fbpx

Memburu Koyo: 7 Laluan Trek & Lawatan Jalan Kaki Musim Luruh

Memburu rumpun pokok mapel merah menyala, deretan pokok gingko keemasan dan padang rumput dipenuhi bunga liar merupakan sukan yang unik di Jepun! Koyo, atau dedaunan musim luruh, bermula pada pertengahan September di utara dan tersebar dengan cepat ke seluruh kawasan desa dalam tempoh kurang dari 90 hari. Pengembara beg galas tegar menuju ke kawasan koyo semasa, jadi sambar peralatan memburu koyo anda (iaitu kamera, telefon pintar dan kayu swafoto anda) kerana dedaunan musim luruh hanya sekejap, dan musim memburu koyo hanya datang setahun sekali!.

Taman Negara Daisetsuzan_Sapporo

1. TAMAN NEGARA DAISETSUZAN, Sapporo

Memandangkan anda tidak menerima peluang kedua untuk membuat gambaran pertama, musim luruh di Hokkaido meletus dengan penuh gaya! “Taman Permainan Dewa-Dewa” ini merupakan tempat pertama di Jepun menerima koyo dan bertukar dengan pantas menjadi lautan merah, emas dan hijau. Nikmati pemandangan mempesonakan dari tempat lebih tinggi, seperti Gunung Asahi dan Daisetsu Kogen Onsen, atau selimuti diri anda dengan warna-warna samawi semasa berendam di dalam Kolam Air Panas Sounkyo.

Daftar Masuk ke Asahidake Onsen Hotel Deer Valley, Langkah Keluar ke Taman Negara Daisetsuzan

Asahidake Onsen Hotel Deer Valley

Lihat lebih banyak hotel dan rumah tumpangan berhampiran dengan Gunung Asahi

Taman Tepi Laut Hitachi_Ibaraki

2. TAMAN TEPI LAUT HITACHI, Ibaraki

Kadangkala dipanggil pokok api, pokok kochia mencetuskan semangat untuk dedaunan musim luruh. Berwarna merah pada musim luruh sahaja, tempat terbaik untuk mengagumi pokok ini adalah dari atas bukit tempat pokok-pokok ini tumbuh. Daki naik dan hayati pemandangan indah Lautan Pasifik, atau naik kereta api mengelilingi taman untuk memuja landskap membara ini serta lautan bunga cosmos, zinnia, lili, dan tumbuhan sukulen yang turut memekar pada bulan Oktober.

Daftar Masuk ke Hotel Crystal Palace, Langkah Keluar ke Taman Tepi Laut Hitachi

Hotel Crystal Palace

Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri di Ibaraki

Taman Negara Oze_utara Tokyo

3. TAMAN NEGARA OZE, utara Tokyo

Penyair telah menanam idea romantik bahawa emas tidak akan kekal lama. Kerana itulah jangan terlepas musim luruh di kawasan paya tanah tinggi terbesar di Jepun. Lihat koyo seluas mata memandang sambil berjalan meredah denai dan padang rumput yang bersimpang-siur. Tangkap gambar padang yang berwarna kuning kemerahan pada waktu terbaik dan anda akan mempunyai cerita menarik untuk kawan-kawan di rumah.

Daftar Masuk ke Sansan Café and Bar & Backpackers, Langkah Keluar ke Taman Negara Oze di Katashina

Sansan Cafe and Bar & Backpackers

Lihat lebih banyak ryokan (rumah inap tradisional Jepun) di Gunma

Taman Negara Kuasi Meiji no Mori Mino_Taman Minoo_Osaka

4. TAMAN NEGARA KUASI MEIJI NO MORI MINO (TAMAN MINOO), Osaka

Terkenal kerana air terjunnya yang tinggi menawan, Taman Negara Kuasi Meiji no Mori Minō, dikenali sebagai Taman Minoo, menggoda pemburu koyo setiap musim luruh dengan hamparan pokok araz dan mapel yang berwarna-warni. Berjalan sepanjang jurang panjang taman ini, dan nikmati tempura Momiji yang rangup dan manis (daun mapel goreng), snek yang anda akan hanya temukan di Minoo (juga dieja Minō dan Minoh). Tarikan lain yang terletak di dalam taman negara indah ini termasuk Kuil Ryoanji an Muzium Serangga Taman Minō, yang mempunyai lebih daripada 200 rama-rama hidup dan 10,000 spesies serangga.

Langkah Masuk ke Minoo Sanso Kazenomori, Langkah Keluar ke Taman Negara Kuasi Meiji no Mori Minō

Minoo Sanso Kazenomori

Lihat lebih banyak penginapan romantik, ryokan dan hotel asmara di Minoh

Arashiyama_Kyoto

5. ARASHIYAMA, Kyoto

Naik Kereta Api Romantik Sagano sepanjang landasan yang berliku melalui kawasan pedalaman indah berbatu-batu jauh, kemudian terapung pulang ke Arishiyama meredah jutaan dedaunan musim luruh di atas Bot Sungai Hozu-gawa. Berhenti di Jambatan Togetsukyo, dan bersiar-siar melalui hutan buluh untuk memahami sebab keindahan daerah pedalaman yang menenangkan ini menjadi kegemaran dalam kalangan bangsawan pada Zaman Heian.

