fbpx

Maklumat tentang Montmartre: Panduan ke Montmartre dan Stesen Metro

Kemudi laluan Metro Paris untuk mencari tempat terbaik untuk dilawati di Montmartre. Tak perlu membazir masa memikirkan tentang transit dan luangkan lebih banyak masa menikmati percutian anda dengan panduan ringkas tentang stesen Metro Montmartre dan kawasan sekitarnya. Dengan tarikan seperti Gereja Sacred Heart Montmartre (Sacre-Coeur) dan Montmartre Village, Montmartre merupakan salah satu tarikan pelancong terkemuka di Paris.

Metro Montmartre_Paris_Gereja Sacred Heart Montmartre

Stesen Metro Montmartre dan Hotel yang Berdekatan

Lawatan ke Paris tidak lengkap tanpa melawat kejiranan bersejarah Montmartre ini. Bagi pelawat, pilihan yang ditawarkan oleh Metro Mantmartre membolehkan pelawat meneroka kawasan ini dengan mudah. Hotel-hotel yang berdekatan menjadi pilihan penginapan bagi pelancong yang ingin meneroka budaya dan sejarah komuniti seni yang meriah ini. Kadang-kala dipanggil “La Butte”, yang bermakna “bukit itu” dalam bahasa Melayu, Montmartre merupakan kawasan pesat yang membawa pelawat ke masa lampau dengan kedai-kedai atas bukit yang aneh tetapi menarik, seniman dan restoran tempatan Perancis. Dilatari oleh Gereja Sacred Heart Montmartre (Sacre-Couer), keindahan dan sejarah kawasan ini menjadikannya tempat yang baik untuk dilawati di Paris. Dengan akses mudah ke Metro Montmartre, anda boleh ke beberapa tempat terbaik untuk dilihat di Paris.

Metro Montmartre_Paris_Montmartre Village_Le Studio 14

Membeli-Belah dan Aktiviti di sekitar Montmartre

Montmartre merupakan komuniti pesat yang penuh dengan tarikan dan pilihan membeli-belah untuk pelbagai bajet. Jika anda melawat Montmartre, singgahlah di Gereja Sacred Heart Montmartre (Sacre-Coeur) yang amat menakjubkan. Gereja indah ini terkenal dengan dindingnya yang putih bersih dan pemandangan indah Paris. Jika anda ingin berjalan, terdapat tangga panjang yang menghubungkan gereja dengan bahagian bawah Montmartre, atau anda boleh menaiki funikular ke puncak menggunakan tiket metro biasa. Buatlah perancangan awal dan hayati pemandangan semasa berkelah dengan menikmati keju dan roti segar daripada penjaja tempatan.

  • Montmartre Village: singgah di nadi sejarah Montmartre sambil mengagumi butik, seniman dan makanan tempatan Perancis semasa mengembara di kawasan bersejarah ini dengan berjalan kaki.
  • Le Studio 14: Kedai ini menawarkan pakaian wanita yang cantik-cantik dan peluang untuk membawa pulang secebis daripada Paris dari Montmartre.
  • Dinding Cinta: terletak berhampiran dengan stesen metro Abbesses, dinding di taman Square Jehan Rictus ini dibuka pada tahun 2000 dan menampilkan jubin lava enamel yang dihiasi dengan frasa “Aku cinta kepadamu” dalam 250 bahasa. Orang awam boleh melihat hasil seni ini secara percuma, jadi bawalah kekasih anda dan umumkan cinta anda di depan mercu tanda bersejarah ini.
  • Montmartre juga terkenal sebagai tempat pelarian untuk para seniman pada masa lampau dan juga masa kini. Bersiar-siarlah di sekitar kejiranan ini untuk menghargai dan membeli hasil seni seniman jalanan tempatan.

Metro Montmartre_Paris_La Cure Gourmande_Soul Kitchen_Keju Perancis_roti Perancis

Tempat makan terbaik di Montmartre

Semasa di Perancis, anda pasti dapat menikmati beberapa makanan terbaik di dunia, dan kejiranan Montmartre juga tidak terkecuali dalam menyajikan pilihan ini. Sama ada anda ingin duduk makan atau hanya inginkan masakan ringkas tempatan Perancis, terdapat pelbagai pilihan makanan yang memenuhi semua jenis bajet. Pastikan anda mencuba roti segar dan keju Perancis, kerana Paris terkenal kerana mempunyai beberapa roti dan keju terbaik di dunia.

