68% pernah melawat hingga 10 negara: Kajian Agoda.com

Rakyat British menerajui pengembaraan ke seluruh dunia, mengambil tempat teratas dengan bilangan paling tinggi melawat negara luar menurut “Tinjauan Perjalanan” yang dikeluarkan oleh Agoda.com, salah satu platform kembara digital paling pantas berkembang di dunia, dengan purata pelancong British melawat 12 negara, diikuti dengan rapat oleh pelancong Australia dengan purata 10 destinasi antarabangsa.
“Tinjauan Perjalanan” Agoda menunjukkan perbandingan trend pelancongan mengikut jantina dan umur, untuk negara-negara Asia Pasifik, Timur Tengah, serta UK dan US, menjelang Hari Pelancongan Sedunia pada 27 September.
Menurut dapatan soal selidik, hampir 7 daripada 10 orang pernah melawat hingga 10 negara (68%), dengan pelancong Timur Tengah dari Emiriah Arab Bersatu (92%) dan Arab Saudi (82%) mendahului senarai ini, diikuti oleh Thailand (76%), Malaysia (75%) dan Jepun (71%).
UK mempunyai bilangan responden paling ramai yang pernah mengembara ke lebih dari 31 destinasi (5%), diikuti oleh Australia (4%), Thailand (3%) dan Amerika Syarikat (2%).
Dalam pasaran tempatan Agoda iaitu Asia Pasifik, rakyat Malaysia paling cenderung pernah mengembara ke lebih dari 10 negara (11%), diikuti oleh Thailand (8%), Indonesia (2%), dan Vietnam (1%).
“Sama ada untuk mengenali diri atau hanya sekadar ingin berehat di bawah sinaran mentari selepas bertungkus-lumus bekerja sepanjang tahun, ianya jelas bahawa semua orang suka melancong, tanpa mengira usia atau jantina,” kata Naib Presiden Pembangunan Korporat Agoda, Timothy Hughes. “Memandangkan terdapat pelbagai cara dan alasan untuk melancong, serta pelbagai pilihan kota metropolitan, pantai yang mendamaikan atau pusat-pusat yang kaya dengan seni dan budaya untuk diterokai, maka tidak hairanlah kenapa jumlah orang yang pernah melawat hingga ke 10 negara begitu tinggi.”
Tidak pernah ke luar negara
Sementara itu, kajian juga mendapati bahawa 18% daripada responden tidak pernah mengembara ke negara lain, dengan 13% daripada responden berumur lebih daripada 55 tahun tidak pernah melancong ke luar negara.
Paling menarik, antara pasaran bukan Asia Pasifik (United Kingdom, Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi), rakyat Amerika adalah yang paling sedikit mengembara, dengan 29% tidak pernah ke luar negara.
Kumpulan terbesar Generasi Z dan Milenial yang masih belum mengembara
Pada peringkat global, 27% daripada responden berumur 18-24 tahun tidak pernah mengembara, dengan individu dari China, Vietnam dan Indonesia paling cenderung tidak pernah mengembara, masing-masing 49%, 45% dan 37%. Namun begitu, dalam kumpulan umur 25-34, dengan purata global 19% tidak pernah mengembara, Vietnam disingkirkan dari kedudukan tiga tercorot oleh Amerika Syarikat.
Dalam kumpulan 45-54 tahun, 86% pernah mengembara ke luar negara, manakala 81% daripada kumpulan umur 25-34 tahun pernah mengembara ke negara lain.
“Walaupun kelihatan seperti generasi Z dan milenial belum berpeluang untuk kerap mengembara ke luar negara sama seperti golongan yang lebih berusia daripada mereka, namun jurang antara mereka yang belum pernah melancong ke luar negara kini semakin rapat. Adalah menarik untuk melihat potensi manfaat dari segi kebudayaan dan sosio-ekonomi apabila golongan muda dari China, Vietnam dan Indonesia mula kerap melancong,” tambah beliau.