Daftar Masuk ke Suiran – A Luxury Collection Hotel Kyoto, Langkah Keluar ke Arashiyama

Suiran - A Luxury Collection Hotel Kyoto

Lihat lebih banyak pangsapuri dan ryokan di Kyoto

Lima Tasik Fuji_Kawaguchi

6. LIMA TASIK FUJI, Kawaguchi

Nikmati lebih banyak keindahan dedaunan sambil berendam di dalam kolam air panas di kaki Gunung Fuji. Pemandangan terbaik adalah dari Tasik Kawaguchi, tetapi kelima-lima tasik memancarkan keindahan mereka yang tersendiri. Sewa bot dan biarkan hanyut di atas setiap tasik yang terbentuk berkurun-kurun dahulu daripada lava yang mengalir dari salah satu gunung berapi paling menarik di dunia.

Daftar Masuk ke Fuji Onsenji Yumedono Ryokan, Langkah Keluar ke Tasik Kawaguchi dan Lima Tasik Fuji

Fuji Onsenji Yumedono Ryokan

Lihat lebih banyak hotel dan asrama di Kawaguchi

Icho Namiki_Ginkgo Avenue_Gingko Avenue_Tokyo

7. ICHO NAMIKI (GINKGO AVENUE), Tokyo

Memburu koyo tidak terhad ke taman negara dan hutan yang jauh. Salah satu pemandangan paling menakjubkan boleh ditemukan di bandar Tokyo, tempat kru filem sibuk membuat penggambaran kerana jalan dipenuhi emas! Terletak antara daerah fesyen Gaienmae dan daerah perniagaan Aoyama-Itchome, Icho Namiki (Ginkgo Avenue) bukan sahaja membawa anda ke beberapa taman dan pusat beli-belah terbaik di bandar ini, tetapi juga ke Galeri Gambar Tugu Meiji yang ikonik.

Daftar Masuk ke Nippon Seinenkan Hotel Tokyo, Shinjuku, Langkah Keluar ke Ginkgo Avenue di Shinjuku

Nippon Seinenkan Hotel Tokyo Shinjuku

Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri mewah di Shibuya

You may also like

Panduan Perjalanan Terbaik Anda untuk Meneroka Keajaiban Hualien: Pasar Malam, Alam Semula Jadi dan Budaya image

Mulakan perjalanan yang bertenaga melalui Hualien, Taiwan, dengan panduan perjalanan terbaik kami. Daripada pengembaraan pasar malam yang mendebarkan kepada pelarian semula jadi yang tenang dan penerokaan budaya, temui intipati Hualien dan cipta kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Selamat datang ke Panduan Terbaik untuk Membeli-belah di Fujikawaguchiko image

Temui gabungan mempesonakan kraf tradisional dan penemuan moden dalam Panduan Terbaik kami untuk Membeli-belah di Fujikawaguchiko. Terokai kedai-kedai artisanal, pasar tempatan dan cenderamata unik dengan latar belakang Gunung Fuji yang megah.

Meneroka Hiroshima: Perjalanan Budaya dan Kehidupan Malam image

Selami panduan perjalanan Hiroshima 4 hari kami, meneroka tapak ikonik, permata tersembunyi dan hidangan kulinari. Dari Taman Memorial Keamanan ke jalan-jalan pelik di Onomichi, temui semangat meriah dan keindahan tenang Hiroshima.

Bersantai dalam Elegance: Temui Hotel 5 Bintang Terbaik Mekah untuk Penginapan Ilahi image

Mulakan perjalanan rohani dengan sentuhan kemewahan. Terokai panduan susun atur kami ke hotel 5 bintang paling eksklusif di Mekah, setiap satu menawarkan tempat percutian yang tenang, keselesaan ilahi dan berdekatan dengan Masjidil Haram.

Panduan Jazz & Blues Chicago 3 Hari: Selami Pemandangan Muzik image

Mulakan perjalanan 3 hari melalui pemandangan jazz dan blues bersejarah Chicago. Daripada kelab ikonik hingga persembahan langsung, temui jiwa Kota Berangin. Baca sekarang!

Lawatan Malam Kuliner: Alami Kedai Makan dan Bar Wain Tulen Rom image

Selami kehidupan malam yang meriah & suasana kulinari di Rom dengan pemandu kami. Daripada bar wain tersembunyi hingga ke tempat makan tradisional, rasai citarasa dan sejarah yang kaya di bandar ini.

Perjalanan Kuliner Melalui Houston: Meneroka Pemandangan Pelbagai Makanan di Bandar Raya image

Selami suasana makanan yang meriah di Houston dengan panduan perjalanan kulinari 4 hari kami. Daripada BBQ ikonik kepada masakan global, terokai citarasa yang menjadikan Houston destinasi kegemaran makanan.