  • La Cure Gourmande: jamu mata dan jamu selera anda. La Cure Gourmande menawarkan pelbagai konfeksi, biskut, kek, dan coklat yang boleh dinikmati sambil anda meneroka Montmartre.
  • Soul Kitchen: Jika anda seorang vegetarian dan mencari tempat yang menghidangkan makanan yang sihat dan enak, pilihlah daripada salad, balutan, sup dan tart di kedai makan Montmartre ini, beberapa blok dari Gereja Sacred Heart Montmartre (Sacre-Coeur).

Metro Montmartre_Paris_Moulin Rouge_aktiviti malam

Bar, lounge, & aktiviti malam di Montmartre

Jika anda melawat Montmartre, keluarlah pada malam hari dan berseronoklah di beberapa bar, lounge dan pilihan aktiviti malam yang lain, khususnya Moulin Rouge.

  • Langkah masuk ke Moulin Rouge dan nikmati hiburan ala kabaret sambil menghayati suasana bangunan yang unik ini. Selepas persembahan, bersiar-siarlah di sekitar daerah bersejarah yang diterangi lampu dan rasai perasaan umpama anda kembali ke masa lampau.
  • LaDivette de Montmartre: pergi ke bar aneh ini yang membawa suasana bistro bitnik lama tahun 1970-an. Dengan dinding dipenuhi rekod piring hitam klasik, tarikan kegemaran di Montmartre ini menampilkan hiburan muzik langsung pada hari Jumaat dan bir dan makanan murah setiap hari.
  • La Machine du Moulin Rouge: kelab tiga tingkat ini memaparkan sebuah bar dan sering digunakan untuk acara. Menari sepanjang malam di dewan tari utama, La Chaufferie, yang menawarkan suasana kelab yang unik bertemakan “Alice in Wonderland”.
  • La Renaissance: Sering ditampilkan dalam filem Hollywood, bar indah ini menghidupkan kembali sejarah era “La Belle Epoque” dengan dekorasi art nouveau yang indah, makanan yang hebat dan koktel. Terletak di utara Montmartre, restoran ini terletak berdekatan dengan stesen metro Porte de Clignancourt.

Metro Montmartre_Paris_pengangkutan_Stesen Abbesses_Stesen Blanche

Pilihan pengangkutan di Montmartre

Laluan Metro Montmartre

Paris mempunyai jaringan sistem metro bawah tanah luas yang dibuka pada tahun 1898 dan masih membawa penumpang ke seluruh bandar, termasuk kawasan Montmartre. Dengan 16 laluan, terdapat banyak pilihan untuk meneroka dengan metro yang kadang-kala membingungkan pengembara baharu. Sebelum masuk ke stesen bawah tanah, pastikan laluan yang perlu anda ambil. Untuk ke Montmartre, anda perlu mengambil sama ada laluan 12 atau laluan 2 metropolitan. Memandangkan tidak semua laluan melalui kawasan Montmartre, anda mungkin perlu mengambil laluan lain pada mulanya dan bertukar kereta api semasa dalam perjalanan. Ini bermakna anda perlu keluar dari kereta api metro anda dan mencari laluan metro yang betul untuk ke Montmartre. Mujurlah stesen-stesen mempunyai banyak papan tanda yang menunjukkan laluan setiap kereta api. Rancang laluan anda lebih awal agar anda tahu saat pertukaran perlu dibuat. Ramai pelawat ke Montmartre turun di salah satu dari tiga hentian metro Montmartre utama – Stesen Abbesses (laluan 12), Stesen Blanche (laluan 2), atau Stesen Anvers (laluan 2). Hentian-hentian ini mempunyai pintu masuk gaya art nouveau yang indah dan sesuai untuk sesi bergambar. Kawasan barat mempunyai banyak restoran dan pelbagai pilihan hiburan dan ramai pelawat menginap di sini.

Semasa mengambil metro, terdapat beberapa panduan umum yang dapat membantu anda menggunakan sistem ini tanpa sebarang masalah.

