fbpx

Masa Terbaik Melawat Seoul: Tip Melancong Bermusim dan Tarikan

Masa terbaik untuk melawat Seoul bergantung pada apa yang anda ingin lihat dan lakukan semasa lawatan anda. Korea Selatan mempunyai empat musim, yang bermakna setiap bulan mempunyai cuaca baru dan aktiviti baru. Dari membeli-belah di Pasar Malam Dongdaemun pada waktu malam musim bunga yang panas hingga melihat keindahan daun yang gugur di Taman Namsan pada bulan Oktober, setiap musim mempunyai tarikannya. Berikut merupakan panduan untuk membantu anda memilih tarikh lawatan anda ke ibu negara Korea Selatan.

Masa terbaik untuk melawat Seoul-Bunga sakura Taman Yeouido

1. Masa terbaik untuk melawat Seoul | Awal musim bunga ketika bunga sakura berkembang mekar di Seoul

Seoul merupakan tempat lawatan menarik semasa musim bunga. Walaupun suhu pada bulan Mac kadang-kala sedikit sejuk, terutamanya pada waktu malam, ini merupakan masa yang baik untuk meneroka bandar selagi anda memakai jaket musim bunga yang baik. Suhu semakin meningkay pada awal April dengan suhu purata harian setinggi 64 °F dan serendah 55 °F. Anda mungkin memerlukan jaket semasa waktu malam, tetapi suhu pada waktu siang akan nyaman. Kedatangan pelancong meningkat pada bulan April, maka jangkakan orang ramai. Ini kerana bunga sakura lazimnya mula berkembang pada awal April, mewarnai bandar terutamanya taman-taman, dengan warna merah jambu yang indah. Jika anda ingin melawat pada musim bunga, memang berbaloi untuk merancang lawatan anda semasa bunga sakura berkembang. Terdapat banyak tempat di sekitar bandar untuk melihat bunga sakura.

Tempat terbaik untuk melihat bunga sakura di Seoul

  • Taman Yeouida: Salah satu tempat terkenal di Seoul untuk melihat bunga sakura, Taman Yeouida menganjurkan Pesta Bunga Musim Bunga pada setiap tahun yang wajib dikunjungi.
  • Children’s Grand Park: Taman besar yang mengandungi taman hiburan, zoo dan taman botani, Children’s Grand Park juga merupakan tempat yang baik untuk melihat bunga sakura.
  • Istana Gyeongbokgung: Lihat bunga sakura dan salah satu mercu tanda terkemuka di Seoul dengan melawat Istana Gyeongbokgung. Jangan lupa menyewa pakaian hanbok tradisional semasa berada di sana.
  • Hutan Seoul: Bertaburan dengan pokok sakura yang berkembang indah semasa musim bunga, Hutan Seoul mempunyai banyak laluan jalan kaki dan tempat berkelah yang menarik.
  • Tasik Seokchon: Perimeter Tasik Seokchn berhampiran dengan Lotte World dibarisi pokok sakura, menjadikannya tempat berjalan yang indah.

Daftar Masuk ke Hotel the Designers Yeouido, Langkah Keluar keTaman Yeouida

Masa terbaik untuk melawat Seoul-Hotel the Designers Yeouido

Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri berhampiran dengan Children’s Grand Park

Masa terbaik untuk melawat Seoul-Pasar Malam Dongdaemun

2. Masa terbaik untuk melawat Seoul | Lewat musim bunga untuk pesta menarik, makanan Korea dan pasar malam

Walaupun tiada lagi bunga sakura, masih terdapat pelbagai bunga yang cantik dan wangi yang berkembang di sekitar bandar pada lewat musim bunga. Jelas sekali cuaca pada waktu ini menjadikannya masa terbaik untuk melawat Seoul. Matahari yang sering menyinar, suhu yang panas tetapi nyaman, kelembapan yang sederhana, membolehkan anda memakai baju lengan pendek dan seluar pendek. Jangan lupa bawa pelindung matahari dan topi. Selain cuaca yang indah, jangan lupa bahawa Seoul merupakan salah satu syurga makanan di dunia. Pada lewat musim bunga, bar dan restoran di sekitar bandar akan membuka teres mereka dan anda boleh menikmati makanan di luar. Ini juga masa terbaik untu meneroka pasar malam di Seoul dan pelbagai pesta yang dianjurkan, yang paling terkenal, Pesta Tanglung Lotus pada setiap Mei.

