KL dalam Senarai Destinasi Utama bagi rakyat Malaysia dan Pelancong Serantau Semasa Cuti Hari Pekerja

KL dalam Senarai Destinasi Utama bagi rakyat Malaysia dan Pelancong Serantau Semasa Cuti Hari Pekerja


Dengan berbilang cuti umum pada bulan Mei, rakyat Malaysia mengambil kesempatan untuk berehat, menurut penyelidikan terkini daripada platform tempahan dalam talian global, agoda. Kaji selidik tersebut menunjukkan 10 destinasi utama bagi cuti Hari Pekerja di mana Kuala Lumpur mendahalui senarai bagi pelancong domestik dan juga dalam 10 destinasi utama bagi pelancong serantau.

Demam melancong telah melanda rakyat Malaysia kerana terdapat tiga cuti umum dan lima lagi tarikh di dalam bulan ini diisytiharkan cuti mengikut negeri-negeri. Ramai akan mengambil cuti tambahan pada Isnin seterusnya sebelum cuti Hari Pekerja pada Selasa, 1 Mei, menjadikan keseluruhannya empat hari percutian, sekali gus memaksimumkan masa perjalanan mereka.

Kaji selidik Agoda juga menunjukkan rakyat Malaysia lebih cenderung untuk meraikan Hari Pekerja di negara ini dengan mengambil kesempatan daripada bandaraya, pantai dan destinasi bersejarah yang berhampiran. Langkawi (#3), Melaka (#4) dan Pulau Pinang (#5) kesemuanya didapati sebagai lima destinasi kegemaran teratas rakyat Malaysia.

Kedudukan Destinasi
1 Kuala Lumpur
2 Bangkok, Thailand
3 Langkawi
4 Melaka
5 Pulau Pinang
6 Seoul, Korea Selatan
7 Taipei, Taiwan
8 Cameron Highlands
9 Hat Yai, Thailand
10 Kota Kinabalu

Di peringkat serantau, bandar Asia Timur Tokyo (#1), Osaka (#3), Hong Kong (#4) dan Taipei (#5) adalah destinasi paling popular dalam kalangan pelawat Asia semasa cuti Hari Pekerja. Bangkok, yang terkenal di seluruh dunia kerana tarikannya sebagai pusat beli-belah, makan dan kehidupan malam, adalah satu-satunya ibu kota Asia Tenggara yang berada di tempat kedua manakala KL di tempat kelapan dalam senarai tersebut.

Kedudukan Destinasi
1 Tokyo, Jepun
2 Bangkok, Thailand
3 Osaka, Jepun
4 Hong Kong
5 Taipei, Taiwan
6 Seoul, Korea Selatan
7 Singapura
8 Kuala Lumpur, Malaysia
9 Bali, Indonesia
10 Kyoto, Jepun

Mengenai kaji selidik
Data tempahan destinasi disemak bagi Tarikh cuti Hari Pekerja pada 2018 di Malaysia dan seluruh Asia.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi: press@agoda.com.