fbpx

Tempat Beli Cenderamata, Kraftangan & Pakaian di Bali

Penggila beli-belah di seluruh dunia pasti bergembira melihat kepelbagaian tempat membeli-belah di Bali. Pengunjung dari seluruh dunia bukan sahaja akan menemukan barangan berjenama mewah pada harga yang murah, malah terdapat juga pelbagai butik di setiap jalan yang pasti memenuhi kehendak mereka yang mencari sesuatu yang unik dan berbeza. Di Bali, pengunjung boleh menghayati budaya tempatan di kedai tempatan, pasar jalanan, dan pusat beli-belah sambil berseronok. Senaraikan semua cenderamata yang anda ingin beli dan lawatlah beberapa pusat beli-belah menakjubkan seperti di bawah!

Membeli_belah di Bali-Pelancong membeli_belah di pasar

Tempat Beli-Belah Terkemuka di Bali

Mencari cenderamata atau hadiah untuk dibawa pulang? Mungkin juga tas tangan berjenama atau catan tangan? Daripada penjaja tepi jalan terkenal hingga pusat beli-belah mewah dan bazar yang luas di pelantar laluan pantai, Bali mempunyai tempat beli-belah menarik untuk dikunjungi, dan disebabkan kadar pertukaran wang asing yang murah, pengunjung dari serata dunia pasti dapat membeli barang pada harga yang murah. Berikut merupakan beberapa tempat beli-belah terkemuka di pulau ini.

Membeli_belah di Bali-Pasar Seni Kuta

1. Pasar Seni Kuta

Menawarkan pelbagai barangan eklektik dari beg jinjing kanvas hingga topi jerami, Pasar Seni Kuta benar-benar sebuah syurga tepi pantai bagi penggemar beli-belah. Pasar terbuka ini terletak di sepanjang pelantar laluan Pantai Kuta dan menawarkan ribuan barangan untuk dipilih – semua daripada penjaja tempatan. Membeli-belah di Pasar Seni Kuta merupakan cara yang baik untuk menyokong perniagaan kecil di kawasan ini.

Pasar Seni Kuta terdiri daripada enam bangunan panjang yang dibahagikan kepada gerai-gerai kecil. Semasa berjalan dari kedai ke kedai, pengunjung akan menemukan pelbagai barang. Pasar ini merupakan tempat yang baik untuk mencari cenderamata dan hadiah untuk dibawa pulang. Di Pasar Seni Kuta juga terdapat ramai penjaja makanan jalanan yang menyajikan makanan segera Indonesia yang boleh dinikmati sambil menjelajah pasar. Harga di pasar ini memang berpatutan dan pengunjung boleh mendapatkan harga terbaik jika mereka pandai tawar-menawar. Pasar Seni Kuta dibuka dari 8am hingga 10pm setiap hari.

Daftar Masuk ke Hard Rock Hotel Bali, Langkah Keluar ke Pasar Seni Kuta

Membeli_belah di Bali-Hard Rock Hotel Bali

Membeli_belah di Bali-Mal Bali Galeria

2. Mal Bali Galeria

Mal Bali Galeria merupakan sebuah pusat beli-belah yang luas dan tempat untuk pengunjung yang ke Bali mencari pakaian mewah, aksesori, barangan elektronik, dan hadiah pada harga yang berpatutan. Mal Bali Galeria dianggap sebagai salah satu pusat beli-belah termewah di dunia yang memenuhi kehendak mereka yang mencari jenama-jenama terhangat, seperti Cartier, Calvin Klein, Versace, dan banyak lagi, di bawah satu bumbung.

