fbpx

Restoran Terbaik di Singapura untuk Menikmati Makanan Enak

Bandar-negara kosmopolitan Singapura mempunyai penduduk yang berasal dari serata dunia. Singapura merupakan sebuah bandar yang cerah, sibuk dan dipenuhi dengan rasa dan bau yang datang dari restoran-restoran terbaik di bandar ini. Lihat beberapa tempat makan menarik di bandar ini.

Restoran terbaik di Singapura-makanan China

Restoran China terbaik di Singapura

Tidak menghairankan bahawa pengunjung ke Singapura boleh menemukan beberapa makanan China terbaik di dunia di negara ini. Nikmati resipi tradisional, keistimewaan daerah dan gabungan perisa moden di beberapa restoran China terbaik di Singapura.

Wah Lok

Terletak berhampiran dengan Victoria Street, Wah Lok menawarkan masakan Kantonis termasuk dim sum. Menu tengah hari dan malam termasuk keistimewaan daerah. Dengan tempat makan seakan-akan laman China, makan malam merupakan sebuah pengalaman budaya. Wah Lok terletak di dalam Carlton Hotel Singapore, sebuah hotel 5 bintang yang mempunyai pusat kecergasan, sauna dan kolam renang terbuka serta Wi-Fi percuma di dalam semua bilik tetamu.

Min Jiang

Sebuah lagi restoran China terkenal di Singapura, Min Jiang menawarkan menu Kantonis dan Sichuan. Terkenal untuk dim sum yang berseni, restoran ini menghidangkan masakan mewah yang dihidang indah di atas pinggan. Menginap berdekatan dengan restoran di Goodwork Park Hotel, hotel 5 bintang dengan pusat kecergasan dan kolam renang terbuka. Hotel ini menawarkan Wi-Fi percuma di dalam bilik tetamu dan mempunyai perkhidmatan pengangkutan lapangan terbang.

Summer Pavilion

Jangan terlepas untuk menikmati makanan di Summer Pavilion, sebuah restoran yang terletak di hotel Ritz-Carlton Millenia Singapore. Restoran pemenang anugerah ini menawarkan masakan Kantonis serta menu dengan rasa antarabangsa. Menu tengah hari sarat dengan hidangan dim sum termasuk ladu abalone dan cendawan. Ritz-Carlton Millenia Singapore mempunyai bilik dengan pemandangan teluk dan Wi-fi percuma di dalam semua bilik.

TEMPAH HOTEL DI SINGAPURA HARI INI

Restoran terbaik di Singapura-makanan Itali

Restoran Itali Terbaik di Singapura

Terdapat banyak restoran Itali di Singapura. Selama berkurun lamanya orang dari seluruh dunia telah membawa makanan tempatan mereka ke Singapura. Masakan tradisional Itali telah bertapak dan berkembang di Singapura, dengan chef-chef tempatan yang memasukkan citarasa mereka yang tersendiri pada makanan klasik Itali seperti piza dan pasta. Lihat kepelbagaian restoran Itali yang mengagumkan di Singapura.

Bar Cicheti

Singgahlah di Bar Cicheti yang terletak di 10 Jiak Chuan Road di Chinatown. Bar menarik ini mempunyai menu yang dihasilkan oleh chef tempatan Singapura. Rasa Itali boleh dinikmati di Bar Cicheti yang mengkhusus dalam pasta buatan sendiri dan pinggan kecil. Menginap dalam kawasan ini di Hotel 1888 Collection. Hotel 3.5 bintang ini terletak di 20 Trengganu Street, Chinatown, dan mempunyai penyaman udara dan Wi-Fi percuma di dalam semua bilik tetamu.

Dolce Vita

Restoran Itali, Dolce Vita, yang penuh dengan tenaga ini terletak di 5 Raffles Avenue dalam kawasan Marina Bay, Singapura. Restoran ini menawarkan perisa Itali yang tulen dan mempunyai masakan istimewa unik yang mengandungi keju mozzarella kerbau yang disumberkan dari Selatan Itali. Tempat makan mempunyai pemandangan tepi kolam renang yang menenangkan. Menginap berdekatan dengan restoran ini di Marina Mandarin Singapore Hotel, hotel 5 bintang di Marina Square. Hotel ini mempunyai sebuah sauna dan kolam renang terbuka serta Wi-Fi percuma di dalam semua bilik tetamu.

Restoran terbaik di Singapura-makanan India

Restoran India Terbaik di Singapura

Rasa dan bau masakan India yang menusuk hidung telah tersebar ke seluruh dunia kerana sebab-sebab yang baik! Singapura telah menerima perisa India, dan restoran yang menawarkan masakan India yang enak-enak boleh ditemui di segenap pelosok bandar-negara ini. Lihat restoran India berikut untuk makanan India terbaik.

