fbpx

ArtScience Museum Singapura: Teroka Pameran, Lawatan dan Bengkel

Walaupun merupakan sebuah negara kecil, Singapura mempunyai banyak tarikan menarik, dari pusat-pusat membeli-belah hinggalah taman-taman botani. ArtScience Museum yang penuh dengan daya cipta ini merupakan tempat yang baik untuk dikunjungi individu dan keluarga. Dipenuhi dengan pameran yang mengasyikkan dan interaktif untuk semua peringkat umur, pengunjung boleh menghabiskan sepanjang hari di muzium ini dan mempelajari sesuatu yang menarik. ArtScience Museum berbeza daripada muzium yang lain kerana mengadunkan dua bidang menarik iaitu sains dan seni.

ArtScience Museum

Bangunan ArtScience Museum

ArtScience Museum terletak di dalam sebuah bangunan ikonik yang seakan-akan sekuntum bunga yang memekar atau tangan yang mengalu-alukan kedatangan pengunjung. Bangunan ini mempunyai 21 galeri dan mempunyai ruang untuk beberapa pameran berskala besar. Bangunan unik ini direka oleh arkitek kelahiran Israel, Moshe Safdie.

Ciri Mapan Rekaan ArtScience Museum

Muzium inovatif Singapura, ArtScience Museum, dibina dengan beberapa ciri rekaan yang mapan, dan merupakan mercu tanda yang mudah dikenal pasti di bandar ini. Atap berbentuk bunga teratai direka untuk mengumpul air hujan untuk kolam di aras paling bawah bangunan ini. Air ini seterusnya dikitar semula dan digunakan dalam sistem paip bangunan ini, lantas mengurangkan kebergantungan pada air bersih yang dirawat. Setiap kelopak bunga mempunyai jendela langit yang menerangi ruang galeri dengan cahaya semula jadi, mengurangkan kebergantungan bangunan pada lampu elektrik dan meninggalkan kesan kecil kepada alam sekitar.

ArtScience Museum-Marina Bay Sands

Marina Bay Sands

ArtScience Museum dibuka kepada orang awam pada Februari 2011 dan dimiliki dan dikendalikan oleh Marina Sands Bay, sebuah resort mewah dan kasino yang menghadap ke Marina Bay. Bangunan terintegrasi ini mengandungi kedai, restoran dan hiburan termasuk Dek Pemerhatian Sands SkyPark, panggung persembahan dan gelanggang luncur ais. ArtScience Museum terletak di Marina Bay Waterfront Promenade di kompleks Marina Bay Sands.

ArtScience Museum

Pameran di ArtScience Museum

Pameran di ArtScience Museum kebanyakannya terdiri daripada pameran bergerak sementara. Muzium ini mempunyai 21 galeri tetapi hanya tiga galeri menempatkan pameran tetap muzium ini. Pameran menumpukan pada aspek seni dan sains termasuk fizik zarah, paleontologi dan biologi marin. Pameran seni berfokus pula pernah mempamerkan hasil seni daripada seniman termasuk M. C. Escher, Salvador Dali dan Andy Warhol.

Pameran Tetap di ArtScience Museum

Pameran tetap di ArtScience Museum terdiri daripada tiga bahagian. Setiap galeri melengkapkan dua lagi galeri yang lain. Tiga galeri pameran tetap ini berjudul Curiosity, Inspiration dan Expression. Kesemua konsep ini wujud dalam persilangan antara seni, sains, budaya, dan teknologi. Menjadi misi ArtScience Museum untuk meneroka dan membangunkan pemaduan bidang-bidang ini.

Curiosity

Galeri pameran tetap pertama yang akan dilalui pengunjung, Curiosity, merupakan sebuah galeri yang direka dengan tujuan untuk membuatkan pengunjung mempersoal persekitaran mereka. Soalan-soalan terpandu yang dipaparkan mengundang pengunjung untuk berfikir tentang proses mencipta seni dan sains serta bertanya sama ada terdapat perbezaan antara kedua-dua bidang ini. Pameran ini mengetengahkan kuasa sifat ingin tahu yang membawa kepada penerokaan, inovasi dan penciptaan.

