fbpx

Mercu Tanda Tokyo: 5 Tarikan Utama & Tempat untuk Dilawat

Mercu tanda Tokyo merangkumi segala-galanya dari agama hinggalah kebudayaan moden. Tangkap gambar bandar Tokyo dari dek pemerhatian pencakar langit di Minato, atau alami kuil purba dan gusti sumo di Asakusa. Tokyo mungkin membina reputasinya dengan teknologi moden, namun di bawah limpahan ratusan cahaya neon, terdapat banyak lagi mercu tanda yang menunggu untuk diteroka.

AGODA EXTRA: Semasa berkelana di Tokyo, anda mungkin akan sampai ke stesen kereta api paling sibuk di dunia. Stesen Shinjuku menerima secara purata 3.5 juta penumpang setiap hari dan mempunyai 36 platform. 17 platform lagi boleh ditemui di luar untuk landasan yang dihubungkan. Anda mungkin tidak akan dapat menemui platform yang betul kali pertama kerana terdapat lebih 200 pintu keluar di Stesen Shinjuku!

Maiji Jingu Shrine_Shibuya

1. Saksikan perkahwinan Shinto di KUIL MEIJI JINGU di Shibuya

Kuil Meiji telah dibina pada 1920, musnah akibat Perang Dunia Kedua dan dibina semula pada 1958 sebagai penghormatan kepada Maharaja Meiji, maharaja moden pertama Jepun dan isterinya Maharani Shoken. Terletak di dalam hutan Yoyogi Park di Shibuya, kuil ini adalah tapak agama paling popular untuk Hatsumode, pada tahun baru Jepun. Semasa perayaan ini, masyarakat akan berkunjung ke Kuil Shinto. Masuk ke kompleks kuil melalui pintu gerbang setinggi 40 kaki yang dibuat daripada kayu sipres dan telusuri jalan berturap yang dinaungi oleh lebih daripada 100,000 pepohon asli dan yang diimport. Tulis hajat anda pada “ema” (papan kayu kecil) dan beli tangkal pemikat. Jika anda beruntung, anda juga boleh saksikan perkahwinan Shinto!

Daftar Masuk ke Shibuya Excel Hotel Tokyu, Keluar ke Kuil Meiji Shibuya Excel Hotel Tokyu Teroka lagi hotel asmara dan hotel kapsul di Shibuya

Tokyo SkyTree_Asakusa

2. Beli tiket untuk lihat Asakusa dari TOKYO SKYTREE

Menara penyiaran tertinggi di dunia, Tokyo Skytree terletak di Sumida. Daerah ini adalah salah satu kawasan bersejarah di Tokyo. Menara ini menawarkan pemandangan 360 darjah ke seluruh daerah sekitarnya, termasuk Asakusa. Walaupun menara ini bersebelahan tempat tarikan popular seperti Sumida Aquarium dan Koume Children’s Park, tapi mengunjungi Tokyo Skytree saja sudah mencukupi dalam satu hari. Lihat kemegahan menara ini dari pusat beli-belah di lantai dasar, atau naik ke Tingkat 350 melewati galeri seni, pameran kebudayaan, dan Tembo Deck, sebuah dek pemerhatian dengan lantai yang dibuat daripada kaca, serta studio fotografi. Titik paling atas menara ini terletak di Tingkat 450 yang boleh diakses dengan lif, atau dengan berjalan melalui laluan pejalan kaki yang akan memberi anda pemandangan Tokyo dari setiap sudut.

Daftar Masuk di Hotel Hokke Club Asakusa, Keluar ke Tokyo Skytree Hotel Hokke Club Asakusa Teroka lagi hotel dan rumah tumpangan di Sumida

Shibuya Crossing_Scramble_Tokyo

3. Saksikan ribuan warga tempatan melintas di persimpangan di LINTASAN SHIBUYA

Dengan menara penyiaran tertinggi di dunia serta stesen kereta api paling sibuk di dunia, rasanya wajar jika Tokyo mengisytiharkan memiliki persimpangan tersibuk di dunia. Disamakan dengan persimpangan Times Square di Bandar New York, Lintasan Shibuya menawarkan pemandangan terbaik pada waktu malam ketika lampu neon dari pencakar langit Tokyo menerangi ribuan pejalan kaki yang sedang bekerja, berbelanja, atau sekadar menikmati malam di pusat perniagaan ini. Anda harus menginap sekurang-kurangnya satu malam jika ingin menikmati semua tarikan di kawasan ini. Lintasan ini adalah titik penghubung kawasan pusat perbelanjaan mewah, galeri seni, kedai kamera, dan tempat bersantai. Malahan, Yoyogi Park tidak jauh dari sini.