Pesta Tanglung Lotus Pusat Bandar Seoul

Pesta Tanglung Lotus merupakan sambutan besar untuk meraikan hari lahir Buddha. Dengan sejarah sejauh seribu tahun, pesta ini mula diraikan semasa Dinasti Silla. Walaupun pada mulanya ia disambut kerana tujuan agama, kini Pesta Tanglung Lotus ialah acara wajib pergi untuk penduduk Seoul dan pelawat dari pelbagai agama dan latar belakang. Pesta bermula dengan Perarakan Tanglung Lotus tahunan, yang melewati Pintu Dongdaemun di Kubu Seoul dan berterusan hingga ke Kuil Jogyesa, dan mempamerkan pelbagai tanglung yang dihiasi indah sepanjang perjalanan. Pesta ini juga mempamerkan pelbagai tanglung dan acara kebudayaan tradisional.

Restoran terbaik di Seoul

  • Imun Seolnongtang: Restoran tertua di Seoul. Pastikan anda mencuba seolleongtang (sup tulang lembu).
  • Doore Yoo: Restoran Perkampungan Bukchon Hanok yang menghidangkan masakan tradisional Korea.
  • Balwoo Gongyang: Tempat terbaik di Seoul untuk masakan tradisional kuil Buddha.
  • Hoban: Restoran yang menghidangkan masakan Korea istimewa bersama-sama minuman Korea istimewa.
  • Mokmeoksanbang: Tempat terbaik untuk bibimbap terenak di negara ini.
  • Wooraeok Wooraeok: Anda belum merasa barbeku Korea sebenar sehingga anda makan di restoran ini.
  • Soigne: Restoran berbintang Michelin yang menghidangkan menu mewah antarabangsa.
  • Hadongkwan: Tempat terbaik di bandar untuk mencuba sup daging Korea yang dikenali sebagai gomtang.

Pasar malam terkemuka di Soeul

  • Pasar Malam Myeongdong: Pasar malam paling terkenal di Seoul, pasar malam ini terkenal dalam kalangan pelancong.
  • Pasar Gwangjang: Pasar makanan jalanan tertua di Korea Selatan, anda boleh mencuba pelbagai makanan baru dan enak dari pelbagai gerai makan.
  • Pasar Malam Dongdaemun: Terletak di kawasan membeli-belah terkemuka di Seoul, pasar ini lazimnya dibuka hingga 5 a.m.
  • Pasar Namdaemun: Dibuka hingga matahari terbit, pasar ini merupakan tempat yang bagus untuk mencari pakauan, barangan rumah, dan tentu sekali, makanan jalanan.
  • Pasar Malam Bamdokkaebi Seoul: Pasar malam ini terletak di pelbagai tempat di sekitar Seoul, setiap pasar menawarkan pengalaman yang berbeza dan barangan unik.

Daftar Masuk ke Shilla Stay Gwanghwamun, Langkah Keluar ke Kuil Jogyesa

Masa terbaik untuk melawat Seoul-Shilla Stay Gwanghwamun

Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri berhampiran dengan Pasar Malam Dongdaemun

Masa terbaik untuk melawat Seoul-Pantai Daecheon

3. Masa terbaik untuk melawat Seoul | Awal musim panas untuk menikmati cuaca panas dan pantai

Lazimnya pengunjung dinasihatkan untuk tidak melawat Seoul semasa monsun musim panas, antara Julai hingga September, yang bertemankan suhu dan kelembapan yang tinggi. Namun, melawat antara pertengahan Jun hingga Julai adalah masa terbaik jika anda ingin menikmati restoran dan pasar malam semasa musim panas. Anda juga tidak akan bersesak-sesak semasa musim puncak pada lewat musim panas. Suhu pada penghujung Jun boleh mencapai hingga 90 °F pada waktu siang dan kekal panas hingga waktu malam. Pastikan anda membawa seluar pendek, baju lengan pendek, cermin mata hitam, topi, dan pelindung matahari. Jangan lupa bawa baju renang untuk berenang di laut. Walaupun bandar Seoul tidak mempunyai pantai, awal musim panas merupakan masa terbaik untuk membuat lawatan seharian ke salah satu pantai yang boleh dicapai dengan kereta atau bas dari bandar.

