fbpx

Hotel Bajet di Singapura | Tempat Murah untuk Menginap

Singapura mempunyai reputasi sebagai taman permainan jutawan, tetapi terdapat banyak hotel bajet di Singapura yang tidak memaksa pengunjung mengorbankan kemudahan atau keselesaan mereka. Sebaik tiba, pengunjung akan mendapati bahawa bergerak dengan pengangkutan awam amat menjimatkan, dan sesetengah makanan terbaik di pulau ini boleh didapati dengan murah di restoran tempatan dan gerai tepi jalan yang popular. Memang benar bahawa sesetengah hotel bajet tidak mempunyai bilik yang luas, tetapi pengunjung ke Kota Singa ini pasti tidak akan menghabiskan masa di dalam bilik hotel mereka!

Hotel bajet di Singapura-Clarke Quay

Hotel Bajet di Singapura | Clarke Quay

Pengunjung yang ingin berada berhampiran dengan nadi aktiviti malam Singapura pasti ingin menginap berhampiran dengan Clarke Quay, daerah tepi sungai, yang sesak dengan restoran, kelab malam dan bar. Walaupun destinasi ini popular dalam kalangan pelancong, masih terdapat pelbagai pilihan hotel murah di Clarke Quay.

Hotel bajet di Singapura-Jayleen 1918 Hotel

Jayleen 1918 Hotel

Alamat: 42 Carpenter Street

Di sebalik wajah kolonial indah, terdapat sebuah hotel murah dilengkapi ameniti moden yang diharapkan pengunjung. Kesemua bilik tetamu yang selesa ini mempunyai bilik mandi sendiri dan penyaman udara, menjadikannya tempat rehat sempurna di tengah-tengah kota.

Jayleen 1918 Hotel terletak dalam lingkungan satu kilometer dari pusat beli-belah, restoran, muzium, dan empat stesen MRT yang menghubungkan pengunjung dengan seluruh Singapura. Semua bilik mempunyai sarapan dan wi-fi percuma. Hotel bajet ini juga mempunyai teres bumbung yang sesuai untuk menghayati latar langit dan Sungai Singapura. Binokular dan teleskop juga disediakan jika diminta.

Hotel bajet di Singapura-M Social Singapore

M Social Singapore

Alamat: 90 Robertson Quay

M Social Singapore merupakan hotel butik murah yang bergaya dan dilengkapi pelbagai kemudahan. Tetamu boleh memilih bilik lof atau alkof, kebanyakannya mempunyai tingkap dari lantai hingga siling dan pemandangan Robertson Quay.

Tetamu M Social Singapore menikmati wi-fi percuma dan perkhidmatan bas shuttle. Tetamu juga boleh makan di restoran hotel sebelum keluar, dan menyejukkan badan di kolam renang terbuka setelah seharian bersiar-siar.

Hotel bajet di Singapura-Hotel Clover the Arts

Hotel Clover the Arts

Alamat: 58 South Bridge Road

Hanya lima minit berjalan kaki dari Stesen MRT Clarke Quay, Hotel Clover the Arts merupakan pangkalan sempurna untuk meneroka kesemua tarikan yang ditawarkan Singapura. Hotel bajet ini, seperti namanya, menumpukan pada warna dan gaya artistik untuk para tetamu.

Bahagian luar hotel memaparkan mural yang melitupi kesemua lima tingkat, dan kesemua 44 bilik mempunyai pelbagai catan daripada seni jalanan hingga manga. Malah bilik termurah juga mempunyai TV HD, penyaman udara, wi-fi percuma, dan peti besi.

TEMPAH HOTEL BAJET DI CLARKE QUAY

Hotel bajet di Singapura-Little India

Hotel Bajet di Singapura | Little India

Terletak di timur Sungai Singapura dan bertentangan dari Chinatown, Little India merupakan sebuah kejiranan yang meriah dan penuh warna. Tidak mengejutkan, daerah ini merupakan tempat untuk mencari makanan India yang lazat, tetapi ia juga semakin menjadi tumpuan untuk kafe-kafe trendy yang menghidangkan masakan baru dan moden. Little India juga merupakan tempat bagus untuk membeli cenderamata kerana terdapat banyak kedai barang kemas kecil.

Hotel bajet di Singapura-The Great Madras

The Great Madras

Alamat: 28 Madras Street

Untuk sebuah hotel bajet, ketelitian The Great Madras memang mengagumkan. Hasilnya ialah sebuah hotel murah yang masih mempunyai banyak tarikan Instagram. Jika anda pernak melihat filem Wes Anderson, anda mungkin boleh membayangkan warna pastel dan suasana retro di The Great Madras.

