkan pemandangan Sukhumvit yang agak baik.
  • Octave Rooftop Lounge & Bar: Untuk pemandangan Bangkok yang benar-benar indah dan luas, anda perlu minum koktel di Octave Rooftop Lounge & Bar. Bar ini terletak di aras 45 Bangkok Marriott Hotel Sukhumvit dan mempunyai beberapa tingkat lagi. Lihatlah kesibukan Jalan Sukhumvit sambil menghirup koktel-koktel istimewa dan wain-wain terkemuka. Bar bulat di tingkat paling atas menawarkan pemandangan 360 darjah tanpa halangan.
  • Titanium Club & Ice Bar: Jika anda hendak berehat daripada cuaca panas, Titanium Club & Ice Bar akan membantu anda menyejukkan badan. Nikmati minuman dingin lazat yang dibuat daripada semua jenis vodka yang ada dan dihidangkan di kawasan bar ais. Kawasan lain di bar mempunyai suasana mewah dan menunjuk-nunjuk dengan tetapan lampu yang inovatif serta sistem bunyi yang memainkan muzik DJ selebriti dan kumpulan muzik terkenal.
  • Beam: Kelab tari bawah tanah ala Eropah dengan suasana gedung perindustrian, Beam hanyalah tentang muzik dan menari. Kelab meriah ini mempunyai lantai tari yang besar dan suasana parti yang hebat yang dihasilkan dengan persembahan laser LED yang memukau dan mesin kabus. Pembesar suara memainkan muzik deep techno dan house daripada senarai DJ antarabangsa terkemuka. Kelab ini merupakan pilihan popular untuk berparti pada lewat malam di Sukhumvit.
  • Apoteka Soi 11 Gastropub: Untuk suasana yang lebih tenang untuk anda berbual-bual sambil makan dan minum, Apoteka Soi 11 Gastropub merupakan pilihan yang baik. Dengan gaya yang diilhamkan daripada apotekari kurun ke-19 lengkap dengan botol kaca yang membarisi rak, pub ini menawarkan pilihan bir, wain, alkohol, dan koktel istimewa yang baik. Cuba tapa paduan Thai atau pesan masakan yang mengenyangkan terus dari gril sambil duduk dan mendengar lagu-lagu blues.
  • Demo: Dari luar, Demo kelihatan seperti gudang yang terbiar – dengan dinding bata, paip yang terdedah dan pintu shutter – tetapi kelab ini sebenarnya merupakan salah satu kelab paling meriah di bandar ini. Kelab ini mempunyai dua bahagian, yang pertama merupakan kawasan bar yang memainkan muzik hip-hop dan 40 Terhangat, dan bilik utama yang lebih besar yang memainkan muzik house dan tekno. Terdapat menu koktel yang hebat dan kawasan terbuka yang besar untuk anda mengambil angin.

Daftar Masuk ke Bangkok Marriott Hotel Sukhumvit, Langkah Keluar ke Octave Rooftop Lounge & Bar

Hotel di Sukhumvit-Bangkok-Bangkok Marriott Hotel Sukhumvit

CARI & TEMPAH HOTEL DI SUKHUMVIT HARI INI

Panduan Sukhumvit-Bangkok-Thailand-hotel-penginapan

Hotel & Penginapan di Sukhumvit

Sukhumvit mempunyai banyak tempat untuk menginap. Malah, di sini terdapat beberapa hotel paling mewah di Bangkok. Penginapan di sini anggun dan moden, menawarkan semua keperluan yang diperlukan pengunjung untuk menikmati penginapan mereka. Sesetengah hotel terkemuka terletak di sepanjang jalan ini, menyatukan kemudahan terbaik di dunia dengan kemesraan Bangkok yang sebenar. Internet kelajuan tinggi, restoran yang bagus-bagus, kolam renang, spa, dan banyak lagi disediakan di hotel-hotel ini.

Okura Prestige Bangkok

Sofitel Bangkok Sukhumvit

 

