Pelancong Asia mendahului percutian keluarga; Agoda dedah tinjauan global ‘Trend Percutian Keluarga 2018’

Pelancong Asia mendahului percutian keluarga; Agoda dedah tinjauan global ‘Trend Percutian Keluarga 2018’

MY_Agoda_FamilyTravel_OnePage

Semester baru sekolah sudah bermula selepas cuti pertengahan tahun namun tidak bermakna percutian keluarga sudah berakhir. Menurut kajian terbaru dari Agoda, sebagai salah satu ejen pelancongan paling pesat berkembang (OTA), telah mendedahkan bahawa 7 daripada 10 keluarga di seluruh dunia pergi bercuti sekurang-kurangnya 2 kali dalam setahun, dengan pelancong Asia bercuti bersama keluarga 2 kali ganda lebih kerap berbanding pelancong Barat (5 perjalanan setahun berbanding 2).

Tinjauan ‘Trend Percutian Keluarga 2018’ Agoda telah dijalankan oleh YouGov dan mendapati bahawa hanya 18% pelancong di seluruh dunia bercuti bersama keluarga sekali dalam setahun, sementara lebih 35% bercuti bersama keluarga 5 kali tahun lepas.  Asia mendominasi trend ini dengan 77% pelancong Thailand dan pelancong Filipina, bercuti bersama keluarga lebih daripada 5 kali tahun lepas. Sebaliknya, hanya 7% pelancong British bercuti bersama keluarga lebih daripada 5 kali, dan (34%) pelancong UK hanya bercuti sekali.

Trend beralih kepada percutian keluarga singkat namun lebih kerap

Seiring dengan trend percutian keluarga yang sedang berkembang pesat, maklumat mengenai tempoh percutian serta anggota keluarga yang ikut berbeza-beza di seluruh dunia.  Tempoh 4-7 malam adalah tempoh paling popular untuk percutian keluarga di seluruh dunia namun terdapat variasi mengikut negara. Di UK, tempoh 4-7 malam merangkumi 41% percutian keluarga pada tahun lepas, berbanding 20% percutian keluarga untuk pelancong Thailand. Sebaliknya hampir satu pertiga pelancong Thailand bercuti lebih daripada 14 malam namun hanya 11% untuk pelancong Malaysia. Biasanya pelancong dari Vietnam, Malaysia dan China bercuti untuk 1-3 malam bersama keluarga mereka.

Pelancong Asia lebih kerap bercuti bersama keluarga

Tinjauan ‘Trend Percutian Keluarga 2018’ Agoda juga mendedahkan siapa yang ikut serta dalam percutian keluarga dan mendapati bahawa 35% pelancong keluarga bercuti bersama datuk nenek, namun pelancong dari UK dan Australia paling kurang berbuat demikian, dengan hanya masing-masing merangkumi 13% dan 20%.  Pelancong Thailand (66%) dan Indonesia (54%) adalah yang sering membawa datuk nenek semasa percutian. Pelancong Thailand dan Indonesia juga bercuti bersama adik-beradik dan saudara-mara.

Pelancong Amerika, British, Australia dan China bukan sahaja tidak bercuti bersama ahli keluarga, mereka juga jarang bercuti dengan sahabat handai. Hanya 22% pelancong Amerika, 23% British, 26% Australia, dan 27% China yang melakukannya pada tahun lepas. Sementara itu, hampir separuh (48%) pelancong keluarga dari Filipina bersama-sama dengan rakan ketika bercuti, diikuti oleh Vietnam (43%) dan Malaysia (40%).

Hotel masih mendominasi penginapan pilihan keluarga

Berdasarkan tinjauan ‘Trend Percutian Keluarga 2018’ Agoda, semakin ramai pelancong keluarga yang menggunakan OTA (tempatan dan antarabangsa) untuk menempah penginapan sejak 12 bulan lepas. Tinjauan tersebut juga mendedahkan hotel masih menjadi penginapan popular untuk keluarga, diikuti dengan rumah percutian, B&B, dan resort. Faktor kos, keselamatan, dan aktiviti yang ditawarkan menjadi pertimbangan utama ketika merancang percutian keluarga berbanding percutian bukan bersama keluarga atau seorang diri.

“Segmen percutian keluarga berkembang pantas dan kehendak kumpulan ini adalah unik dan pelbagai,” John Brown, CEO, Agoda menerangkan. “Semua keluarga mempunyai keperluan berbeza, oleh itu kami berbangga dapat menyediakan pelbagai pilihan penginapan dari hotel, rumah percutian atau istana kayangan mengikut bajet mereka. Tambahan pula, keluarga boleh menggunakan tapisan mesra keluarga untuk mencari tempat yang menyediakan khidmat penjagaan budak atau kelab kanak-kanak, fasiliti tambahan seperti dapur atau meminta bilik bersambung, faktor ini menyumbang pengalaman tempahan yang lebih baik.”