Inspiration

Pameran tetap kedua, Inspiration, menumpukan pada enam hasil inovasi penting sains dan seni yang merubah dunia. Pembangunan penting ini termasuk mesin terbang Leonardo da Vinci, pelita kertas apung Kongming, model molekul buckminsterfullerene, skrol China purba, robot ikan teknologi tinggi, dan sudah tentu lukisan seni bina ArtScience Museum semasa fasa perancangan dan pembangunan.

Expression

Galeri pameran tetap ketiga dan yang terakhir, Expression, membawa pengunjung mengimbas pelbagai pencapaian seni dan sains dalam sejarah manusia. Pameran ini menggunakan persembahan multimedia skala besar di dalam “jari” terbesar muzium ini. Expression meneroka proses seni dan kreatif dalam inovasi dan menunjukkan kemajuan yang dicapai manusia dalam bidang robotik, seni bina, teknologi nano, pengemudian, dan penerbangan hasil daripada proses kreatif ini.

ArtScience Museum

Pameran Bergerak di ArtScience Museum

Kebanyakan ruang pameran luas di ArtScience Museum mengandungi pameran bergerak. Muzium ini bekerjasama dengan muzium besar lain, antaranya termasuk, Muzium British di London, Muzium Sejarah Semulajadi Amerika di New York dan Muzium Seni Mori di Tokyo, untuk membawa masuk pameran berdasarkan seni atau sains.

Lawatan dan Bengkel di ArtScience Museum

Bersama-sama pameran yang sering bertukar, ArtScience Museum menawarkan bengkel dan lawatan muzium berpandu. Lawatan galeri awam diadakan pada hujung minggu dan ditawarkan dalam bahasa Inggeris, Mandarin dan Jepun. Lawatan diketuai oleh pemandu pakar dan berpengetahuan. Topik bengkel berubah mengikut musim dan selalunya seiring dengan tema yang diteroka dalam pameran bergerak.

Program di ArtScience Museum

Rombongan dari prasekolah hingga sekolah menengah dialu-alukan di ArtScience Museum, dan lawatan akan disesuaikan mengikut pameran semasa. Menggabungkan ciri inovasi dan kebolehsesuaian, program yang dilaksanakan sepadan dengan kandungan pameran walaupun pameran kerap berubah. Muzium telah mencetak bahan sokongan untuk pendidik dan ketua rombongan sebagai pelengkap program. Antara tema program termasuk mainan antara seni dengan muzik, hubungan antara cahaya dengan warna, dan kepelbagaian hidupan laut.

Program pendidikan dan penerokaan untuk pelbagai peringkat umur ditawarkan sepanjang tahun, dengan acara istimewa semasa cuti sekolah. Tema yang diketengahkan meliputi cabang-cabang sains, menggunakan seni untuk membuat perubahan dan mengatasi perubahan iklim. Kebanyakan bengkel mempunyai projek amali dengan produk akhir yang boleh dibawa balik.

ArtScience Museum

Waktu Operasi ArtScience Museum

ArtScience Museum Singapura dibuka setiap hari sepanjang tahun, termasuk cuti umum. Bayaran masuk dikenakan untuk setiap galeri dan tiket boleh dibeli secara dalam talian, di kaunter tiket muzium, atau di kaunter tiket Sands Theatres.

ArtScience Museum

Panduan ke ArtScience Museum

ArtScience Museum boleh diakses dengan mudah menggunakan transit awam. Stesen Bayfront terhubung dengan kompleks Marina Bay Sands dan merupakan hentian terdekat dengan ArtScience Museum.

Untuk akses secara bas, ambil bas ke hentian bas Marina Bay Sands Theatre, yang merupakan hentian bas terdekat dengan muzium.

