fbpx

Percutian ke Tokyo: 5 Tempat Menginap Terbaik dengan Tempat Menarik & Hotel Berdekatan

Mencari tempat menginap ketika merancang percutian ke Tokyo boleh membuatkan anda serabut kepala, tapi menjelajahi bandar ini lebih mudah dilakukan dengan menelusuri wilayahnya satu persatu. Setiap kawasan memiliki ciri yang berbeza, oleh itu lebih baik pilih tempat menarik kesukaan anda dan cari penginapan terdekat dari sana. Jangan risau, anda tidak akan terlepas tempat menarik lain di Tokyo. Kawasan metropolitan terpadat di dunia ini juga memiliki sistem pengangkutan paling lengkap di dunia, yang dapat membawa anda ke mana sahaja!

AGODA EXTRA: Naik kereta api di Tokyo semasa waktu sibuk, dan anda mungkin akan ditolak masuk ke dalam! Oshiya, atau “penolak” kereta api, telah membantu menolak penumpang supaya dapat masuk ke dalam kereta api berdekad lamanya. Stesen Shinjuku adalah stesen pertama yang mempunyai Oshiya, tapi sekarang anda juga boleh menemuinya di beberapa stesen paling sibuk di seluruh bandar.

Shinjuku_i-LOVE_Takashimaya Times Square

1. Makan dengan robot bercahaya dan berbelanja di pusat beli-belah mewah Tokyo di SHINJUKU

Jika anda ingin ke wilayah paling besar dan paling terang di Tokyo, Shinjuku adalah kawasan yang tepat. Pusat bandar Tokyo ini memudahkan anda untuk mengunjungi pusat beli-belah moden seperti Lumine EST, Takashimaya Times Square, dan Odakyu. Di sini, anda juga boleh menemui pusat beli-belah Isetan Shinjuku dan Shinjuku Marui Men’s. Keluar dari Stesen Shinjuku di sebelah barat untuk ke pusat kamera, di sana pengumpul dan penggemar fotografi dapat mencari kelengkapan kamera dari yang vintaj hingga yang terbaru. Untuk makan dan hiburan malam, pergi ke Memory Lane atau Shinjuku Omoide Yokocho dan cuba pelbagai pilihan makanan tepi jalan, bar tempatan, dan restoran tradisional popular. Menonton pertunjukan teknologi di Robot Restaurant juga boleh menjadi alternatif. Sebelum pulang, jangan lupa melawat Shinjuku i-LAND Tower untuk tangkap selfie di depan LOVE Statue.

Daftar Masuk ke Hilton Tokyo, Langkah Keluar ke Takashimaya Times Square

Hilton Tokyo

Teroka lagi hotel asmara dan resort di Shinjuku

Asakusa_Taito_Senso-ji temple_Tokyo

2. Beli tiket perlawanan gusti sumo, dan teroka kuil di ASAKUSA, Taitō

Jika tujuan utama anda bercuti ke Jepun adalah untuk menyaksikan pertandingan sumo secara langsung, maka Asakusa adalah destinasi yang tepat. Daerah Sumida ini adalah perumah untuk Stadium Sumo Nasional Kokugikan (Ryogoku Kokugikan), di mana pertandingan sumo berlangsung pada bulan Januari, Mei, dan September. Cara menonton pertandingan di sini sangat mudah, beli tiket dalam talian dan ambil tiket di kedai 7-Eleven terdekat. Selain sumo, Asakusa juga perumah bagi pelbagai peninggalan sejarah, sebuah ciri yang membezakannya dari daerah lain di sekitar. Sebelum ke stadium, teroka Kuil Senso-ji, Kuil Asakusa-jinja, dan Muzium Edo-Tokyo. Untuk percutian yang lebih moden, naik ke menara pemerhatian Tokyo Skytree, dan singgah ke Muzium Seni Moden Metropolitan Tokyo.