Meluangkan masa dengan keluarga adalah alasan utama percutian keluarga

Dengan tempoh waktu bekerja yang semakin panjang dan banyaknya gangguan untuk meluangkan masa bersama keluarga pada zaman sekarang, tidak menghairankan pelancong di seluruh dunia mahu meluangkan masa berkualiti dengan keluarga (68%) semasa percutian. Bersantai (66%) dan mencuba perkara baru merupakan alasan kedua dan ketiga.

Pelancong British dan Singapura adalah pelancong paling aktif semasa percutian keluarga. Meneroka budaya baru sebagai pengalaman percutian keluarga adalah aktiviti paling popular untuk kedua-dua kumpulan ini (masing-masing 48% dan 46%). Pelancong China dan Thailand paling kurang meneroka budaya baru semasa percutian (masing-masing 29%).

Kerisauan utama

Jatuh sakit (36%), kualiti penginapan (21%) dan pertengkaran keluarga (16%) adalah 3 kerisauan utama pelancong di seluruh dunia ketika bercuti. Pelancong British nampaknya tidak terlalu bimbang ketika bercuti bersama keluarga, dengan hampir satu pertiga (27%) tidak menyatakan sebarang kerisauan.

 Fakta ‘Trend Percutian Keluarga 2018’ Agoda mengikut negara:

Australia

  • –71% pelancong Australia bercuti bersama keluarga rapat tahun lepas (ibu bapa dan anak), 8% dengan keluarga besar dan 20% dengan datuk nenek dan/atau cucu
  • –Secara purata, pelancong Australia bercuti bersama keluarga 2 kali tahun lepas
  • –4-7 malam adalah tempoh popular percutian keluarga pelancong Australia
  • –Pelancong Australia mahu bersantai (69%), meluangkan masa dengan keluarga (67%) dan keluar dari rutin harian (61%)
  • –3 kerisauan utama pelancong Australia semasa percutian keluarga adalah jatuh sakit (31%), kualiti penginapan (24%) dan pertengkaran keluarga (13%)

China

  • –69% pelancong China bercuti bersama keluarga rapat tahun lepas, 72% dengan keluarga besar dan 30% dengan datuk nenek dan/atau cucu
  • –Secara purata, pelancong China bercuti bersama keluarga 3 kali tahun lepas
  • –1-3 malam adalah tempoh popular percutian keluarga pelancong China
  • –Pelancong China mahu bersantai (65%), meluangkan masa dengan keluarga (65%) dan mencuba perkara baru (44%)
  • –3 kerisauan utama pelancong China semasa percutian keluarga adalah jatuh sakit (45%), pertengkaran keluarga (20%) dan kualiti penginapan (13%)

Indonesia

  • –81% pelancong Indonesia bercuti bersama keluarga rapat tahun lepas, 31% dengan keluarga besar dan 54% dengan datuk, nenek dan/atau cucu
  • –Secara purata, pelancong Indonesia bercuti bersama keluarga 5 kali tahun lepas
  • –1-3 malam adalah tempoh popular percutian keluarga pelancong Indonesia
  • –Pelancong Indonesia mahu meluangkan masa dengan keluarga (68%), bersantai (52%) dan mencuba perkara baru (49%)
  • –3 kerisauan utama semasa percutian keluarga adalah jatuh sakit (47%), kualiti penginapan (19%) dan pertengkaran keluarga (13%)

Malaysia

  • –74% pelancong Malaysia bercuti bersama keluarga rapat tahun lepas, 37% dengan datuk nenek dan/atau cucu dan 53% dengan keluarga besar
  • –Secara purata, pelancong Malaysia bercuti bersama keluarga 4 kali tahun lepas
  • –4-7 malam adalah tempoh popular percutian keluarga pelancong Malaysia
  • –Pelancong Malaysia mahu meluangkan masa dengan keluarga (80%), bersantai (70%) dan mencuba perkara baru (52%)
  • –3 kerisauan utama semasa percutian keluarga adalah jatuh sakit (44%), kualiti penginapan (19%) dan pertengkaran keluarga (16%)

Filipina

  • –75% pelancong Filipina bercuti bersama keluarga rapat tahun lepas, 37% dengan keluarga besar dan 53% dengan datuk nenek dan/atau cucu
  • –Secara purata, pelancong Filipina bercuti bersama keluarga 7 kali tahun lepas
  • –4-7 malam adalah tempoh popular percutian keluarga pelancong Filipina
  • –Pelancong Filipina mahu meluangkan masa dengan keluarga (78%), bersantai (69%) dan mencuba perkara baru (52%)
  • –3 kerisauan utama semasa percutian keluarga adalah jatuh sakit (34%), kualiti penginapan (28%) dan pertengkaran keluarga (17%)