Jantina bukan halangan untuk pelancong Asia Pasifik mengembara
Secara keseluruhan, 19% wanita tidak pernah mengembara ke luar negara berbanding 17% lelaki. Hanya Amerika Syarikat, Vietnam dan Indonesia menunjukkan perbezaan ketara dalam peratusan lelaki dengan wanita yang mengembara – 66% wanita berbanding 76% lelaki dari Amerika Syarikat pernah mengembara ke luar negara sekurang-kurangnya satu kali, dan 67% wanita berbanding 74% lelaki dari Vietnam. Trend di Indonesia pula berbeza dengan 72% wanita pernah mengembara ke luar negara, berbanding hanya 65% lelaki.
Ringkasan “Tinjauan Perjalanan” Agoda
Purata bilangan negara yang dilawati
AU | CN | ID | JP | KSA | MY | TH | UAE | UK | US | VN |
10 | 2 | 2 | 5 | 4 | 5 | 5 | 5 | 12 | 4 | 2 |
Pecahan yang tidak pernah ke luar negara
AU | CN | ID | JP | KSA | MY | TH | UAE | UK | US | VN |
12% | 35% | 32% | 19% | 12% | 14% | 16% | 1% | 3% | 29% | 30% |
Generasi Z dan Milenial yang tidak pernah mengembara: Perbandingan antara negara, mengikut kumpulan umur
AU | CN | ID | JP | KSA | MY | TH | UAE | UK | US | VN | |
18-24 thn | 17% | 49% | 37% | 35% | 17% | 22% | 31% | 0% | 3% | 31% | 45% |
25-34 thn | 9% | 34% | 34% | 24% | 16% | 14% | 16% | 1% | 3% | 31% | 26% |
Pecahan yang tidak pernah mengembara: Perbandingan antara negara, mengikut jantina
AU | CN | ID | JP | KSA | MY | TH | UAE | UK | US | VN | |
Lelaki | 10% | 36% | 35% | 18% | 10% | 15% | 14% | 1% | 3% | 24% | 26% |
Wanita | 13% | 34% | 28% | 20% | 14% | 13% | 18% | 1% | 3% | 34% | 33% |
SOROTAN KHUSUS NEGARA
Malaysia
- 14% responden tidak pernah mengembara, manakala 75% pernah melawat 1-10 negara.
- Peratus lelaki (15%) yang tidak pernah mengembara lebih tinggi sedikit berbanding 13% wanita.
- 59% wanita pernah melawat 1-5 negara, berbanding hanya 57% lelaki. Namun begitu, peratusan lelaki dan wanita yang pernah melawat sekurang-kurangnya 6 negara adalah sama (28%).
Australia
- Kebanyakan responden dari Australia (59%) pernah melawat hingga 10 negara.
- Mereka juga merekodkan peratusan kedua tertinggi (4%) yang pernah melawat lebih dari 30 negara, di belakang UK.
- 12% lelaki dari Australia pernah melawat sekurang-kurangnya 21 negara berbanding 8% wanita.
China
- Responden China dalam kumpulan umur 18-24 tahun merupakan yang paling sedikit mengembara, dengan hampir separuh daripada mereka (49%) belum pernah ke luar negara.
- Kebanyakan responden China yang pernah ke luar negara (57%) pernah melawat 1-5 negara.
- Kurang daripada 1% responden China yang pernah ke luar negara pernah melawat sekurang-kurangnya 21 negara.
- Wanita China lebih cenderung untuk mengembara berbanding lelaki (66% berbanding 64%), sama seperti pelancong Indonesia dan Jepun.
Indonesia
- Pada peringkat global, lelaki lebih cenderung untuk mengembara ke negara lain dengan 83% menyatakan bahawa mereka pernah mengembara berbanding 81% wanita. Trend di Indonesia pula berbeza, dengan wanita lebih cenderung pernah mengembara ke sekurang-kurangnya satu negara lain (72% berbanding 65%).
