fbpx

Pasar Paris: Tawar-Menawar di Bazar dan Pasar Lambak Paris

Di pasar Paris, orang tempatan dan pelancong boleh menemukan segala barang dari ikan segar hinggalah roti dan pastri enak – dan terutamanya seni dan hadiah. Jika anda melawat Paris, berkunjung ke pasar adalah satu keperluan. Pasar di Paris terkenal dengan kekayaan budayanya sejak sekian lama, dan panduan ini akan membantu anda mengenal pasti beberapa pasar terbaik di Paris agar anda boleh memilih pasar yang anda mahu teroka dengan lebih lama!

Pasar Paris-beli-belah-pasar lambak-Perancis-pasar makanan Paris

Berkunjung ke Paris: Pasar Paris yang Wajib Dilawati!

Paris adalah bandar yang amat menakjubkan yang mempunyai banyak tarikan hinggakan jika anda menghabiskan seumur hidup di sana, anda masih akan menemukan aktiviti untuk dilakukan. Sementara beberapa pengunjung menumpukan kepada tarikan-tarikan utama, seperti Menara Eiffel atau Muzium Louvre, banyak perkara boleh dilakukan di Paris yang anda mungkin tidak terfikir semasa lawatan pertama anda ke bandar ini. Paris terkenal kerana dedikasi mereka kepada makanan, yang bermakna anda boleh menikmati beberapa makanan terbaik di dunia, tetapi dedikasi Paris bukan sahaja kepada rasa. Kesegaran, kualiti dan sumber bahan juga penting kepada masyarakat Paris dan salah satu tempat utama yang menjadi tumpuan orang tempatan untuk mendapatkan bahan segar ialah di pasar. Meskipun pasar tani semakin mendapat sambutan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, masih terdapat tempat-tempat di seluruh dunia yang sukar untuk mencari pasar jalanan ini, tetapi bukan Paris! Pasar Paris berada di tahap mereka yang tersendiri. Di sebuah pasar Paris, anda boleh menemukan makanan, buku, perhiasan murah, pakaian, dan banyak lagi. Pasar merupakan sebahagian daripada kehidupan di Paris, jadi jika anda ingin bertemu dengan orang tempatan, pergilah ke pasar dan mula membeli-belah. Panduan ini akan mengetengahkan beberapa pasar terbaik di Paris dan dapat membantu anda membuat keputusan tentang pasar yang terbaik untuk lawatan anda.

Daftar Masuk ke Hotel Gavarni Paris, Langkah Keluar ke Maison de Balzac

Pasar Paris-beli-belah-pasar lambak-Perancis-Hotel Gavarni Paris

Pasar Paris-beli-belah-pasar lambak-Perancis-pembeli di pasar

Pasar Paris – Luangkan Masa untuk Meneroka Pasar Paris

Paris merupakan sebuah bandar yang amat besar dan, jika anda tidak mempunyai rancangan semasa ke sana, anda mungkin mendapati bandar ini agak melemaskan. Jangan risau, dengan panduan ini dan sedikit perancangan, anda akan mengorak langkah untuk percutian terbaik di Paris. Di Paris, setiap kejiranan (dipanggil arrondissements) di bandar ini mempunyai ciri dan tarikan istimewa tersendiri. Sesetengah tempat terkenal untuk makanan, sesetengah yang lain untuk membeli-belah, dan sesetengah yang lain pula untuk tapak bersejarah. Mengkaji kejiranan yang akan dipilih untuk menginap sebelum anda tiba merupakan cara yang baik untuk memaksimumkan keseronokan anda di Paris. Jika anda telah memilih pasar-pasar tertentu, anda boleh memilih hotel di kejiranan yang sama dengan pasar yang anda ingin pergi agar anda boleh menjimatkan masa perjalanan. Hal ini bermakna, anda boleh meluangkan lebih banyak masa meneroka pasar Paris kegemaran anda dan menjimatkan masa perjalanan menggunakan metro Paris. Nasihat berikut boleh membantu anda merancang perjalanan yang menyeronokkan ke Paris, menjimatkan masa anda dan membantu mengelakkan sakit kepala semasa lawatan anda.