Hotel ini mempunyai 34 bilik dari yang kecil (9 meter persegi) hingga yang luas (28 meter persegi, termasuk laman dalam peribadi). Pengunjung yang mencari penginapan paling murah boleh menempah “ruang kediaman bersama”, iaitu asrama deluxe.

Hotel bajet di Singapura-Kam Leng Hotel

Kam Leng Hotel

Alamat: 383 Jalan Besar

Terletak di Jalan Besar yang sibuk, Kam Leng Hotel kerap menjadi pilihan pelancong selama lebih dari tujuh dekad. Projek pengubahsuaian pada tahun 2012 telah membawa hotel bajet ini ke era moden sementara masih mengekalkan keajaiban dan nostalgia yang menyebabkannya menjadi pilihan.

Semua bilik mempunyai bilik mandi peribadi, TV skrin pipih dan peti besi, tetapi tetamu perlu mengambil maklum bahawa bilik paling murah tidak mempunyai tingkap. Terdapat tiga stesen MRT dalam jarak berjalan kaki dari hotel, menjadikannya mudah untuk pengunjung mengakses laluan biru, ungu dan hijau.

TEMPAH HOTEL BAJET DI LITTLE INDIA

Bugis Street

Hotel Bajet di Singapura | Bugis Street

Bugis Street merupakan destinasi pelancongan popular kerana terdapat banyak pilihan membeli-belah. Antara 800 gerai di Bugis Street Market dengan pusat beli-belah Bugis Junction, pengunjung yang mencari cenderamata terbaik pasti menemui pelbagai pilihan di sini. Pengunjung yang lebih gemar bersiar-siar daripada membeli-belah boleh melawat Kuil Kwan Im Thong Hood Cho dan Pusat Warisan Melayu.

Hotel bajet di Singapura-Hotel G

Hotel G

Alamat: 200 Middle Road

Hotel bajet di pusat bandar Singapura, Hotel G mempunyai lebih dari 300 bilik pada tiga tahap harga – Good, Great dan Greater.

Bilik termurah di Hotel G turut dilengkapi wi-fi percuma dan manfaat seperti e-pembaca yang telah termasuk akses kepada lebih 5,000 akhbar dan majalah, dan sebuah iPhone X untuk panggilan tempatan percuma dan perayauan data. Pengunjung yang bersedia untuk berbelanja lebih boleh menempah salah satu bilik Greater, yang mempunyai ruang yang lebih luas, TV besar dan pancuran mandi hujan.

Hotel bajet di Singapura-The Sultan

The Sultan

Alamat: 101 Jalan Sultan

Pengunjung ke The Sultan akan dibawa ke masa lampau ketika pedagang kaya di Singapura tinggal dan bekerja di “rumah kedai”, yang merupakan kediaman peribadi dan juga tempat berniaga. Disebabkan bahagian luar hotel mempunyai gerbang dan tiang yang sinonim dengan era tersebut, bangunan ini pernah dipaparkan pada setem Singapura pada tahun 1996.

The Sultan mempunyai 64 bilik unik dalam lapan kategori bilik berbeza, menjadikannya pilihan sesuai untuk pelbagai bajet. Setiap bilik, dari bilik Standard Single berkeluasan 12 meter persegi hingga Lof Sultan dua tingkat, mempunyai TV skrin pipih, bar mini lengkap dan peti besi elektronik.

TEMPAH HOTEL BAJET BERHAMPIRAN DENGAN BUGIS STREET

Chinatown

Hotel Bajet di Singapura | Chinatown

Chinatown merupakan salah satu ceruk etnik di Singapura dan destinasi baik untuk pengunjung dengan bajet terhad. Lorong-lorong kecil di kejiranan ini mempunyai banyak penginapan, makanan dan cenderamata murah. Kedai urut murah yang banyak juga membolehkan pengunjung memanjakan diri walaupun dengan bajet yang kecil.

Hotel bajet di Singapura-Hotel Mono

Hotel Mono

Address: 18 Mosque Street

Hotel Mono, murah tetapi bergaya. Tempat mencari ketenangan minimalis di tengah-tengah Chinatown, Singapura ini mempunyai 46 bilik dalam pelbagai kategori dan harga. Dinding putih dan garis bersih menawarkan tetamu ketenangan di tengah-tengah kehingaran dan kesibukan bandar.

