Maklumat Taipei 101: Panduan Taipei 101 di Ibu Negara Taiwan

Taipei 101 merupakan bangunan pencakar langit tertinggi di kawasan perniagaan Taipei. Bangunan ini berfungsi sebagai tempat teknologi moden, tempat tarikan pelancong dan juga bangunan pejabat. Dengan akses metro yang berada betul-betul di sebelah bangunan, Taipei 101 sangat mudah diakses dari pelbagai wilayah di seluruh Taipei.
Tentang Taipei 101
Taipei 101 (台北101 dalam bahasa Cina) memiliki gaya seni bina pasca moden yang kelihatan seperti kotak bersarang, dan merupakan mercu tanda utama Daerah Xinyi di Taipei. Kerja-kerja pembinaan Taipei 101 bermula pada 1999 dan selesai pada 2004, dan direka bentuk oleh firma arkitek terkemuka, C.Y. Lee. Dinamakan Taipei 101 kerana bangunannya terdiri daripada 101 tingkat dengan ketinggian 508 meter. Bangunan ini merupakan yang tertinggi di dunia, sehinggalah Burj Khalifa dibina di Dubai, UAE pada 2010. Taipei 101 juga memiliki lif paling pantas di dunia, yang akan membawa anda dari tingkat 5 ke tingkat 89 hanya dalam masa 37 saat!
Fakta ringkas tentang bangunan Taipei 101 :
- Pembinaan bermula: 1999
- Tingkat: 101 (tanpa tingkat 4 kerana nombor 4 dianggap sebagai nombor malang di Taiwan)
- Kawasan lantai: 4,440,100 kaki persegi
- Jumlah berat: 700, 000 tan metrik
- Bahan struktur: Plat keluli dan konkrit
- Jenis struktur: Bangunan (digunakan terutamanya untuk pejabat)
- Jumlah kos pembinaan: NT $58 billion (kira-kira $1.9 billion USD)
Taipei 101 memiliki nama lain seperti Taipei World Financial Center dan Taipei Financial Center, sempena nama pemilik bangunan iaitu, The Taipei Financial Center Corporation, sebelum akhirnya dikenali sebagai Taipei 101.
Menurut khabar angin, terdapat kelab eksklusif bernama Summit 101 di tingkat paling atas bangunan ini, tapi tidak banyak yang diketahui mengenai kebenarannya. Ketika anda berkunjung ke Taipei, jangan lupa singgah ke Taipei 101 untuk membuktikan khabar angin ini sekaligus menyaksikan pemandangan menakjubkan dengan mata anda sendiri!
Beli-Belah dan Aktiviti di sekitar Taipei 101
Taipei 101 tidak hanya terdiri daripada bangunan pejabat dan balai cerap, tapi juga terdapat pusat beli-belah mewah. Ketika anda berkunjung jangan lupa singgah ke mall Taipei 101 untuk berbelanja.
- Balai Cerap Taipei 101: Taipei 101 dibuka untuk awam bagi pengunjung yang ingin menyaksikan pemandangan menakjubkan dari dek pemerhatian di tingkat 89. Tingkat ini dibuka setiap hari dari pukul 9:00 pagi hingga 10:00 malam, dengan bayaran masuk sebanyak NT $600 (kira-kira USD 19.50) untuk tiket umum, NT $540 (kira-kira USD 17.50) untuk pelajar, dan percuma untuk kanak-kanak dengan tinggi di bawah 115 cm.
- Taipei 101 Mall: Dengan pelbagai produk jenama mewah, makanan, dan hiburan yang anda boleh pilih, pusat beli-belah besar yang berada di dalam Taipei 101 ini merupakan tempat yang tepat untuk menghabiskan sisa waktu setelah mengunjungi dek pemerhatian.
- Daerah Beli-Belah Xinyi: Berjarak sangat dekat dari Taipei 101, Daerah Beli-Belah Xinyi menawarkan pelbagai kedai pakaian, restoran, kedai buku, dan juga panggung wayang.
Tempat Makan Terbaik di Taipei 101
Banyak makanan yang anda boleh pilih di Taipei 101. Sama ada hidangan istimewa Taiwan, Itali, makanan segera, semuanya tersedia di Taipei 101.
- Din Tai Fung Chinese Taipei 101 Restaurant: Terletak di dalam Taipei 101, restoran Din Tai Fung menawarkan pelbagai hidangan istimewa cina. Cuba sup ladu yang pasti akan membuat anda ketagihan!
- Shin Yeh Dining: Menawarkan hidangan istimewa Taiwan, Shin Yeh Dining juga berada di dalam Taipei 101 dan telah beroperasi selama lebih 40 tahun. Jika anda mencari restoran yang tenang dengan rasa yang tidak perlu diragui, Shin Yeh Dining adalah tempat yang tepat untuk anda.