  • Rancang awal untuk mengelakkan kekecewaan. Paris merupakan sebuah bandar yang sangat sibuk yang menerima kunjungan berjuta-juta pelancong setiap tahun, maka jika terdapat tarikan atau pasar Paris yang anda ingin pergi, rancang lebih awal kerana anda berkemungkinan besar akan berebut tempat dengan pelancong lain.
  • Menginap berhampiran dengan metro! Memilih hotel yang berdekatan dengan metro ialah cara yang baik untuk menjimatkan masa berulang-alik ke stesen metro. Paris terhubung dengan baik melalui metro, jadi anda boleh ke seluruh bandar dengan mudah, tetapi mengurangkan masa berulang-alik antara hotel dengan metro amat membantu terutamanya apabila anda penat pada penghujung hari.
  • Keluar ke pasar awal! Sementara terdapat banyak perkara untuk dilakukan diParis pada lewat malam, beberapa tempat, seperti pasar, sering bermula awal. Jika anda ingin membeli sesuatu yang khusus, seperti makanan segar, pergilah awal ke pasar agar anda tidak terlepas bahan terbaik! Manfaat tambahan jika anda keluar awal, anda akan mendahului ramai pelancong lain ke tarikan yang sama.
  • Bawa wang tunai! Seperti banyak tempat di Eropah, tarikan yang lebih kecil hanya menerima wang tunai, jadi walaupun sesetengah penjual besar mungkin menerima kad, penjual kecil mungkin tidak. Bawa wang tunai jika anda merancang untuk ke pasar Paris untuk mengelakkan kekecewaan.

Paris merupakan sebuah bandar yang hebat dan akan sentiasa berada dalam hati anda selepas anda pulang, tetapi menikmati sepenuhnya bandar ini memerlukan sedikit perancangan. Lebih banyak anda membuat persediaan sebelum berlepas, lebih baik lawatan anda ke Paris!

Daftar masuk ke Hotel Tourisme Avenue, Langkah Keluar ke Menara Eiffel

Pasar Paris-beli-belah-pasar lambak-Perancis-Hotel Tourisme Avenue

Pasar Paris-beli-belah-pasar lambak-Perancis-Marché aux Puces de St-Ouen

Baca Tentang Beberapa Pasar Terbaik di Paris

Pasar terbuka, tertutup, dan semua sepertinya, Paris merupakan mimpi indah jika anda sukakan pasar. Walaupun ramai orang makan di restoran Paris, pasar juga merupakan tempat yang baik untuk memulakan hari anda, serta menawarkan buah-buahan dan sayuran segar, roti, pastri, dan banyak lagi. Sementara beberapa pasar hanya dibuka pada awal pagi, sesetengah yang lain pula dibuka semula pada waktu malam, maknanya anda boleh bergantung kepada pasar untuk mendapatkan makanan yang enak untuk kebanyakan waktu makan anda. Selain itu, banyak pasar menjual cenderamata tempatan, yang memang sesuai jika anda ingin membeli-belah semasa berada di Paris tetapi tidak mahu berbelanja banyak. Di sini disenaraikan beberapa pasar terkemuka di Paris untuk anda pertimbangkan pada lawatan akan datang.

1. Les Puces de Montreuil

Les Puces de Montreuil merupakan tempat tuju jika anda peminat pasar lambak, atau hanya ingin meneroka pasar Paris yang mempunyai semua benda. Daripada pakaian vintaj hingga perhiasan kecil, ke alat ganti, barangan antik, dan banyak lagi, Les Puces de Montreuil adalah gambaran mengagumkan tentang kehidupan di Paris yang patut dilawati. Satu perkara lagi yang perlu dipertimbang semasa lawatan anda di Paris ialah anda boleh ke pasar seperti Les Puces de Montreuil dan membeli cenderamata dan hadiah di sana, daripada membeli perhiasan bukan buatan tempatan yang murah. Bayangkan memori yang akan tersemat dalam ingatan anda jika anda membeli sesuatu yang istimewa di pasar ini untuk diri anda, dan, lebih-lebih lagi, bayangkan kisah menarik yang anda boleh ceritakan dengan setiap hadiah yang anda berikan. Sokonglah barangan buatan tempatan, dan pertimbanglah untuk membeli-belah di pasar ini, serta jangan lupa untuk membawa wang tunai! Pasar ini terletak di tempat yang agak terpencil tetapi berhampiran dengan metro dan wajar dilawati.