Hotel Mono terletak dalam jarak berjalan kaki dari pelbagai restoran dan bar serta tarikan popular seperti Galeri Nasional Singapura dan Muzium dan Kuil Relik Gigi Buddha.

Porcelain Hotel by JL Asia

Porcelain Hotel by JL Asia

Address: 48 Mosque Street

Hanya lima minit berjalan kaki dari Stesen MRT Chinatown, Porcelain Hotel by JL Asia menawarkan penginapan murah di lokasi utama Singapura. Penggemar makanan, khususnya, pasti berasa seronok kerana hotel ini terletak dalam jarak berjalan kaki dari beberapa tempat makan terbaik di Singapura, termasuk Red Star Restaurant, yang sering dinamakan sebagai restoran dim sum terbaik di bandar ini. Kanak-kanak berumur 11 tahun dan ke bawah menginap percuma di Porcelain Hotel by JL Asia.

TEMPAH HOTEL BAJET DI CHINATOWN

Lloyd's Inn

5 Lagi Hotel Bajet di Singapura

Hotel Indigo Singapore Katong

The Vagabond Club, Singapore, A Tribute Portfolio Hotel

Quincy Hotel by Far East Hospitality

SO Sofitel Singapore

You may also like

Panduan Perjalanan Terbaik Anda untuk Meneroka Keajaiban Hualien: Pasar Malam, Alam Semula Jadi dan Budaya image

Mulakan perjalanan yang bertenaga melalui Hualien, Taiwan, dengan panduan perjalanan terbaik kami. Daripada pengembaraan pasar malam yang mendebarkan kepada pelarian semula jadi yang tenang dan penerokaan budaya, temui intipati Hualien dan cipta kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Selamat datang ke Panduan Terbaik untuk Membeli-belah di Fujikawaguchiko image

Temui gabungan mempesonakan kraf tradisional dan penemuan moden dalam Panduan Terbaik kami untuk Membeli-belah di Fujikawaguchiko. Terokai kedai-kedai artisanal, pasar tempatan dan cenderamata unik dengan latar belakang Gunung Fuji yang megah.

Meneroka Hiroshima: Perjalanan Budaya dan Kehidupan Malam image

Selami panduan perjalanan Hiroshima 4 hari kami, meneroka tapak ikonik, permata tersembunyi dan hidangan kulinari. Dari Taman Memorial Keamanan ke jalan-jalan pelik di Onomichi, temui semangat meriah dan keindahan tenang Hiroshima.

Panduan Jazz & Blues Chicago 3 Hari: Selami Pemandangan Muzik image

Mulakan perjalanan 3 hari melalui pemandangan jazz dan blues bersejarah Chicago. Daripada kelab ikonik hingga persembahan langsung, temui jiwa Kota Berangin. Baca sekarang!

Lawatan Malam Kuliner: Alami Kedai Makan dan Bar Wain Tulen Rom image

Selami kehidupan malam yang meriah & suasana kulinari di Rom dengan pemandu kami. Daripada bar wain tersembunyi hingga ke tempat makan tradisional, rasai citarasa dan sejarah yang kaya di bandar ini.

Perjalanan Kuliner Melalui Houston: Meneroka Pemandangan Pelbagai Makanan di Bandar Raya image

Selami suasana makanan yang meriah di Houston dengan panduan perjalanan kulinari 4 hari kami. Daripada BBQ ikonik kepada masakan global, terokai citarasa yang menjadikan Houston destinasi kegemaran makanan.

Hotel Butik Terbaik di Barcelona: Alami Kemewahan dengan Sentuhan Peribadi image

Buka kunci rahsia hotel butik yang paling mempesonakan di Barcelona, di mana kemewahan memenuhi perkhidmatan yang diperibadikan. Terokai panduan susun atur kami untuk menemui permata tersembunyi yang menawarkan pengalaman unik, keselesaan yang tiada tandingan dan pintu masuk ke tengah-tengah ibu kota Catalonia yang meriah.

Membongkar Permata Kuching: Panduan Komprehensif untuk Tarikan Paling Menawan di Bandar Raya image

Temui Kuching: Panduan Lengkap Permata Tersembunyi Borneo. Terokai tanda tempat bersejarah, pemandangan budaya yang meriah, taman negara yang subur dan hidangan kulinari.