Jaggi’s Northern Indian Cuisine

Kecil dan dengan penampilan sederhana, Jaggi’s Northern Indian Cuisine menawarkan makanan yang lazat. Bau ayam mentega dan masakan tradisonal India Utara menyerbak dari kaunter hidangan kecil, dan membuatkan anda kembali semula ke Little India. Terletak di 34 Race Course Road, Jaggi’s Northern Indian Cuisine terletak bersebelahan dengan Vintage Inn Singapore, hotel kapsul comel yang mempunyai Wi-Fi percuma dan perkhidmatan mengemas bilik setiap hari.

Yantra

Yantra ialah sebuah restoran India yang bergaya dengan menu masakan dari India Utara. Tempat makannya mempunyai atmosfera yang lembut dan mempunyai ruang untuk acara istimewa dan peribadi. Yantra terletak di 163 Tanglin Road, di dalam Tanglin Mall. Menginap di Hotel Jen Tanglin Singapore by Shangri-La, hotel 4 bintang dengan kolam renang terbuka, penyaman udara, dan Wi-Fi percuma di dalam semua bilik tetamu.

Punjab Grill

Singgah di Punjab Grill untuk rasa daerah-daerah India. Cawangan rangkaian Punjab Grill ini menawarkan keistimewaan daerah dan resipi-resipi asli dari seluruh India. Terletak dalam kawasan Marina Bay, Punjab Grill terletak berdekatan dengan banyak hotel termasuk Peninsula Excelsior Hotel, yang mempunyai kolam renang terbuka dan Wi-Fi percuma di dalam semua bilik tetamu.

Restoran terbaik di Singapura-Makanan laut

Restoran Makanan Laut Terbaik di Singapura

Singapura merupakan sebuah pulau dan sudah tentu kaya dengan ikan dan makanan laut. Seperti yang dijangkakan, bandar ini penuh dengan restoran ikan dan makanan laut yang enak-enak. Lihat beberapa tempat makanan laut terbaik di Singapura.

Cajun on Wheels, Plaza Singapura

Cajun on Wheels, Plaza Singapura merupakan restoran makanan laut dengan sijil halal yang menawarkan masakan ala Louisiana. Rasa makanannya seperti makanan mewah tetapi dihidangkan di dalam restoran yang kasual di dalam Plaza Singapura. Menginaplah di RedDoorz Plus Victoria Hotel, sebuah hotel yang menawan hati dengan penyaman udara, Wi-Fi dan pengangkutan lapangan terbang.

Dancing Crab

Makan di restoran Dancing Crab di dalam VivoCity merupakan pengalaman makanan laut yang tidak boleh dilepaskan. Restoran meriah ini, yang terkenal kerana muzik, menari dan udang karang Boston, menawarkan makanan laut Singapura dan ala Amerika. Dancing Crab merupakan Tempat Makan Wajib dalam senarai pengunjung ke Singapura. Menginap dalam kejiranan yang sama di Bay Hotel Singapore, hotel 4 bintang dengan pusat kecergasan dan kolam renang terbuka. Bay Hotel Singapore mempunyai penyaman udara dan Wi-Fi percuma di dalam semua bilik tetamu.

Long Beach DEMPSEY

Singgah di restoran pemenang anugerah, Long Beach DEMPSEY, dan rasa ketam cili legenda mereka. Kedai makanan laut ikonik ini terletak di 25 Dempsey Road. Menginap berdekatan dengan restoran di Regent Singapore, hotel 5 bintang dengan kolam renang terbuka dan Wi-Fi percuma di dalam semua bilik tetamu.

TEMPAH HOTEL DI SINGAPURA HARI INI

Restoran terbaik di Singapura-Sushi

Restoran Sushi Terbaik di Singapura

Sejarah pelbagai budaya Singapura menjadikannya destinasi utama untuk penggemar makanan seluruh dunia. Kepelbagaian rasa dan makanan dari negara-negara lain amat luas, dan dalam kepelbagaian restoran China dan India, pengunjung juga boleh menemui sushi asli Jepun yang lazat.

Nogawa Japanese Restaurant

Nogawa Japanese Restaurant yang telah lama bertapak terkenal untuk sushi segar. Menu set makan tengah hari lengkap yang mengandungi sushi segar dan asli ditawarkan di restoran ini. Terletak tidak jauh dari restoran ini ialah Hotel Jen Orchardgateway Singapore by Shangri-La. Hotel 4 bintang ini mempunyai kolam renang terbuka dan terletak di sebelah transit awam.

