Masa Terbaik untuk Melawat Jepun Sepanjang Tahun

Tokyo merupakan destinasi lawatan sepanjang tahun yang hebat, tempat acara unik atau peristiwa bermusim bagaikan dianjurkan sepanjang masa. Masa terbaik untuk melawat Tokyo bergantung pada perkara yang anda ingin lihat atau buat. Mungkin anda telah lama ingin melihat pohon sakura berbunga di Taman Ueno atau menikmati keindahan lampu musim cuti di Tokyo Midtown semasa cuti. Jika anda sedang merancang untuk melawat Tokyo, di sini diberikan panduan tentang masa terbaik untuk melawat bagi mengalami pelbagai acara dan aktiviti yang menarik minat anda.
1. Akhir Mac/awal April untuk MUSIM SAKURA TOKYO
Keajaiban semulajadi yang menjadikan Jepun terkenal, bunga ceri – yang dipanggil sakura – yang memekar menandakan cuaca panas bakal tiba. Bunga ceri merupakan lambang kecantikan, semangat dan pembaharuan, dan telah diraikan dalam seni dan muzik tradisional Jepun sejak berkurun-kurun lamanya. Untuk waktu yang singkat pada setiap musim bunga, pelbagai taman di Tokyo serta halaman tokong dan kuil dibanjiri dengan warna merah jambu. Bunga sakura mekar sepenuhnya seminggu selepas mula berkembang, dan kebanyakannya telah gugur dari pokok seminggu selepas itu.
Musim sakura di Tokyo biasanya berlaku pada minggu terakhir Mac atau minggu pertama April. Ini juga musim yang ideal di Tokyo daripada sudut cuaca. Apabila bunga mula memekar, orang tempatan dan pengunjung menghabiskan masa lapang dengan aktiviti “hanami”, yang diterjemah sebagai “melihat bunga”. Orang ramai digalakkan untuk membuang stupor musim sejuk dan keluar berjalan-jalan atau berkelah di bawah pokok sakura. Jalan beli-belah Tokyo yang sibuk juga bertukar merah jambu apabila penjual menawarkan barangan seperti konfeksi perisa bunga sakura dan perhiasan kecil seperti bunga sakura palsu.
Salah satu tempat terbaik dan paling terkenal di Tokyo untuk menghayati bunga sakura ialah di Taman Ueno, yang merumahkan lebih daripada 1,000 pokok sakura. Pokok-pokok ini diterangi lampu apabila hari mula gelap agar anda boleh menikmati bunga ini pada waktu malam. Taman Shinjuku Gyoen merupakan satu lagi taman yang baik untuk melihat bunga sakura, dan terletak hanya 10 minit berjalan kaki dari Stesen Shinjuku. Di sini anda akan menemui campuran unik pokok yang berkembang awal dan yang berkembang lewat. Tempat utama lain untuk hanami di Tokyo termasuklah Taman Asukayama, Taman Sumida dan Taman Arisugawa.
Daftar masuk ke Mitsui Garden Hotel Ueno, Langkah Keluar ke Taman Ueno
Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri di sekitar Taman Asukayama
2. Mei atau Jun untuk pesta KANDA MATSURI atau SANNO MATSURI
Kanda Matsuri dan Sanno Matsuri merupakan dua pesta Shinto paling terkenal dan penting di Tokyo. Perkara menarik tentang pesta ini ialah pesta ini dianjurkan secara bergilir pada setiap tahun. Kanda Matsuri dianjurkan pada tahun ganjil dalam bulan Mei manakala Sanno Matsuri dianjurkan pada tahun genap dalam pertengahan Jun. Kedua-dua pesta ini bermula pada kurun ke-17 pada Zaman Edo dan pada asalnya merupakan sambutan politik. Minggu pesta merupakan masa terbaik untuk melawat Tokyo jika anda ingin menghayati kekayaan budaya dan sejarah bandar ini.
Kanda Matsuri pada mulanya dianjurkan untuk meraikan kejayaan tentera oleh Tokugawa Ieyasu, shogun pertama kerajaan shogun Tokugawa Jepun, dan diteruskan untuk mempamerkan kemakmuran kerajaan shogun. Pada hari ini, Kanda Matsuri juga dianjurkan sebagai menghormati semangat yang tinggal di Tokong Kanda, yang menjadi pusat utama pesta. Salah satu acara kemuncak pesta Kanda ialah perarakan keagamaan sepanjang hari yang memaparkan lebih daripada 200 tokong mudah alih, dikenali sebagai mikoshi. Terdapat pelbagai temasya dan acara tambahan yang dianjurkan sepanjang minggu pesta ini.
