fbpx

Peta Tokyo: Tarikan Utama Di Sekitar Kawasan Metropolitan

Tokyo merupakan metropolis yang besar dan luas hinggakan amat mustahil untuk meneroka bandar ini sepenuhnya dalam satu lawatan. Dengan peta dan panduan Tokyo yang betul, anda boleh merancang lawatan ke beberapa mercu tanda paling ikonik dan tempat terkenal di bandar ini seperti Muzium Negara Tokyo, Menara Tokyo dan Disneyland Tokyo. Secara ringkasnya, Kawasan Greater Tokyo boleh dibahagikan kepada enam bahagian utama.

Peta Tokyo-Tokyo Tengah-Akihabara

1. Tokyo Tengah

Tokyo Tengah terdiri daripada mukim Chuo, Minato, Chiyoda, dan Bunkyo. Ia terletak di nadi ekonomi dan pusat geografi bandar ini, dengan Stesen Tokyo sebagai mod utama akses keluar masuk. Terdapat pelbagai tempat membeli-belah, makan dan hiburan di Tokyo Tengah.

Tarikan utama di Tokyo Tengah

Ginza, daerah beli-belah, makan dan hiburan mewah

Istana Imperial, kediaman bersejarah dan tempat kediaman semasa Maharaja

Muzium Seni Moden Negara, muzium seni negara pertama Jepun

Akihabara, pusat beli-belah terkemuka yang terkenal dengan kedai-kedai yang menjual peralatan elektronik

Taman Koishikawa Korakuen, salah satu taman tertua di bandar ini

Taman Hama-Rikyu, taman indah di tepi Teluk Tokyo

Daftar Masuk ke HOTEL MUSSE GINZA MEITETSU, TerokaiGinza

Peta Tokyo-Tokyo tengah-HOTEL MUSSE GINZA MEITETSU

Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri di sekitar Stesen Osaka

Peta Tokyo-Tokyo Utara-Sakura di Taman Ueno

2. Tokyo Utara

Tokyo Utara merupakan gabungan kawasan kediaman, tempat bersejarah, tokong, dan pasar jalanan. Ini merupakan tempat terbaik untuk melihat kehidupan penduduk setempat. Tokyo Utara juga dianggap sebagai pintu pagar ke Utara Jepun. Dari Stesen Ueno, anda boleh menaiki kereta api ke Wilayah Tohoku Jepun.

Tarikan utama di Tokyo Utara

Taman Ueno, salah satu taman terkemuka di bandar ini dan tempat terkemuka untuk melihat bunga sakura

Kubah Tokyo tempat hiburan utama dan rumah kepada pasukan besbol Yomiuri Giants

Muzium Negara Tokyo, salah satu muzium seni terbesar di dunia

Muzium Sains Negara, rumah kepada pameran sejarah alam semula jadi dan sains

Taman Rikugien, salah satu taman berlandskap paling indah di Tokyo

Daftar masuk ke Mitsui Garden Hotel Ueno, Terokai Taman Ueno

Peta Tokyo-Mitsui Garden Hotel Uenos

Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri di sekitar Stesen Ueno

Peta Tokto-Tokyo Selatan-Pusat Seni Negara Tokyo

3. Tokyo Selatan

Tokyo Selatan terdiri daripada beberapa daerah paling dikehendaki di bandar ini, termasuk Shimbashi, Shinagawa, dan Roppongi. Menara pencakar langit dan jalan yang indah dengan deretan pokok wujud bersama dalam hab beli-belah, hiburan dan makanan ini. Di sini, anda akan menemui beberapa kejiranan mewah Tokyo dan kafe terbuka ala Eropah terbaik.