Di Mal Bali Galeria, terdapat semua benda, termasuk kedai Ace Harware dan pelbagai tempat makan. Pusat beli-belah ini mempunyai konsep terbuka dengan medan selera luas yang menghidangkan masakan antarabangsa yang lazat. Sama ada anda ingin makan makanan Indonesia, Cina atau hamburger Amerika, semuanya ditawarkan di medan selera ini. Kunjungilah pusat beli-belah ini pada hujung minggu untuk dihiburkan dengan hiburan langsung seperti konsert muzik, demonstrasi makanan dan perkakas, dan juga tarian Bali. Bersambung dengan Mal Bali Galeria, pengunjung akan menemukan Galeria 21, yang merupakan panggung wayang di sini. Pusat beli-belah ini dibuka dari 9am hingga 10pm setiap hari.

Daftar Masuk ke Amnaya Resort Kuta, Langkah Keluar ke Bali Galeria Mall

Membeli_belah di Bali-Amnaya Resort Kuta

CARI & TEMPAH HOTEL DI BALI HARI INI

Membeli_belah di Bali-Pusat Beli_Belah Discovery

3. Pusat Beli-Belah Discovery

Terletak di pinggir pantai Pantai Kuta, Pusat Beli-Belah Discovery adalah syurga pembeli-belah! Pusat ini mempunyai ruang beli-belah yang luas dan halaman tengah terbuka yang besar, dan pengunjung akan menemukan pelbagai peruncit, restoran, dan tempat makan terbuka. Tetamu boleh berjalan kaki ke pusat beli-belah ini dari pantai, atau menuju ke pantai untuk berehat dan melepaskan lelah selepas penat membeli-belah.

Di Pusat Beli-Belah Discovery, terdapat pelbagai gedung serbaneka besar dan butik seperti Billabong, Converse, Electronic City, dan banyak lagi. Pusat beli-belah ini menawarkan restoran mewah serta hentian makanan segera seperti Baskin Robbins dan Burger King. Dari barang kemas hingga barang elektronik, pusat beli-belah ini menawarkan kembara beli-belah yang menarik. Lihat laman sesawang pusat beli-belah ini semasa merancang lawatan anda kerana aktiviti kebudayaan yang menarik sentiasa diadakan untuk menarik pengunjung ke sini. Pusat Beli-Belah Discovery dibuka dari 10am hingga 10pm setiap hari.

Daftar Masuk ke Sun Island Hotel & Spa Kuta, Langkah Keluar ke Pusat Beli-Belah Discovery

Membeli_belah di Bali-Sun Island Hotel & Spa Kuta

Membeli_belah di Bali-Pasar Seni Padi

4. Pasar Seni Padi

Menawarkan pengalaman yang mencetuskan ilham kepada semua pengunjung, Pasar Seni Padi merupakan tarikan yang wajib dimasukkan dalam semua jadual perjalanan semasa melawat pulau ini. Pasar Seni Padi menawarkan campuran eklektik hasil seni, kraf, cenderamata, hiasan rumah, dan perkhidmatan kecantikan yang meraikan kawasan tropika dan menjadi cenderamata yang sempurna sebagai kenangan percutian cuaca panas.

Semasa membeli-belah di Pasar Seni Padi, pengunjung boleh mencari barangan tempatan yang boleh dibeli pada harga yang berpatutan. Pengunjung digalakkan untuk tawar-menawar bagi mendapatkan sedikit diskaun untuk pembelian di pasar. Pusat beli-belah menawarkan lebih kemewahan dan gaya berbanding beberapa pasar jalanan di sekitar pulau ini. Pengunjung boleh mencari kanvas skrin sutera, bantal buatan tangan dan banyak lagi. Terdapat juga salon di pusat beli-belah bagi mereka yang ingin merias kuku atau membuat rambut mereka. Pasar Seni Padi dibuka dari 10am hingga 5pm setiap hari.