Daftar Masuk ke Shibuya Tokyu REI Hotel, Keluar ke Lintasan Shibuya Shibuya Tokyu REI Hotel Teroka lagi rumah tumpangan dan hotel butik berhampiran Yoyogi Park

Tokyo Tower_Minato

4. Nikmati pemandangan Minato dari dek atas MENARA TOKYO

Diilhamkan oleh Menara Eifel di Paris dan dicat warna oren terang dan putih, Menara Tokyo ialah struktur kedua tertinggi di Jepun. Mulakan pengembaraan anda di FootTown, plaza beli-belah 4 tingkat di menara ini yang terletak di bahagian bawah. Kemudian naik ke dek pemerhatian, yang pertama setinggi 150 meter dan yang kedua setinggi 250 meters. Dari sini anda boleh melihat Kuil Minato dan Zōjō-ji di Taman Shiba. Fakta menarik: warna menara ini sengaja dipilih untuk mematuhi peraturan keselamatan udara. Menara Tokyo dicat setiap 5 tahun dan seluuh proses ini mengambil masa satu tahun untuk siap.

Daftar Masuk ke Tokyo Prince Hotel, Keluar ke Menara Tokyo Tokyo Prince Hotel Teroka lagi hotel dan rumah tumpangan berhampiran Kuil Zojoji

Rainbow Bridge_Tokyo Bay

5. Telusuri Pelabuhan Tokyo dari mercu tanda JAMBATAN PELANGI

Terbentang sepanjang 798 meters di atas Pelabuhan Tokyo, Jambatan Pelangi menghubungkan daerah Shibaura dan Odaiba di Minato dan Koto. Pada waktu malam, jambatan yang dijana dengan tenaga suria ini bertukar warna kepada merah, putih dan hijau. Pengunjung boleh menyeberangi jambatan ini secara percuma dengan berjalan kaki, sambil melihat pencakar langit Tokyo, kapal yang berlayar dan juga Gunung Fuji.

Daftar Masuk ke Hotel Trusty Tokyo Bayside, Keluar ke Jambatan Pelangi Hotel Trusty Tokyo Bayside Teroka lagi hotel 5 bintang dan resort di Odaiba

You may also like

Panduan Perjalanan Terbaik Anda untuk Meneroka Keajaiban Hualien: Pasar Malam, Alam Semula Jadi dan Budaya image

Mulakan perjalanan yang bertenaga melalui Hualien, Taiwan, dengan panduan perjalanan terbaik kami. Daripada pengembaraan pasar malam yang mendebarkan kepada pelarian semula jadi yang tenang dan penerokaan budaya, temui intipati Hualien dan cipta kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Selamat datang ke Panduan Terbaik untuk Membeli-belah di Fujikawaguchiko image

Temui gabungan mempesonakan kraf tradisional dan penemuan moden dalam Panduan Terbaik kami untuk Membeli-belah di Fujikawaguchiko. Terokai kedai-kedai artisanal, pasar tempatan dan cenderamata unik dengan latar belakang Gunung Fuji yang megah.

Meneroka Hiroshima: Perjalanan Budaya dan Kehidupan Malam image

Selami panduan perjalanan Hiroshima 4 hari kami, meneroka tapak ikonik, permata tersembunyi dan hidangan kulinari. Dari Taman Memorial Keamanan ke jalan-jalan pelik di Onomichi, temui semangat meriah dan keindahan tenang Hiroshima.

Panduan Jazz & Blues Chicago 3 Hari: Selami Pemandangan Muzik image

Mulakan perjalanan 3 hari melalui pemandangan jazz dan blues bersejarah Chicago. Daripada kelab ikonik hingga persembahan langsung, temui jiwa Kota Berangin. Baca sekarang!

Lawatan Malam Kuliner: Alami Kedai Makan dan Bar Wain Tulen Rom image

Selami kehidupan malam yang meriah & suasana kulinari di Rom dengan pemandu kami. Daripada bar wain tersembunyi hingga ke tempat makan tradisional, rasai citarasa dan sejarah yang kaya di bandar ini.

Perjalanan Kuliner Melalui Houston: Meneroka Pemandangan Pelbagai Makanan di Bandar Raya image

Selami suasana makanan yang meriah di Houston dengan panduan perjalanan kulinari 4 hari kami. Daripada BBQ ikonik kepada masakan global, terokai citarasa yang menjadikan Houston destinasi kegemaran makanan.

Hotel Butik Terbaik di Barcelona: Alami Kemewahan dengan Sentuhan Peribadi image

Buka kunci rahsia hotel butik yang paling mempesonakan di Barcelona, di mana kemewahan memenuhi perkhidmatan yang diperibadikan. Terokai panduan susun atur kami untuk menemui permata tersembunyi yang menawarkan pengalaman unik, keselesaan yang tiada tandingan dan pintu masuk ke tengah-tengah ibu kota Catalonia yang meriah.