Tarikan utama di Tokyo Selatan

Menara Tokyo, struktur kedua terbesar di negara ini

Tokyo Midtown, gabungan kedai, restoran, muzium, dan hotel mewah

Miraikan, muzium negara khas untuk sains dan inovasi baru

Odaiba, pulau buatan di Teluk Tokyo

Pusat Seni Negara Tokyo, muzium seni yang memaparkan pameran sementara sahaja

Daftar Masuk ke The Prince Park Tower Tokyo Hotel, Terokai Menara Tokyo

Peta Tokyo-The Prince Park Tower Tokyo Hotel

Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri di sekitar Roppongi

Peta Tokyo-Tokyo Skytree

4. Tokyo Timur

Tokyo Timur merupakan kawasan paling tradisional di bandar ini. Anda akan menemui tanda-tanda bersejarah budaya Edo seiring dengan mercu tanda moden Tokyo. Ini juga tempat ledakan budaya kopi Tokyo yang terkini, dengan sesetengah kedai kopi terkemuka di bandar ini. Stesen Kiyosumi Shirakawa ialah tempat terbaik untuk memulakan penerokaan Tokyo Timur

Tarikan utama di Tokyo Timur

Tokyo Skytree, menara komunikasi tertinggi di dunia

Kuil Shensoji, salah satu kuil Buddha terkemuka di Tokyo

Toyosu, pulau buatan manusia yang menempatkan pasar ikan terbesar di dunia

Kiyosumi Shirakawa, kejiranan zaman Edo terkini

Fukagawa, daerah tepi teluk dengan tokong purba dan pemandangan laut.

Daftar Masuk keNine Hours Asakusa, TerokaiKuil Sensoji

Peta Tokyo-Nine Hours Asakusa

Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri di sekitar Stesen Kiyosumi Shirakawa

Peta Tokyo-Tokong Meiji

5. Tokyo Barat

Tokyo Barat mempunyai tenaga muda dan terdiri daripada beberapa daerah paling moden di bandar ini, termasuk Shibuya dan Shinjuku. Tokyo Barat merupakan kawasan yang mempunyai jumlah penduduk yang tinggi dan meriah, dan sentiasa mempunyai perkara menarik. Stesen Shinjuku, yang menguruskan 2 juta penumpang setiap hari, merupakan salah satu stesen kereta api tersibuk di dunia.

Tarikan utama di Tokyo Barat

Tokong Meiji, tokong terkenal di tengah-tengah hutan besar

Taman Shinjuku Gyoen, tiga taman berlanskap yang menakjubkan yang terletak berhampiran dengan Stesen Shinjuku

Muzium Pedang Jepun, khas untuk pedang Jepun dan kerja logam

Muzium Nezu, koleksi seni zaman pramoden dari Jepun dan Asia Timur

Nakano Broadway, pusat beli-belah terkemuka untuk barangan anime.

Daftar Masuk ke Hotel Gracery Shinjuku, TerokaiStesen Shinjuku

Peta Tokyo-Hotel Gracery Shinjuku

Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri di sekitar Tokong Meiji

Peta Tokyo-Muzium Ghibli

6. Kawasan luar

Kawasan di barat Tokyo Barat dikenali sebagai kawasan luar. Kawasan ini termasuk wilayah Chibi, Sagamihara, Saitama, Yokohama, dan Kawasaki. Kawasan-kawasan ini hanyalah satu perjalanan singkat dengan kereta api dari Tokyo Tengah. Kawasan-kawasan ini juga mempunyai pelbagai mercu tanda terkenal yang dikaitkan dengan Tokyo meskipun mercu-mercu tanda ini terletak di luar Tokyo.

Tarikan utama di kawasan luar

Disneyland Tokyo, taman Disney pertama yang dibina di luar Amerika Syarikat.