- Diamond Tony’s Italian Restaurant 101: Restoran yang terletak di tingkat 85 Taipei 101 ini menyajikan set menu makan malam set. Sebaiknya, pastikan pilihan makanan ketika membuat tempahan.
Bar, Lounge, & Hiburan Malam Berhampiran Taipei 101
Terletak di kawasan perniagaan Taipei yang sibuk, Taipei 101 menawarkan banyak pilihan hiburan malam dan bar di kawasan sekitarnya. Oleh kerana berada berdekatan Stesen Metro Taipei 101/World Trade Center, Anda boleh mengunjungi Taipei 101 pada hari siang, dan melanjutkan malam yang panjang di pusat hiburan terdekat. Berikut adalah beberapa bar, lounge, dan hiburan malam berhampiran Taipei 101.
- MQ (Marquee Taipei): Berada di luar Taipei 101 dan sangat dekat dengan Stesen Metro Taipei 101/World Trade Center, MQ menawarkan suasana nyaman dengan koktel enak yang akan membuat malam hari anda di Taipei semakin bermakna.
- Il Mercato 101 Wine Bar Café: Terletak di tingkat 4 Taipei 101, Il Mercato 101 menawarkan pelbagai pilihan wain serta hidangan istimewa Itali.
- Alchemy Speakeasy Bar Taipei: Terletak di antara Taipei 101 dan Stesen Metro Taipei 101/World Trade Center Metro, bar ini menawarkan koktel buatan sendiri, lengkap dengan muzik Jazz, interior vintage, dan pilihan makanan yang luar biasa.
Pilihan Pengangkutan di Taipei 101
Taipei 101sangat mudah diakses dengan Taipei Metro ataupun dengan bas. Anda boleh pilih kaedah pengangkutan mana yang lebih selesa untuk anda. Taipei 101 terletak betul-betul di sebelah Stesen Metro Taipei 101/World Trade Center, yang menjadikannya sangat mudah dikunjungi dari mana-mana tempat. Metro Taipei adalah cara paling murah untuk menjelajahi bandar oleh kerana terdapat banyak hentian di mercu tanda dan tempat tarikan utama. Metro Taipei menawarkan tiket untuk perjalanan sehala dan beberapa hari. Jika anda merancang untuk menggunakan metro selama beberapa hari, pastikan anda membeli tiket beberapa hari dan bukan tiket satu kali, untuk menjimatkan kos perjalanan.
Sistem bas tempatan di Taipei juga menawarkan alternatif lain untuk mengelilingi bandar. Namun, pastikan anda telah merancang laluan perjalanan anda terlebih dahulu untuk memastikan bas akan membawa anda ke tempat tujuan. Caj perkhidmatan bas tempatan dan jarak jauh di Taipei bermula dari NT $15 (kira-kira USD 0.49). Anda juga boleh memilih untuk menyewa teksi, namun pilihan ini sudah tentu lebih mahal daripada metro atau bas. Caj perjalanan bergantung pada lokasi serta tempoh perjalanan anda, namun biasanya harga bermula dari NT $70 (USD 2.25) untuk 0.8 batu pertama, dengan caj tambahan sebanyak NT $5 (kira-kira USD 0.15) untuk setiap 200 meter berikutnya.
Jika anda bersiar-siar di luar kawasan Taipei, anda juga mempunyai pilihan menaiki kereta api di Taiwan, yang termasuk kereta api antara wilayah dan kereta api laju. Kereta api antara wilayah biasanya digunakan untuk destinasi tempatan atau jarak dekat, manakala Taiwan High-Speed Rail Train boleh membawa anda ke seluruh Taiwandengan cepat. Harga tiket kereta api mengikut tempoh perjalanan dan kelas tiket, namun harganya sangat berpatutan bermula dari NT $155 (USD 5) hingga kira-kira NT $1.500 (USD 50) setiap tiket.
Taipei memiliki banyak pilihan pengangkutan yang tersedia untuk pengunjung. Jika anda tidak pasti mengenai cara ke destinasi atau pengangkutan yang sebaiknya untuk digunakan, jangan ragu-ragu untuk bertanya kepada kakitangan hotel. Mereka akan dengan senang hati membantu anda untuk sampai ke tujuan.
Daftar Masuk ke hotel atau pangsapuri berhampiran Taipei 101
Langkah Keluar ke Kawasan Beli-Belah Xinyi
Anda juga mungkin suka