Sanno Matsuri juga merupakan pesta selama seminggu yang mempunyai perarakan sepanjang hari. Perarakan bermula dan berakhir di Tokong Hie, yang menjadi tapak utama untuk aktiviti dan sambutan lain pesta ini. Kuil ini dikhaskan kepada dewa penjaga Tokyo dan dipercayai lebih tua daripada Tokyo. Semasa pemerintahan shogun Tokugawa, keluarga Tokugawa juga menjalinkan hubungan dengan Kuil Hie. Pesta Sanno Matsuri diasaskan untuk meraikan keluarga Tokugawa serta pusat politik baru Jepun di Edo (nama lama Tokyo).
Daftar Masuk ke Hotel Sardonyx Ueno, Langkah Keluar ke Tokong Kanda
Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri di sekitar Tokong Hie
3. Akhir Julai hingga Ogos untuk BUNGA API MUSIM PANAS TOKYO
Salah satu perkara terbaik tentang melawat Tokyo pada musim panas ialah mengalami musim bunga api yang disambut secara berlebih-lebihan di bandar ini. Musim ini bermula pada akhir Julai dan berlarutan sepanjang Ogos. Bunga api telah terkenal di Jepun sejak beratus-ratus tahun, yang bermakna bahawa Tokyo tahu cara untuk membuat persembahan bunga api. Banyak bunga api digunakan semasa pelbagai pesta bunga api yang diadakan di sekitar Tokyo pada musim panas. Bunga api yang digunakan mempunyai pelbagai warna, bentuk dan saiz, menjadikannya persembahan yang sentiasa menarik.
Jika anda ingin melihat Tokyo pada musim panas, musim bunga api merupakan masa terbaik untuk dilawat. Anda mungkin mendapati bahawa anda menghabiskan masa di dalam bangunan untuk melarikan diri dari cuaca panas dan lembap, tetapi cuaca pada waktu malam sentiasa dingin dan selesa, sesuai untuk melihat pertunjukan bunga api yang menakjubkan. Acara bunga api terbesar pada musim panas ialah Pesta Bunga Api Sumidagawa (juga dikenali sebagai Pesta Bunga Api Sungai Sumida) di Asakusa. Lebih daripada satu juta orang berkumpul di sepanjang Sungai Sumida untuk menyaksikan lebih daripada 20,000 bunga api. Untuk mendapatkan tempat terbaik, anda boleh menyewa sebuah bot dan kayuh ke tengah-tengah sungai.
Untuk mendapatkan pengalaman keseluruhan terbaik di pesta-pesta bunga api ini, anda perlu tiba awal untuk mencari tempat yang baik. Bawa alas berkelah serta minuman dan snek agar anda dapat menonton dengan selesa. Jika anda berminat dengan pesta yang khusus, tempahlah hotel yang berhampiran agar anda boleh menonton dari tingkap. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang sejarah bunga api di Tokyo, anda boleh melawat Muzium Bunga Api Ryogoku, yang terletak lima minit berjalan kaki dari Stesen Ryogoku.
Langkah Masuk ke ONE@Tokyo, Langkah Keluar ke Asakusa
Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri di sekitar Stesen Ryogoku
4. Akhir Oktober untuk HALLOWEEN TOKYO
Pada asalnya, Halloween tidak diraikan secara besar-besaran di Tokyo. Biasanya tidak banyak acara yang dianjurkan melainkan anda melawat bar atau kelab untuk orang tempatan. Pada hari ini, Halloween merupakan salah satu masa terbaik untuk melawat bandar ini. Acara ini telah menjadi sangat terkenal, dengan sambutan bermula sebelum 31 Oktober. Malah, anda boleh menemukan acara dan aktiviti Halloween di sekitar Tokyo sepanjang bulan. Hiasan dan barangan Halloween mula dijual di kedai-kedai di seluruh bandar seawal September menjelang perayaan ini. Seluruh Tokyo bagaikan hidup untuk menyambut cuti yang menyeramkan ini.
Amalan Amerika Utara untuk ‘trick-or-treat’ bukan kelaziman di Tokyo. Meskipun terdapat banyak acara untuk kanak-kanak dan keluarga, Halloween di Tokyo kebanyakannya disambut oleh remaja dan belia yang memakai kostum yang berlebih-lebihan dan menghadiri pesta jalanan besar. Pesta jalanan terbesar dianjurkan di Shibuya, di Lintasan Shibuya yang terkenal, yang ditutup kepada kenderaan pada Halloween dan beberapa malam sebelum itu. Ribuan orang keluar untuk berpesta. Perarakan Halloween Kawasaki, yang merupakan salah satu acara Halloween paling lama dan terbaik, juga wajib dilihat oleh peminat Halloween.