Tokyo DisneySea, taman seiring dengan Disneyland Tokyo

Muzium Ghibli, muzium khas untuk hasil kerja Studio Ghibli

Sanrio Puroland, taman tema yang berpusatkan watak ikonik Hello Kitty

Daftar Masuk ke Tokyo Okura Hotel Bay, Terokai Ghibli Muzium

Peta Tokyo-Hotel Okura Hotel Bay

Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri di sekitar Muzium Ghibli

Peta Tokyo

You may also like

Panduan Perjalanan Terbaik Anda untuk Meneroka Keajaiban Hualien: Pasar Malam, Alam Semula Jadi dan Budaya image

Mulakan perjalanan yang bertenaga melalui Hualien, Taiwan, dengan panduan perjalanan terbaik kami. Daripada pengembaraan pasar malam yang mendebarkan kepada pelarian semula jadi yang tenang dan penerokaan budaya, temui intipati Hualien dan cipta kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Selamat datang ke Panduan Terbaik untuk Membeli-belah di Fujikawaguchiko image

Temui gabungan mempesonakan kraf tradisional dan penemuan moden dalam Panduan Terbaik kami untuk Membeli-belah di Fujikawaguchiko. Terokai kedai-kedai artisanal, pasar tempatan dan cenderamata unik dengan latar belakang Gunung Fuji yang megah.

Meneroka Hiroshima: Perjalanan Budaya dan Kehidupan Malam image

Selami panduan perjalanan Hiroshima 4 hari kami, meneroka tapak ikonik, permata tersembunyi dan hidangan kulinari. Dari Taman Memorial Keamanan ke jalan-jalan pelik di Onomichi, temui semangat meriah dan keindahan tenang Hiroshima.

Panduan Jazz & Blues Chicago 3 Hari: Selami Pemandangan Muzik image

Mulakan perjalanan 3 hari melalui pemandangan jazz dan blues bersejarah Chicago. Daripada kelab ikonik hingga persembahan langsung, temui jiwa Kota Berangin. Baca sekarang!

Lawatan Malam Kuliner: Alami Kedai Makan dan Bar Wain Tulen Rom image

Selami kehidupan malam yang meriah & suasana kulinari di Rom dengan pemandu kami. Daripada bar wain tersembunyi hingga ke tempat makan tradisional, rasai citarasa dan sejarah yang kaya di bandar ini.

Perjalanan Kuliner Melalui Houston: Meneroka Pemandangan Pelbagai Makanan di Bandar Raya image

Selami suasana makanan yang meriah di Houston dengan panduan perjalanan kulinari 4 hari kami. Daripada BBQ ikonik kepada masakan global, terokai citarasa yang menjadikan Houston destinasi kegemaran makanan.

Hotel Butik Terbaik di Barcelona: Alami Kemewahan dengan Sentuhan Peribadi image

Buka kunci rahsia hotel butik yang paling mempesonakan di Barcelona, di mana kemewahan memenuhi perkhidmatan yang diperibadikan. Terokai panduan susun atur kami untuk menemui permata tersembunyi yang menawarkan pengalaman unik, keselesaan yang tiada tandingan dan pintu masuk ke tengah-tengah ibu kota Catalonia yang meriah.

Membongkar Permata Kuching: Panduan Komprehensif untuk Tarikan Paling Menawan di Bandar Raya image

Temui Kuching: Panduan Lengkap Permata Tersembunyi Borneo. Terokai tanda tempat bersejarah, pemandangan budaya yang meriah, taman negara yang subur dan hidangan kulinari.

Meneroka Permata Tersembunyi Asia Tenggara: Panduan Terbaik ke Pulau Batam image

Temui Pulau Batam, permata tersembunyi Asia Tenggara, dengan panduan perjalanan terbaik kami. Terokai pantai yang bersih, budaya yang kaya, hidangan kulinari dan pengembaraan yang mendebarkan.

Menemui Vung Tau: Panduan untuk Hotel Waterfront Terbaik untuk Pencinta Pantai image

Buka kunci yang terbaik dari Vung Tau dengan panduan kami ke hotel tepi laut yang popular! Alami kemewahan, pemandangan dan akses pantai yang tiada tandingan untuk percutian tepi laut yang sempurna.