Lawatan pantai terbaik dari Seoul

Daftar Masuk ke Naksan beach Hotel, Langkah Keluar ke pantai Naksan

Masa terbaik untuk melawat Seoul-Naksan Beach Hotel

Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri berhampiran dengan pantai Daecheon

Masa terbaik untuk melawat Seoul-Istana Changdeokgung-musim luruh-memburu koyo

4. Masa terbaik untuk melawat Seoul | Pada Oktober dan November untuk melihat daun gugur semasa musim luruh

Ramai beranggapan bahawa musim luruh ialah masa terbaik untuk melawat Seoul, dan sebabnya memang bagus. Hari-harinya cerah tetapi tidak begitu panas, dengan suhu setinggi 68°F pada Oktober dan 53 °F pada November. Anda mungkin memerlukan jaket ringan pada masa-masa tertentu semasa awal musim, tetapi anda tidak perlu berselubung. Pada penghujung November, jaket musim sejuk ringan akan membantu. Harga hotel dan tiket penerbangan jatuh selepas musim panas dan orang tidak ramai. Anda akan bertemu dengan ramai penduduk tempatan dan pelancong berjalan di sekitar bandar dan taman, menikmati keindahan daun-daun yang gugur. Bandar ini dilimpahi warna merah, kuning dan jingga dan terdapat banyak tempat menarik untuk melihat daun-daun yang gugur.

Tempat terbaik untuk melihat daun musim luruh

  • Istana Changdeokgung: Taman Rahsia di Istana Changdeokgung merupakan salah satu tempat menakjubkan untuk melihat daun yang gugur, dengan dahan-dahan yang bergantungan di atas pelawat dan meredamkan bunyi bising dari luar.
  • Istana Deoksugung: Jalan Berdinding Batu di Istana Deoksugung dibarisi pokok ginkgo kuning dan sesuai untuk persiaran yang romantik.
  • Taman Namsan: Taman terbesar di Seoul, Taman Namsan mengandungi jaringan denai kembara yang besar dibarisi pokok-pokok dengan dedaunan yang indah.
  • Kubu Seoul: Nikmati pemandangan musim luruh ketika bersiar-siar di sekitar bandar lama dengan mengambil Laluan Dinding dari Kubu Seoul.
  • Hutan Seoul: Sebagaimana ini merupakan tempat yang bagus untuk melihat bunga sakura pada musim bunga, Hutan Seoul juga merupakan salah satu tempat terkenal untuk melihat daun musim luruh.

Daftar Masuk ke Princess Hotel, Langkah Keluar ke Hutan Seoul

Masa terbaik untuk melawat Seoul-Princess Hotel

Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri berhampiran dengan Taman Namsan

Masa terbaik untuk melawat Seoul-Jisan Forest Ski Resort

5. Masa terbaik untuk melawat Seoul | Dalam musim sejuk (Disember hingga Februari) untuk ski dan pengunjung yang berbajet

Musim sejuk di Seoul bukan masa terbaik untuk melawat Seoul untuk aktiviti seperti bersiar-siar kerana ia boleh menjadi sangat sejuk dan tidak menyelesakan di luar jika anda tidak berseida. Namun begitu, musim sejuk juga ada keistimewaannya. Seoul tidak sesak pada waktu ini, dan anda boleh berjimat untuk penerbangan, tempat tinggal dan makan. Jika anda memakai pakaian musim sejuk yang sesuai – seperti kot panas, but, topi, skarf, dan sarung tangan – meneroka bandar boleh seseronok meneroka pada masa lain. Terdapat banyak hiasan dan temasya yang berlaku di bandar sepanjang musim cuti ini. Tambahan lagi, Korea Selatan mempunyai beberapa resort ski terbaik, kebanyakannya tidak jauh dari Seoul, di kawasan gunung yang mengelilinginya.

