fbpx

Menara Eiffel: Seni Bina Menakjubkan di Paris

Menara Eiffel di Paris merupakan mercu tanda paling ikonik di bandar ini dan salah satu tempat paling banyak dilawati di dunia. Tujuh juta orang melawat menara ini setiap tahun dan menaiki lif ke puncak menara. Pada asalnya dibina untuk bertahan selama 20 tahun, menara ini disukai dan dicerca sepanjang sejarahnya. Kos pembinaan Menara Eiffel hampir mencecah 8 juta franc, bersamaan dengan $40 juta dolar US hari ini. Berat keseluruhan menara sebanyak 10,000 tan telah termasuk berat lif, kedai dan restoran di dalamnya. Berat besi yang digunakan untuk membina Menara Eiffel melebihi 8,000 tan. Eiffel merupakan seorang jurutera struktur yang memenangi sebuah pertandingan dengan menara inovatifnya yang dibina daripada besi ‘puddle’. Menara Eiffel, seperti yang dipanggil, sempat siap dibina sempena Pesta Dunia 1889.

Menara Eiffel-Paris-Aktiviti untuk dilakukan

Membeli-belah dan Aktiviti untuk dilakukan berhampiran dengan Menara Eiffel

Tempat Membeli-Belah

Bandar megah Paris penuh dengan kafe dan kedai, dan jalan yang mengelilingi menara setinggi 300 meter ini juga begitu. Bersiar-siarlah di Promenade Quai Branley di sepanjang tebing sungai di hadapan menara untuk kedai-kedai cenderamata Menara Eiffel dan peluang untuk membeli hasil seni, cenderamata, atau foto Menara Eiffel yang asli. Jangan lupa membeli Menara Eiffel kecil sebagai cenferamata. Seberang sungai di depan Menara Eiffel dan bersiar-siar di Champs Elysees untuk pengalaman membeli-belah terbaik di Paris.

Aktiviti untuk Dilakukan

Tempat Bergambar di Sebelah Menara Eiffel: Karusel indah berhampiran dengn Menara Eiffel mungkin juga karusel tercantik di Paris dan merupakan tempat bergambar menarik dilatari menara Eiffel yang bercahaya, terutamanya pada waktu malam. Ambil gambar-gambar yang indah di Pont de Bir-Hakeim, di barat Menara Eiffel, dengan patung bersayap ikonik dan pemandang menara Eiffel dan antena.

Musee de Quai Branley: Melencong sikit dari Menara dan singgah di Musee de Quai Branley- Jacques Chirac yang terletak berhampiran dengan Menara untuk lawatan bertema dan untuk melihat koleksi artifak dari seluruh dunia.

Menara Eiffel-Paris-Tempat makan terbaik

Tempat Makan Terbaik Berhampiran dengan Menara Eiffel

Selain dari Menara Eiffel, Paris juga terkenal untuk restoran, kedai roti, dan kafe kaki lima yang membarisi jalan di sekeliling menara, dan Menara Eiffel sendiri terkenal untuk restorannya di aras satu dan dua, serta bar champagne di aras paling atas menara. Mempunyai tiga aras, Menara Eiffel mempunyai restoran 58 Tour Eiffel di aras pertama. 58 Tour Eiffel mempunyai suasana yang mesra keluarga, manakala restoran Jules Verne di aras dua menara menawarkan masakan gourmet mewah. Bufet di esplanad dan di dalam menara menawarkan hidangan ringan. Minum sedikit di Champagne Bar di aras asta menara. Berhampiran dengan dasar Menara di Quai Branley, Le Bistro Parisien mempunyai suasana kasual yang sesuai untuk keluarga dengan kanak-kanak.

