Agoda mengumumkan Taiwan sebagai destinasi idaman ramai mengatasi juara tahun lepas, Bangkok

Taiwan, Thailand, dan Jepun merupakan destinasi dengan carian tertinggi untuk perjalanan sehingga akhir tahun menurut data carian yang diumumkan oleh Agoda.com. Dengan pemulihan keadaan COVID-19 di beberapa buah negara dan kawalan pergerakan sosial yang dilonggarkan, keinginan untuk melancong yang terpendam berbulan-bulan lamanya telah kembali membuak. Para pelancong mula mengimpikan percutian di negara-negara yang jauh dan juga pengembaraan di dalam negara mereka sendiri.
Taiwan tersenarai di tempat teratas sebagai destinasi dengan carian tertinggi antara semua kumpulan pelancong yang berbeza dari pelancong berpasangan, berseorangan, berkeluarga atau berkumpulan, mengatasi juara tahun lepas – Thailand, yang jatuh ke tempat kedua di hadapan Jepun, Vietnam, Korea Selatan dalam senarai lima teratas. Amerika Syarikat, Australia, Hong Kong, Malaysia, dan Indonesia melengkapkan senarai sepuluh teratas.
Data carian Agoda menunjukkan adanya perbezaan yang ketara antara destinasi yang dicari mengikut jenis pelancong. Jepun dan Thailand menduduki tempat kedua dan ketiga bagi kategori pelancong berseorangan, manakala, dalam kategori pelancong berkeluarga lebih ramai mencari tawaran percutian di Thailand, di hadapan Vietnam. Bagi pelancong berkumpulan, Vietnam menduduki tempat kedua di hadapan Thailand. Destinasi-destinasi yang tidak tersenarai di dalam kedudukan sepuluh teratas bagi kategori pelancong keseluruhan seperti Filipina dan Israel turut menjadi pilihan pelancong berkumpulan.
Walaupun pada tahun 2019 terdapat campuran carian yang ketara untuk destinasi antarabangsa di Asia Pasifik, dengan kekurangan destinasi percutian antarabangsa yang dibuka, Taiwan mendapat carian yang tertinggi – oleh pelancong domestik dan antarabangsa Agoda. Taiwan muncul sebagai destinasi percutian utama bagi separuh tahun kedua 2020, mendominasi senarai sepuluh teratas dengan tujuh destinasi paling popular — Hualien (#1), Yilan (#2), Taipei (#3), Kenting (#4), Taitung (#6), Nantou (#8), dan Taichung (#10). Ini menandakan perubahan yang dramatik berbanding tahun 2019, yang menunjukkan pilihan destinasi percutian yang lebih berkepelbagaian di Asia.
Agoda selami destinasi-destinasi dengan carian tertinggi
Hualien, Yilan, dan Taipei merupakan destinasi paling popular dalam carian bagi percutian untuk baki tahun 2020, dengan Hualien dan Yilan memasuki senarai sepuluh teratas buat kali pertama tahun ini. Bangkok dan Tokyo, dua destinasi dengan carian tertinggi dalam tahun 2019, jatuh ke tempat ketujuh dan kesembilan, sementara Taipei (#3) tidak berganjak dari tempat yang didudukinya tahun lepas.
Hualian, sebuah bandar pelabuhan dengan laluan pinggiran pantai adalah destinasi paling popular bagi semua kategori pelancong, kecuali pelancong berseorangan yang memilih Tokyo. Yilan – terkenal dengan lanskap semula jadi yang hebat, mata air dingin, dan makanan tempatan yang enak – mendapat tempat kedua di kalangan pelancong berkumpulan dan berkeluarga. Destinasi-destinasi lain yang kaya dengan alam semula jadi dan turut dipertimbangkan oleh pelancong berkeluarga adalah bandar pinggiran pantai Taitung, dan Nantou, di mana pelancong boleh melawati Tasik Sun Moon yang damai. Pelancong berpasangan pula memilih Taipei, manakala pelancong berseorangan yang lebih menggemari bandar-bandar besar yang menawarkan pelbagai budaya dan hiburan malam seperti Tokyo dan Bangkok.
Bagi pelancong berpasangan, destinasi idaman diungguli oleh Hualian, Taipei, Bangkok, diikuti dengan Yilan, dan Pulau Jeju, satu perubahan daripada carian pelancong berpasangan tahun lepas yang diterajui oleh Bangkok, Tokyo, Pattaya, Bali, Taipei. Pelancong berkeluarga juga mencari destinasi alternatif yang kurang sibuk tahun ini berbanding dengan tahun 2019 yang didominasi oleh Tokyo, Bangkok, dan Pulau Besar Okinawa Island. Senarai destinasi idaman tahun ini diterajui oleh destinasi-destinasi di Taiwan seperti Hualien (#1), Taipei (#2), dan Yilan (#4) dalam kedudukan lima teratas, dengan Bangkok(3#) dan juga Pulau Jeju (#5).
Carian pelancong berkumpulan pula telah beralih ke destinasi luar bandar Hualian, Yilan, Nantou, Taitung, dan Kenting untuk percutian pada baki tahun 2020, satu anjakan dari destinasi pantai seperti Batangas (Filipina), Pattaya (Thailand), Pulau Besar Okinawa (Jepun), yang muncul sebagai tiga destinasi carian teratas dalam tahun 2019.