Jika anda mencari acara yang mesra keluarga dan menyasarkan kanak-kanak, pastikan anda menyaksikan Perarakan Halloween di Roppongi. Bersekali dengan perarakan peserta yang berpakaian seperti hantu, syaitan, dan watak manga dan anime, gula-gula diberikan kepada kanak-kanak yang hadir. Disneyland Tokyo dan DisneySea Tokyo juga menganjurkan pelbagai acara Halloween mesra keluarga, dan tetamu dialu-alukan untuk memakai kostum. Disneyland Tokyo telah menganjurkan acara Halloween sejak tahun 1997 dan memainkan peranan besar dalam menjadikan percutian ini terkenal.
Daftar Masuk ke Shibuya Tokyu REI Hotel, Langkah Keluar ke Lintasan Shibuya
Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri di sekitar Disneyland Tokyo
5. Bulan November untuk pelbagai PESTA BUNGA KEKWA Tokyo
Musim sakura Tokyo bukanlah merupakan satu-satunya masa bandar ini dibanjiri keindahan bunga yang memekar. November membawa bersama-samanya bunga kekwa yang berkembang indah. Bunga kekwa mempunyai kepentingan budaya dan sejarah di Tokyo. Bunga kekwa sebenarnya merupakan bunga kebangsaan Jepun dan dipaparkan pada Cap Mohor Diraja Jepun. Malah, takhta Maharaja Jepun dikenali sebagai Takhta Bunga Kekwa. Menanam pokok bunga kekwa untuk tujuan perhiasan juga menjadi sebahagian besar budaya tradisional Jepun. Pesta bunga kekwa dianjurkan di pelbagai kuil dan tokong utama di seluruh Tokyo.
Tiga tempat terbaik untuk melihat bunga kekwa ialah Tokong Meiji, Kuil Sensoji, dan Tokong Yushima Tenjin. Tokong Meiji terletak di tengah-tengah taman hutan Shibuya, menjadikannya tempat yang baik untuk bersiar-siar dan menikmati cuaca musim luruh. Kuil Sensoji di Asakusa merupakan kuil tertua di Tokyo dan mempunyai pelbagai bunga kekwa yang menawan, menyajikan pelbagai warna, saiz dan bentuk yang boleh anda lihat. Tokong Yushima Tenjin, yang dikhususkan kepada dewa pembelajaran, terletak di Bunkyo dan mempunyai lebih kurang 2,000 pokok kekwa yang berlainan. Ketiga-tiga tempat ini berbaloi untuk dilawat, dan semuanya merupakan pilihan yang baik jika anda hanya mempunyai masa untuk satu lawatan bunga kekwa.
Daftar Masuk ke HOTEL UNIZO Tokyo Shibuya, Langkah Keluar ke Tokong Meiji
Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri di sekitar Kuil Sensoji
6. Akhir November hingga awal Disember untuk melihat DAUN MUSIM LURUH TOKYO
Akhir musim luruh merupakan masa terbaik untuk melawat Tokyo jika anda mencari cuaca sederhana dan tempat bersiar-siar yang indah. Selepas bunga sakura yang berkembang mekar pada musim bunga, daun musim luruh Tokyo mungkin merupakan keajaiban bermusim kedua yang terkenal. Daun-daun ini telah memberi ilham kepada pelukis dan penyair Tokyo dari generasi ke generasi. Anda pasti terpesona melihat daun-daun bertukar warna dan mewarnakan wajah kota ini dengan campuran warna kuning, jingga dan merah yang menakjubkan. Satu lagi kelebihan melawat Tokyo pada bulan November dan Disember ialah bandar ini tidak berapa sesak dan harga hotel lebih rendah pada waktu ini.
Seperti melihat bunga sakura dan kekwa, penduduk Tokyo juga berjalan-jalan untuk menyaksikan daun-daun pokok ginkgo dan mapel yang bertukar warna. Aktiviti melihat daun musim luruh dan mencari yang paling indah dikenali sebagai momijigari, yang diterjemahkan kepada “memburu daun merah”. Momijigari telah menjadi aktiviti terkenal dalam kalangan orang Jepun sejak zaman Heian. Pada hari ini, aktiviti ini dipasangkan dengan makanan musim luruh yang enak daripada penjaja makanan tempatan.