Daftar Masuk ke Bali Paragon Resort Hotel, Langkah Keluar ke Pusat Beli-Belah Padi

Membeli_belah di Bali-Bali Paragon Resort Hotel

CARI & TEMPAH HOTEL DI BALI HARI INI

Membeli_belah di Bali-Deus Ex Machina

5. Deus Ex Machina – Temple of Enthusiasm

Bagi mereka yang sukakan kegiatan sukan dan rekreasi, Deus Ex Machina – Temple of Enthusiasm perlu dikunjungi untuk mencari peralatan-peralatan yang hebat. Kedai ini dihias dalam seni jalanan yang sangat bergaya dan menawarkan pelbagai pakaian dan aksesori yang akan membuatkan kegiatan luar lebih menyeronokkan. Di kedai ini, pengunjung boleh membeli barangan seperti papan luncur air, motosikal, papan kayuh, seluar renang, seni, dan aksesori. Deus Ex Machina – Temple of Enthusiasm merupakan sebuah kedai rangkaian dengan cawangan di seluruh dunia.

Deus Ex Machina – Temple of Enthusiasm bukan sahaja tempat yang bergaya dan mengikut perkembangan terkini yang menawarkan peralatan untuk kegiatan semasa musim panas. Kedai ini juga mempunyai kafe dengan tempat duduk di luar dan sebuah bar yang menghidangkan bir sejuk dan minuman lain. Perkara yang membuatkan Deus Ex Machina – Temple of Enthusiasm terkenal ialah mereka mengubah suai motosikal lama dan memberikannya nafas baru. Bagi pengunjung yang mencari motosikal baru atau vintaj untuk dihantar pulang, jangan lupa berkunjung ke kedai ini. Deus Ex Machina – Temple of Enthusiasm dibuka setiap hari dari 7am hingga 12am.

Daftar Masuk ke Tugu Bali Hotel, Langkah Keluar ke Deus Ex Machina

Membeli_belah di Bali-Tugu Bali Hotel

Membeli_belah di Bali-Pusat Beli_Belah Beachwalk

6. Pusat Beli-Belah Beachwalk

Alami budaya sebenar Bali melalui beli-belah, makan dan hiburan yang ditemukan di Pusat Beli-Belah Beachwalk di kejiranan Kuta. Pusat beli-belah tertutup dan terbuka ini melengkapi pelantar laluan pantai dengan baik. Bahagian beli-belah mempunyai kedai-kedai seperti Adidas, Bath & Body Works, Batik Danar Hadi, Glow Living Beauty, dan Kate Spade. Pengunjung disediakan dengan pengalaman beli-belah yang menakjubkan, lengkap dengan harga rendah. Pusat beli-belah ini mempunyai suasana terbuka dan luas dan mempunyai beberapa tingkat.

Pusat Beli-Belah Beachwalk bukan sahaja menawarkan tempat beli-belah yang bergaya dan moden, malah terdapat pelbagai restoran dan kafe yang menghidangkan pelbagai makanan dari burger hingga teh boba. Restoran dan tempat makan terletak di dalam setiap bangunan di kawasan ini. Selepas membeli-belah, keluarlah ke halaman tengah untuk berehat di atas beg kekacang dan hiasan laman sambil menikmati sinaran matahari. Pusat Beli-Belah Beachwalk menganjurkan program dan acara muzik sepanjang bulan. Lihat jadual acara yang berlangsung semasa anda berkunjung ke Kuta. Pusat beli-belah dibuka dari 10:30am hingga 10:30pm Ahad-Khamis dan 10am hingga Tengah Malam pada hari Jumaat dan Sabtu.

Daftar Masuk ke Bali Dynasty Resort, Langkah Keluar ke Pusat Beli-Belah Beachwalk

Membeli_belah di Bali-Bali Dynasty Resort

CARI & TEMPAH HOTEL DI BALI HARI INI

Membeli_belah di Bali-Love Anchor

7. Love Anchor

Salah satu tempat hiburan malam bagi mereka yang mencari sesuatu yang unik dan berbeza, Love Anchor di kejiranan Canggu memenuhi kehendak ini. Love Anchor merupakan sebuah pasar terbuka bercorak bazar dengan pondok jerami Bali. Pengalaman bersiar-siar di sini memang ajaib. Pasar ini terletak di tempat yang terkenal, maka ia menarik golongan hipi, hipster dan mereka yang tergolong antara kedua-dua golongan ini.