Tempat letak kereta disediakan secara percuma dengan pembelian sebanyak S$100 di kedai cenderamata muzium.

TEMPAH HOTEL DI SINGAPURA HARI INI

ArtScience Museum

Acara di ArtScience Museum

ArtScience Museum mempunyai tempat untuk mengadakan mesyuarat dan acara dan sering menganjurkan acara-acara istimewa.

ArtScience Late

Acara malam istimewa tetap, ArtScience Late, diadakan pada satu Khamis malam setiap bulan. Pada Khamis ketiga setiap bulan, muzium dibuka lewat dan memberikan diskaun masuk selepas 7:00 pm.

ArtScience on Screen

Semasa acara ArtScience on Screen, pembuat filem dan artis akan diketengahkan, Hasil daripada pembuat filem tempatan dan antarabangsa akan ditayangkan, dan acara ini melibatkan tayangan pelbagai skrin dan filem sepanjang cetera. Aras 4 ArtScience Museum menganjurkan dialog dan kelas yang bertujuan untuk mengilhamkan kreativiti dan inovasi dalam kalangan hadirin.

ArtScience in Focus

Siri ArtScience Focus di muzium ini mempersembahkan pertunjukan dan pameran pop-up. Kerjasama ini menumpukan kepada pendidikan, seni, sains, dan kemajuan teknologi organisasi rakan. Persembahan diadakan pada setiap suku tahun dan menggabungkan aktiviti eksperimen dan interaktif.

ArtScience Museum-Marina Mandarin Singapore Hotel

Hotel Berhampiran dengan ArtScience Museum

Pilih penginapan yang selesa berhampiran dengan ArtScience Museum di hotel 5 bintang, Marina Mandarin Singapore Hotel, di 6 Raffles Boulevard, Marina Square. Hotel ini mempunyai sauna dan penyaman udara serta Wi-Fi percuma di dalam setiap bilik tetamu.

Menginaplah di The Fullerton Hotel Singapore yang terletak dalam kawasan strategik di 1 Fullerton Square, Marina Bay. Hotel 5 bintang ini mempunyai spa dan kolam renang terbuka serta Wi-Fi percuma di dalam semua bilik tetamu.

ArtScience Museum-Mandarin Oriental Singapore

Daftar Masuk, Langkah Keluar

Daftar masuk ke Mandarin Oriental Singapore di 5 Raffles Avenue, Marina Bay. Hotel ini mempunyai sauna dan bilik wap serta pengangkautan lapangan terbang dan Wi-Fi percuma. Langkah keluar ke Singapore Flyer, roda pemerhatian besar dengan kapsul dilengkapi penyaman udara yang menawarkan pemandangan luas merentasi air biru Marina Bay semasa pusingan selama 30 minit.

ArtScience Museum-Pan Pacific Singapore

Daftar Masuk, Langkah Keluar

Daftar masuk ke Pan Pacific Singapore di 7 Raffles Boulevard, Marina Square. Hotel ini mempunyai pusat kecergasan dan kolam renang terbuka serta Wi-Fi percuma di dalam semua bilik tetamu. Langkah keluar ke Esplanade Theatres on the Bay dan tonton persembahan secara langsung di dewan panggung atau konsert. Panggung juga menawarkan bengkel dan acara seronok untuk keluarga.

ArtScience Museum-Ascott Raffles Place Singapore

Daftar Masuk, Langkah Keluar

Daftar masuk ke Ascott Raffles Place Singapore, hotel 5 bintang di 2 Finlayson Green, Marina Bay. Penginapan ini mempunyai pusat kecergasan dan kolam renang terbuka serta Wi-Fi percuma di dalam semua bilik tetamu. Langkah keluar ke Thian Hock Keng Temple, kuil yang dibina untuk memuja dewa laut China, Mazu. Kuil ini penting kepada masyarakat Hokkien dan dipenuhi dengan ukiran indah naga dan hidupan laut.