Tempat yang baik untuk pengunjung melihat daun musim luruh di Tokyo adalah di Taman Hibiya-koen di sebelah Stesen Tokyo. Taman kecil berhampiran Istana Maharaja ini mempunyai pelbagai jenis pokok yang merupakan gambaran pelbagai warna musim luruh menakjubkan yang boleh anda temukan di seluruh bandar. Taman Rikugien, taman landskap zaman Edo di Bunkyo juga merupakan salah satu tempat melihat daun yang terkenal. Paling seronok adalah pada waktu malam, apabila pokok-pokoknya diterangi cahaya lampu. Tempat momojigari terkenal yang lain ialah Taman Shinjuku Gyoen dan Taman Koishikawa Korakuen.
Daftar Masuk ke Hotel Century Southern Tower, Langkah Keluar ke Taman Shinjuku Gyoen
Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri di sekitar Istana Maharaja
7. Musim percutian untuk TOKYO ILLUMINATION
Malam musim sejuk di Tokyo mungkin gelap dan dingin, tetapi Tokyo Illumination menerangi seluruh bandar dengan pameran berjuta-juta lampu yang berwarna-warni. Pameran ini dianjurkan di seluruh bandar apabila tempat-tempat berbeza bertanding untuk mempamerkan cahaya paling mengagumkan, dan pemandangannya memang menakjubkan apabila dilihat sendiri. Berduyun-duyun orang keluar ke jalan semasa Tokyo Illumination untuk melihat pemandangan ini bersama-sama rakan dan orang tersayang, membangkitkan suasana pesta. Jangan biarkan udara sejuk menghalang anda. Pakai jaket panas, topi dan skarf, dan keluar ke alam ajaib musim sejuk yang berkilauan ini. Tiada cara yang lebih baik untuk menghayati pesona musim sejuk Tokyo. Bangunan, pokok dan juga mercu tanda seperti Menara Tokyo diterangi indah dengan lampu LED dan pemetaan pencahayaan.
Salah satu pencahayaan terbaik di Tokyo semasa pesta musim sejuk ialah Marunouchi Naka-dori Illumination, yang boleh dinikmati sambil bersiar-siar di sepanjang jalan yang dibarisi oleh kafe dan kedai butik beragam. Satu lagi pencahayaan yang terkenal ialah Carretta Shiodome Illumination di depan pusat beli-belah dan makan Shiodome yang menerima lebih dari 500,000 pelawat setahun. Jika anda mempunyai masa dan peluang, anda perlu melihat Shinjuku Terrace City Illumination, Smart Illumination Yokohama, atau Tokyo Midtown Illumination, yang dibuat di dalam dan di luar bangunan.
Daftar Masuk ke Candeo Hotels Tokyo Roppongi, Langkah Keluar ke Tokyo Midtown
Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri di Yokohama
8. Akhir musim sejuk untuk TOKYO MARATHON
Tokyo Marathon merupakan salah satu daripada enam maraton utama di dunia, yang lain di New York, Boston, Chicago, Berlin, dan London. Perlumbaan ini biasanya diadakan pada akhir Februari atau awal Mac. Sebagai satu-satunya maraton utama yang dianjurkan di Asia, Tokyo Marathon menarik orang yang ramai dan pelbagai pesaing. Perlumbaan pertama dianjurkan pada 2007 dan statusnya telah dinaikkan kepada maraton utama dunia pada 2012 apabila perlumbaan ini menyertai Abbott World Marathon Majors. Tokyo Marathon merupakan perlumbaan bercirikan kejohanan dan disertai oleh pelari elit dan pelumba lucu yang ingin berseronok. Permohonan penyertaan melebihi 300,000 setahun tetapi hanya 35,500 boleh berlari.
Tokyo Marathon bermula di Bangunan Kerajaan Metropolitan Tokyo dan berakhir di Stesen Tokyo. Laluan maraton melalui beberapa tempat terkenal di Tokyo, termasuk Ginza, Taman Hibiya, Shinagawa, dan Asakusa. Penonton membarisi jalan untuk bersorak dan menepuk ria pelari semasa mereka melintas, dan pelari memberikan hiburan yang mencukupi bukan sahaja dengan prestasi mereka tetapi dengan beberapa kostum terbaik berbanding mana-mana maraton di seluruh dunia. Sesetengah pelari berpakaian seperti watak kartun dan adiwira manakala yang lain berpakaian ninja dan juga ‘drag’.
Daftar Masuk ke JR Kyushu Hotel Blossom Shinjuku, Langkah Keluar ke Bangunan Kerajaan Metropolitan Tokyo
Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri di sekitar Stesen Tokyo
Anda juga mungkin suka