Resort ski terbaik berhampiran dengan Seoul

  • Jisan Forest Ski Resort: Dengan beberapa cerun pemula dan pertengahan yang bagus dan kemudahan yang baik, Jisan Forest Ski Resort merupakan tempat terbaik untuk lawatan ski sehari atau hujung minggu.
  • Daemyung Vivaldi Park Ski Resort: Walaupun terletak satu setengah jam perjalanan dari bandar, Daemyung Vivaldi Park Ski Resort merupakan salah satu destinasi terkenal dalam kalangan penduduk Seoul.
  • Bears Town Ski Resort: Terletak 50 minit dair Seoul, Bears Town Ski Resort merupakan destinasi popular untuk keluarga dan peluncur papan salji.
  • Phoenix Park: Salah satu tempat pertandingan semasa Sukan Musim Sejuk Pyeongchang 2018, Phoenix Park terkenal untuk kualiti saljinya yang sangat baik.
  • Star Hill Resort: Resort selesa tidak jauh dari Seoul, Star Hill Resort mempunyai enam cerun, setiap satu mempunyai lif sendiri.

Daftar Masuk ke Phoenix Pyeongchang, Langkah Keluar ke Phoenix Park

Masa terbaik untuk melawat Seoul-Phoenix Pyeongchang

Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri berhampiran dengan Jisan Forest Ski Resort

You may also like

Perjalanan Kuliner Melalui Goa: Menemui Masakan Tradisional Goan image

Mulakan perjalanan yang lazat melalui landskap masakan Goa dengan panduan komprehensif kami. Temui gabungan perisa masakan Goan tradisional, daripada vindaloos pedas hingga bebinca manis, dan selami budaya tempatan melalui pasar, kelas memasak dan santapan mampan.

Selamat datang ke Istanbul: Tempat Timur Bertemu Barat image

Mulakan perjalanan 5 hari yang menawan melalui Istanbul, meneroka keajaiban bersejarah dan permata budaya. Temui jadual perjalanan yang dipenuhi dengan istana yang megah, bazar yang meriah dan pelayaran yang indah.

7 Hari dalam Jadual Perjalanan Sydney: Meneroka Tarikan Terbaik di Harbour City image

Mulakan perjalanan 7 hari yang menawan melalui Sydney, Australia. Daripada tanda tempat ikonik seperti Opera House ke Blue Mountains yang tenang dan Darling Harbour yang meriah, temui tarikan terbaik yang ditawarkan oleh Harbour City.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Dalat: Meneroka Hati Tanah Tinggi image

Terokai Jadual Perjalanan Dalat 3 Hari kami yang menawan untuk menemui permata tanah tinggi Vietnam. Dari tasik yang tenang hingga ke tapak bersejarah, nikmati pengembaraan & bersantai di Dalat.

5 Hari dalam Jadual Perjalanan Incheon: Daripada Tapak Bersejarah kepada Keajaiban Moden image

Temui yang terbaik di Incheon dalam masa 5 hari, daripada tapak bersejarah yang mengagumkan kepada keajaiban moden yang canggih. Manjakan diri dengan lawatan kebudayaan, hidangan kulinari, dan pemandangan yang menakjubkan.

Selamat datang ke Bangalore: Kota Taman, Teknologi dan Budaya image

Terokai Jadual Perjalanan 3 Hari kami di Bangalore untuk mendedahkan yang terbaik di Garden City. Daripada istana diraja ke hab teknologi, nikmati gabungan budaya, sejarah dan alam semula jadi.

Selamat datang ke Jadual Perjalanan Impian 7 Hari Anda di Krabi image

Terokai Jadual Perjalanan Krabi 7 Hari eksklusif kami di Panduan Perjalanan Agoda. Temui pantai yang bersih, hutan rimba dan khazanah budaya di syurga Thailand.

7 Hari dalam Jadual Perjalanan Hua Hin/Cha-am: Mendedahkan Pantai Murni dan Retret Diraja image

Mulakan perjalanan 7 hari melalui Hua Hin/Cha-am dengan jadual perjalanan kami yang direka dengan pakar. Temui pantai yang murni, istana diraja dan permata tersembunyi.