Meneroka Laluan Ikonik Melbourne: Panduan Seni Jalanan dan Budaya Kafe image

Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan melalui Melbourne dengan panduan perjalanan 3 hari kami yang komprehensif. Daripada lorong-lorong ikonik dan seni jalanan kepada taman-taman yang subur dan hiburan malam, buka rahsia ibu kota kebudayaan Australia.

Semarang Selepas Gelap: Panduan 5 Malam untuk Pengalaman Kehidupan Malam Terbaik di Bandar Raya image

Selami kehidupan malam Semarang yang meriah dengan jadual perjalanan 5 malam eksklusif kami. Daripada berjalan kaki bersejarah di bawah bintang ke bar tepi pantai dan tempat muzik secara langsung, temui rahsia tersimpan terbaik di bandar ini dengan Agoda.

Terokai Malang: Pengembaraan 5 Hari melalui Permata Tersembunyi Java image

Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan melalui Malang dengan panduan perjalanan komprehensif kami. Temui budaya meriah di bandar ini, keajaiban semula jadi yang menakjubkan dan hidangan kulinari.

Permata Masakan Chonburi: Panduan Pencinta Makanan image

Mulakan perjalanan yang menarik melalui Chonburi dengan Panduan Pencinta Makanan kami. Temui permata masakan tersembunyi, makanan tempatan dan pengalaman makan yang tidak dapat dilupakan di syurga pantai Thailand.

Perjalanan Kuliner Melalui Tangerang: Masakan Tradisional Yang Anda Mesti Cuba image

Mulakan pengembaraan beraroma di Tangerang dengan panduan kulinari 3 hari kami. Temui hidangan tradisional, permata tersembunyi dan pengalaman makan yang tidak dapat dilupakan di bandar gastronomi di Indonesia.

Selamat datang ke Kuantan: Permata di Pantai Timur Malaysia image

Temui yang terbaik di Kuantan dalam 3 hari yang tidak dapat dilupakan. Selami panduan kami untuk jadual perjalanan terbaik yang meliputi pantai yang tenang, budaya tempatan yang kaya dan masakan yang lazat.

Dedahkan Keajaiban Cameron Highlands: Jadual Perjalanan Teh, Kembara dan Strawberi 3 Hari image

Temui keindahan Cameron Highlands yang tenang dengan jadual perjalanan eksklusif 3 hari kami. Daripada ladang teh yang subur ke ladang strawberi manis dan pendakian mistik, mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan.

Terokai Hualien: Jadual Perjalanan 3 Hari Merentasi Gunung dan Laut image

Mulakan perjalanan 3 hari yang menawan melalui Hualien, Taiwan. Terokai Taroko Gorge, nikmati masakan tempatan dan temui permata tersembunyi dengan jadual perjalanan kami yang komprehensif.

Percutian Hujung Minggu dalam Jadual Perjalanan Taoyuan: Pengalaman Teratas image

Selami penjelajahan hujung minggu dengan jadual perjalanan Taoyuan kami! Temui gabungan sempurna sejarah, alam semula jadi dan gastronomi dalam masa dua hari sahaja. Rancang percutian anda yang tidak dapat dilupakan dengan pengalaman terbaik dan permata tersembunyi di Taoyuan.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Hiroshima: Perjalanan Melalui Keamanan dan Kenangan image

Temui Hiroshima melalui jadual perjalanan 3 hari: dari Peace Memorial Park ke ketenangan Pulau Miyajima. Mulakan perjalanan kedamaian, ketabahan dan keindahan.

Temui Fujikawaguchiko: Jadual Perjalanan 3 Hari untuk Pemandangan, Budaya dan Ketenangan yang Memukau image

Buka kunci keindahan Fujikawaguchiko yang tenang dengan panduan jadual perjalanan 3 hari kami. Terokai Gunung Fuji yang megah, permata budaya dan onsen yang menenangkan.