TEMPAH HOTEL DI SINGAPURA HARI INI

You may also like

Panduan Perjalanan Terbaik Anda untuk Meneroka Keajaiban Hualien: Pasar Malam, Alam Semula Jadi dan Budaya image

Mulakan perjalanan yang bertenaga melalui Hualien, Taiwan, dengan panduan perjalanan terbaik kami. Daripada pengembaraan pasar malam yang mendebarkan kepada pelarian semula jadi yang tenang dan penerokaan budaya, temui intipati Hualien dan cipta kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Selamat datang ke Panduan Terbaik untuk Membeli-belah di Fujikawaguchiko image

Temui gabungan mempesonakan kraf tradisional dan penemuan moden dalam Panduan Terbaik kami untuk Membeli-belah di Fujikawaguchiko. Terokai kedai-kedai artisanal, pasar tempatan dan cenderamata unik dengan latar belakang Gunung Fuji yang megah.

Meneroka Hiroshima: Perjalanan Budaya dan Kehidupan Malam image

Selami panduan perjalanan Hiroshima 4 hari kami, meneroka tapak ikonik, permata tersembunyi dan hidangan kulinari. Dari Taman Memorial Keamanan ke jalan-jalan pelik di Onomichi, temui semangat meriah dan keindahan tenang Hiroshima.

Panduan Jazz & Blues Chicago 3 Hari: Selami Pemandangan Muzik image

Mulakan perjalanan 3 hari melalui pemandangan jazz dan blues bersejarah Chicago. Daripada kelab ikonik hingga persembahan langsung, temui jiwa Kota Berangin. Baca sekarang!

Lawatan Malam Kuliner: Alami Kedai Makan dan Bar Wain Tulen Rom image

Selami kehidupan malam yang meriah & suasana kulinari di Rom dengan pemandu kami. Daripada bar wain tersembunyi hingga ke tempat makan tradisional, rasai citarasa dan sejarah yang kaya di bandar ini.

Perjalanan Kuliner Melalui Houston: Meneroka Pemandangan Pelbagai Makanan di Bandar Raya image

Selami suasana makanan yang meriah di Houston dengan panduan perjalanan kulinari 4 hari kami. Daripada BBQ ikonik kepada masakan global, terokai citarasa yang menjadikan Houston destinasi kegemaran makanan.

Hotel Butik Terbaik di Barcelona: Alami Kemewahan dengan Sentuhan Peribadi image

Buka kunci rahsia hotel butik yang paling mempesonakan di Barcelona, di mana kemewahan memenuhi perkhidmatan yang diperibadikan. Terokai panduan susun atur kami untuk menemui permata tersembunyi yang menawarkan pengalaman unik, keselesaan yang tiada tandingan dan pintu masuk ke tengah-tengah ibu kota Catalonia yang meriah.

Membongkar Permata Kuching: Panduan Komprehensif untuk Tarikan Paling Menawan di Bandar Raya image

Temui Kuching: Panduan Lengkap Permata Tersembunyi Borneo. Terokai tanda tempat bersejarah, pemandangan budaya yang meriah, taman negara yang subur dan hidangan kulinari.

Meneroka Permata Tersembunyi Asia Tenggara: Panduan Terbaik ke Pulau Batam image

Temui Pulau Batam, permata tersembunyi Asia Tenggara, dengan panduan perjalanan terbaik kami. Terokai pantai yang bersih, budaya yang kaya, hidangan kulinari dan pengembaraan yang mendebarkan.

Menemui Vung Tau: Panduan untuk Hotel Waterfront Terbaik untuk Pencinta Pantai image

Buka kunci yang terbaik dari Vung Tau dengan panduan kami ke hotel tepi laut yang popular! Alami kemewahan, pemandangan dan akses pantai yang tiada tandingan untuk percutian tepi laut yang sempurna.

