Tempat Bergambar di Koh Samui | Saat Instagram & Aktiviti

Sama ada anda membawa kamera berlensa panjang atau mempunyai telefon pintar di dalam kocek anda, jadikan tempat bergambar terbaik di Koh Samui tumpuan semasa percutian anda yang seterusnya! Pulau syurga di selatan Thailand ini merupakan tempat yang baik untuk merakam beberapa ciptaan alam paling menakjubkan. Muat naik pemandangan hutan bakau dari kereta kabel di Kawasan Pemandangan Lamai dalam Snapchat, kemudian jalan kaki ke Batu Bertindih pada waktu senja dan tayangkan pemandangan laut dalam Instagram. Sebagai pulau ketiga terbesar dan destinasi kedua paling terkenal di Thailand, Koh Samui penuh dengan aktiviti yang boleh dilakukan, malah jurugambar baharu juga akan menjumpai banyak saat bergambar seperti pakar!
1. Tempat bergambar di Koh Samui | Hin Ta Hin Yai (Batu Datuk dan Nenek)
Salah satu tempat bergambar paling terkenal di Koh Samui ialah Hin Ta Hin Yai, iaitu batu datuk dan nenek. Harta indah ini bukan sahaja menyediakan gambar yang unik tetapi turut mempunyai legenda tempatan. Dikatakan bahawa batu-batu ini terbentuk secara semulajadi untuk kelihatan seperti kemaluan lelaki dan perempuan selepas sepasang lelaki dan wanita tua, Ta Kreng dan Yai Tiem, mati di laut semasa dalam perjalanan ke daerah yang berjiranan untuk mencari seorang isteri untuk anak lelaki mereka.
Mercu tanda pesisir pantai ini terletak di Lamai, di sebelah pantai timur Koh Samui, dan di hujung selatan Pantai Lamai.
Daftar Masuk ke Silavadee Pool Spa Resort, Langkah Keluar ke Hin Ta Hin Yai
2. Tempat bergambar di Koh Samui | Wat Phra Yai – Buddha Besar
Terletak di atas pulaunya yang tersendiri, Kuil Buddha Besar (Wat Phra Yai) di Ko Fan merupakan salah satu tarikan paling terkenal di Koh Samui dan salah satu benda pertama yang dilihat oleh pengunjung yang datang ke pulau ini melalui udara. Dari tanah, patung emas setinggi 12 meter ini menguasai latar langit, menghasilkan gambar-gambar kuil dan laut di belakangnya yang menakjubkan.
Berswafotolah dengan Patung Ikan Duyung di hujung timur Ko Fan dan hantarkan gambar-gambar melucukan kaki anda yang dihurungi ikan kap kecil di Fish Spa Samui kepada kawan-kawan anda.
Ko Fan dan Kuil Buddha Besar terletak di Bo Phut, di sebelah timur laut pulau, berhampiran dengan Lapangan Terbang Samui.
Daftar Masuk ke Maryoo Samui Hotel, Langkah Keluar ke Kuil Buddha Besar (Wat Phra Yai)
3. Tempat bergambar di Koh Samui | Taman Laut Nasional Mu Koh Angthong
Pengunjung yang tidak sabar untuk melihat inspirasi kepada novel “The Beach” boleh menempah lawatan bot laju ke Taman Laut Nasional Mu Koh Angthong di pelbagai agensi pelancongan di Koh Samui. “Bot safari” ini membawa pengunjung mengelilingi 42 pulau di taman ini dalam masa 45 minit, tetapi jurugambar yang ingin mencari tempat bergambar terbaik di Koh Samui boleh memilih persiaran bot yang perlahan, selama dua hingga tiga jam.
Pengunjung juga boleh menginap di taman ini di Ko Wua Ta Lap atau Koh Phaluai, satu-satunya pulau yang didiami di taman ini. Tempat bergambar terkemuka di Koh Phaluai ialah Kawasan Pemandangan Eco, dan jurugambar pasti tidak akan puas mengambil gambar hutan belantara dan hutan bakau, hidupan laut tempatan dan beratus-ratus monyet ekor panjang yang mendiami kedua-dua pulau ini.
Daftar Masuk ke Beach Republic, Koh Samui, Langkah Keluar ke Taman Laut Nasional Mu Koh Angthong
CARI & TEMPAH HOTEL DI KOH SAMUI HARI INI
4. Tempat bergambar di Koh Samui | Pantai Perak
Tempat selam snorkel yang baik dan tempat kegemaran pelawat yang ingin bersendiri dan berehat, Pantai Perak merupakan salah satu tempat bergambar terbaik di Koh Samui. Tempat terpencil ini digemari kerana pantainya yang tenang dan pemandangan matahari terbenam, terutamanya di Teluk Kristal, tetapi jurugambar masih dapat mengambil gambar suasana masyarakat tempatan di sini. Kawasan ini mempunyai banyak restoran terbuka, penjaja tempatan dan pusat urut, yang bukan sahaja boleh menjadi gambar yang baik tetapi juga tempat melepak yang baik!
Pantai Perak terletak di sebelah timur Koh Samui di Maret, ke utara Pantai Lamai.
Daftar Masuk ke White Sand Samui Resort, Langkah Keluar ke Lamai
5. Tempat bergambar di Koh Samui | Air Terjun Namuang