Menara Eiffel-Paris-Aktiviti Malam

Aktiviti Malam Berhampiran dengan Menara Eiffel

Paris dipenuhi tempat bergaya dengan seni bina indah seperti Menara Eiffel dan bandar ini tetap meriah sehingga lewat malam. 58 Tour Eiffel di aras satu menara menjadi bisro yang anggun pada waktu malam, dan kawasan di sekeliling Menara Eiffel penuh dengan tempat untuk menikmati menara yang bercahaya dan menghayati suasananya. Le Café de Mars adalah restoran Perancis biasa dalam bayangan Menara Eiffel yang menghidangkan makanan dan minuman hingga 11pm berlatarkan muzik. The Club merupakan kelab malam Paris dengan koktel hebat yang terletak di 24 Rue Surcouf, beberapa blok dari seni bina menakjubkan, Menara Eiffel.

Menara Eiffel-Paris-Pengangkutan

Pengangkutan di Menara Eiffel

Terletak di pusat Paris, Menara Eiffel terhubung dengan sistem transit awam metro Paris yang terkenal, yang boleh anda gunakan untuk ke Menara Eiffel. Hentian Metro terdekat dengan menara ialah Bir Hakeim, dan terdapat juga beberapa hentian bas yang berhampiran. Hentian bas Tour Eiffel (laluan 82 dan 42) merupakan yang terdekat dengan menara, manakala Pont d’lena (laluan 72) dan Varsovie (laluan 82) berhenti di seberang sungai dan menawarkan pemandangan menakjubkan Menara Eiffel. Untuk ke menara dengan kereta api, Gare du Pont de l’Alma terletak di tepi sungai tidak jauh dari mercu tanda ini. Paris boleh dijelajah dengan mudah dengan berjalan kaki atau menggunakan transit awam, dan Menara Eiffel terletak di lokasi strategik untuk menjelajah bandar ini.

Menara Eiffel-Paris-Champs Elyssees

Daftar masuk ke Menara Eiffel

Menara ikonik jurutera struktur, Gustave Eiffel, setinggi 300 meter ini dibina menggunakan besi dengan seni bina inovatif. Pelawat naik ke puncak Menara Eiffel di dalam lif tertutup, dan berhenti di ketia-tiga aras di menara ini. Dibina untuk Pesta Dunia 18898, menara ini sepatutnya diruntuhkan selepas 20 tahun, tetapi mula digunakan sebagai balai cerap dan makmal saintifik, yang memanjangkan jangka hayatnya hingga ke hari ini. Antena Menara Eiffel juga digunakan untuk menghantar dan menerima isyarat radio dan dengan cepat menjadi ikon bandar ini, dan dapat dikenali dengan serta-merta.

Menara Eiffel-Paris-Musee d'Orsay

Langkah Keluar ke Tarikan Lain Berhampiran dengan Menara Eiffel

Menara Eiffel terletak berhampiran dengan banyak tarikan Paris terkenal yang lain. Lawatlah Musee d’Orsay dan lihat koleksi seni Perancis yang ditempatkan di dalam stesen kereta api Beaux-Arts yang ditukar muzium. Bangunan ini juga seindah seni-seni di dalamnya, yang memang dijangkakan bagi bandar yang penuh dengan seni bina indah ini. Aquarium de Paris mempunyai lokasi yang cantik di seberang sungai dari menara di les Jardins de Trocadero dan memaparkan jerung hidup dan ikan-ikan tropika. Akuarium ini bukanlah dalam senarai biasa tarikan untuk dilihat di Paris, tetapi tetap menyeronokkan, terutamanya untuk kanak-kanak. Pemandangan Menara Eiffel dari Jardins de Trocadero menyediakan latar terbaik untuk gambar menara, jadi jangan lupa mengambil gambar anda di depan mercu tanda ikonik ini.

