fbpx

Jadual Perjalanan Seoul: Lawatan 3 Hari dan 5 Hari ke Korea

Merancang jadual perjalanan Seoul lebih awal boleh membuat lawatan ke Korea lebih seronok. Seoul ialah sebuah bandar moden hebat yang turut mengekalkan tradisi asal mereka. Mercu tanda bersejarahnya berpadu dengan wajah kota yang moden, lantas menawarkan sebuah destinasi pelancongan yang menakjubkan. Sama ada anda melawat untuk tiga hari, lima hari atau tujuh hari, jadual perjalanan Seoul yang baik dapat memastikan anda tidak bosan semasa berada di Seoul.

Jadual perjalanan Seoul-lawatan Korea Selatan-Perkampungan Hanok Bukchon

Jadual Perjalanan Seoul: Kegiatan yang boleh dilakukan di Seoul

Seoul terkenal untuk makanannya yang lazat, tapak bersejarah yang indah dan tarikan moden yang mengagumkan, serta merupakan sebuah destinasi menarik bagi semua peringkat umur. Sama ada ingin membeli-belah di daerah Gangnam atau di Myeongdong, anda pasti ingin melawat perkampungan tradisional Hanok Bukchon. Sekiranya anda mencari makanan jalan yang mengagumkan, Seoul pasti tidak mengecewakan anda. Dengan panduan jadual perjalanan Seoul ini, anda boleh merancang lawatan yang pasti meninggalkan kenangan abadi!

Daftar Masuk ke Hotel Gracery Seoul, Langkah Keluar ke Altar Hwangudan

Jadual perjalanan Seoul-lawatan Korea Selatan-Hotel Gracery Seoul

Jadual perjalanan Seoul-lawatan Korea Selatan-metro

Petua Jadual Perjalanan Seoul – Cara untuk Mengelakkan Tekanan di Seoul

Jika anda melawat Seoul buat pertama kali, bersedialah melihat sebuah bandar yang menakjubkan. Namun, dengan pelbagai perkara untuk dilihat, dilakukan dan dimakan di Seoul, lebih baik anda membuat perancangan yang baik sebelum ke sana. Seperti percutian lain, lebih banyak anda tahu sebelum tiba ke destinasi, semakin kurang kerisauan anda sebaik sahaja tiba di sana. Petua berikut dapat membantu anda berseronok di Seoul dan memastikan percutian anda bebas daripada tekanan, sama ada anda melawat bandar ini untuk 3 hari ataupun ingin meluangkan masa 5 hari di sana.

  • Pelajari segalanya tentang sistem kereta api Seoul. Seoul merupakan salah satu bandar paling terhubung di dunia, dan sistem kereta apinya amat luas. Baca tentang sistem kereta api Seoul sebelum berlepas (akan dirujuk selepas ini dalam panduan ini), untuk memastikan anda tahu cara untuk bergerak ke seluruh bandar dengan mudah.
  • Mahirkan diri tentang Seoul sebelum anda berlepas. Ketahui tempat, masa dan cara anda ingin melawat bandar ini. Tentukan mercu tanda dan tarikan utama yang anda perlu lihat dan mulalah merancang. Jika anda tidak tahu apa-apa tentang bandar ini ketika tiba, anda akan lebih tertekan semasa percutian anda.
  • Tentukan bajet lebih awal dan ikut bajet yang telah dibuat. Petua terbaik untuk Seoul ialah jangkakan untuk berbelanja sekitar $100 USD satu hari, seorang. Ada hari yang anda akan berbelanja kurang daripada jumlah ini, dan pada hari yang lain, anda mungkin berbelanja lebih. Dengan merancang sekitar jumlah ini (jumlah ini telah termasuk penginapan satu hari), anda bermungkinan besar dapat mengikut bajet anda dan tidak terlebih belanja.
  • Pilih daerah yang sesuai untuk anda. Jika anda merancang untuk membeli-belah dengan banyak, pertimbanglah untuk menginap di daerah yang mempunyai banyak pilihan beli-belah (seperti Gangnam atau Myeongdong); jika anda mencari tarikan bersejarah, menginaplah berhampiran tapak bersejarah yang anda ingin lihat. Rancang percutian anda agar masa perjalanan anda dapat dikurangkan, dan anda dapat meluangkan lebih banyak masa untuk melawat tarikan.
  • Cubalah melawat tarikan di luar waktu puncak. Jika anda dapat merancang lawatan harian anda agar anda melawat tarikan-tarikan ini pada awal pagi, atau pada hari bekerja, anda tidak perlu berebut dengan orang ramai dan dapat merasai pengalaman yang lebih menyeronokkan.

Jadual perjalanan Seoul-lawatan Korea Selatan-Daerah Hongdae

Pilih Tempat Menginap di Seoul Berdasarkan Percutian Anda

Terdapat banyak kejiranan yang baik di Seoul, jadi walau di mana-mana pun anda menginap, anda pasti berakhir di tempat yang baik. Namun begitu, setiap daerah di bandar ini terkenal untuk perkara berlainan, jadi pilihlah dengan sewajarnya. Gambaran tentang beberapa daerah terkenal di Seoul ini dapat membantu anda mengenal pasti kejiranan yang sesuai untuk anda!

