Berbasikal semasa bercuti adalah satu aktiviti yang menyeronokkan bagi mengenali dengan lebih dekat tempat yang ditujui. Aktiviti ini tidak memerlukan pengalaman yang mendalam dan anda boleh memilih tahap cabaran yang bersesuaian dengan kemampuan anda. Agoda , salah satu ejen pelancongan atas talian yang terbesar ingin kongsikan 6 kota indah yang sesuai untuk diterokai dengan berbasikal.
Untuk penjelajah kota
- Beijing, China
Perkhidmatan kongsi basikal adalah salah satu cara pengangkutan awam di Beijing yang murah dan mudah. Anda hanya perlu mengimbas basikal dengan telefon pintar untuk membuka kunci dan mengunci semula basikal apabila anda sampai di destinasi. Pelawat kali pertama ke Beijing boleh mengikuti laluan berbasikal sejauh 16km untuk mengunjungi tempat-tempat menarik di kota ini seperti Forbidden City, The Egg, dan Stadium Sarang Burung.
Daftar masuk ke The Imperial Mansion, Beijing Marriott Executive Apartments dan mulakan kayuhan anda dari Tiananmen Square yang terletak kira-kira 940m dari pangsapuri tersebut.
- Paris, Perancis
Untuk mendapatkan pemandangan yang berbeza di kota Paris yang juga dikenali sebagai Kota Cinta, lakukan kayuhan anda di Parc Rives de Seine, sebuah kawasan yang diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO di Sungai Seine. Kawasan ini telah diubahsuai daripada sebuah lebuhraya untuk dijadikan laluan berbasikal dan pejalan kaki. Terdapat pelbagai restoran untuk dijadikan hentian rehat dan sertailah pelbagai aktivti yang disediakan di sini sepanjang hari.
Sewa basikal anda daripada Hotel de la Porte Doree dan kayuh ke Seine dalam masa 10 minit sahaja.
Untuk penggemar budaya dan sejarah
- Hoi An, Vietnam
Jika anda gemarkan pemandangan kota lama, sawah padi dan ladang yang indah, tempahlah lawatan berbasikal melalui Agoda.com atau aplikasi Agoda untuk mengalami sendiri keindahan Hoi An dalam masa 4 jam. Kenali sejarah dan perkembangan terkini Hoi An, selami kebudayaan tempatan serta ambillah peluang ini untuk berinteraksi dengan keluarga penduduk setempat dan mencuba kraftangan mereka.
Teruskan jelajah berbasikal anda di Hoi An dengan menginap di Bandar Lama di Allegro Hoi An , basikal disediakan dengan percuma kepada penginap di hotel ini.
- Florence, Itali
Gunakan basikal elektrik untuk menerokai kota Florence tanpa merasa penat. Kunjungi kawasan teres terkenal, Piazzale Michelangelo dan alami kegemilangan era Renaissance di The Duomo, sambil berhenti seketika untuk menikmati hidangan makan dan minum Tuscan.
Menginaplah di Hotel Spadai , sebuah hotel indah bergaya yang terletak di tengah-tengah kota Florence untuk mendapatkan istirahat yang secukupnya setelah menerokai kota ini sepanjang hari.
Untuk pengembara
- Melbourne, Australia
Ikutilah budaya penduduk di Melbourne yang gemarkan aktiviti riadah luar rumah dengan berbasikal sambil menjelajahi negeri Victoria. Untuk percutian yang pendek, anda boleh mengikuti laluan Sungai Yarra yang terkenal dengan kawasan pembuatan wain. Jika anda mempunyai beberapa hari terluang, tujuilah ke Warrnambool untuk berbasikal di sepanjang Jalan Great Ocean. Jangan lupa untuk menyaksikan tarikan pelancong, Twelve Apostles dan pemandangan yang paling indah di Australia.
Untuk perjalanan berbasikal yang lebih lama, rancang hentian anda dan pilihlah daripada 10,000 tempat penginapan Agoda di Victoria untuk bermalam.
- California, USA
Negeri yang diberi gelaran The Golden State ini mempunyai banyak kawasan indah di pergunungan, persisiran pantai dan padang pasir untuk pengayuh basikal berpengalaman yang inginkan pengembaraan. Pilihlah kawasan seperti Santa Barbara dan berbasikal di sepanjang Jalan Gibraltar untuk menikmati pemandangan saujana di tepi lautan yang menakjubkan. Pulang ke pusat bandar untuk berehat sambil minum kopi di sebuah kafe yang bertemakan basikal, Handlebar Coffee Roasters.
Pilihlah daripada 200 pilihan tempat penginapan Agoda di Santa Barbara untuk dijadikan lokasi istirahat selepas penat berbasikal.