Meneroka Permata Tersembunyi Asia Tenggara: Panduan Terbaik ke Pulau Batam image

Temui Pulau Batam, permata tersembunyi Asia Tenggara, dengan panduan perjalanan terbaik kami. Terokai pantai yang bersih, budaya yang kaya, hidangan kulinari dan pengembaraan yang mendebarkan.

Menemui Vung Tau: Panduan untuk Hotel Waterfront Terbaik untuk Pencinta Pantai image

Buka kunci yang terbaik dari Vung Tau dengan panduan kami ke hotel tepi laut yang popular! Alami kemewahan, pemandangan dan akses pantai yang tiada tandingan untuk percutian tepi laut yang sempurna.

Meneroka Laluan Ikonik Melbourne: Panduan Seni Jalanan dan Budaya Kafe image

Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan melalui Melbourne dengan panduan perjalanan 3 hari kami yang komprehensif. Daripada lorong-lorong ikonik dan seni jalanan kepada taman-taman yang subur dan hiburan malam, buka rahsia ibu kota kebudayaan Australia.

Semarang Selepas Gelap: Panduan 5 Malam untuk Pengalaman Kehidupan Malam Terbaik di Bandar Raya image

Selami kehidupan malam Semarang yang meriah dengan jadual perjalanan 5 malam eksklusif kami. Daripada berjalan kaki bersejarah di bawah bintang ke bar tepi pantai dan tempat muzik secara langsung, temui rahsia tersimpan terbaik di bandar ini dengan Agoda.

Terokai Malang: Pengembaraan 5 Hari melalui Permata Tersembunyi Java image

Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan melalui Malang dengan panduan perjalanan komprehensif kami. Temui budaya meriah di bandar ini, keajaiban semula jadi yang menakjubkan dan hidangan kulinari.

Permata Masakan Chonburi: Panduan Pencinta Makanan image

Mulakan perjalanan yang menarik melalui Chonburi dengan Panduan Pencinta Makanan kami. Temui permata masakan tersembunyi, makanan tempatan dan pengalaman makan yang tidak dapat dilupakan di syurga pantai Thailand.

Perjalanan Kuliner Melalui Tangerang: Masakan Tradisional Yang Anda Mesti Cuba image

Mulakan pengembaraan beraroma di Tangerang dengan panduan kulinari 3 hari kami. Temui hidangan tradisional, permata tersembunyi dan pengalaman makan yang tidak dapat dilupakan di bandar gastronomi di Indonesia.

Selamat datang ke Kuantan: Permata di Pantai Timur Malaysia image

Temui yang terbaik di Kuantan dalam 3 hari yang tidak dapat dilupakan. Selami panduan kami untuk jadual perjalanan terbaik yang meliputi pantai yang tenang, budaya tempatan yang kaya dan masakan yang lazat.

Dedahkan Keajaiban Cameron Highlands: Jadual Perjalanan Teh, Kembara dan Strawberi 3 Hari image

Temui keindahan Cameron Highlands yang tenang dengan jadual perjalanan eksklusif 3 hari kami. Daripada ladang teh yang subur ke ladang strawberi manis dan pendakian mistik, mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan.

Terokai Hualien: Jadual Perjalanan 3 Hari Merentasi Gunung dan Laut image

Mulakan perjalanan 3 hari yang menawan melalui Hualien, Taiwan. Terokai Taroko Gorge, nikmati masakan tempatan dan temui permata tersembunyi dengan jadual perjalanan kami yang komprehensif.

Percutian Hujung Minggu dalam Jadual Perjalanan Taoyuan: Pengalaman Teratas image

Selami penjelajahan hujung minggu dengan jadual perjalanan Taoyuan kami! Temui gabungan sempurna sejarah, alam semula jadi dan gastronomi dalam masa dua hari sahaja. Rancang percutian anda yang tidak dapat dilupakan dengan pengalaman terbaik dan permata tersembunyi di Taoyuan.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Hiroshima: Perjalanan Melalui Keamanan dan Kenangan image

Temui Hiroshima melalui jadual perjalanan 3 hari: dari Peace Memorial Park ke ketenangan Pulau Miyajima. Mulakan perjalanan kedamaian, ketabahan dan keindahan.

Temui Fujikawaguchiko: Jadual Perjalanan 3 Hari untuk Pemandangan, Budaya dan Ketenangan yang Memukau image

Buka kunci keindahan Fujikawaguchiko yang tenang dengan panduan jadual perjalanan 3 hari kami. Terokai Gunung Fuji yang megah, permata budaya dan onsen yang menenangkan.