Hokkaido Sushi

Suasana bersahaja di Hokkaido Sushi memang selesa dan mesra. Menunya menawarkan bufet sushi di dalam bilik makan yang dilengkapi perabot kayu. Hokkaido Sushi terletak di 81 Anson Road, di dalam M Hotel Singapore, sebuah hotel 4 bintang dan mempunyai pusat kecergasan dan kolam renang terbuka.

Mikuni

Mikuni ialah restoran sushi mewah. Restoran ini mempunyai tiga kaunter – satu untuk teppanyaki, satu untuk robatayaki dan satu untuk sushi. Menginap berhampiran dengan restoran ini di Mercure Singapore Bugis, hotel 4 bintang dengan kolam renang terbuka. Hotel ini mempunyai Wi-Fi percuma di dalam semua bilik tetamu dan menawarkan pengangkutan lapangan terbang.

InterContinental Singapore

Daftar Masuk, Langkah Keluar

Daftar masuk ke InterContinental Singapore, sebuah hotel 5 bintang dengan pusat kecergasan dan kolam renang terbuka serta Wi-Fi percuma di dalam semua bilik tetamu. Langkah keluar ke Sushi Airways dan cuba makan di dalam restoran bertema pesawat. Terletak dalam kawasan Kampung Glam yang unik, Sushi Airways mempertingkat pengalaman sushi.

Meriton Hotel

Daftar Masuk, Langkah Keluar

Daftar masuk ke Meriton Hotel, penginapan 2 bintang yang terletak di 43A Jalan Besar, dalam kejiranan Little India. Hotel ini mempunyai penyaman udara dan Wi-Fi, dan terletak amat berhampiran dengan Stesen MRT Jalan Besar, yang menyediakan akses cepat dan mudah ke seluruh bandar. Langkah keluar ke Nox – Dine in the Dark, restoran unik yang menyajikan makan tiga hidangan dari menu harga tetap dalam gelap.

The Westin Singapore Hotel

Daftar Masuk, Langkah Keluar

Daftar masuk ke The Westin Singapore Hotel, hotel 5 bintang dengan pusat kecergasan dan spa, serta Wi-Fi percuma di dalam semua bilik tetamu. Langkah keluar ke Steword’s Riverboat, sebuah restoran terapung yang unik. Steword’s Riverboat mempunyai Santa Fe Tex Mex Grill dan Wood & Steel Gastropub. Dalam cuaca baik, bahagian atas replika bot sungai tiga dek ini dibuka sebagai tempat duduk. Bot ini bukan bot sungai yang berfungsi dan tidak belayar di atas air, tetapi hanya menghidangkan makanan yang enak dalam kelembutan bayu laut.

TEMPAH HOTEL DI SINGAPURA HARI INI

You may also like

Perjalanan Kuliner Melalui Goa: Menemui Masakan Tradisional Goan image

Mulakan perjalanan yang lazat melalui landskap masakan Goa dengan panduan komprehensif kami. Temui gabungan perisa masakan Goan tradisional, daripada vindaloos pedas hingga bebinca manis, dan selami budaya tempatan melalui pasar, kelas memasak dan santapan mampan.

Selamat datang ke Istanbul: Tempat Timur Bertemu Barat image

Mulakan perjalanan 5 hari yang menawan melalui Istanbul, meneroka keajaiban bersejarah dan permata budaya. Temui jadual perjalanan yang dipenuhi dengan istana yang megah, bazar yang meriah dan pelayaran yang indah.

7 Hari dalam Jadual Perjalanan Sydney: Meneroka Tarikan Terbaik di Harbour City image

Mulakan perjalanan 7 hari yang menawan melalui Sydney, Australia. Daripada tanda tempat ikonik seperti Opera House ke Blue Mountains yang tenang dan Darling Harbour yang meriah, temui tarikan terbaik yang ditawarkan oleh Harbour City.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Dalat: Meneroka Hati Tanah Tinggi image

Terokai Jadual Perjalanan Dalat 3 Hari kami yang menawan untuk menemui permata tanah tinggi Vietnam. Dari tasik yang tenang hingga ke tapak bersejarah, nikmati pengembaraan & bersantai di Dalat.

5 Hari dalam Jadual Perjalanan Incheon: Daripada Tapak Bersejarah kepada Keajaiban Moden image

Temui yang terbaik di Incheon dalam masa 5 hari, daripada tapak bersejarah yang mengagumkan kepada keajaiban moden yang canggih. Manjakan diri dengan lawatan kebudayaan, hidangan kulinari, dan pemandangan yang menakjubkan.

Selamat datang ke Bangalore: Kota Taman, Teknologi dan Budaya image

Terokai Jadual Perjalanan 3 Hari kami di Bangalore untuk mendedahkan yang terbaik di Garden City. Daripada istana diraja ke hab teknologi, nikmati gabungan budaya, sejarah dan alam semula jadi.