  • Daerah Hongdae: Muda, hip dan dipenuhi pelajar, Daerah Hongdae merupakan tempat yang baik jika anda mencari makanan yang murah, aktiviti malam yang menarik, pengalaman beli-belah bebas, dan seni moden. Moden dan mengujakan, daerah ini merupakan tempat yang baik untuk menginap jika anda mencari keseronokan di Seoul.
  • Daerah Gangnam: Daerah ini merupakan tempat hiburan golongan kaya dan terkenal, tetapi walaupun anda bukan seorang jutawan, terdapat banyak keseronokan yang boleh dialami di Daerah Gangnam. Dengan beli-belah barangan berjenama, kelab-kelab malam, restoran mewah, dan tarikan moden, Gangnam ialah tempat yang hip, moden dan terkenal sebagai impian bagi peminat budaya pop.
  • Daerah Myeongdong: Jika anda mencari tempat beli-belah yang baik, makanan Korea yang lazat (termasuk lambakan penjaja jalanan), maka daerah Myeongdong merupakan tempat anda! Namun, terdapat lebih daripada membeli-belah dan makan di sini, dengan kedua-dua drama pentas dan drama rakyat boleh ditonton di Panggung Nanta Myeongdong, dan juga gereja kurun ke-19 di kawasan ini, terdapat paduan baik antara tarikan moden dan bersejarah di kejiranan menarik ini.
  • Daerah Insadong: Daerah menakjubkan ini mempunyai jalan yang dikhaskan untuk pejalan kaki sahaja sebagai tarikan utamanya, yang memang baik untuk pengunjung ke kawasan ini. Terokai rumah-rumah teh dan kedai-kedai tradisional Korea yang menjadikan tempat ini terkenal. Jika anda mencari cenderamata kraftangan Korea, maka Daerah Insadong merupakan tempat yang sesuai untuk anda. Kawasan ini juga dikenali untuk makanan jalanannya yang lazat-lazat, jadi pastikan anda melangkah keluar ke Daerah Insadong apabila lapar!

Daftar masuk ke Sotetsu Hotels The Splaisir Seoul Myeong-Dong, Langkah keluar ke Lotte Young Plaza Myeongdong

Jadual perjalanan Seoul-lawatan Korea Selatan-Sotetsu Hotels The Splaisir Seoul Myeong-Dong

Jadual perjalanan Seoul-lawatan Korea Selatan-Myeongdong

Jadual Perjalanan Seoul: Aktiviti yang boleh dilakukan di Seoul semasa Lawatan 3 Hari

Seoul merupakan destinasi yang baik untuk mana-mana pelancong, tetapi kerana terdapat banyak perkara yang boleh dilakukan di bandar ini dan kawasan sekitarnya, maka merancang jenis percutian anda lebih awal amat penting. Jika anda melawat bandar ini sebagai seorang pengembara beg galas muda, anda pasti menyasarkan kawasan yang menepati bajet dan minat anda. Begitu juga jika anda melawat bandar ini untuk lawatan bersejarah, anda pasti ingin memilih tempat dan tarikan bersejarah. Tidak kira jenis percutian yang anda pilih di Seoul, bandar ini terhubung dengan sangat baik hinggakan, sekiranya anda mengubah fikiran separuh jalan, ini tidak menjadi masalah – keluwesan juga merupakan aksesori yang baik untuk dibawa bersama, jadi rancanglah lebih awal dan, jika keinginan percutian anda berubah, jadikan keinginan untuk berseronok sebagai matlamat utama anda.

Jadual Perjalanan 3 Hari Seoul: Lawatan Beli-Belah dan Hiburan Seoul

Seoul dibina untuk membeli-belah dan berseronok, jadi pakailah kasut jalan anda (tapi jangan lupa membawa kasut menari anda) kerana jadual perjalanan ini berkisar tentang tempat terbaik untuk membeli-belah dan berhibur di bandar ini.

  • Seoul, Hari Pertama (pagi): Keluar dan bersarapan di Myeongdong sebelum membeli-belah di kawasan ini. Dari barangan berjenama, alat solek Korea, dan banyak lagi, terdapat bermacam-macam benda yang boleh dibeli di daerah ini. Semak dengan hotel anda untuk melihat sama ada anda boleh mendapatkan beberapa tiket ke Panggung Nanta Myeongdong (atau rancang lebih awal dan dapatkan tiket sebelum anda tiba di bandar ini) agar anda mempunyai aktiviti pada waktu malam.
  • Hari Pertama (petang): Selepas penat membeli-belah, nikmati makanan jalanan yang enak daripada salah satu penjaja di Myeongdong. Penjaja jalanan ini sering menjual snek Jepun dan Thai yang lazat. Jadikan ini makan tengah hari anda untuk menjimatkan masa, dan wang, kemudian pergi ke Istana Gyeongbokgung dan lihat pertukaran pengawal, atau pakai pakaian pengawal pagar dan ambil gambar sebelum kembali ke hotel untuk bersiap-siap.
  • Hari Pertama (malam): Bersedia untuk makan! Pilih makanan Korea untuk makan malam di salah satu restoran BBQ Korea terbaik atau restoran makanan Korea lain di kawasan ini. Taekdaerine Gogi Jib terletak berhampiran dengan kejiranan ini dan amat disarankan. Selepas makan malam, bergerak ke Panggung Nanta Myeongdong dan tonton persembahan. Pelbagai persembahan ditawarkan dari kontemporari hingga ke klasik, jadi anda tidak akan tahu jenis persembahan yang anda akan tonton. Selepas persembahan, minumlah di salah satu bar tempatan seperti Bubble Lounge and Bar atau pulang ke hotel untuk tidur. Jika anda memilih hotel dengan betul, hotel anda mungkin mempunyai bar yang boleh anda gunakan!