Hotel Terbaik di Sukhumvit

  • Okura Prestige Bangkok: Sebuah hotel pencakar langit kontemporari, Okura Prestige Bangkok menawarkan penginapan mewah dekat dengan pusat beli-belah dan aktiviti malam terbaik. Bilik-biliknya menawarkan pemandangan latar langit dan banyak kemudahan tambahan seperti bar mini, TV skrin pipih, sauna, dan banyak lagi. Anda akan menemukan kolam renang infiniti di aras 25 dan pelbagai pilihan makan yang baik. Hotel ini terletak di sebelah Stesen BTS Phloen Chit, menjadikannya mudah untuk berulang-alik ke lapangan terbang atau meneroka kawasan lain di bandar ini.
  • Sofitel Bangkok Sukhumvit: Nikmati akses mudah ke Skytrain dan Metro apabila menginap di Sofitel Bangkok Sukhumvit, yang terletak hanya beberapa minit berjalan kaki dari Stesen MRT Sukhumvit. Bilik ini mempunyai tingkap dari lantai hingga ke siling yang menawarkan pemandangan bandar yang mengagumkan dan dekorasinya merupakan paduan mewah pengaruh Perancis dan Thai. Nikmati makanan yang lazat di salah satu dari empat restoran, gunakan kemudahan kolam renang dan gim, dan berehat di spa hotel selepas seharian berjalan-jalan.
  • Grande Centre Point Hotel Terminal 21: Terletak di dalam Pusat Beli-Belah Terminal 21, Grande Center Point Terminal 21 terletak di kawasan yang baik untuk membeli-belah, makan, aktiviti malam, dan rangkaian transit yang mudah. Bilik dan suite di hotel ini luas dan mempunyai bar mini, pembancuh teh dan kopi, dan tilam pillowtop. Kemudahan lain termasuklah gim, gelanggang tenis, kolam renang infiiniti, spa, dan lapang sasar golf.
  • Bangkok Marriott Hotel Sukhumvit: Terletak tidak jauh dari jalan utama, Bangkok Marriott Hotel Sukhumvit meletakkan anda di tengah-tengah segala aksi. Bilik standard dilengkapi dengan pelbagai ameniti dan terdapat juga suite satu atau dua bilik tidur. Apabila menginap di hotel ini, tetamu akan menerima akses ke gim, kolam renang, sauna, dan tab panas. Nikmati sarapan bufet percuma untuk mendapatkan tenaga dan berada di Stesen BTS Thong Lo dalam masa beberapa minit.
  • Radisson Blu Plaza Bangkok: Hanya lima minit berjalan kaki dari Stesen BTS Asok dengan Skytrain, Radisson Blu Plaza Bangkok menawarkan bilik mewah dengan pemandangan bandar yang menakjubkan. Pergi ke spa selepas seharian membeli-belah atau berendam di kolam renang bumbung pada waktu tengah hari. Jangan risau tentang tempat makan, kerana terdapat tiga restoran dan lima bar di hotel ini, serta banyak lagi dalam jarak berjalan kaki.

Grande Centre Point Hotel Terminal 21

Bangkok Marriott Hotel Sukhumvit

Radisson Blu Plaza Bangkok

 

 

 

 

 

 

 

 

CARI & TEMPAH HOTEL DI SUKHUMVIT HARI INI

Anda juga mungkin suka

Next
Tarikan Mesra Keluarga di Ehime | 7 Perkara Seronok untuk Dilakukan dengan Kanak-kanak Image

Tarikan Mesra Keluarga di Ehime | 7 Perkara Seronok untuk Dilakukan dengan Kanak-kanak

Ehime ialah sebuah wilayah Jepun yang terletak di sepanjang pantai barat laut pulau Shikoku. Ia terkenal dengan iklim panas dan persekitaran semula …

Bersiar-siar di Kyoto | Panduan untuk Kereta Api Peluru, Bas Tempatan & Penyewaan Basikal Image

Bersiar-siar di Kyoto | Panduan untuk Kereta Api Peluru, Bas Tempatan & Penyewaan Basikal

Bekas ibu kota Jepun, Kyoto, adalah sebuah bandar yang penuh dengan tradisi dan penuh dengan kebiasaan yang menarik. Di sebalik kuil ikonik …

Pasar Nishiki | Kedai Terbaik untuk Dilawati & Makanan di Kyoto's Pantry Image

Pasar Nishiki | Kedai Terbaik untuk Dilawati & Makanan di Kyoto's Pantry

Sama ada anda sedang mencari hidangan lazat untuk memikat selera anda, sejarah berbilang abad yang kaya untuk diterokai, atau pengalaman budaya biasa …

Panduan ke Taman Maruyama | Lihat Bunga Sakura & Terokai Gion di Kyoto Image

Panduan ke Taman Maruyama | Lihat Bunga Sakura & Terokai Gion di Kyoto

Terletak di berhampiran lereng bukit Daerah Higashiyama di Kyoto, Taman Maruyama ialah oasis semula jadi yang menakjubkan dengan keindahan dan daya tarikan. …

Lawatan Sehari dari Fukuoka | 5 Idea Jadual Perjalanan untuk Lawatan Sehari DIY di Kyushu Image

Lawatan Sehari dari Fukuoka | 5 Idea Jadual Perjalanan untuk Lawatan Sehari DIY di Kyushu

Fukuoka mungkin ibu kota Kyushu, tetapi ia bukan satu-satunya bandar yang patut dilihat di pulau paling selatan Jepun. Bandar ini berfungsi sebagai …

Jadual Perjalanan Bali 5 Hari | Panduan Pemasa Pertama untuk Percutian Sempurna di Indonesia

Bali ialah syurga pengembara sebenar di mana anda tidak akan kehabisan perkara untuk dilihat dan dilakukan. Satu-satunya cabaran ialah memikirkan tarikan dan …