Love Anchor dihias dengan lampu yang unik dan menawarkan pelbagai bar, restoran dan kedai milik tempatan. Pengunjung boleh berjalan-jalan dari kedai ke kedai untuk mencari hadiah yang sesuai dan kemudian duduk di halaman tengah untuk minum dan melihat orang sekeliling sehingga waktu tutup. Tempat ini terkenal dalam kalangan pelancong semua peringkat umur. Love Anchor dibuka dari 9am hingga 9pm setiap hari.

Daftar Masuk ke The Slow, Langkah Keluar ke Love Anchor

Membeli_belah di Bali-The Slow

Membeli_belah di Bali-Pasar Seni Sukawati

8. Pasar Seni Sukawati

Tarikan wajib bagi pemburu barangan murah, Pasar Seni Sukawati merupakan pusat utama untuk pakaian, aksesori, kedai, barang kemas dan banyak lagi. Perkara yang membuatkan Pasar Seni Sukawati terkenal adalah kerana pengunjung boleh membeli barang secara pukal pada harga borong. Pasar ini dibuka kepada orang awam dan mempunyai dua tingkat yang penuh dengan keseronokan membeli-belah! Pasar Seni Sukawati terletak di kejiranan Gianyar dan menarik ramai pengunjung setiap hari.

Untuk memanfatkan diskaun terhebat yang ditawarkan di pasar ini, pengunjung perlu membeli barang secara pukal, maka bawalah beberapa kawan untuk berkongsi pembelian jika boleh. Selain barang borong, penjaja juga menjual pelbagai seni, ukiran kayu dan kraf tradisional Bali kepada pelancong. Pasar Seni Sukawati dibuka dari 6am hingga 6pm setiap hari.

Daftar Masuk ke Ulun Ubud Resort, Langkah Keluar ke Pusat Beli-Belah Sukawati

Membeli_belah di Bali-Ulun Ubud Resort

CARI & TEMPAH HOTEL DI BALI HARI INI

Membeli_belah di Bali-Kedai Cenderamata Krisna Bali

9. Kedai Cenderamata Krisna Bali

Terletak di Tuban, Kedai Cenderamata Krisna Bali merupakan sebuah kedai cenderamata yang perlu dikunjungi semasa melawat pulau ini. Di Kedai Cenderamata Krisna Bali, pengunjung boleh memilih daripada ribuan barang sebagai kenangan lawatan mereka ke Bali. Kedai ini dihias ringkas dan barangan disusun di atas meja dan digantung di rak di seluruh kedai ini.

Di Kedai Cenderamata Krisna Bali, pengunjung boleh mencari tuala pantai, poskad, kemeja-T, sandal, beg jinjing, rantai kunci, dan pelbagai barangan menarik lain dengan perkataan Bali ditulis di atasnya. Cari hadiah untuk diri sendiri, rakan-rakan dan ahli keluarga di kedai cenderamata sehenti ini. Kedai Cenderamata Krisna Bali merupakan sebilangan kecil kedai di pulau ini yang dibuka 24 jam sehari.

Daftar Masuk ke G’Sign Style Kuta Bali, Langkah Keluar ke Kedai Cenderamata Krisna Bali

Membeli_belah di Bali-G'Sign Style Kuta Bali

Membeli_belah di Bali-kraf kayu Bali

Petua Membeli-belah di Bali

Membeli-belah di Bali sama saja seperti membeli-belah di tempat lain di dunia ini; lebih mudah berurusan dengan anda, lebih baik tawaran yang mungkin diterima. Di Bali, tawar-menawar bukan sahaja sesuai, malah menjadi kemestian semasa berurusan dengan peniaga tempatan. Apabila membeli-belah di butik atau kedai-kedai di sekitar pulau ini, jangan takut untuk meminta diskaun. Berikut diberikan beberapa panduan semasa urusan tawar-menawar:

  • Senyum! – Semasa tawar-menawar dengan peniaga tempatan, sila berkelakuan sopan dan jangan lupa senyum.
  • Beli beberapa barang – Peniaga berkemungkinan besar memberikan anda diskaun jika anda membeli lebih daripada satu barang di kedai mereka.
  • Bersikap munasabah – Sebelum cuba merundingkan harga sesuatu barang, pastikan anda tahu nilai barang tersebut agar tidak menyinggung perasaan peniaga yang menjualnya.
  • Anda tidak boleh tawar-menawar di rangkaian kedai antarabangsa – Ketika membeli-belah di pusat beli-belah dan gedung serbaneka, harga barang adalah tetap dan anda tidak boleh tawar-menawar dengan juruwang. Selalunya, harga telah ditetapkan oleh pejabat korporat.

Daftar Masuk ke Hotel Bali Subak, Langkah Keluar ke Pasar Raya Deli Bali

Membeli_belah di Bali-Hotel Bali Subak

CARI & TEMPAH HOTEL DI BALI HARI INI

You may also like

Perjalanan Kuliner Melalui Goa: Menemui Masakan Tradisional Goan image

Mulakan perjalanan yang lazat melalui landskap masakan Goa dengan panduan komprehensif kami. Temui gabungan perisa masakan Goan tradisional, daripada vindaloos pedas hingga bebinca manis, dan selami budaya tempatan melalui pasar, kelas memasak dan santapan mampan.

Selamat datang ke Istanbul: Tempat Timur Bertemu Barat image

Mulakan perjalanan 5 hari yang menawan melalui Istanbul, meneroka keajaiban bersejarah dan permata budaya. Temui jadual perjalanan yang dipenuhi dengan istana yang megah, bazar yang meriah dan pelayaran yang indah.

7 Hari dalam Jadual Perjalanan Sydney: Meneroka Tarikan Terbaik di Harbour City image

Mulakan perjalanan 7 hari yang menawan melalui Sydney, Australia. Daripada tanda tempat ikonik seperti Opera House ke Blue Mountains yang tenang dan Darling Harbour yang meriah, temui tarikan terbaik yang ditawarkan oleh Harbour City.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Dalat: Meneroka Hati Tanah Tinggi image

Terokai Jadual Perjalanan Dalat 3 Hari kami yang menawan untuk menemui permata tanah tinggi Vietnam. Dari tasik yang tenang hingga ke tapak bersejarah, nikmati pengembaraan & bersantai di Dalat.

5 Hari dalam Jadual Perjalanan Incheon: Daripada Tapak Bersejarah kepada Keajaiban Moden image

Temui yang terbaik di Incheon dalam masa 5 hari, daripada tapak bersejarah yang mengagumkan kepada keajaiban moden yang canggih. Manjakan diri dengan lawatan kebudayaan, hidangan kulinari, dan pemandangan yang menakjubkan.

Selamat datang ke Bangalore: Kota Taman, Teknologi dan Budaya image

Terokai Jadual Perjalanan 3 Hari kami di Bangalore untuk mendedahkan yang terbaik di Garden City. Daripada istana diraja ke hab teknologi, nikmati gabungan budaya, sejarah dan alam semula jadi.

Selamat datang ke Jadual Perjalanan Impian 7 Hari Anda di Krabi image

Terokai Jadual Perjalanan Krabi 7 Hari eksklusif kami di Panduan Perjalanan Agoda. Temui pantai yang bersih, hutan rimba dan khazanah budaya di syurga Thailand.

7 Hari dalam Jadual Perjalanan Hua Hin/Cha-am: Mendedahkan Pantai Murni dan Retret Diraja image

Mulakan perjalanan 7 hari melalui Hua Hin/Cha-am dengan jadual perjalanan kami yang direka dengan pakar. Temui pantai yang murni, istana diraja dan permata tersembunyi.