Daftar Masuk ke Tmark Grand Hotel Myeongdong, Langkah Keluar ke Pasar Malam Namdaemun

Jadual perjalanan Seoul-lawatan Korea Selatan-Tmark Grand Hotel Myeongdong

Jadual Perjalanan Seoul: Lawatan Beli-Belah dan Hiburan Hari Kedua

  • Seoul, Hari Kedua (pagi): Hanya jadual perjalanan ini akan menyuruh anda bangun lewat dan tidur lewat, anda akan berjaga malam. Selepas bangun, naik kereta api ke Pasar Namdaemun. Pasar ini merupakan pasar tradisional terbesar di seluruh Korea Selatan dan mereka menjual bermacam-macam benda. Pasar ini juga dibuka semalaman (dari 11 pm hingga 4 am), dan pemandangannya memang menarik. Kawasan ini juga terkenal untuk makanan jalanannya, jadi makanlah sekenyang-kenyangnya sebelum meneruskan hari anda.
  • Hari Kedua (petang): Jika anda melawat kawasan ini pada masa yang lebih panas, pergilah ke sungai Cheonggyecheon dan rendam kaki untuk menyejukkannya. Kawasan ini juga menarik orang tempatan, pemuzik, dan mempunyai persembahan lampu air, menjadikannya hentian yang baik semasa lawatan anda. Singgah di salah satu restoran tempatan dan nikmati BBQ Korea sebelum menuju ke Pasar Malam Dongdaemun.
  • Hari Kedua (malam): Pasar Malam Dongdaemun dibuka sangat lewat (kadangkala hingga 5 dan 6 am hari berikutnya), jadi bersedialah untuk berseronok! Dengan baris demi baris penjual yang menjual baju, kasut, beg, dan aksesori (semua pada harga diskaun yang tinggi), tempat ini merupakan tempat yang baik untuk membeli-belah semasa berada di Seoul. Dengan hampir 30,000 kedai di dalam kawasan ini untuk dipilih, anda boleh membeli-belah hingga penat, jadi membeli-belahlah sepuas-puasnya dan pulang ke hotel untuk tidur.

Daftar Masuk ke HOTEL in 9, Langkah Keluar ke Lotte World

Jadual perjalanan Seoul-lawatan Korea Selatan-HOTEL in 9

Jadual Perjalanan Seoul: Lawatan Beli-Belah dan Hiburan Hari Ketiga

  • Seoul, Hari Ketiga (pagi): Hari ini anda perlu menyertai lawatan makan! Makanan di Seoul memang mengagumkan dan anda tidak mahu terlepas apa-apa pun semasa berada di sana. Oleh itu, selepas sarapan ringkas, rangcanglah untuk lawatan makanan. Kebanyakan lawatan makan akan mengambil masa 4 jam dan berharga sekitar US $80, tetapi kos dan tempoh lawatan bergantung pada lawatan yang dipilih. Anda boleh memilih lawatan yang lebih tradisional, ataupun lawatan jalan kaki yang memaparkan makanan jalanan dan BBQ Korea. Pilih lawatan yang menawarkan makanan kegemaran anda, atau pilih lawatan untuk sesuatu yang baru dan keluarlah meneroka makanan di Seoul!
  • Hari Ketiga (malam): Selepas lawatan makanan anda, pilih makan malam ringan sebelum keluar untuk minum di Gangnam. Hari ini merupakan hari terakhir anda (melainkan anda memilih untuk melanjutkan lawatan menjadi 5 hari), jadi akhirinya dengan penuh gaya. Pilih bar yang sesuai dengan gaya anda walaupun bar ALICE memang selesa dan menawarkan koktel yang hebat. Selepas minum, pergilah ke kelab! Gangnam mempunyai beberapa kelab paling menarik di dunia, jadi anda hanya perlu memilih satu yang memenuhi kehendak anda, tetapi di sini diberikan beberapa cadangan:
    • Once In A Blue Moon: Jika anda gemarkan muzik jazz dan menari, nikmatilah alunan muzik jazz secara langsung sambil makan dan minum semasa keluar malam. Kelab ini juga terkenal sebagai lokasi penggambaran filem dan siaran TV, jadi anda mungkin mengenalinya daripada Drama-K kegemaran anda!
    • CLUB ANSWER: Mempunyai tiga aras, dan pelanggan selebriti, CLUB ANSWER merupakan salah satu kelab terkini di kawasan ini. Dibuka setiap hari sepanjang minggu, kelab ini sering menawarkan promosi dan hadiah, serta acara yang menyeronokkan dan kadangkala konsert percuma. Mempunyai DJ yang hebat dan suasana yang bertenaga, akhiri percutian anda dengan bergaya di CLUB ANSWER.
    • CLUB ARENA. Di sinilah Seoul berpesta! Dengan pelanggan dalam kalangan bintang-bintang terkemuka, dua aras utama, dan petak VIP, anda boleh memilih tempat anda. Aras satu biasanya dikhaskan untuk muzik hip-hop, manakala aras dua lebih kepada muzik tari elektronik. Walau mana-mana pun lantai menari yang anda pilih, pastikan anda memakai kasut menari anda!

