Warnai percutian anda dengan kemeriahan Holi!

Agoda, salah satu syarikat percutian digital yang paling pesat berkembang di dunia berkongsi beberapa tip dan destinasi utama untuk anda menikmati Pesta Holi, sebuah perayaan kaum Hindu yang turut dikenali sebagai Pesta Warna.
Holi, pada asalnya merupakan satu perayaan bagi menandakan ketibaan musim bunga tetapi kini ia turut meraikan kasih sayang, kesuburan, persahabatan dan keremajaan. Ia memberi peluang untuk orang ramai berkumpul bersama rakan taulan dan orang yang tersayang untuk bersuka-ria. Antara aktiviti-aktiviti yang penting dalam perayaan ini adalah permainan air sambil saling menyapukan serbuk berwarna-warni (gulal) di muka dan menikmati hidangan manisan – satu hari yang dinanti-nantikan oleh kanak-kanak (dan juga orang dewasa) sepanjang tahun.
Perayaan Holi jatuh pada 20-21 Mac 2019, namun tarikh perayaan sebenar berbeza mengikut negara. Jika anda ingin mengalami kemeriahan Pesta Holi, jadikan destinasi-destinasi berikut sebagai pilihan untuk percutian anda.
- Raikan Holi dengan sepenuhnya di Goa, India
India dan Nepal adalah dua negara yang terbaik untuk meraikan perayaan ini. Kunjungilah ibu kota pesta India, Goa untuk pelbagai aktiviti yang menarik dan meriangkan. Bersedia untuk disiram dengan air pelbagai warna dalam perayaan Holi yang meriah.
Menginap di Amore Manolita, yang mempunyai ruang luas untuk dikongsikan bersama rakan-rakan. Ia termasuk sebuah dapur kecil yang membolehkan anda membuat serbuk warna organik dan mesra-alam tersendiri sehari sbelum perayaan, dengan menggunakan bunga dan ramuan-ramuan biasa yang mudah diperolehi dari pasar tempatan. Jika anda bercadang untuk melawat Goa semasa sambutan Holi, awasi belon-belon berisi air yang dilemparkan oleh budak-budak nakal di jalanan!
- Lawati Pokhara, Nepal untuk pengalaman sambutan Holi yang berlainan
Kemeriahan Pesta Holi juga dapat dirasakan di Pokhara, Nepal. Perayaan ini dimulakan sehari sebelum unggun api dinyalakan sebagai simbol kemenangan kebaikan atas kejahatan. Sebagai persediaan sebelum bermain dengan serbuk warna, sapukan seluruh badan anda dengan pelembap dan lindungi kuku jari anda dengan penggilap kuku agar warna-warna dapat dicuci dengan mudah selepas acara tersebut! Bermalam di Fishtail Lodge atau di Pavilions Himalayas untuk menikmati pemandangan indah dan lokasi yang tiada tolok bandingannya.
- Kunjungi Amerika Syarikat untuk beberapa perayaan terbesar yang menggabungkan kedua-dua warna dan muzik
Salah satu perkara menarik tentang Holi ialah setiap orang dijemput untuk menyertai keseronokan dan kemeriahan perayaan tersebut, tanpa mengira umur dan kepercayaan. Ini membolehkan perayaan ini disambut di serata dunia dengan cara yang unik. Untuk sambutan Holi di Amerika Syarikat, kunjungilah Festival of Colors di Los Angeles pada tarikh 9-10 Mac 2019.
Acara ini menampilkan tarian, muzik, yoga dan semestinya banyak serbuk berwarna-warni! Menginap di Bissell House Bed & Breakfast di Pasadena yang terletak berhampiran dengan tapak pesta tersebut.
- Nikmati Holi di kepulauan Mauritius
Kepada yang inginkan percutian tepi pantai, jadikan Mauritius sebagai tempat sambutan Pesta Holi. Di Mauritius, Holi diraikan oleh hampir keseluruhan penduduknya. Oleh itu, berwaspadalah sekiranya anda berada di kawasan luar rumah kerana anda mungkin akan menjadi sasaran calitan warna.
Manjakan diri anda di LUX* Belle Mare, di sini anda boleh beristirehat selepas pulang dari Pesta Holi. Jika sukan air menjadi kegemaran anda, pilihlah antara pelbagai aktiviti yang disediakan di sini termasuk bersiar-siar dalam bot, mendayung kanu dan snorkeling.