fbpx

5 Lawatan Balik Hari dari Seoul dengan Tempat Menarik Popular Berhampiran Hotel Murah

Sistem pengangkutan Seoul yang sangat maju membuat akses dari dan menuju ke bandar ini sangat mudah. Banyak lawatan balik hari dari Seoul boleh ditempuh kurang daripada satu jam dengan pengangkutan awam, sehingga anda boleh mendaki Taman Negara Bukhansan atau naik roller coaster di taman tema Everland dengan mudah.

AGODA EXTRA: Walaupun diianggap sebagai tempat paling menakutkan di dunia, Korean Demilitarized Zone (DMZ) tetap menarik minat lebih daripada satu juta pengunjung setiap tahun. Zon ini berfungsi sebagai sempadan antara Korea Selatan dan Korea Utara, dan membahagikan Semenanjung Korea menjadi dua. Semasa lawatan balik hari dari Seoul menuju ke DMZ, Anda boleh melawat terowong penyeludupan, Freedom Bridge atau Jambatan Kebebasan, serta Odusan Unification Tower.

Bukhansan National Park_Dobongsan Mountain_Baegundae (Bukhansan) peak

1. Trekking hutan di TAMAN NEGARA BUKHANSAN

Bukan lagi rahsia bahawa Taman Negara Bukhansan merupakan salah satu lawatan balik hari dari Seoul yang paling popular. Lebih 5 juta pengunjung berkunjung ke kawasan ini setiap tahun sehingga membuatkan Guinness Book of World Records menobatkannya sebagai “Taman Negara yang Paling Banyak Dikunjungi setiap Unit Kawasan.” Jelajah lebih dari 10 laluan pendakian yang akan membawa anda ke puncak Baegundae (Bukhansan) serta lima puncak Gunung Dobongsan. Bukhansanseong Fortress Course menampilkan perjalanan sejarah serta alam semulajadi yang mengagumkan.

Daftar Masuk ke Hotel Yaja Suyu, Langkah Keluar ke Gupabal Subway Station

Hotel Yaja Suyu

Teroka lagi hotel dan rumah tumpangan berhampiran Taman Negara Bukhansan

Nami Island_Namiseon_Namiseon Zip Wire

2. Naik zip wire ke lokasi penggambaran filem drama popular di PULAU NAMI (NAMISEOM)

Bagi anda yang inginkan aktiviti mencabar adrenalin, cuba naik Namiseom Zip Wire yang akan membawa anda menggelungsur dengan seutas kabel sejauh 940 meter hingga ke Pulau Nami. Tapi jika aktiviti ekstrem ini tidak ada dalam rancangan perjalanan anda, anda boleh naik feri untuk sampai ke pulau ini. Dengan jarak sekitar satu jam dengan kereta dari Seoul, Pulau Nami menyediakan keindahan pulau buatan manusia dengan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan. Susuri jalan setapak untuk melihat daun gugur selama 4 musim sepanjang tahun sambil mengambil selfie dengan patung Winter Sonata di Gongsaengwon Garden. Penggemar drama Korea pasti tidak asing dengan filem yang penggambarannya dilakukan di pulau ini. Landmark lain ialah Tomb of General Nami dan Yu Qing Cheng’s Happy Garden Sculpture Gallery. Pengunjung yang membawa keluarga pasti menikmati aktiviti di Nami Island Handicraft Studio dan Greenshop Hands-on Learning Center, sementara kanak-kanak boleh meluangkan masa di Picture Book Library.

Daftar Masuk ke Whitevill Pension, Langkah Keluar ke Nami Island

Whitevill Pension

Teroka lagi resort dan vila di Chuncheon

Suwon_Suwon Hwaseong Fortress_Hwahongmun

3. Temui sebahagian daripada sejarah menarik Korea Selatan di SUWON

Suwon terlepas menjadi ibu negara pada abad ke-18, namun perkara ini telah membawa kesan positif. Kawasan yang menjadi rumah kepada satu juta penduduk kini menyimpan aset sejarah Korea Selatan yang paling berharga. Tempat tarikan popular di kawasan ini adalah Suwon Hwaseong Fortress. Tapak Warisan Dunia UNESCO ini merupakan tembok yang dibina pada abad 18 yang mengelilingi Hwahongmun dan Paldalmun Gate. Jangan lupa singgah ke Muzium Hwaseong Fortress yang terletak di bawah tanah.