Hotel Berhampiran dengan Menara Eiffel

Terdapat banyak jenis penginapan untuk dipilih di Paris, jadi cari satu yang berdekatan dengan Menara Eiffel yang sesuai dengan gaya dan peruntukan anda. Cari hotel 4 bintang, Hotel La Comtesse By Elegancia di 29 Avenue de Tourville, yang terletak berhampiran dengan Menara Eiffel, penyaman udara dan wi-fi percuma di dalam semua bilik. Daftar masuk ke Hotel Duc de Saint Simon yang terletak di 14 Rue de Saint Simon, sedikit jauh dari menara, untuk hotel yang mempunyai pengangkutan lapangan terbang dan wi-fi percuma di dalam semua bilik tetamu. Hotel 3 bintang, Duquesne Eiffel Hotel, terletak di depan Menara Eiffel di 23 Avenue Duquesne dan dekat dengan pengangkutan awam. Hotel ini juga mempunyai pengangkutan lapangan terbang, wi-fi dan penyaman udara.

Hotel La Comtesse By Elegancia

Hotel Duc de Saint Simon

Duquesne Eiffel Hotel

Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri di sekitar Menara Eiffel

You may also like

Perjalanan Kuliner Melalui Goa: Menemui Masakan Tradisional Goan image

Mulakan perjalanan yang lazat melalui landskap masakan Goa dengan panduan komprehensif kami. Temui gabungan perisa masakan Goan tradisional, daripada vindaloos pedas hingga bebinca manis, dan selami budaya tempatan melalui pasar, kelas memasak dan santapan mampan.

Selamat datang ke Istanbul: Tempat Timur Bertemu Barat image

Mulakan perjalanan 5 hari yang menawan melalui Istanbul, meneroka keajaiban bersejarah dan permata budaya. Temui jadual perjalanan yang dipenuhi dengan istana yang megah, bazar yang meriah dan pelayaran yang indah.

7 Hari dalam Jadual Perjalanan Sydney: Meneroka Tarikan Terbaik di Harbour City image

Mulakan perjalanan 7 hari yang menawan melalui Sydney, Australia. Daripada tanda tempat ikonik seperti Opera House ke Blue Mountains yang tenang dan Darling Harbour yang meriah, temui tarikan terbaik yang ditawarkan oleh Harbour City.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Dalat: Meneroka Hati Tanah Tinggi image

Terokai Jadual Perjalanan Dalat 3 Hari kami yang menawan untuk menemui permata tanah tinggi Vietnam. Dari tasik yang tenang hingga ke tapak bersejarah, nikmati pengembaraan & bersantai di Dalat.

5 Hari dalam Jadual Perjalanan Incheon: Daripada Tapak Bersejarah kepada Keajaiban Moden image

Temui yang terbaik di Incheon dalam masa 5 hari, daripada tapak bersejarah yang mengagumkan kepada keajaiban moden yang canggih. Manjakan diri dengan lawatan kebudayaan, hidangan kulinari, dan pemandangan yang menakjubkan.

Selamat datang ke Bangalore: Kota Taman, Teknologi dan Budaya image

Terokai Jadual Perjalanan 3 Hari kami di Bangalore untuk mendedahkan yang terbaik di Garden City. Daripada istana diraja ke hab teknologi, nikmati gabungan budaya, sejarah dan alam semula jadi.

Selamat datang ke Jadual Perjalanan Impian 7 Hari Anda di Krabi image

Terokai Jadual Perjalanan Krabi 7 Hari eksklusif kami di Panduan Perjalanan Agoda. Temui pantai yang bersih, hutan rimba dan khazanah budaya di syurga Thailand.

7 Hari dalam Jadual Perjalanan Hua Hin/Cha-am: Mendedahkan Pantai Murni dan Retret Diraja image

Mulakan perjalanan 7 hari melalui Hua Hin/Cha-am dengan jadual perjalanan kami yang direka dengan pakar. Temui pantai yang murni, istana diraja dan permata tersembunyi.

Mulakan Percutian Hujung Minggu ke Yilan: Pelarian Pantas ke Alam Semula Jadi image

Mulakan percutian hujung minggu yang luar biasa di Yilan dengan jadual perjalanan pilihan kami. Temui landskap yang subur, berendam di mata air panas semula jadi, dan nikmati hidangan masakan tempatan.