  1. Pastikan anda menyimpan tiket yang telah disahkan sepanjang masa: jika anda ditangkap tanpa tiket, anda akan didenda.
  2. Harap maklum bahawa kebanyakan stesen bawah tanah mempunyai tangga yang banyak. Jika anda memerlukan lif, semak peta metro untuk melihat stesen terdekat dengan hotel anda yang boleh menampung keperluan anda.
  3. Berhati-hati dengan pencopet kerana mereka sering menyasarkan individu yang leka di atas Metro Paris.

Metro Montmartre_Paris_pengangkutan_teksi_bas_jalan kaki

Kaedah pengangkutan lain di Montmartre

Teksi

Jika anda tidak yakin untuk terus menggunakan Metro Paris, pilihan lain ialah teksi. Namun, ini merupakan pilihan paling mahal untuk meneroka kawasan ini. Pastikan anda mengambil teksi di hentian teksi rasmi atau gunakan concierge hotel anda untuk memanggil teksi.

Bas

Paris mempunyai sistem jaringan bas luas yang murah dan membolehkan anda mengakses kawasan-kawasan di seluruh bandar ini. Harap maklum bahawa pada waktu puncak, bas boleh menjadi agak sesak. Pastikan laluan anda sebelum meninggalkan hotel dan jaga barang anda dengan baik semasa menaiki bas.

Berjalan kaki

Jika boleh, teroka Montmartre dengan berjalan kaki seperti penduduk tempatan. Berjalan kaki di daerah ini membolehkan pelawat berhenti di butik dan kafe yang mereka mungkin terlepas jika menggunakan metro.

Daftar Masuk ke hotel atau pangsapuri berhampiran dengan Gereja Sacred Heart Montmartre (Sacre-Coeur)

Boronali Hotel

Hotel de Bellevue

Timhotel Montmartre

Langkah keluar ke Metro Montmartre

You may also like

Perjalanan Kuliner Melalui Goa: Menemui Masakan Tradisional Goan image

Mulakan perjalanan yang lazat melalui landskap masakan Goa dengan panduan komprehensif kami. Temui gabungan perisa masakan Goan tradisional, daripada vindaloos pedas hingga bebinca manis, dan selami budaya tempatan melalui pasar, kelas memasak dan santapan mampan.

Selamat datang ke Istanbul: Tempat Timur Bertemu Barat image

Mulakan perjalanan 5 hari yang menawan melalui Istanbul, meneroka keajaiban bersejarah dan permata budaya. Temui jadual perjalanan yang dipenuhi dengan istana yang megah, bazar yang meriah dan pelayaran yang indah.

7 Hari dalam Jadual Perjalanan Sydney: Meneroka Tarikan Terbaik di Harbour City image

Mulakan perjalanan 7 hari yang menawan melalui Sydney, Australia. Daripada tanda tempat ikonik seperti Opera House ke Blue Mountains yang tenang dan Darling Harbour yang meriah, temui tarikan terbaik yang ditawarkan oleh Harbour City.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Dalat: Meneroka Hati Tanah Tinggi image

Terokai Jadual Perjalanan Dalat 3 Hari kami yang menawan untuk menemui permata tanah tinggi Vietnam. Dari tasik yang tenang hingga ke tapak bersejarah, nikmati pengembaraan & bersantai di Dalat.

5 Hari dalam Jadual Perjalanan Incheon: Daripada Tapak Bersejarah kepada Keajaiban Moden image

Temui yang terbaik di Incheon dalam masa 5 hari, daripada tapak bersejarah yang mengagumkan kepada keajaiban moden yang canggih. Manjakan diri dengan lawatan kebudayaan, hidangan kulinari, dan pemandangan yang menakjubkan.

Selamat datang ke Bangalore: Kota Taman, Teknologi dan Budaya image

Terokai Jadual Perjalanan 3 Hari kami di Bangalore untuk mendedahkan yang terbaik di Garden City. Daripada istana diraja ke hab teknologi, nikmati gabungan budaya, sejarah dan alam semula jadi.

Selamat datang ke Jadual Perjalanan Impian 7 Hari Anda di Krabi image

Terokai Jadual Perjalanan Krabi 7 Hari eksklusif kami di Panduan Perjalanan Agoda. Temui pantai yang bersih, hutan rimba dan khazanah budaya di syurga Thailand.