Daftar Masuk ke Hotel Dono, Langkah Keluar ke Suwon Hwaseong Fortress

Hotel Dono

Teroka lagi motel dan rumah tumpangan di Suwon

Muui Island_Muuido_Hanagae Beach

4. Keluar dari lapangan terbang ketika transit lama di Seoul di PULAU MUUI (MUUIDO)

Transit di Lapangan Terbang Incheon untuk tempoh yang lama? Daripada bosan menunggu di lapangan terbang, lebih baik tunggu penerbangan anda sambil bersantai di pantai di Pulau Muui. Naik airport trail ke Stesen Yongyu, kemudian naik feri untuk ke Pulau Jamjindo. Dalam kurang daripada 10 minit, anda sudah boleh mendengar deburan ombak dari Pantai Hanagae. Jika anda mempunyai banyak masa dan inginkan sedikit cabaran, cuba mendaki Gunung Horyonggoksan dan Kuksa-bong Peak. Treknya memang pendek, namun pemandangan Laut Kuning dari puncak tidak ada tandingannya. Tempat menarik popular lain di pulau ini adalah Pantai Silmi. Ketika air laut surut, pengunjung boleh berjalan ke Pulau Silmido yang terletak berhampiran. Pulau tak berpenghuni ini memang tidak menawarkan sebarang tarikan, namun cerita dari zaman perang ketika pulau ini dijadikan tempat latihan tentera membuatnya menarik untuk dikunjungi.

Daftar Masuk ke Hotel Sky Incheon Airport, Langkah Keluar ke Muui Island di Incheon

Hotel Sky Incheon Airport

Teroka lagi hotel dan resort berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon

Yongin_Everland_Korean Folk Village

5. Buat perjalanan dua hari untuk melawat Everland dan Kampung Rakyat Korea di YONGIN

Satu hari nampaknya tidak cukup untuk mengunjungi semua tempat menarik yang ditawarkan di Yongin. Biasanya, pelancong membuat perjalanan dari Seoul ke taman tema Everland dan meluangkan satu hari, dan Korean Folk Village pada hari berikutnya. Selepas itu, anda masih ada sedikit masa untuk singgah ke Taman Daejanggeum Yongin!

Everland adalah taman tema terbesar di Korea Selatan. Tiket masuk sudah termasuk akses ke semua zon termasuk Zootopia, di sana pengunjung boleh melihat haiwan di habitat asalnya, serta Magic Land, tempat roller coaster Thunder Falls berada.

Korean Folk Village adalah komuniti yang menyoroti kehidupan masyarakat Korea semasa zaman Joseon. Perkampungan ini mempamerkan rumah asli Korea, dan pelancong dijemput menyertai kemeriahan festival musik petani atau nongak, menunggang kuda, malah menyaksikan upacara pernikahan tradisional.

Taman Daejanggeum Yongin adalah lokasi penggambaran filem di luar yang dibuka untuk awam sejak 2011. Pengunjung boleh melihat set filem dan alat kelengkapan yang digunakan dalam beberapa siri TV serta drama Korea popular.

Daftar Masuk ke Hwangto Green Village Pension, Langkah Keluar ke Yongin Daejanggeum Park

Hwangto Green Village Pension

Teroka lagi hotel dan rumah tumpangan di Yongin

You may also like

Perjalanan Kuliner Melalui Goa: Menemui Masakan Tradisional Goan image

Mulakan perjalanan yang lazat melalui landskap masakan Goa dengan panduan komprehensif kami. Temui gabungan perisa masakan Goan tradisional, daripada vindaloos pedas hingga bebinca manis, dan selami budaya tempatan melalui pasar, kelas memasak dan santapan mampan.

Selamat datang ke Istanbul: Tempat Timur Bertemu Barat image

Mulakan perjalanan 5 hari yang menawan melalui Istanbul, meneroka keajaiban bersejarah dan permata budaya. Temui jadual perjalanan yang dipenuhi dengan istana yang megah, bazar yang meriah dan pelayaran yang indah.

7 Hari dalam Jadual Perjalanan Sydney: Meneroka Tarikan Terbaik di Harbour City image

Mulakan perjalanan 7 hari yang menawan melalui Sydney, Australia. Daripada tanda tempat ikonik seperti Opera House ke Blue Mountains yang tenang dan Darling Harbour yang meriah, temui tarikan terbaik yang ditawarkan oleh Harbour City.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Dalat: Meneroka Hati Tanah Tinggi image

Terokai Jadual Perjalanan Dalat 3 Hari kami yang menawan untuk menemui permata tanah tinggi Vietnam. Dari tasik yang tenang hingga ke tapak bersejarah, nikmati pengembaraan & bersantai di Dalat.

5 Hari dalam Jadual Perjalanan Incheon: Daripada Tapak Bersejarah kepada Keajaiban Moden image

Temui yang terbaik di Incheon dalam masa 5 hari, daripada tapak bersejarah yang mengagumkan kepada keajaiban moden yang canggih. Manjakan diri dengan lawatan kebudayaan, hidangan kulinari, dan pemandangan yang menakjubkan.

Selamat datang ke Bangalore: Kota Taman, Teknologi dan Budaya image

Terokai Jadual Perjalanan 3 Hari kami di Bangalore untuk mendedahkan yang terbaik di Garden City. Daripada istana diraja ke hab teknologi, nikmati gabungan budaya, sejarah dan alam semula jadi.