Daftar Masuk ke Sotetsu Fresa Inn Tokyo-Kinshicho, Langkah Keluar ke National Sumo Stadium Kokugikan (Ryogoku Kokugikan)

Sotetsu Fresa Inn Tokyo-Kinshicho

Teroka lagi ryokan dan rumah tumpangan berhampiran Stesen Kereta Api Asakusa

Shibuya_Scramble Crossing Section_Tokyo

3. Lintas persimpangan paling sibuk di dunia, dan tangkap gambar dengan anjing Akita kesayangan Jepun di SHIBUYA

Mencari hiburan untuk anak remaja ketika bercuti ke Tokyo? Naik api kereta ke Stesen Shibuya, dan biarkan mereka meneroka Hachikō-mae Square yang terkenal dengan gaya eklektik pemuda Tokyo. Shibuya juga menyeronokkan untuk orang dewasa, dengan tarikan menarik seperti Pusat Beli-Belah Shibuya Center-gai dan Penyeberangan Persimpangan Shibuya yang disebut sebagai persimpangan paling ramai dan sibuk di dunia. Jangan lupa singgah ke Hachikō Memorial Statue, untuk melihat anjing Akita yang paling terkenal dan paling setia di Tokyo dengan pemiliknya yang diabadikan dalam bentuk patung gangsa. Selepas itu, lawat Taman Yoyogi untuk melihat Kuil Meiji Jingu dan beli cenderahati di sepanjang pusat beli-belah Harajuku dan Omotesando

Daftar Masuk ke Cerulean Tower Tokyu Hotel, Langkah Keluar ke Lintasan Shibuya

Cerulean Tower Tokyu Hotel

Teroka lagi hotel dan pangsapuri di Shibuya

Ueno_Taito_Ueno Zoo_Ueno Onshi Park

4. Jelajah muzium seni dan sejarah Tokyo terbaik di UENO, Taitō

Pencinta sejarah dan pelancong backpacker umumnya menikmati kunjungan ke Ueno. Bahagian kecil dari Taitō ini terletak berdekatan Stesen Ueno dan dipenuhi muzium terbaik di bandar. Luangkan hari anda di Taman Ueno Onshi, di sana anda dapat menemui Muzium Nasional Tokyo, Muzium Alam Semulajadi dan Sains, Zoo Ueno, dan banyak lagi. Penerokaan sejarah boleh disambung di Yanaka, di mana anda boleh menyaksikan budaya Shitamachi, 80 kuil, dan sebuah lokasi terlindung peninggalan perang yang akan membuat anda terpesona.

Daftar Masuk ke APA Hotel TKP Nippori Ekimae, Langkah Keluar ke Zoo Ueno

APA Hotel TKP Nippori Ekimae

Teroka lagi hotel dan rumah tumpangan berhampiran Stesen Ueno

Tokyo Station_Tokyo Imperial Palace_Chiyoda_Chuo_Ginza_Minato_Chiba

5. Tempah hotel berhampiran Chiyoda, Chūō (Ginza), Minato & Chiba di STESEN TOKYO

Bagi anda yang baru kali pertama bercuti ke Tokyo, menginap berhampiran Stesen Tokyo merupakan pilihan terbaik. Pelancong yang pernah ke Tokyo juga menyukai kawasan ini kerana alasan yang sama. Pusat bandar ini dekat dengan kawasan popular seperti Chiyoda, Chūō, Minato, dan Chiba, yang masing-masing memerlukan satu hari untuk dijelajah. Stesen Tokyo juga memberi anda akses mudah ke Lapangan Terbang Haneda dan Lapangan Terbang Antarabangsa Narita.