7 Hari dalam Jadual Perjalanan Hua Hin/Cha-am: Mendedahkan Pantai Murni dan Retret Diraja image

Mulakan perjalanan 7 hari melalui Hua Hin/Cha-am dengan jadual perjalanan kami yang direka dengan pakar. Temui pantai yang murni, istana diraja dan permata tersembunyi.

Mulakan Percutian Hujung Minggu ke Yilan: Pelarian Pantas ke Alam Semula Jadi image

Mulakan percutian hujung minggu yang luar biasa di Yilan dengan jadual perjalanan pilihan kami. Temui landskap yang subur, berendam di mata air panas semula jadi, dan nikmati hidangan masakan tempatan.

Selamat datang ke Vibrant City of Mumbai: Periuk Lebur Budaya image

Selami budaya, sejarah dan citarasa yang meriah di Mumbai dengan jadual perjalanan 3 hari kami yang terperinci. Temui tanda tempat ikonik, permata tersembunyi dan hidangan kulinari.

Panduan 3 Hari Pencinta Makanan ke Ipoh: Jadual Perjalanan Makanan dan Kuliner Terbaik image

Selami syurga masakan Ipoh dengan panduan pencinta makanan 3 hari kami! Temui tempat makan terbaik, kafe tersembunyi dan hidangan kebudayaan di syurga gastronomi Malaysia.

Selamat datang ke Kobe: Gerbang untuk Penemuan dan Kegembiraan image

Mulakan perjalanan 3 hari yang menawan melalui Kobe, Jepun. Daripada tanda tempat bersejarah hingga keindahan pemandangan, temui yang terbaik di Kobe.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Dallas: Tarikan Wajib Dilawati dan Permata Tersembunyi image

Temui yang terbaik di Dallas dengan jadual perjalanan 3 hari eksklusif kami. Daripada tanda tempat ikonik kepada permata tersembunyi, temui sebab Dallas, TX, adalah destinasi yang mesti dilawati.

Hat Yai: Jadual Perjalanan 5 Hari ke Permata Tersembunyi Selatan Thailand image

Temui yang terbaik di Hat Yai dengan jadual perjalanan 5 hari kami. Daripada pasar yang sibuk hingga ke kuil yang tenang, alami permata tersembunyi di Selatan Thailand.

7 Hari di New York City Itinerary image

Mulakan perjalanan 7 hari yang tidak dapat dilupakan melalui New York City. Dari jalan ikonik Manhattan ke Lembah Hudson yang tenang, temui tarikan utama Big Apple, permata tersembunyi dan budaya meriah.

Menemui Tainan: Jadual Perjalanan 3 Hari Sejarah, Budaya dan Masakan image

Terokai Tainan dalam masa 3 hari dengan jadual perjalanan kami yang mendalam. Temui kuil purba, nikmati hidangan masakan tempatan dan berehat di tempat semula jadi yang tenang.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Macau: Panduan Menjelajah Las Vegas Asia image

Terokai Jadual Perjalanan Macau 3-Hari kami yang menarik untuk mendedahkan gabungan sejarah, budaya dan keseronokan di Asia Vegas.

Percutian Hujung Minggu di Orlando Itinerary: Tarikan Utama & Permata Tersembunyi image

Dedahkan keajaiban Orlando dengan jadual percutian hujung minggu eksklusif kami! Daripada taman tema yang mendebarkan kepada taman yang tenang dan kehidupan malam yang meriah, temui tarikan popular dan permata tersembunyi tempatan.

Jadual Perjalanan 7 Hari di Paris: Meneroka Kota Cahaya image

Temui jadual perjalanan 7 hari terbaik di Paris! Terokai tanda tempat ikonik, nikmati masakan Perancis dan tenggelam dalam seni dan sejarah.

Jadual Perjalanan Nha Trang Pencari Pengembaraan: Panduan 5 Hari yang mendebarkan image

Terokai jadual perjalanan Nha Trang 5 hari kami yang direka untuk pencari pengembaraan! Daripada melompat ke pulau ke selam skuba dan keajaiban budaya, temui yang terbaik di Nha Trang dengan panduan pakar kami.

Jadual Perjalanan Bersiar-siar Goa: Meneroka Mutiara Timur image

Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan dengan Jadual Perjalanan Bersiar-siar Goa kami. Terokai pantai yang dicium matahari, kehidupan malam yang meriah, kuil yang tenang dan hidupan liar yang subur.