Istana Imperial Kyoto - Lawatan Berpandu, Waktu & Tarikan Berdekatan di Jepun Image

Istana Imperial Kyoto - Lawatan Berpandu, Waktu & Tarikan Berdekatan di Jepun

Istana Imperial Kyoto ialah tingkap ke dalam sejarah empayar Jepun yang kaya, menawarkan pengunjung gambaran sekilas seni bina yang elegan dan taman …

Perkara yang Boleh Dilakukan di Dubrovnik, Croatia | 15 Tidak Boleh Terlepas Aktiviti & Tarikan Image

Perkara yang Boleh Dilakukan di Dubrovnik, Croatia | 15 Tidak Boleh Terlepas Aktiviti & Tarikan

Selalunya dipanggil “mutiara Adriatik,” Dubrovnik sudah tentu sesuai dengan julukan. Bandar yang indah di pantai selatan Croatia ini adalah salah satu destinasi …

Kehidupan Malam Bangkok | Bar, Kelab & Kawasan Hiburan Malam Popular Terbaik

Bangkok terkenal dengan kehidupan malam yang meriah dan eklektik, menawarkan sesuatu untuk semua orang, daripada pengunjung bar kasual kepada mereka yang ingin …

Pasar Chatuchak: Melawat Pasar Terbesar di Bangkok

Pasar Chatuchak adalah pasar yang luas terletak di Daerah Chatuchak dari Bangkok. Ia sering dikenali sebagai “Pasar Hujung Minggu Chatuchak” kerana kebanyakan …

Bar Atas Bumbung di Bangkok | Tempat Hiburan Malam dengan Pemandangan & Koktel yang Hebat

Sama ada anda sedang menghirup koktel istimewa atau menikmati segelas wain yang berkualiti, pemandangan panoramik dari tinggi di atas jalan-jalan yang sibuk …

Panduan Pasar Malam Taipei: 13 Bazar & Lawatan Makanan DIY Terbaik

Pasar malam Taipei adalah bahagian yang meriah dan penting dalam pesona bandar ini, menawarkan pengalaman mengasyikkan ke dalam budaya tempatan, makanan dan …

19 Tempat Urut Thai di Bangkok | Studio Bajet & Spa Mewah

Tiada perjalanan ke Thailand lengkap tanpa merasai urutan Thai asli di Bangkok. Selain melihat cantik kuil Thai dan cuba sedap makanan jalanan, …

Hotel Terbaik di Tokyo: 13 Penginapan Mewah & 5 Bintang Terbaik

Pemandangan hotel Tokyo adalah gambaran yang mempesonakan bandar itu sendiri: gabungan harmoni tradisi dan inovasi termaju. Bagi pengembara yang arif, kelimpahan hartanah …

Panduan Lapangan Terbang Taipei - Maklumat Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan

Jika anda terbang ke Taipei, kemungkinan besar anda akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan (TPE, Lapangan Terbang Taipei). Terletak kira-kira …

Kelab di Seoul: Bar, Teater & Aktiviti Kehidupan Malam Terbaik

Pemandangan kehidupan malam Seoul adalah dinamik dan pelbagai seperti bandar itu sendiri, menawarkan sesuatu untuk semua orang, sama ada anda ingin berehat …

Masa Terbaik untuk Melawat Taipei - Aktiviti & Tarikan untuk Setiap Musim

Kebanyakan orang memikirkan Taipei 101 apabila ia datang ke tempat ikonik untuk dikunjungi di ibu negara Taiwan. Tidak dinafikan, kerana semua orang …

10 Perjalanan Sehari yang Hebat dari Paris | Lihat Desa di Perancis Image

10 Perjalanan Sehari yang Hebat dari Paris | Lihat Desa di Perancis

Paris ialah bandar luar biasa yang dipenuhi dengan sejarah, budaya dan mercu tanda terkenal di dunia, tetapi kadangkala, pelarian pantas ke kawasan …

Membeli-belah Myeongdong & Perkara Terbaik untuk Dilakukan di Seoul

Sebagai salah satu daerah pelancongan utama di Seoul, Myeongdong menarik pengunjung dari seluruh dunia ke kedai-kedai mewah dan tarikan komersial yang lain. …

6 Perjalanan Sehari Osaka & Percutian Ajaib - Perjalanan Jepun

Lawatan sehari di Osaka penuh dengan istana bersejarah, mata air panas dan gunung. Lawati tempat berhampiran salah satu bandar paling popular di Jepun.

Lawatan Sehari Terbaik dari Tokyo | 8 Tempat untuk Percutian Pantas melalui Kereta Api Peluru

Rangkaian kereta api peluru Tokyo memudahkan anda melarikan diri dari bandar selama sehari dan menerokai pelbagai destinasi yang menarik. Sama ada anda …