Membongkar Permata Kuching: Panduan Komprehensif untuk Tarikan Paling Menawan di Bandar Raya image

Temui Kuching: Panduan Lengkap Permata Tersembunyi Borneo. Terokai tanda tempat bersejarah, pemandangan budaya yang meriah, taman negara yang subur dan hidangan kulinari.

Meneroka Permata Tersembunyi Asia Tenggara: Panduan Terbaik ke Pulau Batam image

Temui Pulau Batam, permata tersembunyi Asia Tenggara, dengan panduan perjalanan terbaik kami. Terokai pantai yang bersih, budaya yang kaya, hidangan kulinari dan pengembaraan yang mendebarkan.

Menemui Vung Tau: Panduan untuk Hotel Waterfront Terbaik untuk Pencinta Pantai image

Buka kunci yang terbaik dari Vung Tau dengan panduan kami ke hotel tepi laut yang popular! Alami kemewahan, pemandangan dan akses pantai yang tiada tandingan untuk percutian tepi laut yang sempurna.

Meneroka Laluan Ikonik Melbourne: Panduan Seni Jalanan dan Budaya Kafe image

Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan melalui Melbourne dengan panduan perjalanan 3 hari kami yang komprehensif. Daripada lorong-lorong ikonik dan seni jalanan kepada taman-taman yang subur dan hiburan malam, buka rahsia ibu kota kebudayaan Australia.

Semarang Selepas Gelap: Panduan 5 Malam untuk Pengalaman Kehidupan Malam Terbaik di Bandar Raya image

Selami kehidupan malam Semarang yang meriah dengan jadual perjalanan 5 malam eksklusif kami. Daripada berjalan kaki bersejarah di bawah bintang ke bar tepi pantai dan tempat muzik secara langsung, temui rahsia tersimpan terbaik di bandar ini dengan Agoda.

Terokai Malang: Pengembaraan 5 Hari melalui Permata Tersembunyi Java image

Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan melalui Malang dengan panduan perjalanan komprehensif kami. Temui budaya meriah di bandar ini, keajaiban semula jadi yang menakjubkan dan hidangan kulinari.

Permata Masakan Chonburi: Panduan Pencinta Makanan image

Mulakan perjalanan yang menarik melalui Chonburi dengan Panduan Pencinta Makanan kami. Temui permata masakan tersembunyi, makanan tempatan dan pengalaman makan yang tidak dapat dilupakan di syurga pantai Thailand.

Perjalanan Kuliner Melalui Tangerang: Masakan Tradisional Yang Anda Mesti Cuba image

Mulakan pengembaraan beraroma di Tangerang dengan panduan kulinari 3 hari kami. Temui hidangan tradisional, permata tersembunyi dan pengalaman makan yang tidak dapat dilupakan di bandar gastronomi di Indonesia.

Selamat datang ke Kuantan: Permata di Pantai Timur Malaysia image

Temui yang terbaik di Kuantan dalam 3 hari yang tidak dapat dilupakan. Selami panduan kami untuk jadual perjalanan terbaik yang meliputi pantai yang tenang, budaya tempatan yang kaya dan masakan yang lazat.

Dedahkan Keajaiban Cameron Highlands: Jadual Perjalanan Teh, Kembara dan Strawberi 3 Hari image

Temui keindahan Cameron Highlands yang tenang dengan jadual perjalanan eksklusif 3 hari kami. Daripada ladang teh yang subur ke ladang strawberi manis dan pendakian mistik, mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan.

Terokai Hualien: Jadual Perjalanan 3 Hari Merentasi Gunung dan Laut image

Mulakan perjalanan 3 hari yang menawan melalui Hualien, Taiwan. Terokai Taroko Gorge, nikmati masakan tempatan dan temui permata tersembunyi dengan jadual perjalanan kami yang komprehensif.

Percutian Hujung Minggu dalam Jadual Perjalanan Taoyuan: Pengalaman Teratas image

Selami penjelajahan hujung minggu dengan jadual perjalanan Taoyuan kami! Temui gabungan sempurna sejarah, alam semula jadi dan gastronomi dalam masa dua hari sahaja. Rancang percutian anda yang tidak dapat dilupakan dengan pengalaman terbaik dan permata tersembunyi di Taoyuan.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Hiroshima: Perjalanan Melalui Keamanan dan Kenangan image

Temui Hiroshima melalui jadual perjalanan 3 hari: dari Peace Memorial Park ke ketenangan Pulau Miyajima. Mulakan perjalanan kedamaian, ketabahan dan keindahan.

Temui Fujikawaguchiko: Jadual Perjalanan 3 Hari untuk Pemandangan, Budaya dan Ketenangan yang Memukau image

Buka kunci keindahan Fujikawaguchiko yang tenang dengan panduan jadual perjalanan 3 hari kami. Terokai Gunung Fuji yang megah, permata budaya dan onsen yang menenangkan.