Singapura

  • –65% pelancong Singapura bercuti bersama keluarga rapat tahun lepas, 12% dengan keluarga besar dan 20% dengan datuk nenek dan/atau cucu
  • –Secara purata, pelancong Singapura bercuti bersama keluarga 3 kali tahun lepas
  • –4-7 malam adalah tempoh popular percutian keluarga pelancong Singapura
  • –Pelancong Singapura mahu bersantai (70%), meluangkan masa dengan keluarga (70%) dan mencuba perkara baru (54%)
  • –3 kerisauan utama pelancong Singapura semasa percutian keluarga adalah (37%), pertengkaran keluarga (23%) dan kualiti penginapan (17%)

Thailand

  • –86% pelancong Thailand bercuti bersama keluarga rapat tahun lepas, 83% dengan datuk nenek dan/atau cucu dan 78% dengan keluarga besar
  • –Secara purata, pelancong Thailand bercuti bersama keluarga 8 kali tahun lepas
  • –Lebih daripada 14 malam adalah tempoh popular percutian keluarga pelancong Thailand
  • –Pelancong Thailand mahu meluangkan masa dengan ahli keluarga (66%), bersantai (63%) dan mencuba perkara baru (36%)
  • –3 kerisauan utama pelancong Thailand semasa percutian keluarga adalah jatuh sakit (31%), kualiti penginapan (24%) dan tiada privasi (13%)

United Kingdom

  • –70% pelancong British bercuti bersama keluarga rapat tahun lepas, 35% dengan keluarga besar dan 13% dengan datuk nenek dan/atau cucu
  • –Secara purata, pelancong British bercuti bersama keluarga 2 kali tahun lepas
  • –4-7 malam adalah tempoh popular percutian keluarga pelancong British
  • –Pelancong British mahu bersantai (74%), keluar dari rutian harian (65%) dan meluangkan masa bersama keluarga (64%)
  • –3 kerisauan utama pelancong British semasa percutian keluarga adalah kualiti penginapan (28%), jatuh sakit (17%) dan pertengkaran keluarga (11%). Hampir satu pertiga (27%) tidak menyatakan sebarang kerisauan

Amerika Syarikat

  • –65% pelancong Amerika bercuti bersama keluarga rapat tahun lepas, 11% dengan keluarga besar dan 23% dengan datuk nenek dan/atau cucu
  • –Secara purata, pelancong Amerika bercuti bersama keluarga 3 kali tahun lepas
  • –4-7 malam adalah tempoh popular percutian keluarga Amerika
  • –Pelancong Amerika mahu meluangkan masa bersama keluarga (69%), bersantai (67%) dan keluar dari rutin harian (65%)
  • –3 kerisauan pelancong Amerika semasa percutian keluarga adalah jatuh sakit (23%), kualiti penginapan (20%) dan kekurangan privasi (14%). Hampir satu perempat pelancong Amerika tidak menyatakan sebarang kerisauan

Vietnam

  • –62% pelancong Vietnam bercuti bersama keluarga rapat tahun lepas, 20% dengan keluarga besar dan 37% dengan datuk nenek dan/atau cucu
  • –Secara purata, pelancong Vietnam bercuti bersama keluarga 4 kali tahun lepas
  • –1-3 malam adalah tempoh popular percutian keluarga pelancong Vietnam
  • –Pelancong Vietnam mahu meluangkan masa bersama keluarga (61%), bersantai (60%) dan meneroka budaya baru (46%)
  • –3 kebimbangan utama pelancong Vietnam ketika percutian keluarga adalah jatuh sakit (43%), kualiti penginapan (19%) dan pertengkaran keluarga (18%)

Catatan kepada Editor:

Kaedah Tinjauan: Kajian ‘Trend Percutian Keluarga 2018’ telah dilakukan oleh firma kajian pasaran bebas, YouGov antara 19 and 25 Jun 2018. 10,784 responden ditemu ramah dalam talian dan mewakili mereka yang bercuti sekurang-kurangnya sekali tahun lepas. Mengikut negara: UK (1,503), AS (642), Australia (883), Singapura (947), Malaysia (1,030), Filipina (1,031), Indonesia (1,082), Vietnam (1,032), Thailand (1,078) dan China (1,556).

‘Asia’ ditakrifkan sebagai China, Filipina, Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand dan Vietnam. ‘Barat’ ditakrifkan sebagai United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi press@agoda.com.

Muat turun siaran akhbar (.doc)
Dowload infographic (.jpg)