Tarikan Mesra Keluarga di Ehime | 7 Perkara Seronok untuk Dilakukan dengan Kanak-kanak
Ehime ialah sebuah wilayah Jepun yang terletak di sepanjang pantai barat laut pulau Shikoku. Ia terkenal dengan iklim panas dan persekitaran semula …

Bersiar-siar di Kyoto | Panduan untuk Kereta Api Peluru, Bas Tempatan & Penyewaan Basikal
Bekas ibu kota Jepun, Kyoto, adalah sebuah bandar yang penuh dengan tradisi dan penuh dengan kebiasaan yang menarik. Di sebalik kuil ikonik …

Pasar Nishiki | Kedai Terbaik untuk Dilawati & Makanan di Kyoto's Pantry
Sama ada anda sedang mencari hidangan lazat untuk memikat selera anda, sejarah berbilang abad yang kaya untuk diterokai, atau pengalaman budaya biasa …

Panduan ke Taman Maruyama | Lihat Bunga Sakura & Terokai Gion di Kyoto
Terletak di berhampiran lereng bukit Daerah Higashiyama di Kyoto, Taman Maruyama ialah oasis semula jadi yang menakjubkan dengan keindahan dan daya tarikan. …

Lawatan Sehari dari Fukuoka | 5 Idea Jadual Perjalanan untuk Lawatan Sehari DIY di Kyushu
Fukuoka mungkin ibu kota Kyushu, tetapi ia bukan satu-satunya bandar yang patut dilihat di pulau paling selatan Jepun. Bandar ini berfungsi sebagai …
Jadual Perjalanan Bali 5 Hari | Panduan Pemasa Pertama untuk Percutian Sempurna di Indonesia
Bali ialah syurga pengembara sebenar di mana anda tidak akan kehabisan perkara untuk dilihat dan dilakukan. Satu-satunya cabaran ialah memikirkan tarikan dan …

Istana Imperial Kyoto - Lawatan Berpandu, Waktu & Tarikan Berdekatan di Jepun
Istana Imperial Kyoto ialah tingkap ke dalam sejarah empayar Jepun yang kaya, menawarkan pengunjung gambaran sekilas seni bina yang elegan dan taman …