Selamat datang ke Jadual Perjalanan Impian 7 Hari Anda di Krabi image

Terokai Jadual Perjalanan Krabi 7 Hari eksklusif kami di Panduan Perjalanan Agoda. Temui pantai yang bersih, hutan rimba dan khazanah budaya di syurga Thailand.

7 Hari dalam Jadual Perjalanan Hua Hin/Cha-am: Mendedahkan Pantai Murni dan Retret Diraja image

Mulakan perjalanan 7 hari melalui Hua Hin/Cha-am dengan jadual perjalanan kami yang direka dengan pakar. Temui pantai yang murni, istana diraja dan permata tersembunyi.

Mulakan Percutian Hujung Minggu ke Yilan: Pelarian Pantas ke Alam Semula Jadi image

Mulakan percutian hujung minggu yang luar biasa di Yilan dengan jadual perjalanan pilihan kami. Temui landskap yang subur, berendam di mata air panas semula jadi, dan nikmati hidangan masakan tempatan.

Selamat datang ke Vibrant City of Mumbai: Periuk Lebur Budaya image

Selami budaya, sejarah dan citarasa yang meriah di Mumbai dengan jadual perjalanan 3 hari kami yang terperinci. Temui tanda tempat ikonik, permata tersembunyi dan hidangan kulinari.

Panduan 3 Hari Pencinta Makanan ke Ipoh: Jadual Perjalanan Makanan dan Kuliner Terbaik image

Selami syurga masakan Ipoh dengan panduan pencinta makanan 3 hari kami! Temui tempat makan terbaik, kafe tersembunyi dan hidangan kebudayaan di syurga gastronomi Malaysia.

Selamat datang ke Kobe: Gerbang untuk Penemuan dan Kegembiraan image

Mulakan perjalanan 3 hari yang menawan melalui Kobe, Jepun. Daripada tanda tempat bersejarah hingga keindahan pemandangan, temui yang terbaik di Kobe.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Dallas: Tarikan Wajib Dilawati dan Permata Tersembunyi image

Temui yang terbaik di Dallas dengan jadual perjalanan 3 hari eksklusif kami. Daripada tanda tempat ikonik kepada permata tersembunyi, temui sebab Dallas, TX, adalah destinasi yang mesti dilawati.

Hat Yai: Jadual Perjalanan 5 Hari ke Permata Tersembunyi Selatan Thailand image

Temui yang terbaik di Hat Yai dengan jadual perjalanan 5 hari kami. Daripada pasar yang sibuk hingga ke kuil yang tenang, alami permata tersembunyi di Selatan Thailand.

7 Hari di New York City Itinerary image

Mulakan perjalanan 7 hari yang tidak dapat dilupakan melalui New York City. Dari jalan ikonik Manhattan ke Lembah Hudson yang tenang, temui tarikan utama Big Apple, permata tersembunyi dan budaya meriah.

Menemui Tainan: Jadual Perjalanan 3 Hari Sejarah, Budaya dan Masakan image

Terokai Tainan dalam masa 3 hari dengan jadual perjalanan kami yang mendalam. Temui kuil purba, nikmati hidangan masakan tempatan dan berehat di tempat semula jadi yang tenang.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Macau: Panduan Menjelajah Las Vegas Asia image

Terokai Jadual Perjalanan Macau 3-Hari kami yang menarik untuk mendedahkan gabungan sejarah, budaya dan keseronokan di Asia Vegas.

Percutian Hujung Minggu di Orlando Itinerary: Tarikan Utama & Permata Tersembunyi image

Dedahkan keajaiban Orlando dengan jadual percutian hujung minggu eksklusif kami! Daripada taman tema yang mendebarkan kepada taman yang tenang dan kehidupan malam yang meriah, temui tarikan popular dan permata tersembunyi tempatan.

Jadual Perjalanan 7 Hari di Paris: Meneroka Kota Cahaya image

Temui jadual perjalanan 7 hari terbaik di Paris! Terokai tanda tempat ikonik, nikmati masakan Perancis dan tenggelam dalam seni dan sejarah.

Jadual Perjalanan Nha Trang Pencari Pengembaraan: Panduan 5 Hari yang mendebarkan image

Terokai jadual perjalanan Nha Trang 5 hari kami yang direka untuk pencari pengembaraan! Daripada melompat ke pulau ke selam skuba dan keajaiban budaya, temui yang terbaik di Nha Trang dengan panduan pakar kami.

Jadual Perjalanan Bersiar-siar Goa: Meneroka Mutiara Timur image

Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan dengan Jadual Perjalanan Bersiar-siar Goa kami. Terokai pantai yang dicium matahari, kehidupan malam yang meriah, kuil yang tenang dan hidupan liar yang subur.