Selamat datang ke Jadual Perjalanan Impian 7 Hari Anda di Krabi image

Terokai Jadual Perjalanan Krabi 7 Hari eksklusif kami di Panduan Perjalanan Agoda. Temui pantai yang bersih, hutan rimba dan khazanah budaya di syurga Thailand.

7 Hari dalam Jadual Perjalanan Hua Hin/Cha-am: Mendedahkan Pantai Murni dan Retret Diraja image

Mulakan perjalanan 7 hari melalui Hua Hin/Cha-am dengan jadual perjalanan kami yang direka dengan pakar. Temui pantai yang murni, istana diraja dan permata tersembunyi.

Mulakan Percutian Hujung Minggu ke Yilan: Pelarian Pantas ke Alam Semula Jadi image

Mulakan percutian hujung minggu yang luar biasa di Yilan dengan jadual perjalanan pilihan kami. Temui landskap yang subur, berendam di mata air panas semula jadi, dan nikmati hidangan masakan tempatan.

Selamat datang ke Vibrant City of Mumbai: Periuk Lebur Budaya image

Selami budaya, sejarah dan citarasa yang meriah di Mumbai dengan jadual perjalanan 3 hari kami yang terperinci. Temui tanda tempat ikonik, permata tersembunyi dan hidangan kulinari.

Panduan 3 Hari Pencinta Makanan ke Ipoh: Jadual Perjalanan Makanan dan Kuliner Terbaik image

Selami syurga masakan Ipoh dengan panduan pencinta makanan 3 hari kami! Temui tempat makan terbaik, kafe tersembunyi dan hidangan kebudayaan di syurga gastronomi Malaysia.

Selamat datang ke Kobe: Gerbang untuk Penemuan dan Kegembiraan image

Mulakan perjalanan 3 hari yang menawan melalui Kobe, Jepun. Daripada tanda tempat bersejarah hingga keindahan pemandangan, temui yang terbaik di Kobe.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Dallas: Tarikan Wajib Dilawati dan Permata Tersembunyi image

Temui yang terbaik di Dallas dengan jadual perjalanan 3 hari eksklusif kami. Daripada tanda tempat ikonik kepada permata tersembunyi, temui sebab Dallas, TX, adalah destinasi yang mesti dilawati.

Hat Yai: Jadual Perjalanan 5 Hari ke Permata Tersembunyi Selatan Thailand image

Temui yang terbaik di Hat Yai dengan jadual perjalanan 5 hari kami. Daripada pasar yang sibuk hingga ke kuil yang tenang, alami permata tersembunyi di Selatan Thailand.

7 Hari di New York City Itinerary image

Mulakan perjalanan 7 hari yang tidak dapat dilupakan melalui New York City. Dari jalan ikonik Manhattan ke Lembah Hudson yang tenang, temui tarikan utama Big Apple, permata tersembunyi dan budaya meriah.

Menemui Tainan: Jadual Perjalanan 3 Hari Sejarah, Budaya dan Masakan image

Terokai Tainan dalam masa 3 hari dengan jadual perjalanan kami yang mendalam. Temui kuil purba, nikmati hidangan masakan tempatan dan berehat di tempat semula jadi yang tenang.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Macau: Panduan Menjelajah Las Vegas Asia image

Terokai Jadual Perjalanan Macau 3-Hari kami yang menarik untuk mendedahkan gabungan sejarah, budaya dan keseronokan di Asia Vegas.

Percutian Hujung Minggu di Orlando Itinerary: Tarikan Utama & Permata Tersembunyi image

Dedahkan keajaiban Orlando dengan jadual percutian hujung minggu eksklusif kami! Daripada taman tema yang mendebarkan kepada taman yang tenang dan kehidupan malam yang meriah, temui tarikan popular dan permata tersembunyi tempatan.

Jadual Perjalanan 7 Hari di Paris: Meneroka Kota Cahaya image

Temui jadual perjalanan 7 hari terbaik di Paris! Terokai tanda tempat ikonik, nikmati masakan Perancis dan tenggelam dalam seni dan sejarah.

Jadual Perjalanan Nha Trang Pencari Pengembaraan: Panduan 5 Hari yang mendebarkan image

Terokai jadual perjalanan Nha Trang 5 hari kami yang direka untuk pencari pengembaraan! Daripada melompat ke pulau ke selam skuba dan keajaiban budaya, temui yang terbaik di Nha Trang dengan panduan pakar kami.

Jadual Perjalanan Bersiar-siar Goa: Meneroka Mutiara Timur image

Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan dengan Jadual Perjalanan Bersiar-siar Goa kami. Terokai pantai yang dicium matahari, kehidupan malam yang meriah, kuil yang tenang dan hidupan liar yang subur.