Pesta menari ini berlangsung sepanjang malam, maka minumlah banyak air dan bersedialah untuk berseronok pada malam terakhir anda di Seoul!

Daftar Masuk ke ENA Suite Hotel Namdaemun, Langkah Keluar ke Dewan Bandar Raya, Seoul

Jadual perjalanan Seoul-lawatan Korea Selatan-ENA Suite Hotel Namdaemun

Jadual perjalanan Seoul-lawatan Korea Selatan-Kuil Jogyesa

Jadual Perjalanan – Seoul: Lawatan 3 Hari untuk Pencinta Sejarah yang Melawat Seoul:

Seoul mempunyai banyak tarikan untuk pencinta sejarah. Perkara yang sukar tentang ini adalah untuk memilih tempat yang hendak dilawat! Panduan ini akan membantu anda mengenal pasti beberapa tapak bersejarah menarik, selain menyarankan kegiatan alam bebas yang anda tidak patut terlepas semasa melawat Seoul. Jika anda mencari gabungan antara sejarah dengan kegiatan alam bebas, maka jadual 3 hari Seoul ini dibuat khusus untuk anda!

Lawatan Sejarah di Seoul – Hari Pertama

Hari Pertama (pagi): Makan dahulu sebelum ke Kuil Jogyesa, salah satu kuil terpenting untuk fahaman Buddha Seon di Korea Selatan. Sebuah kuil dibina di lokasi ini pada tahun 1395 walaupun kuil moden ini diasaskan pada tahun 1910. Di laman tengah kuil ini terdapat dua pokok berusia 500 tahun yang mengawasi seluruh premis, sebagai bukti kepada masa yang telah berlalu. Kuil ini menggabungkan seni bina istana dan seni bina kuil tradisional, dan amat indah sekali. Hayati mercu tanda agama ini sebelum meneruskan hari anda.

Hari Pertama (petang): Pergi ke Istana Gyeongbokgung yang merupakan istana terbesar di Seoul. Lawatan berpandu disediakan dan disarankan kerana anda dapat menimba pengetahuan yang lebih mendalam sekiranya anda dapat menghargai sejarah istana ini. Pengawal diraja bertukar dua kali sehari, jadi rancang lawatan anda untuk salah satu pertukaran pengawal ini (10 am dan 2 pm setiap hari). Semasa melawat istana, jangan lupa untuk singgah di Muzium Istana Negara Korea yang menempatkan lebih daripada 20,000 relik dari Dinasti Joseon. Jangkakan untuk meluangkan beberapa jam di istana dan muzium, serta melawat halamannya, sebelum meneruskan aktiviti pada waktu malam.

Hari Pertama (malam) Menginap berhampiran dengan istana dan nikmati makanan di salah satu restoran tempatan. Terdapat banyak restoran untuk dipilih di kawasan ini dan, sebaik sahaja selesai, ambil gambar menarik Dataran Gwanghwamun pada waktu malam sebelum keluar berjalan-jalan pada waktu malam.

Daftar Masuk ke Hotel the Designers Seoul Station, Langkah Keluar ke Pasar Namdaemun

Jadual perjalanan Seoul-lawatan Korea Selatan-Hotel the Designers Seoul Station

Sejarah di Seoul – Lawatan 3 Hari, Hari Kedua

Hari Kedua (pagi): Keluar awal dan bersarapan sebelum menuju ke Perkampungan Hanok Bukchon. Perkampungan tradisional ini memaparkan hanok (rumah tradisional Korea) yang dijaga dengan baik dan juga menyediakan peluang kepada pelancong untuk merasai sendiri budaya Korea dengan sesi penerangan berbeza dan bengkel membuat kraf. Luangkan sedikit masa di kawasan menakjubkan ini sebelum meneruskan hari anda.

Hari Kedua (petang): Dari Perkampungan Hanok Bukchon, pergi ke Insa-dong dan berseronok di jalan utama pejalan kaki sahaja di kawasan sibuk ini. Dengan restoran Korea dan rumah teh tradisional membarisi jalan di kawasan ini, anda boleh meneruskan lawatan kebudayaan anda dari pagi hinggalah ke petang di Insa-dong.

Hari Kedua (malam): Pergi ke Galeri Hakgojae dan hargai beberapa karya seni moden semasa berada di kawasan ini sebelum meneruskan perjalanan ke SSamziegil, tempat lebih banyak seni, kafe aneh, dan bengkel akan menyambut anda. Selepas itu, singgah di restoran tempatan, seperti restoran Osegye Hyang, yang menghidangkan makanan vegan enak dan dikendalikan oleh ahli sekta Taiwan, yang menjadikannya cara menarik untuk mengakhiri hari anda di kawasan ini.

Daftar Masuk ke CenterMark Hotel, Langkah Keluar ke Galeri Gongpyeong Pusat Seni Seoul

Jadual perjalanan Seoul-lawatan Korea Selatan-CenterMark Hotel

Sejarah di Seoul – Lawatan 3 Hari, Hari Ketiga

Hari Ketiga (pagi): Selepas bersarapan, mulakan hari anda di Perkampungan Hanok Namsangol dan luangkan sedikit masa di perkampungan Korea ini. Terdiri daripada rumah-rumah tradisional yang dipanggil hanok, anda boleh membayangkan cara hidup di perkampungan tradisional Korea pada zaman Joseon semasa anda meneroka tarikan bersejarah ini. Reka bentuk perkampungan ini sangat terperinci dengan penjagaan dan tumpuan lebih diberikan kepada hiasan setiap rumah, yang dilengkapkan dengan barangan yang sesuai dengan zaman dan status sosial. Hayati perkampungan ini sebelum ke Taman Namsan untuk bahagian seterusnya penerokaan hari ketiga anda.