Menariknya, bagi pelancong berseorangan, Tokyo, Bangkok, dan Taipei masih berpegang kuat kepada kedudukan mereka dan mendapat carian yang tertinggi dalam kedua tahun 2019 dan 2020, dengan Hualian (#7), Pulau Jeju (#8), dan Pulau Besar Okinawa (#9) tersenarai buat kali pertama tahun ini. Singapura, Bali, dan London yang pernah menjadi carian pelancong berseorangan dalam tahun 2019 tidak tersenarai sebagai destinasi idaman tahun ini.
Selepas melalui tempoh kawalan pergerakan, para pelancong telah menukar carian mereka dari destinasi pelancongan popular kepada destinasi yang kurang dikenali dan lebih menyukai alam semulajadi dan pantai berbanding dengan bandar-bandar besar.
“Walaupun data carian Agoda menunjukkan peralihan kepada destinasi domestik setelah kawalan pergerakan dilonggarkan untuk pelancongan domestik, ramai masih menyimpan hasrat untuk mengembara ke luar negara. Data Agoda menunjukkan bahawa kita masih mempunyai keinginan untuk melancong di mana ramai sedang menikmati destinasi pelancongan di negara mereka sendiri sama ada secara berseorangan, berkeluarga, mahupun bersama rakan-rakan. Apa yang paling penting adalah mereka masih mengharapkan agar laluan pelancongan akan dibuka untuk beberapa pasaran utama di mana keadaan COVID adalah lebih terkawal, dan sedang mencari tawaran hebat untuk destinasi tersebut apabila laluan ke sana dibuka kelak,” kata Tim Hughes, Naib Presiden Pembangunan Korporat, Agoda.
Malaysia
Destinasi dengan carian tertinggi bagi tempoh 1 Jun – 31 Dis 2020 | ||||
Keseluruhan | Berpasangan | Berkeluarga | Berkumpulan | Berseorangan |
Kuala Lumpur | Kuala Lumpur | Kuala Lumpur | Bentong | Kuala Lumpur |
Pulau Pinang | Pulau Pinang | Langkawi | Alleppey | Bangkok |
Langkawi | Langkawi | Pulau Pinang | Port Dickson | Pulau Pinang |
Port Dickson | Melaka | Port Dickson | Melaka | Langkawi |
Melaka | Bangkok | Melaka | Langkawi | Tokyo |
Bangkok | Port Dickson | Cameron Highlands | Cameron Highlands | Singapura |
Kota Kinabalu | Genting Highlands | Kota Kinabalu | Kuching | Melaka |
Cameron Highlands | Tokyo | Bangkok | Kota Kinabalu | Johor Bahru |
Tokyo | Ipoh | Genting Highlands | Koh Samui | Kota Kinabalu |
Genting Highlands | Johor Bahru | Seoul | Taiping | Taipei |
Destinasi dengan carian tertinggi bagi tempoh 1 Jun – 31 Dis 2019 | ||||
Keseluruhan | Berpasangan | Berkeluarga | Berkumpulan | Berseorangan |
Kuala Lumpur | Kuala Lumpur | Kuala Lumpur | Melaka | Kuala Lumpur |
Melaka | Pulau Pinang | Melaka | Kuala Lumpur | Pulau Pinang |
Pulau Pinang | Melaka | Pulau Pinang | Port Dickson | Melaka |
Bangkok | Bangkok | Port Dickson | Cameron Highlands | Bangkok |
Port Dickson | Genting Highlands | Bangkok | Pulau Pinang | Singapura |
Genting Highlands | Port Dickson | Genting Highlands | Hat Yai | Johor Bahru |
Ipoh | Ipoh | Ipoh | Ipoh | Kota Kinabalu |
Hat Yai | Johor Bahru | Cameron Highlands | Langkawi | Genting Highlands |
Cameron Highlands | Langkawi | Hat Yai | Bangkok | Kuching |
Langkawi | Hat Yai | Langkawi | Genting Highlands | Port Dickson |
- Berdasarkan kepada data carian Agoda, rakyat Malaysia lebih menggemari destinasi tempatan tahun ini, dengan ibu kota Kuala Lumpur berada di kedudukan teratas dalam senarai jenis pelancong yang berbeza kecuali pelancong Berkumpulan, di mana Bentong adalah destinasi dengan carian tertinggi.
- Walaupun Kuala Lumpur dan Pulau Pinang berada di kedudukan ketiga teratas dalam senarai bagi kategori pelancong berpasangan, berkeluarga dan berseorangan, destinasi tersebut tidak muncul dalam senarai pencarian pelancong berkumpulan.
- Untuk destinasi antarabangsa, Tokyo dan Seoul melonjak ke dalam senarai sepuluh teratas tahun ini, di tempat kesembilan untuk keseluruhan dan kesepuluh bagi pelancong berkeluarga, masing-masing.
- Bangkok masih menjadi destinasi idaman rakyat Malaysia walaupun ia telah jatuh dari kedudukan keempat ke keenam tahun ini.
- Lebih ramai pelancong solo berhasrat untuk melancong ke Bangkok (#2) tahun ini, satu loncatan dari kedudukan #4 tahun lepas.