Hotel Butik Terbaik di Barcelona: Alami Kemewahan dengan Sentuhan Peribadi image

Buka kunci rahsia hotel butik yang paling mempesonakan di Barcelona, di mana kemewahan memenuhi perkhidmatan yang diperibadikan. Terokai panduan susun atur kami untuk menemui permata tersembunyi yang menawarkan pengalaman unik, keselesaan yang tiada tandingan dan pintu masuk ke tengah-tengah ibu kota Catalonia yang meriah.

Membongkar Permata Kuching: Panduan Komprehensif untuk Tarikan Paling Menawan di Bandar Raya image

Temui Kuching: Panduan Lengkap Permata Tersembunyi Borneo. Terokai tanda tempat bersejarah, pemandangan budaya yang meriah, taman negara yang subur dan hidangan kulinari.

Meneroka Permata Tersembunyi Asia Tenggara: Panduan Terbaik ke Pulau Batam image

Temui Pulau Batam, permata tersembunyi Asia Tenggara, dengan panduan perjalanan terbaik kami. Terokai pantai yang bersih, budaya yang kaya, hidangan kulinari dan pengembaraan yang mendebarkan.

Menemui Vung Tau: Panduan untuk Hotel Waterfront Terbaik untuk Pencinta Pantai image

Buka kunci yang terbaik dari Vung Tau dengan panduan kami ke hotel tepi laut yang popular! Alami kemewahan, pemandangan dan akses pantai yang tiada tandingan untuk percutian tepi laut yang sempurna.

Meneroka Laluan Ikonik Melbourne: Panduan Seni Jalanan dan Budaya Kafe image

Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan melalui Melbourne dengan panduan perjalanan 3 hari kami yang komprehensif. Daripada lorong-lorong ikonik dan seni jalanan kepada taman-taman yang subur dan hiburan malam, buka rahsia ibu kota kebudayaan Australia.

Semarang Selepas Gelap: Panduan 5 Malam untuk Pengalaman Kehidupan Malam Terbaik di Bandar Raya image

Selami kehidupan malam Semarang yang meriah dengan jadual perjalanan 5 malam eksklusif kami. Daripada berjalan kaki bersejarah di bawah bintang ke bar tepi pantai dan tempat muzik secara langsung, temui rahsia tersimpan terbaik di bandar ini dengan Agoda.

Terokai Malang: Pengembaraan 5 Hari melalui Permata Tersembunyi Java image

Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan melalui Malang dengan panduan perjalanan komprehensif kami. Temui budaya meriah di bandar ini, keajaiban semula jadi yang menakjubkan dan hidangan kulinari.

Permata Masakan Chonburi: Panduan Pencinta Makanan image

Mulakan perjalanan yang menarik melalui Chonburi dengan Panduan Pencinta Makanan kami. Temui permata masakan tersembunyi, makanan tempatan dan pengalaman makan yang tidak dapat dilupakan di syurga pantai Thailand.

Perjalanan Kuliner Melalui Tangerang: Masakan Tradisional Yang Anda Mesti Cuba image

Mulakan pengembaraan beraroma di Tangerang dengan panduan kulinari 3 hari kami. Temui hidangan tradisional, permata tersembunyi dan pengalaman makan yang tidak dapat dilupakan di bandar gastronomi di Indonesia.

Selamat datang ke Kuantan: Permata di Pantai Timur Malaysia image

Temui yang terbaik di Kuantan dalam 3 hari yang tidak dapat dilupakan. Selami panduan kami untuk jadual perjalanan terbaik yang meliputi pantai yang tenang, budaya tempatan yang kaya dan masakan yang lazat.

Dedahkan Keajaiban Cameron Highlands: Jadual Perjalanan Teh, Kembara dan Strawberi 3 Hari image

Temui keindahan Cameron Highlands yang tenang dengan jadual perjalanan eksklusif 3 hari kami. Daripada ladang teh yang subur ke ladang strawberi manis dan pendakian mistik, mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan.

Terokai Hualien: Jadual Perjalanan 3 Hari Merentasi Gunung dan Laut image

Mulakan perjalanan 3 hari yang menawan melalui Hualien, Taiwan. Terokai Taroko Gorge, nikmati masakan tempatan dan temui permata tersembunyi dengan jadual perjalanan kami yang komprehensif.

Percutian Hujung Minggu dalam Jadual Perjalanan Taoyuan: Pengalaman Teratas image

Selami penjelajahan hujung minggu dengan jadual perjalanan Taoyuan kami! Temui gabungan sempurna sejarah, alam semula jadi dan gastronomi dalam masa dua hari sahaja. Rancang percutian anda yang tidak dapat dilupakan dengan pengalaman terbaik dan permata tersembunyi di Taoyuan.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Hiroshima: Perjalanan Melalui Keamanan dan Kenangan image

Temui Hiroshima melalui jadual perjalanan 3 hari: dari Peace Memorial Park ke ketenangan Pulau Miyajima. Mulakan perjalanan kedamaian, ketabahan dan keindahan.