Hari Ketiga (petang): Terletak di tengah-tengah Seoul, Taman Namsan merupakan tarikan wajib untuk pencinta alam semula jadi yang melawat bandar ini. Taman ini juga dianggap tapak bersejarah kerana di puncaknya ialah Bonghwadae (menara isyarat) yang pada asalnya dibina pada zaman Dinasti Joseon dan digunakan sebagai cara untuk menyampaikan maklumat ke kawasan sekitar. Tuju ke Taman Namsan dan berjalan di sana. Semasa melawat Taman Namsan pastikan anda memakai kasut yang baik kerana anda akan menghabiskan masa yang lama di atas kaki anda di tarikan ini. Namun, jika anda mempunyai sebarang masalah pergerakan atau tidak mahu memanjat tangga ke atas, terdapat kereta kabel yang boleh membawa anda ke puncak.

Hari Ketiga (malam): Selepas meneroka Taman Namsan, pergilah ke Menara N Seoul yang juga dikenali sebagai Menara Namsan (atau Menara Seoul), pergi naik ke balai cerap. Pada ketinggian hampir 480 meter dari aras laut, Menara N Seoul merupakan salah satu menara tertinggi di Asia dan menawrkan pemandangan bandar Seoul yang tiada bandingannya. Tapi, bukan itu sahaja. Menara N Seoul juga mempunyai pelbagai tarikan, termasuk pameran Hello Kitty Island, wajib bagi peminat Hello Kitty. Dengan pelbagai pilihan makan di menara ini, anda juga tidak perlu pergi jauh untuk mencari makanan yang lazat, jadi pertimbanglah juga untuk makan malam di Menara N Seoul. Menara ini dibuka hingga 11 pm dan menjadi cara yang baik untuk mengakhiri lawatan anda ke Seoul.

Daftar Masuk ke Itaewon Crown Hotel, Langkah Keluar ke Tugu Peringatan Perang Korea

Jadual perjalanan Seoul-lawatan Korea Selatan-Itaewon Crown Hotel

Jadual perjalanan Seoul-lawatan Korea Selatan-Gapyeong

Jadual Perjalanan 5 Hari Seoul: Lawatan Sehari untuk Ditambah kepada Jadual Perjalanan Tiga Hari Anda

Jika anda merancang untuk berada di Seoul untuk lebih dari 3 hari, maka cadangan tarikan dan acara ini merupakan tambahan yang baik kepada asas tiga hari. Meskipun aktiviti dipecahkan kepada kategori bersejarah dan beli-belah/hiburan, memilih tarikan daripada jadual perjalanan ini yang berbeza dari jadual perjalanan 3 hari Seoul untuk membuat sendiri jadual perjalanan 5 hari Seoul anda mungkin menyeronokkan! Beberapa tarikan ini terletak di luar Seoul, jadi jika anda ingin lawatan sehari di luar bandar, ini adalah cara terbaik untuk melawat lebih banyak tempat di seluruh Korea Selatan. Jika anda membuat keputusan untuk meluangkan lebih banyak masa di kawasan tersebut, anda boleh memasukkan cadangan ini dalam jadual perjalanan 3-7 hari Seoul yang unggul! Selain itu, melawat semula tempat yang anda telah pergi tetapi ingin pergi sekali lagi juga merupakan pilihan. Jadi, buatlah keputusan untuk meluangkan dua hari terakhir anda dengan bantuan saranan ini.

Lawatan Seoul: Pergi ke Gapyeong dan Lihat Tarikannya!

Terletak di Timur Laut Seoul ialah Gapyeong, iaitu kira-kira 34 batu (atau 55 kilometer) dari bandar Seoul, jadi ini merupakan hentian yang baik jika anda ingin merancang jadual perjalanan 5 hari Seoul. Di kawasan ini terdapat beberapa tarikan yang sesuai untuk anda rasai pengalaman lawatan di luar Seoul. Semasa lawatan sehari ini, anda boleh melawat tiga tarikan unik (atau pilih kegemaran anda untuk meluangkan masa yang lebih banyak di satu tempat). Pulau Nami, Petit France dan Taman Landasan Gangchon semuanya terletak berhampiran dengan Gapyeong dan merupakan destinasi baik untuk dilawat jika anda ingin meluangkan masa di luar bandar.

Jadual Perjalanan 5 Hari Seoul: Terbang ke dalam keseronokan di Pulau Nami!

Pulau indah yang subur ini menarik pengunjung dari segenap tempat yang mencari tempat yang tenang untuk dilawat di Korea Selatan. Pulau ini tidak mempunyai tiang telefon kerana semua pendawaian dibuat di bawah tanah, dan ini bermakna tiada wayar yang akan menghalang pemandangan anda. Jika anda melawat semasa bulan yang lebih panas, terdapat kemudahan untuk berenang, dan kawasan ini juga menawarkan aktiviti bot dan sukan air. Jika anda ingin sesuatu yang lebih mencabar, terbanglah masuk ke Pulau Nami dengan tali luncur daripada menggunakan bas, walaupun anda perlu menggunakan bas untuk pulang kerana tali luncur hanya sehala.