Jurugambar mana yang tidak mencari gambar pemandangan air terjun yang mengagumkan semasa bercuti? Air Terjun Namuang, dikenali sebagai Air Terjun Ungu disebabkan warna batu di kawasan ini, menawarkan dua tempat bergambar indah serta kolam mandi kecil untuk menyejukkan badan.
Air Terjun Namuang dibahagikan kepada Na Muang 1 dan Na Muang 2, kedua-duanya menawarkan tempat bergambar pasti tidak dapat dilupakan. Pengembara yang sukakan cabaran boleh masuk ke taman melalui jalan berhampiran dengan Na Muang 1, yang mempunyai kolam mandi kecil, dan berjalan naik ke Na Muang 2, kira-kira 30 minit jauh.
Selain tarikan yang jelas, saat bergambar di kawasan ini termasuklah laluan yang indah, hidupan liar dan kedai makanan tempatan dan kedai cenderamata.
Air Terjun Na Muang terletak di kawasan selatan tengah Koh Samui dan boleh diakses dengan motosikal, atau dengan mengupah pemandu di mana-mana sahaja di atas pulau ini.
Langkah Masuk ke Baan Tipviman, Langkah Keluar ke Air Terjun Namuang
6. Tempat bergambar di Koh Samui | Batu Bertindih (Overlap Stone)
Pendakian ke Batu Bertindih memang mencabar, tetapi gambar-gambar di sini memang ganjaran yang berbaloi! Tarikan terpencil ini kurang terkenal dan kurang pengunjung, dan pengunjung yang mencari tempat yang baik untuk kembara jalan kaki harus memasukkan Batu Bertindih dalam jadual perjalanan Koh Samui mereka. Batu ini berada pada ketinggian 150 meter dari aras laut dan menawarkan pemandangan indah Koh Samui dan air biru Teluk Lamai yang mengelilinginya.
Perjalanan ke Batu Bertindih memerlukan sepasang kasut yang baik dan kegigihan. Pelawat boleh menggunakan motosikal untuk ke sana, tetapi apabila jalan berakhir, pengunjung akan berdepan dengan lereng yang curam dan laluan berbatu untuk ke puncak.
Batu Bertindih terletak 2 kilometer di barat Pantai Lamai, jadi anda boleh berjalan kaki ke sana, dan disarankan untuk keluar pada awal pagi. Perjalanan mengambil masa kira-kira 20 minit dan pengunjung boleh membeli air di gerai tepi jalan di puncak.
Daftar Masuk ke Le Méridien Koh Samui Resort & Spa, Langkah Keluar ke Lamai
CARI & TEMPAH HOTEL DI KOH SAMUI HARI INI
7. Tempat bergambar di Koh Samui | Kampung Nelayan Bophut
Untuk gambar-gambar masyarakat tempatan dan seni bina tradisional, jurugambar di Koh Samui perlu ke Kampung Nelayan Bophut. Sementara kawasan pasar ini mengandungi banyak produk tempatan, di sini juga tempat yang baik untuk gambar Instagram. Ambil gambar peniaga-peniaga yang menjual kraf tangan asli, herba dan rempah tempatan, pakaian jahitan tangan, dan cenderamata pelik, dan jangan lupa untuk bersiar-siar di Pantai Bophut. Seluruh kawasan ini dibarisi dengan pondok-pondok nelayan, rumah-rumah tradisional dan daya tarikan seperti di desa yang menjamin gambar-gambar yang unik untuk semua orang yang berkunjung ke sini.
Kampung Nelayan Bophut terletak di hujung timur laut pulau ini, tidak jauh dari Pantai Bophut.
Daftar Masuk ke The Privilege Hotel Ezra Beach Club, Langkah Keluar ke Kampung Nelayan Bophut
8. Tempat bergambar di Koh Samui | Kawasan Pemandangan Lamai
Tetapkan masa untuk sesi bergambar di Kawasan Pemandangan Lamai dengan berlatarkan tarikan-tarikan menarik seperti Batu Valentine dan Air Terjun Sivatara. Jika gambar mercu tanda ini tidak membuatkan album Instagram anda tular, belilah tiket lengkap semua yang termasuk perjalanan kereta kabel … dan luncur keluang!
Kawasan Pemandangan Lamai sebenarnya merupakan sebuah taman yang mana tetamu boleh melakukan aktiviti kembara jalan kaki atau berehat dan mengambil sebanyak mungkin swafoto yang mereka mahu. Batu Valentine, sebuah batu besar yang terbentuk seperti hati, merupakan tempat bergambar paling digemari oleh pasangan. Air Terjun Sivatara pula merupakan tempat bergambar yang menyegarkan dan dijaga dengan baik yang mempunyai air terjun kecil.
Kawasan Pemandangan Lamai terletak satu kilometer di barat laut Hin Ta Hin Yai (Batu Datuk dan Nenek) iaitu di hujung selatan Pantai Lamai.
Bayaran masuk ke taman ini ialah 100 baht, yang telah termasuk perjalanan kereta kabel. Pelawat yang ingin membuat aktiviti luncur keluang boleh membeli pakej lengkap semua berjumlah 800 baht.
Daftar Masuk ke Thai House Beach, Langkah Keluar ke Lamai
Anda juga mungkin suka