Tempat menarik berhampiran Stesen Tokyo:

Chiyoda: Chidorigafuchi Park, Tokyo Imperial Palace, Edo Castle Ruins, Yasukuni Shrine, Tokyo Ramen Street, National Museum of Modern Art
Chūō: Pasar Ikan Tsukiji Fish, Hamarikyu Gardens, Tsukiji Hongwanji Buddhist temple, Teater Kabukiza, kawasan beli-belah mewah Ginza
Minato: Menara Tokyo, Roppongi Hills, Rainbow Bridge, Shiba Park, Zōjō-ji Buddhist temple, Tokyo Midtown, Aoyama Cemetery, Nogi Shrine Antique Flea Market, Muzium Mori Art
Chiba: Tokyo Disneyland, Tokyo DisneySea, Naritasan Shinshoji Temple, Bōsō Peninsula, Gunung Nokogiri, Muzium Kikkōman Sos Soya dan Lapangan Terbang Antarabangsa Narita.

Daftar Masuk ke The Tokyo Station Hotel, Langkah Keluar ke Stesen Tokyo

The Tokyo Station Hotel

Teroka lagi pangsapuri dan hotel kapsul di Ginza

You may also like

Perjalanan Kuliner Melalui Goa: Menemui Masakan Tradisional Goan image

Mulakan perjalanan yang lazat melalui landskap masakan Goa dengan panduan komprehensif kami. Temui gabungan perisa masakan Goan tradisional, daripada vindaloos pedas hingga bebinca manis, dan selami budaya tempatan melalui pasar, kelas memasak dan santapan mampan.

Selamat datang ke Istanbul: Tempat Timur Bertemu Barat image

Mulakan perjalanan 5 hari yang menawan melalui Istanbul, meneroka keajaiban bersejarah dan permata budaya. Temui jadual perjalanan yang dipenuhi dengan istana yang megah, bazar yang meriah dan pelayaran yang indah.

7 Hari dalam Jadual Perjalanan Sydney: Meneroka Tarikan Terbaik di Harbour City image

Mulakan perjalanan 7 hari yang menawan melalui Sydney, Australia. Daripada tanda tempat ikonik seperti Opera House ke Blue Mountains yang tenang dan Darling Harbour yang meriah, temui tarikan terbaik yang ditawarkan oleh Harbour City.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Dalat: Meneroka Hati Tanah Tinggi image

Terokai Jadual Perjalanan Dalat 3 Hari kami yang menawan untuk menemui permata tanah tinggi Vietnam. Dari tasik yang tenang hingga ke tapak bersejarah, nikmati pengembaraan & bersantai di Dalat.

5 Hari dalam Jadual Perjalanan Incheon: Daripada Tapak Bersejarah kepada Keajaiban Moden image

Temui yang terbaik di Incheon dalam masa 5 hari, daripada tapak bersejarah yang mengagumkan kepada keajaiban moden yang canggih. Manjakan diri dengan lawatan kebudayaan, hidangan kulinari, dan pemandangan yang menakjubkan.

Selamat datang ke Bangalore: Kota Taman, Teknologi dan Budaya image

Terokai Jadual Perjalanan 3 Hari kami di Bangalore untuk mendedahkan yang terbaik di Garden City. Daripada istana diraja ke hab teknologi, nikmati gabungan budaya, sejarah dan alam semula jadi.

Selamat datang ke Jadual Perjalanan Impian 7 Hari Anda di Krabi image

Terokai Jadual Perjalanan Krabi 7 Hari eksklusif kami di Panduan Perjalanan Agoda. Temui pantai yang bersih, hutan rimba dan khazanah budaya di syurga Thailand.

7 Hari dalam Jadual Perjalanan Hua Hin/Cha-am: Mendedahkan Pantai Murni dan Retret Diraja image

Mulakan perjalanan 7 hari melalui Hua Hin/Cha-am dengan jadual perjalanan kami yang direka dengan pakar. Temui pantai yang murni, istana diraja dan permata tersembunyi.

Mulakan Percutian Hujung Minggu ke Yilan: Pelarian Pantas ke Alam Semula Jadi image

Mulakan percutian hujung minggu yang luar biasa di Yilan dengan jadual perjalanan pilihan kami. Temui landskap yang subur, berendam di mata air panas semula jadi, dan nikmati hidangan masakan tempatan.