Jadual Perjalanan 5 Hari Seoul – Alami La Vie en Rose di Petit France

Keluar dari Seoul menuju ke taman Petit France. Taman tema ini telah dimodelkan mengikut Perancis dan menawarkan pemandangan Eropah di Korea Selatan. Beli daripada penjual yang menjual makanan, pakaian dan barangan rumah Perancis semasa anda meneroka 16 bangunan gaya Perancis di taman ini. Jika anda ingin melihat Perancis dengan sentuhan Korea, maka perkampungan kitsch ini mungkin menjadi tempat yang anda cari.

Jadual perjalanan Korea: Gerak Selaju Mungkin di Taman Landasan Gangchon

Taman ini dibina di atas landasan kereta api lama dan kini menjadi tempat tumpuan pelancong yang mencari pengalaman menaiki kereta pedal (yang disambungkan ke landasan kereta api lama), sambil menghayati pemandangan indah di sekitar Sungai Bukhangang.

Jadual perjalanan Seoul-lawatan Korea Selatan-Pasar Ikan Incheon

Lawatan Satu Hari Korea: Lawat Bandar Incehon yang Sangat Moden

Luangkan hari anda di Incheon semasa kembara lawatan sehari anda. Naik sahaja kereta api untuk ke Incheon. Bandar moden yang menakjubkan ini amat besar dan juga menempatkan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon yang merupakan lapangan terbang terbesar di Korea dan juga salah satu lapangan terbang tersibuk di dunia. Keluar dari Seoul dan masuk ke Incheon untuk merasai suasana kasino bandar ini, Pasar Ikan Incheon yang terkenal, dan luangkan masa untuk lawatan bot. Pengembaraan hebat ini boleh menjadi hari kelima anda di Korea. Sebaik sahaja anda selesai menikmati tarikan di Seoul, keluar dari bandar ini dan teroka tempat lain di Korea Selatan untuk lebih banyak pengembaraan!

Daftar masuk ke Shilla Stay Mapo, Langkah Keluar ke Stadium Hyochang

Jadual perjalanan Seoul-lawatan Korea Selatan-Shilla Stay Mapo

Jadual perjalanan Seoul-lawatan Korea Selatan-bas

Pilihan Pengangkutan Terbaik di Seoul

Bergerak ke seluruh Seoul sangat mudah apabila anda mahir menggunakan pengangkutan awam di bandar ini. Pengunjung bertuah kerana Seoul mempunyai salah satu sistem kereta api terbaik di dunia yang bermakna, bagi kebanyakan perjalanan, anda boleh bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan menggunakan kereta api. Namun begitu, jika anda membuat perjalanan singkat, atau menuju ke destinasi di luar laluan kereta api, jangan risau, kerana Seoul juga mempunyai sistem bas yang baik. Selain itu, terdapat banyak teksi yang boleh disewa di bandar ini, jadi jika anda letih, atau tidak mahu menggunakan pengangkutan awam, anda boleh sahaja mengambil teksi. Jika anda tidak pernah menggunakan sistem kereta api utama, maka menaiki kereta api di Seoul mungkin agak menggentarkan, tetapi panduan berikut menawarkan sedikit maklumat yang akan membantu anda dalam perjalanan anda di bandar ini.

  • Pelajari tentang sistem kereta api sebelum tiba. Jika anda tidak pernah menggunakan sistem kereta api di Seoul, maka lebih baik anda membaca tentang sistem ini terlebih dahulu. Bergantung pada hala tuju anda, anda mungkin perlu menukar kereta api di stesen-stesen tertentu, maka memahami caranya lebih awal amat membantu dalam memastikan anda tidak sesat.
  • Muat turun Aplikasi Seoul Subway sebelum anda ke sana. Seoul mempunyai salah satu sistem kereta api terbesar di dunia, jadi merancang laluan anda lebih awal akan memastikan anda tidak sesat. Cuba aplikasi tersebut sebelum anda pergi ke sana dan mahirkan diri menggunakan aplikasi ini sebelum anda tiba supaya anda boleh membaca aplikasi ini dengan mudah semasa perjalanan anda.
  • Papan tanda dalam bahasa Inggeris dan Korea. Papan tanda di stesen kereta api mempunyai kod warna dan ditulis dalam bahasa Inggeris dan Korea, jadi anda tidak perlu risau jika anda tidak pandai membaca tulisan Korea.
  • Jimatkan duit dan masa dengan membeli kad T-money. Anda boleh membeli kad prabayar T-money yang boleh digunakan sebagai tiket anda untuk sistem pengangkutan awam kerana kad ini digunakan untuk membayar tambang. Anda boleh membeli dan mengisi semula kad ini di mesin jaja di stesen kereta api.
  • Kad T-money sah selama 5 tahun. Jika anda merancang untuk pergi semula ke Seoul dalam masa terdekat, anda boleh menyimpan kad T-money anda dan gunakannya semasa lawatan anda. Selain itu, kad ini juga menghapuskan keperluan untuk duit kecil dan wang boleh dipulangkan (jika anda mempunyai lebih daripada 20,000 KRW dalam kad iaitu kira-kira $18 USD).
  • Kereta api ini murah dan boleh membantu anda menjimatkan duit. Tambang asas kereta api adalah sekitar 1,250 won hingga 2,000 (iaitu kira-kira $1.10 hingga $1.80 USD), jadi daripada menaiki teksi atau bas, berjimatlah dengan menaiki kereta api.
  • Kereta api sesak semasa waktu puncak. Jika boleh, bergeraklah di luar waktu puncak (antara 4 pm hingga 8 pm), atau anda akan mendapati anda perlu bersesak-sesak mencari tempat di celah-celah orang ramai, yang boleh menjadi amat menyesakkan bagi sesiapa yang tidak biasa dengan keadaan ini.