Selamat datang ke Vibrant City of Mumbai: Periuk Lebur Budaya image

Selami budaya, sejarah dan citarasa yang meriah di Mumbai dengan jadual perjalanan 3 hari kami yang terperinci. Temui tanda tempat ikonik, permata tersembunyi dan hidangan kulinari.

Panduan 3 Hari Pencinta Makanan ke Ipoh: Jadual Perjalanan Makanan dan Kuliner Terbaik image

Selami syurga masakan Ipoh dengan panduan pencinta makanan 3 hari kami! Temui tempat makan terbaik, kafe tersembunyi dan hidangan kebudayaan di syurga gastronomi Malaysia.

Selamat datang ke Kobe: Gerbang untuk Penemuan dan Kegembiraan image

Mulakan perjalanan 3 hari yang menawan melalui Kobe, Jepun. Daripada tanda tempat bersejarah hingga keindahan pemandangan, temui yang terbaik di Kobe.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Dallas: Tarikan Wajib Dilawati dan Permata Tersembunyi image

Temui yang terbaik di Dallas dengan jadual perjalanan 3 hari eksklusif kami. Daripada tanda tempat ikonik kepada permata tersembunyi, temui sebab Dallas, TX, adalah destinasi yang mesti dilawati.

Hat Yai: Jadual Perjalanan 5 Hari ke Permata Tersembunyi Selatan Thailand image

Temui yang terbaik di Hat Yai dengan jadual perjalanan 5 hari kami. Daripada pasar yang sibuk hingga ke kuil yang tenang, alami permata tersembunyi di Selatan Thailand.

7 Hari di New York City Itinerary image

Mulakan perjalanan 7 hari yang tidak dapat dilupakan melalui New York City. Dari jalan ikonik Manhattan ke Lembah Hudson yang tenang, temui tarikan utama Big Apple, permata tersembunyi dan budaya meriah.

Menemui Tainan: Jadual Perjalanan 3 Hari Sejarah, Budaya dan Masakan image

Terokai Tainan dalam masa 3 hari dengan jadual perjalanan kami yang mendalam. Temui kuil purba, nikmati hidangan masakan tempatan dan berehat di tempat semula jadi yang tenang.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Macau: Panduan Menjelajah Las Vegas Asia image

Terokai Jadual Perjalanan Macau 3-Hari kami yang menarik untuk mendedahkan gabungan sejarah, budaya dan keseronokan di Asia Vegas.

Percutian Hujung Minggu di Orlando Itinerary: Tarikan Utama & Permata Tersembunyi image

Dedahkan keajaiban Orlando dengan jadual percutian hujung minggu eksklusif kami! Daripada taman tema yang mendebarkan kepada taman yang tenang dan kehidupan malam yang meriah, temui tarikan popular dan permata tersembunyi tempatan.

Jadual Perjalanan 7 Hari di Paris: Meneroka Kota Cahaya image

Temui jadual perjalanan 7 hari terbaik di Paris! Terokai tanda tempat ikonik, nikmati masakan Perancis dan tenggelam dalam seni dan sejarah.

Jadual Perjalanan Nha Trang Pencari Pengembaraan: Panduan 5 Hari yang mendebarkan image

Terokai jadual perjalanan Nha Trang 5 hari kami yang direka untuk pencari pengembaraan! Daripada melompat ke pulau ke selam skuba dan keajaiban budaya, temui yang terbaik di Nha Trang dengan panduan pakar kami.

Jadual Perjalanan Bersiar-siar Goa: Meneroka Mutiara Timur image

Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan dengan Jadual Perjalanan Bersiar-siar Goa kami. Terokai pantai yang dicium matahari, kehidupan malam yang meriah, kuil yang tenang dan hidupan liar yang subur.