Selamat datang ke Vibrant City of Mumbai: Periuk Lebur Budaya image

Selami budaya, sejarah dan citarasa yang meriah di Mumbai dengan jadual perjalanan 3 hari kami yang terperinci. Temui tanda tempat ikonik, permata tersembunyi dan hidangan kulinari.

Panduan 3 Hari Pencinta Makanan ke Ipoh: Jadual Perjalanan Makanan dan Kuliner Terbaik image

Selami syurga masakan Ipoh dengan panduan pencinta makanan 3 hari kami! Temui tempat makan terbaik, kafe tersembunyi dan hidangan kebudayaan di syurga gastronomi Malaysia.

Selamat datang ke Kobe: Gerbang untuk Penemuan dan Kegembiraan image

Mulakan perjalanan 3 hari yang menawan melalui Kobe, Jepun. Daripada tanda tempat bersejarah hingga keindahan pemandangan, temui yang terbaik di Kobe.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Dallas: Tarikan Wajib Dilawati dan Permata Tersembunyi image

Temui yang terbaik di Dallas dengan jadual perjalanan 3 hari eksklusif kami. Daripada tanda tempat ikonik kepada permata tersembunyi, temui sebab Dallas, TX, adalah destinasi yang mesti dilawati.

Hat Yai: Jadual Perjalanan 5 Hari ke Permata Tersembunyi Selatan Thailand image

Temui yang terbaik di Hat Yai dengan jadual perjalanan 5 hari kami. Daripada pasar yang sibuk hingga ke kuil yang tenang, alami permata tersembunyi di Selatan Thailand.

7 Hari di New York City Itinerary image

Mulakan perjalanan 7 hari yang tidak dapat dilupakan melalui New York City. Dari jalan ikonik Manhattan ke Lembah Hudson yang tenang, temui tarikan utama Big Apple, permata tersembunyi dan budaya meriah.

Menemui Tainan: Jadual Perjalanan 3 Hari Sejarah, Budaya dan Masakan image

Terokai Tainan dalam masa 3 hari dengan jadual perjalanan kami yang mendalam. Temui kuil purba, nikmati hidangan masakan tempatan dan berehat di tempat semula jadi yang tenang.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Macau: Panduan Menjelajah Las Vegas Asia image

Terokai Jadual Perjalanan Macau 3-Hari kami yang menarik untuk mendedahkan gabungan sejarah, budaya dan keseronokan di Asia Vegas.

Percutian Hujung Minggu di Orlando Itinerary: Tarikan Utama & Permata Tersembunyi image

Dedahkan keajaiban Orlando dengan jadual percutian hujung minggu eksklusif kami! Daripada taman tema yang mendebarkan kepada taman yang tenang dan kehidupan malam yang meriah, temui tarikan popular dan permata tersembunyi tempatan.

Jadual Perjalanan 7 Hari di Paris: Meneroka Kota Cahaya image

Temui jadual perjalanan 7 hari terbaik di Paris! Terokai tanda tempat ikonik, nikmati masakan Perancis dan tenggelam dalam seni dan sejarah.

Jadual Perjalanan Nha Trang Pencari Pengembaraan: Panduan 5 Hari yang mendebarkan image

Terokai jadual perjalanan Nha Trang 5 hari kami yang direka untuk pencari pengembaraan! Daripada melompat ke pulau ke selam skuba dan keajaiban budaya, temui yang terbaik di Nha Trang dengan panduan pakar kami.

Jadual Perjalanan Bersiar-siar Goa: Meneroka Mutiara Timur image

Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan dengan Jadual Perjalanan Bersiar-siar Goa kami. Terokai pantai yang dicium matahari, kehidupan malam yang meriah, kuil yang tenang dan hidupan liar yang subur.