Jika anda ingin ke hentian yang tidak terlalu jauh, kadangkala pilihan terbaik ialah dengan menaiki bas daripada kereta api di Seoul. Kerana sistem kereta api ini amat luas, hentian yang lebih singkat mungkin memerlukan beberapa pertukaran (kerana bergerak dalam kawasan kecil bermakna anda perlu menukar laluan beberapa kali untuk ke destinasi sebenar). Kadangkala dengan menaiki bas anda akan dibawa terus ke destinasi anda, atau lebih dekat berbanding kereta api, maka ingatlah bahawa ini mungkin pilihan yang lebih baik. Kaji laluan anda lebih awal dan lihat sama ada bas merupakan pilihan yang lebih baik untuk perjalanan anda. Tambang bas bermula serendah 1,050 won (kira-kira $0.95 USD). Harga tambang bergantung pada jarak perjalanan anda. Sistem bas di Seoul menggunakan kod warna, maka amat mudah untuk menentukan tujuan setiap bas:

  • Bas kuning adalah untuk Daerah Perniagaan Pusat (kawasan bandar)
  • Bas kuning menghubungkan pengguna dengan tempat penukaran bas dan juga kawasan kediaman di luar bandar.
  • Bas biru menghubungkan pinggir bandar Seoul dengan bandar.
  • Bas merah adalah bas komuter.

Untuk lawatan sehari anda dan untuk meneroka seluruh Korea Selatan, anda mungkin mendapati bahawa menggunakan sistem kereta api Korea Selatan merupakan cara paling mudah. Dengan pilihan antara kereta api wilayah dengan kereta api kelajuan tinggi, anda boleh bergerak dari satu kawasan di negara ini ke kawasan yang lain dengan mudah – dan berulang-alik ke destinasi lawatan anda dengan laju. Korail merupakan pengendali kereta api utama di Korea Selatan dan mereka menawarkan “KR Pass” untuk digunakan pengunjung semasa mereka melawat negara ini. Pas ini akan membantu anda menjimatkan duit kerana kad ini memberikan anda diskaun apabila menggunakan kereta api mereka.

Dan sekiranya keadaan mendesak, Seoul merupakan sebuah kawasan metropolitan utama dan mempunyai banyak teksi untuk membantu anda selepas hari yang meletihkan, atau jika anda tidak mahu menggunakan pengangkutan awam lagi. Mujurlah tambang di Seoul lebih murah berbanding bandar utama lain, kerana menaiki teksi sekali-sekala tidak akan merosakkan bajet anda. Ingatlah, jika anda ingin keluar dan tidak tahu cara untuk ke destinasi anda, atau anda tidak pasti kaedah pengangkutan yang terbaik, tanyalah kepada bahagian khidmat tetamu atau concierge hotel untuk bantuan. Mereka bersedia untuk membantu anda, dan kadangkala sedikit nasihat daripada orang tempatan berguna untuk jangka masa panjang.

Daftar Masuk ke Nine Brick Hotel, Langkah Keluar ke Muzium Seni Helah

Jadual perjalanan Seoul-lawatan Korea Selatan-Nine Brick Hotel

Lihat lebih banyak pangsapuri dan hotel untuk jadual perjalanan Seoul anda

You may also like

Perjalanan Kuliner Melalui Goa: Menemui Masakan Tradisional Goan image

Mulakan perjalanan yang lazat melalui landskap masakan Goa dengan panduan komprehensif kami. Temui gabungan perisa masakan Goan tradisional, daripada vindaloos pedas hingga bebinca manis, dan selami budaya tempatan melalui pasar, kelas memasak dan santapan mampan.

Selamat datang ke Istanbul: Tempat Timur Bertemu Barat image

Mulakan perjalanan 5 hari yang menawan melalui Istanbul, meneroka keajaiban bersejarah dan permata budaya. Temui jadual perjalanan yang dipenuhi dengan istana yang megah, bazar yang meriah dan pelayaran yang indah.

7 Hari dalam Jadual Perjalanan Sydney: Meneroka Tarikan Terbaik di Harbour City image

Mulakan perjalanan 7 hari yang menawan melalui Sydney, Australia. Daripada tanda tempat ikonik seperti Opera House ke Blue Mountains yang tenang dan Darling Harbour yang meriah, temui tarikan terbaik yang ditawarkan oleh Harbour City.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Dalat: Meneroka Hati Tanah Tinggi image

Terokai Jadual Perjalanan Dalat 3 Hari kami yang menawan untuk menemui permata tanah tinggi Vietnam. Dari tasik yang tenang hingga ke tapak bersejarah, nikmati pengembaraan & bersantai di Dalat.