Transit berhampiran dengan Les Puces de Montreuil

Daftar Masuk ke Novotel Suites Paris Montreuil Vincennes, Langkah Keluar ke Arondissement ke-20

Pasar Paris-beli-belah-pasar lambak-Perancis-Novotel Suites Paris Montreuil Vincennes

2. Marché aux Puces de St-Ouen

Besar dan agak melemaskan bagi pengunjung kali pertama, buatlah rancangan semasa melawat Marché aux Puces de St-Ouen dan pelajari tentang perkara yang perlu dijangkakan di pasar yang luas ini. Marché aux Puces de St-Ouen merupakan pasar barangan terpakai dan antik terbesar di dunia dan salah satu tarikan paling banyak dilawati di Paris, jadi pasar ini sangat sibuk. Pasar ini mempunyai 14 bahagian khas dan sangat besar, lebih seperti sekumpulan kedai yang bercantum daripada hanya satu pasar. Meliputi kawasan yang luas di Paris, anda boleh menghabiskan seumur hidup anda di kawasan ini dan masih tidak melihat semuanya. Pilih satu daripada 14 kawasan dan terokalah berdasarkan keperluan anda. Jika anda ingin melihat barang kaca yang indah atau mainan, singgahlah di Marché Vernaison. Jika anda mencari buku, singgahlah dan terokalah Marché Dauphine. Walau apa-apa pun yang anda cari, Marché aux Puces de St-Ouen pasti mempunyainya – dan benda-benda lain yang anda tidak perlukan, tetapi akhirnya akan dibeli!

Transit berhampiran dengan Marché aux Puces de St-Ouen

Daftar Masuk ke Declic Hotel, Langkah Keluar ke Gereja Sacred Heart Montmartre (Sacre-Coeur)

Pasar Paris-beli-belah-pasar lambak-Perancis-Declic Hotel

Pasar Paris-beli-belah-pasar lambak-Perancis-Marché Bastille

3. Marché Bastille

Terletak berdekatan dengan tapak bersejarah Bastille, Marché Bastille merupakan salah satu pasar terbesar di Paris dan menawarkan pelbagai buah, sayur dan daging segar, keju, dan tawaran bermusim. Marché Bastille juga mempunyai pelbagai pilihan barangan kulit (beg tangan, dompet), pakaian, dan beberapa gerai antik. Jika anda mencari pasar yang mempunyai pelbagai makanan, fesyen, dan bermacam-macam lagi, maka Marché Bastille adalah pasar yang perlu ditambah dalam senarai anda. Terletak berhampiran dengan beberapa tarikan utama di Paris, jika anda keluar berjalan-jalan, Marché Bastille merupakan tempat persinggahan yang baik jika anda mencari sarapan, atau ingin memulakan hari anda dengan bersiar-siar. Pakai kasut yang selesa dan keluar awal ke pasar ini, dan pastikan anda menyemak waktu operasinya kerana kekerapan pasar ini dibuka bergantung pada waktu anda melawat.

Transit berhampiran dengan Marché Bastille

Daftar Masuk ke Grand Hotel Nouvel Opera, Langkah Keluar ke Arondissement ke-11

Pasar Paris-beli-belah-pasar lambak-Perancis-Grand Hotel Nouvel Opera

Pasar Paris-beli-belah-pasar lambak-Perancis-Marché d'Aligre

4. Marché d’Aligre

Dibuka pada kebanyakan hari setiap minggu, Marché d’Aligre merupakan pasar kejiranan mengagumkan yang dibuka awal, kemudian sekali lagi pada waktu petang – menjadikannya tempat terbaik untuk membeli bahan segar untuk makan! Dibuka dari 9 am hingga 1 pm, dan sekali lagi dari 4 pm hingga 7 pm, pilihlah daripada daging segar, pencuci mulut, buah dan sayur, ikan, dan bermacam-macam lagi di pasar unggul ini. Dengan bahagian terbuka dan tertutup, pastikan anda ke pasar ini awal pagi jika ingin melihat pasar terbuka, kerana jika anda tiba pada waktu petang, hanya pasar tertutup dibuka. Tengoklah dari gerai ke gerai, jadi cerewet sikit, dan ambil masa anda. Anda tidak tahu makanan enak yang menanti anda, dan jika anda membelanjakan semua euro anda di satu tempat, anda mungkin terlepas sesuatu yang istimewa!

Transit berhampiran dengan Marché d’Aligre

Daftar Masuk ke Hotel de France Gare de Lyon Bastille, Langkah Keluar ke Stesen Gare de Lyon

Pasae Paris-beli-belah-pasar lambak-Perancis-Hotel de France Gare de Lyon Bastille