Mulakan Percutian Hujung Minggu ke Yilan: Pelarian Pantas ke Alam Semula Jadi image

Mulakan percutian hujung minggu yang luar biasa di Yilan dengan jadual perjalanan pilihan kami. Temui landskap yang subur, berendam di mata air panas semula jadi, dan nikmati hidangan masakan tempatan.

Selamat datang ke Vibrant City of Mumbai: Periuk Lebur Budaya image

Selami budaya, sejarah dan citarasa yang meriah di Mumbai dengan jadual perjalanan 3 hari kami yang terperinci. Temui tanda tempat ikonik, permata tersembunyi dan hidangan kulinari.

Panduan 3 Hari Pencinta Makanan ke Ipoh: Jadual Perjalanan Makanan dan Kuliner Terbaik image

Selami syurga masakan Ipoh dengan panduan pencinta makanan 3 hari kami! Temui tempat makan terbaik, kafe tersembunyi dan hidangan kebudayaan di syurga gastronomi Malaysia.

Selamat datang ke Kobe: Gerbang untuk Penemuan dan Kegembiraan image

Mulakan perjalanan 3 hari yang menawan melalui Kobe, Jepun. Daripada tanda tempat bersejarah hingga keindahan pemandangan, temui yang terbaik di Kobe.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Dallas: Tarikan Wajib Dilawati dan Permata Tersembunyi image

Temui yang terbaik di Dallas dengan jadual perjalanan 3 hari eksklusif kami. Daripada tanda tempat ikonik kepada permata tersembunyi, temui sebab Dallas, TX, adalah destinasi yang mesti dilawati.

Hat Yai: Jadual Perjalanan 5 Hari ke Permata Tersembunyi Selatan Thailand image

Temui yang terbaik di Hat Yai dengan jadual perjalanan 5 hari kami. Daripada pasar yang sibuk hingga ke kuil yang tenang, alami permata tersembunyi di Selatan Thailand.

7 Hari di New York City Itinerary image

Mulakan perjalanan 7 hari yang tidak dapat dilupakan melalui New York City. Dari jalan ikonik Manhattan ke Lembah Hudson yang tenang, temui tarikan utama Big Apple, permata tersembunyi dan budaya meriah.

Menemui Tainan: Jadual Perjalanan 3 Hari Sejarah, Budaya dan Masakan image

Terokai Tainan dalam masa 3 hari dengan jadual perjalanan kami yang mendalam. Temui kuil purba, nikmati hidangan masakan tempatan dan berehat di tempat semula jadi yang tenang.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Macau: Panduan Menjelajah Las Vegas Asia image

Terokai Jadual Perjalanan Macau 3-Hari kami yang menarik untuk mendedahkan gabungan sejarah, budaya dan keseronokan di Asia Vegas.

Percutian Hujung Minggu di Orlando Itinerary: Tarikan Utama & Permata Tersembunyi image

Dedahkan keajaiban Orlando dengan jadual percutian hujung minggu eksklusif kami! Daripada taman tema yang mendebarkan kepada taman yang tenang dan kehidupan malam yang meriah, temui tarikan popular dan permata tersembunyi tempatan.

Jadual Perjalanan 7 Hari di Paris: Meneroka Kota Cahaya image

Temui jadual perjalanan 7 hari terbaik di Paris! Terokai tanda tempat ikonik, nikmati masakan Perancis dan tenggelam dalam seni dan sejarah.

Jadual Perjalanan Nha Trang Pencari Pengembaraan: Panduan 5 Hari yang mendebarkan image

Terokai jadual perjalanan Nha Trang 5 hari kami yang direka untuk pencari pengembaraan! Daripada melompat ke pulau ke selam skuba dan keajaiban budaya, temui yang terbaik di Nha Trang dengan panduan pakar kami.

Jadual Perjalanan Bersiar-siar Goa: Meneroka Mutiara Timur image

Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan dengan Jadual Perjalanan Bersiar-siar Goa kami. Terokai pantai yang dicium matahari, kehidupan malam yang meriah, kuil yang tenang dan hidupan liar yang subur.