Tarikan Mesra Keluarga di Ehime | 7 Perkara Seronok untuk Dilakukan dengan Kanak-kanak
Ehime ialah sebuah wilayah Jepun yang terletak di sepanjang pantai barat laut pulau Shikoku. Ia terkenal dengan iklim panas dan persekitaran semula …

Bersiar-siar di Kyoto | Panduan untuk Kereta Api Peluru, Bas Tempatan & Penyewaan Basikal
Bekas ibu kota Jepun, Kyoto, adalah sebuah bandar yang penuh dengan tradisi dan penuh dengan kebiasaan yang menarik. Di sebalik kuil ikonik …

Pasar Nishiki | Kedai Terbaik untuk Dilawati & Makanan di Kyoto's Pantry
Sama ada anda sedang mencari hidangan lazat untuk memikat selera anda, sejarah berbilang abad yang kaya untuk diterokai, atau pengalaman budaya biasa …

Panduan ke Taman Maruyama | Lihat Bunga Sakura & Terokai Gion di Kyoto
Terletak di berhampiran lereng bukit Daerah Higashiyama di Kyoto, Taman Maruyama ialah oasis semula jadi yang menakjubkan dengan keindahan dan daya tarikan. …

Lawatan Sehari dari Fukuoka | 5 Idea Jadual Perjalanan untuk Lawatan Sehari DIY di Kyushu
Fukuoka mungkin ibu kota Kyushu, tetapi ia bukan satu-satunya bandar yang patut dilihat di pulau paling selatan Jepun. Bandar ini berfungsi sebagai …
Jadual Perjalanan Bali 5 Hari | Panduan Pemasa Pertama untuk Percutian Sempurna di Indonesia
Bali ialah syurga pengembara sebenar di mana anda tidak akan kehabisan perkara untuk dilihat dan dilakukan. Satu-satunya cabaran ialah memikirkan tarikan dan …

Istana Imperial Kyoto - Lawatan Berpandu, Waktu & Tarikan Berdekatan di Jepun
Istana Imperial Kyoto ialah tingkap ke dalam sejarah empayar Jepun yang kaya, menawarkan pengunjung gambaran sekilas seni bina yang elegan dan taman …