Pasar Paris-beli-belah-pasar lambak-Perancis-Marché des Enfants Rouges

5. Marché des Enfants Rouges

Marché des Enfants Rouges merupakan pasar berbumbung tertua di Paris dan telah dibina pada 1628 – pasar ini lebih tua daripada sesetengah negara, cuba bayangkan! Pasar ini memang baik jika anda mencari buah dan sayur segar, serta bunga, roti Paris yang enak, keju, dan banyak lagi. Selain itu, terdapat banyak restoran kejiranan berhampiran dengannya, yang bermakna anda boleh menikmati masakan enak dengan bahan yang mungkin disumberkan dari pasar ini. Anda juga boleh memilih untuk membeli beberapa barang (roti, keju dan zaitun istimewa amat disarankan) dan mencari tempat sunyi di pasar untuk makan. Teroka pasar ini dan rasakan suasana pasar ini sebelum anda membuat pilihan. Terdapat banyak benda untuk dilihat dan dipilih, jadi jangan terlalu teruja dan membelanjakan semua wang anda di gerai pertama yang anda nampak. Berjalan-jalanlah, jangan tergopoh-gapah, dan berseronok di pasar ini.

Transit berhampiran dengan Marché des Enfants Rouges

Daftar Masuk ke Hotel du Nord et de l’Est, Langkah Keluar ke Sainte Chapelle

Pasar Paris-beli-belah-pasar lambak-Perancis-Hotel du Nord et de l'Est

Pasar Paris-beli-belah-pasar lambak-Perancis-Marché Mouffetard

6. Marché Mouffetard

Terletak di kawasan unggul Latin Quarter di Paris, Marché Mouffetard terkenal di seluruh dunia dan telah diabadikan oleh Ernest Hemingway di dalam novelnya, ‘A Moveable Feast.” Gerai makanan segarnya, kafe yang bagus-bagus dan suasana tempatan yang menarik hanyalah merupakan beberapa sebab pasar ini adalah pasar kegemaran Paris dan tidak patut dilupakan. Pilih daripada penjual yang menawarkan daging, makanan laut, roti segar, hasil tani, dan macam-macam lagi – pastikan anda ke pasar ini dalam keadaan lapar. Banyak penjual yang menjual bahan tempatan yang segar dan organik, jadi jangkakan untuk menemukan gerai-gerai yang menjual barang dalam musim, bergantung pada waktu anda melawat Marché Mouffetard.

Transit berhampiran dengan Marché Mouffetard

Daftar Masuk ke Hotel Garance, Langkah Keluar ke Chateau de la Reine Blanche

Pasar Paris-beli-belah-pasar lambak-Perancis-Hotel Garance

Lihat lebih banyak pangsapuri dan hotel di Paris

You may also like

Perjalanan Kuliner Melalui Goa: Menemui Masakan Tradisional Goan image

Mulakan perjalanan yang lazat melalui landskap masakan Goa dengan panduan komprehensif kami. Temui gabungan perisa masakan Goan tradisional, daripada vindaloos pedas hingga bebinca manis, dan selami budaya tempatan melalui pasar, kelas memasak dan santapan mampan.

Selamat datang ke Istanbul: Tempat Timur Bertemu Barat image

Mulakan perjalanan 5 hari yang menawan melalui Istanbul, meneroka keajaiban bersejarah dan permata budaya. Temui jadual perjalanan yang dipenuhi dengan istana yang megah, bazar yang meriah dan pelayaran yang indah.

7 Hari dalam Jadual Perjalanan Sydney: Meneroka Tarikan Terbaik di Harbour City image

Mulakan perjalanan 7 hari yang menawan melalui Sydney, Australia. Daripada tanda tempat ikonik seperti Opera House ke Blue Mountains yang tenang dan Darling Harbour yang meriah, temui tarikan terbaik yang ditawarkan oleh Harbour City.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Dalat: Meneroka Hati Tanah Tinggi image

Terokai Jadual Perjalanan Dalat 3 Hari kami yang menawan untuk menemui permata tanah tinggi Vietnam. Dari tasik yang tenang hingga ke tapak bersejarah, nikmati pengembaraan & bersantai di Dalat.

5 Hari dalam Jadual Perjalanan Incheon: Daripada Tapak Bersejarah kepada Keajaiban Moden image

Temui yang terbaik di Incheon dalam masa 5 hari, daripada tapak bersejarah yang mengagumkan kepada keajaiban moden yang canggih. Manjakan diri dengan lawatan kebudayaan, hidangan kulinari, dan pemandangan yang menakjubkan.

Selamat datang ke Bangalore: Kota Taman, Teknologi dan Budaya image

Terokai Jadual Perjalanan 3 Hari kami di Bangalore untuk mendedahkan yang terbaik di Garden City. Daripada istana diraja ke hab teknologi, nikmati gabungan budaya, sejarah dan alam semula jadi.

Selamat datang ke Jadual Perjalanan Impian 7 Hari Anda di Krabi image

Terokai Jadual Perjalanan Krabi 7 Hari eksklusif kami di Panduan Perjalanan Agoda. Temui pantai yang bersih, hutan rimba dan khazanah budaya di syurga Thailand.