Mulakan Percutian Hujung Minggu ke Yilan: Pelarian Pantas ke Alam Semula Jadi image

Mulakan percutian hujung minggu yang luar biasa di Yilan dengan jadual perjalanan pilihan kami. Temui landskap yang subur, berendam di mata air panas semula jadi, dan nikmati hidangan masakan tempatan.

Selamat datang ke Vibrant City of Mumbai: Periuk Lebur Budaya image

Selami budaya, sejarah dan citarasa yang meriah di Mumbai dengan jadual perjalanan 3 hari kami yang terperinci. Temui tanda tempat ikonik, permata tersembunyi dan hidangan kulinari.

Panduan 3 Hari Pencinta Makanan ke Ipoh: Jadual Perjalanan Makanan dan Kuliner Terbaik image

Selami syurga masakan Ipoh dengan panduan pencinta makanan 3 hari kami! Temui tempat makan terbaik, kafe tersembunyi dan hidangan kebudayaan di syurga gastronomi Malaysia.

Selamat datang ke Kobe: Gerbang untuk Penemuan dan Kegembiraan image

Mulakan perjalanan 3 hari yang menawan melalui Kobe, Jepun. Daripada tanda tempat bersejarah hingga keindahan pemandangan, temui yang terbaik di Kobe.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Dallas: Tarikan Wajib Dilawati dan Permata Tersembunyi image

Temui yang terbaik di Dallas dengan jadual perjalanan 3 hari eksklusif kami. Daripada tanda tempat ikonik kepada permata tersembunyi, temui sebab Dallas, TX, adalah destinasi yang mesti dilawati.

Hat Yai: Jadual Perjalanan 5 Hari ke Permata Tersembunyi Selatan Thailand image

Temui yang terbaik di Hat Yai dengan jadual perjalanan 5 hari kami. Daripada pasar yang sibuk hingga ke kuil yang tenang, alami permata tersembunyi di Selatan Thailand.

7 Hari di New York City Itinerary image

Mulakan perjalanan 7 hari yang tidak dapat dilupakan melalui New York City. Dari jalan ikonik Manhattan ke Lembah Hudson yang tenang, temui tarikan utama Big Apple, permata tersembunyi dan budaya meriah.

Menemui Tainan: Jadual Perjalanan 3 Hari Sejarah, Budaya dan Masakan image

Terokai Tainan dalam masa 3 hari dengan jadual perjalanan kami yang mendalam. Temui kuil purba, nikmati hidangan masakan tempatan dan berehat di tempat semula jadi yang tenang.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Macau: Panduan Menjelajah Las Vegas Asia image

Terokai Jadual Perjalanan Macau 3-Hari kami yang menarik untuk mendedahkan gabungan sejarah, budaya dan keseronokan di Asia Vegas.

Percutian Hujung Minggu di Orlando Itinerary: Tarikan Utama & Permata Tersembunyi image

Dedahkan keajaiban Orlando dengan jadual percutian hujung minggu eksklusif kami! Daripada taman tema yang mendebarkan kepada taman yang tenang dan kehidupan malam yang meriah, temui tarikan popular dan permata tersembunyi tempatan.

Jadual Perjalanan 7 Hari di Paris: Meneroka Kota Cahaya image

Temui jadual perjalanan 7 hari terbaik di Paris! Terokai tanda tempat ikonik, nikmati masakan Perancis dan tenggelam dalam seni dan sejarah.

Jadual Perjalanan Nha Trang Pencari Pengembaraan: Panduan 5 Hari yang mendebarkan image

Terokai jadual perjalanan Nha Trang 5 hari kami yang direka untuk pencari pengembaraan! Daripada melompat ke pulau ke selam skuba dan keajaiban budaya, temui yang terbaik di Nha Trang dengan panduan pakar kami.

Jadual Perjalanan Bersiar-siar Goa: Meneroka Mutiara Timur image

Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan dengan Jadual Perjalanan Bersiar-siar Goa kami. Terokai pantai yang dicium matahari, kehidupan malam yang meriah, kuil yang tenang dan hidupan liar yang subur.