Perkara yang Boleh Dilakukan di Dubrovnik, Croatia | 15 Tidak Boleh Terlepas Aktiviti & Tarikan
Selalunya dipanggil “mutiara Adriatik,” Dubrovnik sudah tentu sesuai dengan julukan. Bandar yang indah di pantai selatan Croatia ini adalah salah satu destinasi …
Kehidupan Malam Bangkok | Bar, Kelab & Kawasan Hiburan Malam Popular Terbaik
Bangkok terkenal dengan kehidupan malam yang meriah dan eklektik, menawarkan sesuatu untuk semua orang, daripada pengunjung bar kasual kepada mereka yang ingin …
Pasar Chatuchak: Melawat Pasar Terbesar di Bangkok
Pasar Chatuchak adalah pasar yang luas terletak di Daerah Chatuchak dari Bangkok. Ia sering dikenali sebagai “Pasar Hujung Minggu Chatuchak” kerana kebanyakan …
Bar Atas Bumbung di Bangkok | Tempat Hiburan Malam dengan Pemandangan & Koktel yang Hebat
Sama ada anda sedang menghirup koktel istimewa atau menikmati segelas wain yang berkualiti, pemandangan panoramik dari tinggi di atas jalan-jalan yang sibuk …
Panduan Pasar Malam Taipei: 13 Bazar & Lawatan Makanan DIY Terbaik
Pasar malam Taipei adalah bahagian yang meriah dan penting dalam pesona bandar ini, menawarkan pengalaman mengasyikkan ke dalam budaya tempatan, makanan dan …
19 Tempat Urut Thai di Bangkok | Studio Bajet & Spa Mewah
Tiada perjalanan ke Thailand lengkap tanpa merasai urutan Thai asli di Bangkok. Selain melihat cantik kuil Thai dan cuba sedap makanan jalanan, …
Hotel Terbaik di Tokyo: 13 Penginapan Mewah & 5 Bintang Terbaik
Pemandangan hotel Tokyo adalah gambaran yang mempesonakan bandar itu sendiri: gabungan harmoni tradisi dan inovasi termaju. Bagi pengembara yang arif, kelimpahan hartanah …
Panduan Lapangan Terbang Taipei - Maklumat Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan
Jika anda terbang ke Taipei, kemungkinan besar anda akan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan (TPE, Lapangan Terbang Taipei). Terletak kira-kira …
Kelab di Seoul: Bar, Teater & Aktiviti Kehidupan Malam Terbaik
Pemandangan kehidupan malam Seoul adalah dinamik dan pelbagai seperti bandar itu sendiri, menawarkan sesuatu untuk semua orang, sama ada anda ingin berehat …
Masa Terbaik untuk Melawat Taipei - Aktiviti & Tarikan untuk Setiap Musim
Kebanyakan orang memikirkan Taipei 101 apabila ia datang ke tempat ikonik untuk dikunjungi di ibu negara Taiwan. Tidak dinafikan, kerana semua orang …

10 Perjalanan Sehari yang Hebat dari Paris | Lihat Desa di Perancis
Paris ialah bandar luar biasa yang dipenuhi dengan sejarah, budaya dan mercu tanda terkenal di dunia, tetapi kadangkala, pelarian pantas ke kawasan …
Membeli-belah Myeongdong & Perkara Terbaik untuk Dilakukan di Seoul
Sebagai salah satu daerah pelancongan utama di Seoul, Myeongdong menarik pengunjung dari seluruh dunia ke kedai-kedai mewah dan tarikan komersial yang lain. …
6 Perjalanan Sehari Osaka & Percutian Ajaib - Perjalanan Jepun
Lawatan sehari di Osaka penuh dengan istana bersejarah, mata air panas dan gunung. Lawati tempat berhampiran salah satu bandar paling popular di Jepun.
Lawatan Sehari Terbaik dari Tokyo | 8 Tempat untuk Percutian Pantas melalui Kereta Api Peluru
Rangkaian kereta api peluru Tokyo memudahkan anda melarikan diri dari bandar selama sehari dan menerokai pelbagai destinasi yang menarik. Sama ada anda …