7 Hari dalam Jadual Perjalanan Hua Hin/Cha-am: Mendedahkan Pantai Murni dan Retret Diraja image

Mulakan perjalanan 7 hari melalui Hua Hin/Cha-am dengan jadual perjalanan kami yang direka dengan pakar. Temui pantai yang murni, istana diraja dan permata tersembunyi.

Mulakan Percutian Hujung Minggu ke Yilan: Pelarian Pantas ke Alam Semula Jadi image

Mulakan percutian hujung minggu yang luar biasa di Yilan dengan jadual perjalanan pilihan kami. Temui landskap yang subur, berendam di mata air panas semula jadi, dan nikmati hidangan masakan tempatan.

Selamat datang ke Vibrant City of Mumbai: Periuk Lebur Budaya image

Selami budaya, sejarah dan citarasa yang meriah di Mumbai dengan jadual perjalanan 3 hari kami yang terperinci. Temui tanda tempat ikonik, permata tersembunyi dan hidangan kulinari.

Panduan 3 Hari Pencinta Makanan ke Ipoh: Jadual Perjalanan Makanan dan Kuliner Terbaik image

Selami syurga masakan Ipoh dengan panduan pencinta makanan 3 hari kami! Temui tempat makan terbaik, kafe tersembunyi dan hidangan kebudayaan di syurga gastronomi Malaysia.

Selamat datang ke Kobe: Gerbang untuk Penemuan dan Kegembiraan image

Mulakan perjalanan 3 hari yang menawan melalui Kobe, Jepun. Daripada tanda tempat bersejarah hingga keindahan pemandangan, temui yang terbaik di Kobe.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Dallas: Tarikan Wajib Dilawati dan Permata Tersembunyi image

Temui yang terbaik di Dallas dengan jadual perjalanan 3 hari eksklusif kami. Daripada tanda tempat ikonik kepada permata tersembunyi, temui sebab Dallas, TX, adalah destinasi yang mesti dilawati.

Hat Yai: Jadual Perjalanan 5 Hari ke Permata Tersembunyi Selatan Thailand image

Temui yang terbaik di Hat Yai dengan jadual perjalanan 5 hari kami. Daripada pasar yang sibuk hingga ke kuil yang tenang, alami permata tersembunyi di Selatan Thailand.

7 Hari di New York City Itinerary image

Mulakan perjalanan 7 hari yang tidak dapat dilupakan melalui New York City. Dari jalan ikonik Manhattan ke Lembah Hudson yang tenang, temui tarikan utama Big Apple, permata tersembunyi dan budaya meriah.

Menemui Tainan: Jadual Perjalanan 3 Hari Sejarah, Budaya dan Masakan image

Terokai Tainan dalam masa 3 hari dengan jadual perjalanan kami yang mendalam. Temui kuil purba, nikmati hidangan masakan tempatan dan berehat di tempat semula jadi yang tenang.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Macau: Panduan Menjelajah Las Vegas Asia image

Terokai Jadual Perjalanan Macau 3-Hari kami yang menarik untuk mendedahkan gabungan sejarah, budaya dan keseronokan di Asia Vegas.

Percutian Hujung Minggu di Orlando Itinerary: Tarikan Utama & Permata Tersembunyi image

Dedahkan keajaiban Orlando dengan jadual percutian hujung minggu eksklusif kami! Daripada taman tema yang mendebarkan kepada taman yang tenang dan kehidupan malam yang meriah, temui tarikan popular dan permata tersembunyi tempatan.

Jadual Perjalanan 7 Hari di Paris: Meneroka Kota Cahaya image

Temui jadual perjalanan 7 hari terbaik di Paris! Terokai tanda tempat ikonik, nikmati masakan Perancis dan tenggelam dalam seni dan sejarah.

Jadual Perjalanan Nha Trang Pencari Pengembaraan: Panduan 5 Hari yang mendebarkan image

Terokai jadual perjalanan Nha Trang 5 hari kami yang direka untuk pencari pengembaraan! Daripada melompat ke pulau ke selam skuba dan keajaiban budaya, temui yang terbaik di Nha Trang dengan panduan pakar kami.

Jadual Perjalanan Bersiar-siar Goa: Meneroka Mutiara Timur image

Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan dengan Jadual Perjalanan Bersiar-siar Goa kami. Terokai pantai yang dicium matahari, kehidupan malam yang meriah, kuil yang tenang dan hidupan liar yang subur.