Tarikan Mesra Keluarga di Ehime | 7 Perkara Seronok untuk Dilakukan dengan Kanak-kanak
Ehime ialah sebuah wilayah Jepun yang terletak di sepanjang pantai barat laut pulau Shikoku. Ia terkenal dengan iklim panas dan persekitaran semula …

Bersiar-siar di Kyoto | Panduan untuk Kereta Api Peluru, Bas Tempatan & Penyewaan Basikal
Bekas ibu kota Jepun, Kyoto, adalah sebuah bandar yang penuh dengan tradisi dan penuh dengan kebiasaan yang menarik. Di sebalik kuil ikonik …

Pasar Nishiki | Kedai Terbaik untuk Dilawati & Makanan di Kyoto's Pantry
Sama ada anda sedang mencari hidangan lazat untuk memikat selera anda, sejarah berbilang abad yang kaya untuk diterokai, atau pengalaman budaya biasa …

Panduan ke Taman Maruyama | Lihat Bunga Sakura & Terokai Gion di Kyoto
Terletak di berhampiran lereng bukit Daerah Higashiyama di Kyoto, Taman Maruyama ialah oasis semula jadi yang menakjubkan dengan keindahan dan daya tarikan. …

Lawatan Sehari dari Fukuoka | 5 Idea Jadual Perjalanan untuk Lawatan Sehari DIY di Kyushu
Fukuoka mungkin ibu kota Kyushu, tetapi ia bukan satu-satunya bandar yang patut dilihat di pulau paling selatan Jepun. Bandar ini berfungsi sebagai …
Jadual Perjalanan Bali 5 Hari | Panduan Pemasa Pertama untuk Percutian Sempurna di Indonesia
Bali ialah syurga pengembara sebenar di mana anda tidak akan kehabisan perkara untuk dilihat dan dilakukan. Satu-satunya cabaran ialah memikirkan tarikan dan …

Istana Imperial Kyoto - Lawatan Berpandu, Waktu & Tarikan Berdekatan di Jepun
Istana Imperial Kyoto ialah tingkap ke dalam sejarah empayar Jepun yang kaya, menawarkan pengunjung gambaran sekilas seni bina yang elegan dan taman …