- Kurang daripada 1% responden Indonesia pernah melawat sekurang-kurangnya 21 negara.
Jepun
- 19% responden Jepun tidak pernah mengembara dan kebanyakan responden (54%) hanya pernah melawat 1-5 negara.
- Jumlah lelaki dan wanita yang pernah melawat sekurang-kurangnya 21 negara adalah sama (3%).
- Mereka yang berumur 55 dan ke atas merupakan yang paling banyak mengembara di Jepun, dengan 11% pernah ke 11-20 negara, 3% ke 21-30 negara dan 1% ke sekurang-kurangnya 31 negara.
Arab Saudi
- Kebanyakan responden Arab Saudi (82%) pernah melawat 1-10 negara.
- Hanya 1% responden pernah melawat sekurang-kurangnya 21 negara.
- Dalam kumpulan umur 55 tahun dan ke atas, 6% responden melawat sekurang-kurangnya 21 negara.
Thailand
- 16% responden Thailand tidak pernah mengembara, manakala 76% pernah melawat 1-10 negara.
- Lebih ramai wanita (18% berbanding 14%) tidak pernah mengembara atau pernah melawat 1-5 negara (60% berbanding 67%) berbanding lelaki.
- Lebih ramai wanita Thailand pernah melawat 11-20 negara (6% berbanding 4%) berbanding lelaki.
Emiriah Arab Bersatu
- Dalam kalangan mereka yang pernah mengembara, UAE menunjukkan perbezaan ketara antara pelancong lelaki dengan wanita. 73% lelaki pernah mengembara ke 5 negara atau kurang berbanding 81% wanita.
- Kurang daripada 1% dalam kalangan mereka yang berumur 18-24 di UAE tidak pernah mengembara, dengan 96% pernah melawat hingga 10 negara.
Vietnam
- 30% responden dari Vietnam tidak pernah mengembara dan hanya 1% pernah melawat lebih dari 10 negara.
- Peratus lelaki dan wanita dari Vietnam yang pernah mengembara ke 6-10 negara adalah sama (5%).
- Vietnam berserta dengan China dan Indonesia mempunyai purata bilangan negara yang pernah dilawati paling rendah (dua negara).
United Kingdom
- 97% lelaki dan wanita dari UK pernah mengembara ke luar negara. 7% lelaki pernah mengembara ke lebih dari 31 negara berbanding 3% wanita.
- 8% daripada mereka yang berumur 55 dan ke atas pernah mengembara ke lebih dari 31 negara.
- Secara purata, pelancong Britain pernah mengembara ke 12 negara, mengalahkan Australia untuk tempat pertama.
- Pelancong UK merupakan yang paling ramai pernah mengembara ke lebih dari 31 negara.
Amerika Syarikat
- 3% responden berumur 18-24 tahun dari US pernah mengembara ke sekurang-kurangnya 31 negara berbanding 1% daripada mereka yang berumur 55 dan ke atas.
- 34% wanita tidak pernah mengembara ke luar negara berbanding 24% lelaki.
- US menduduki tempat keempat dalam senarai negara dengan responden paling ramai pernah mengembara ke lebih dari 31 negara.
- 29% responden US tidak pernah mengembara ke luar negara, menduduki tempat ke 9 dari 11 negara.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi press@agoda.com
Tentang data ini
Hasil ini adalah berdasarkan kajian yang dikeluarkan oleh Agoda.com yang dijalankan oleh YouGov pada Jun 2019 dalam kalangan mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas dari 11 pasaran: Australia (AU), China (CN), Indonesia (ID), Jepun (JP), Arab Saudi (KSA), Malaysia (MY), Thailand (TH), Emiriah Arab Bersatu (UAE), United Kingdom (UK), Amerika Syarikat (US), dan Vietnam (VN).