5 Hari dalam Jadual Perjalanan Incheon: Daripada Tapak Bersejarah kepada Keajaiban Moden image

Temui yang terbaik di Incheon dalam masa 5 hari, daripada tapak bersejarah yang mengagumkan kepada keajaiban moden yang canggih. Manjakan diri dengan lawatan kebudayaan, hidangan kulinari, dan pemandangan yang menakjubkan.

Selamat datang ke Bangalore: Kota Taman, Teknologi dan Budaya image

Terokai Jadual Perjalanan 3 Hari kami di Bangalore untuk mendedahkan yang terbaik di Garden City. Daripada istana diraja ke hab teknologi, nikmati gabungan budaya, sejarah dan alam semula jadi.

Selamat datang ke Jadual Perjalanan Impian 7 Hari Anda di Krabi image

Terokai Jadual Perjalanan Krabi 7 Hari eksklusif kami di Panduan Perjalanan Agoda. Temui pantai yang bersih, hutan rimba dan khazanah budaya di syurga Thailand.

7 Hari dalam Jadual Perjalanan Hua Hin/Cha-am: Mendedahkan Pantai Murni dan Retret Diraja image

Mulakan perjalanan 7 hari melalui Hua Hin/Cha-am dengan jadual perjalanan kami yang direka dengan pakar. Temui pantai yang murni, istana diraja dan permata tersembunyi.

Mulakan Percutian Hujung Minggu ke Yilan: Pelarian Pantas ke Alam Semula Jadi image

Mulakan percutian hujung minggu yang luar biasa di Yilan dengan jadual perjalanan pilihan kami. Temui landskap yang subur, berendam di mata air panas semula jadi, dan nikmati hidangan masakan tempatan.

Selamat datang ke Vibrant City of Mumbai: Periuk Lebur Budaya image

Selami budaya, sejarah dan citarasa yang meriah di Mumbai dengan jadual perjalanan 3 hari kami yang terperinci. Temui tanda tempat ikonik, permata tersembunyi dan hidangan kulinari.

Panduan 3 Hari Pencinta Makanan ke Ipoh: Jadual Perjalanan Makanan dan Kuliner Terbaik image

Selami syurga masakan Ipoh dengan panduan pencinta makanan 3 hari kami! Temui tempat makan terbaik, kafe tersembunyi dan hidangan kebudayaan di syurga gastronomi Malaysia.

Selamat datang ke Kobe: Gerbang untuk Penemuan dan Kegembiraan image

Mulakan perjalanan 3 hari yang menawan melalui Kobe, Jepun. Daripada tanda tempat bersejarah hingga keindahan pemandangan, temui yang terbaik di Kobe.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Dallas: Tarikan Wajib Dilawati dan Permata Tersembunyi image

Temui yang terbaik di Dallas dengan jadual perjalanan 3 hari eksklusif kami. Daripada tanda tempat ikonik kepada permata tersembunyi, temui sebab Dallas, TX, adalah destinasi yang mesti dilawati.

Hat Yai: Jadual Perjalanan 5 Hari ke Permata Tersembunyi Selatan Thailand image

Temui yang terbaik di Hat Yai dengan jadual perjalanan 5 hari kami. Daripada pasar yang sibuk hingga ke kuil yang tenang, alami permata tersembunyi di Selatan Thailand.

7 Hari di New York City Itinerary image

Mulakan perjalanan 7 hari yang tidak dapat dilupakan melalui New York City. Dari jalan ikonik Manhattan ke Lembah Hudson yang tenang, temui tarikan utama Big Apple, permata tersembunyi dan budaya meriah.

Menemui Tainan: Jadual Perjalanan 3 Hari Sejarah, Budaya dan Masakan image

Terokai Tainan dalam masa 3 hari dengan jadual perjalanan kami yang mendalam. Temui kuil purba, nikmati hidangan masakan tempatan dan berehat di tempat semula jadi yang tenang.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Macau: Panduan Menjelajah Las Vegas Asia image

Terokai Jadual Perjalanan Macau 3-Hari kami yang menarik untuk mendedahkan gabungan sejarah, budaya dan keseronokan di Asia Vegas.

Percutian Hujung Minggu di Orlando Itinerary: Tarikan Utama & Permata Tersembunyi image

Dedahkan keajaiban Orlando dengan jadual percutian hujung minggu eksklusif kami! Daripada taman tema yang mendebarkan kepada taman yang tenang dan kehidupan malam yang meriah, temui tarikan popular dan permata tersembunyi tempatan.

Jadual Perjalanan 7 Hari di Paris: Meneroka Kota Cahaya image

Temui jadual perjalanan 7 hari terbaik di Paris! Terokai tanda tempat ikonik, nikmati masakan Perancis dan tenggelam dalam seni dan sejarah.

Jadual Perjalanan Nha Trang Pencari Pengembaraan: Panduan 5 Hari yang mendebarkan image

Terokai jadual perjalanan Nha Trang 5 hari kami yang direka untuk pencari pengembaraan! Daripada melompat ke pulau ke selam skuba dan keajaiban budaya, temui yang terbaik di Nha Trang dengan panduan pakar kami.

Jadual Perjalanan Bersiar-siar Goa: Meneroka Mutiara Timur image

Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan dengan Jadual Perjalanan Bersiar-siar Goa kami. Terokai pantai yang dicium matahari, kehidupan malam yang meriah, kuil yang tenang dan hidupan liar yang subur.