Perkara yang Boleh Dilakukan di Dubrovnik, Croatia | 15 Tidak Boleh Terlepas Aktiviti & Tarikan
Selalunya dipanggil “mutiara Adriatik,” Dubrovnik sudah tentu sesuai dengan julukan. Bandar yang indah di pantai selatan Croatia ini adalah salah satu destinasi …
Kehidupan Malam Bangkok | Bar, Kelab & Kawasan Hiburan Malam Popular Terbaik
Bangkok terkenal dengan kehidupan malam yang meriah dan eklektik, menawarkan sesuatu untuk semua orang, daripada pengunjung bar kasual kepada mereka yang ingin …
Pasar Chatuchak: Melawat Pasar Terbesar di Bangkok
Pasar Chatuchak adalah pasar yang luas terletak di Daerah Chatuchak dari Bangkok. Ia sering dikenali sebagai “Pasar Hujung Minggu Chatuchak” kerana kebanyakan …
Bar Atas Bumbung di Bangkok | Tempat Hiburan Malam dengan Pemandangan & Koktel yang Hebat
Sama ada anda sedang menghirup koktel istimewa atau menikmati segelas wain yang berkualiti, pemandangan panoramik dari tinggi di atas jalan-jalan yang sibuk …
Panduan Pasar Malam Taipei: 13 Bazar & Lawatan Makanan DIY Terbaik
Pasar malam Taipei adalah bahagian yang meriah dan penting dalam pesona bandar ini, menawarkan pengalaman mengasyikkan ke dalam budaya tempatan, makanan dan …
19 Tempat Urut Thai di Bangkok | Studio Bajet & Spa Mewah
Tiada perjalanan ke Thailand lengkap tanpa merasai urutan Thai asli di Bangkok. Selain melihat cantik kuil Thai dan cuba sedap makanan jalanan, …
Hotel Terbaik di Tokyo: 13 Penginapan Mewah & 5 Bintang Terbaik
Pemandangan hotel Tokyo adalah gambaran yang mempesonakan bandar itu sendiri: gabungan harmoni tradisi dan inovasi termaju. Bagi pengembara yang arif, kelimpahan hartanah …
Panduan Lapangan Terbang Taipei - Maklumat Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan
Jika anda terbang ke Taipei, kemungkinan besar anda akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan (TPE, Lapangan Terbang Taipei). Terletak kira-kira …
Kelab di Seoul: Bar, Teater & Aktiviti Kehidupan Malam Terbaik
Pemandangan kehidupan malam Seoul adalah dinamik dan pelbagai seperti bandar itu sendiri, menawarkan sesuatu untuk semua orang, sama ada anda ingin berehat …
Masa Terbaik untuk Melawat Taipei - Aktiviti & Tarikan untuk Setiap Musim
Kebanyakan orang memikirkan Taipei 101 apabila ia datang ke tempat ikonik untuk dikunjungi di ibu negara Taiwan. Tidak dinafikan, kerana semua orang …

10 Perjalanan Sehari yang Hebat dari Paris | Lihat Desa di Perancis
Paris ialah bandar luar biasa yang dipenuhi dengan sejarah, budaya dan mercu tanda terkenal di dunia, tetapi kadangkala, pelarian pantas ke kawasan …
Membeli-belah Myeongdong & Perkara Terbaik untuk Dilakukan di Seoul
Sebagai salah satu daerah pelancongan utama di Seoul, Myeongdong menarik pengunjung dari seluruh dunia ke kedai-kedai mewah dan tarikan komersial yang lain. …
6 Perjalanan Sehari Osaka & Percutian Ajaib - Perjalanan Jepun
Lawatan sehari di Osaka penuh dengan istana bersejarah, mata air panas dan gunung. Lawati tempat berhampiran salah satu bandar paling popular di Jepun.
Lawatan Sehari Terbaik dari Tokyo | 8 Tempat untuk Percutian Pantas melalui Kereta Api Peluru
Rangkaian kereta api peluru Tokyo memudahkan anda melarikan diri dari bandar selama sehari dan menerokai pelbagai destinasi yang menarik. Sama ada anda …