Meneroka Laluan Ikonik Melbourne: Panduan Seni Jalanan dan Budaya Kafe image

Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan melalui Melbourne dengan panduan perjalanan 3 hari kami yang komprehensif. Daripada lorong-lorong ikonik dan seni jalanan kepada taman-taman yang subur dan hiburan malam, buka rahsia ibu kota kebudayaan Australia.

Semarang Selepas Gelap: Panduan 5 Malam untuk Pengalaman Kehidupan Malam Terbaik di Bandar Raya image

Selami kehidupan malam Semarang yang meriah dengan jadual perjalanan 5 malam eksklusif kami. Daripada berjalan kaki bersejarah di bawah bintang ke bar tepi pantai dan tempat muzik secara langsung, temui rahsia tersimpan terbaik di bandar ini dengan Agoda.

Terokai Malang: Pengembaraan 5 Hari melalui Permata Tersembunyi Java image

Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan melalui Malang dengan panduan perjalanan komprehensif kami. Temui budaya meriah di bandar ini, keajaiban semula jadi yang menakjubkan dan hidangan kulinari.

Permata Masakan Chonburi: Panduan Pencinta Makanan image

Mulakan perjalanan yang menarik melalui Chonburi dengan Panduan Pencinta Makanan kami. Temui permata masakan tersembunyi, makanan tempatan dan pengalaman makan yang tidak dapat dilupakan di syurga pantai Thailand.

Perjalanan Kuliner Melalui Tangerang: Masakan Tradisional Yang Anda Mesti Cuba image

Mulakan pengembaraan beraroma di Tangerang dengan panduan kulinari 3 hari kami. Temui hidangan tradisional, permata tersembunyi dan pengalaman makan yang tidak dapat dilupakan di bandar gastronomi di Indonesia.

Selamat datang ke Kuantan: Permata di Pantai Timur Malaysia image

Temui yang terbaik di Kuantan dalam 3 hari yang tidak dapat dilupakan. Selami panduan kami untuk jadual perjalanan terbaik yang meliputi pantai yang tenang, budaya tempatan yang kaya dan masakan yang lazat.

Dedahkan Keajaiban Cameron Highlands: Jadual Perjalanan Teh, Kembara dan Strawberi 3 Hari image

Temui keindahan Cameron Highlands yang tenang dengan jadual perjalanan eksklusif 3 hari kami. Daripada ladang teh yang subur ke ladang strawberi manis dan pendakian mistik, mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan.

Terokai Hualien: Jadual Perjalanan 3 Hari Merentasi Gunung dan Laut image

Mulakan perjalanan 3 hari yang menawan melalui Hualien, Taiwan. Terokai Taroko Gorge, nikmati masakan tempatan dan temui permata tersembunyi dengan jadual perjalanan kami yang komprehensif.

Percutian Hujung Minggu dalam Jadual Perjalanan Taoyuan: Pengalaman Teratas image

Selami penjelajahan hujung minggu dengan jadual perjalanan Taoyuan kami! Temui gabungan sempurna sejarah, alam semula jadi dan gastronomi dalam masa dua hari sahaja. Rancang percutian anda yang tidak dapat dilupakan dengan pengalaman terbaik dan permata tersembunyi di Taoyuan.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Hiroshima: Perjalanan Melalui Keamanan dan Kenangan image

Temui Hiroshima melalui jadual perjalanan 3 hari: dari Peace Memorial Park ke ketenangan Pulau Miyajima. Mulakan perjalanan kedamaian, ketabahan dan keindahan.

Temui Fujikawaguchiko: Jadual Perjalanan 3 Hari untuk Pemandangan, Budaya dan Ketenangan yang Memukau image

Buka kunci keindahan Fujikawaguchiko yang tenang dengan panduan jadual perjalanan 3 hari kami. Terokai Gunung Fuji yang megah, permata budaya dan onsen yang menenangkan.