Perkara yang Boleh Dilakukan di Dubrovnik, Croatia | 15 Tidak Boleh Terlepas Aktiviti & Tarikan
Selalunya dipanggil “mutiara Adriatik,” Dubrovnik sudah tentu sesuai dengan julukan. Bandar yang indah di pantai selatan Croatia ini adalah salah satu destinasi …

Kehidupan Malam Bangkok | Bar, Kelab & Kawasan Hiburan Malam Popular Terbaik
Bangkok terkenal dengan kehidupan malam yang meriah dan eklektik, menawarkan sesuatu untuk semua orang, daripada pengunjung bar kasual kepada mereka yang ingin …
Pasar Chatuchak: Melawat Pasar Terbesar di Bangkok
Pasar Chatuchak adalah pasar yang luas terletak di Daerah Chatuchak dari Bangkok. Ia sering dikenali sebagai “Pasar Hujung Minggu Chatuchak” kerana kebanyakan …
Bar Atas Bumbung di Bangkok | Tempat Hiburan Malam dengan Pemandangan & Koktel yang Hebat
Sama ada anda sedang menghirup koktel istimewa atau menikmati segelas wain yang berkualiti, pemandangan panoramik dari tinggi di atas jalan-jalan yang sibuk …
Panduan Pasar Malam Taipei: 13 Bazar & Lawatan Makanan DIY Terbaik
Pasar malam Taipei adalah bahagian yang meriah dan penting dalam pesona bandar ini, menawarkan pengalaman mengasyikkan ke dalam budaya tempatan, makanan dan …

19 Tempat Urut Thai di Bangkok | Studio Bajet & Spa Mewah
Tiada perjalanan ke Thailand lengkap tanpa merasai urutan Thai asli di Bangkok. Selain melihat cantik kuil Thai dan cuba sedap makanan jalanan, …
Hotel Terbaik di Tokyo: 13 Penginapan Mewah & 5 Bintang Terbaik
Pemandangan hotel Tokyo adalah gambaran yang mempesonakan bandar itu sendiri: gabungan harmoni tradisi dan inovasi termaju. Bagi pengembara yang arif, kelimpahan hartanah …
Panduan Lapangan Terbang Taipei - Maklumat Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan
Jika anda terbang ke Taipei, kemungkinan besar anda akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan (TPE, Lapangan Terbang Taipei). Terletak kira-kira …
Kelab di Seoul: Bar, Teater & Aktiviti Kehidupan Malam Terbaik
Pemandangan kehidupan malam Seoul adalah dinamik dan pelbagai seperti bandar itu sendiri, menawarkan sesuatu untuk semua orang, sama ada anda ingin berehat …
Masa Terbaik untuk Melawat Taipei - Aktiviti & Tarikan untuk Setiap Musim
Kebanyakan orang memikirkan Taipei 101 apabila ia datang ke tempat ikonik untuk dikunjungi di ibu negara Taiwan. Tidak dinafikan, kerana semua orang …

10 Perjalanan Sehari yang Hebat dari Paris | Lihat Desa di Perancis
Paris ialah bandar luar biasa yang dipenuhi dengan sejarah, budaya dan mercu tanda terkenal di dunia, tetapi kadangkala, pelarian pantas ke kawasan …

Membeli-belah Myeongdong & Perkara Terbaik untuk Dilakukan di Seoul
Sebagai salah satu daerah pelancongan utama di Seoul, Myeongdong menarik pengunjung dari seluruh dunia ke kedai-kedai mewah dan tarikan komersial yang lain. …
6 Perjalanan Sehari Osaka & Percutian Ajaib - Perjalanan Jepun
Lawatan sehari di Osaka penuh dengan istana bersejarah, mata air panas dan gunung. Lawati tempat berhampiran salah satu bandar paling popular di Jepun.
Lawatan Sehari Terbaik dari Tokyo | 8 Tempat untuk Percutian Pantas melalui Kereta Api Peluru
Rangkaian kereta api peluru Tokyo memudahkan anda melarikan diri dari bandar selama sehari dan menerokai pelbagai destinasi yang menarik. Sama ada anda …