Skip to content

Maklumat Taipei 101: Panduan Taipei 101 di Ibu Negara Taiwan

Maklumat Taipei 101: Panduan Taipei 101 di Ibu Negara Taiwan

Taipei 101 merupakan bangunan pencakar langit tertinggi di kawasan perniagaan Taipei. Bangunan ini berfungsi sebagai tempat teknologi moden, tempat tarikan pelancong dan juga bangunan pejabat. Dengan akses metro yang berada betul-betul di sebelah bangunan, Taipei 101 sangat mudah diakses dari pelbagai wilayah di seluruh Taipei.

Taipei 101-general view of Taipei 101

Tentang Taipei 101

Taipei 101 (台北101 dalam bahasa Cina) memiliki gaya seni bina pasca moden yang kelihatan seperti kotak bersarang, dan merupakan mercu tanda utama Daerah Xinyi di Taipei. Kerja-kerja pembinaan Taipei 101 bermula pada 1999 dan selesai pada 2004, dan direka bentuk oleh firma arkitek terkemuka, C.Y. Lee. Dinamakan Taipei 101 kerana bangunannya terdiri daripada 101 tingkat dengan ketinggian 508 meter. Bangunan ini merupakan yang tertinggi di dunia, sehinggalah Burj Khalifa dibina di Dubai, UAE pada 2010. Taipei 101 juga memiliki lif paling pantas di dunia, yang akan membawa anda dari tingkat 5 ke tingkat 89 hanya dalam masa 37 saat!

Fakta ringkas tentang bangunan Taipei 101 :

  • Pembinaan bermula: 1999
  • Tingkat: 101 (tanpa tingkat 4 kerana nombor 4 dianggap sebagai nombor malang di Taiwan)
  • Kawasan lantai: 4,440,100 kaki persegi
  • Jumlah berat: 700, 000 tan metrik
  • Bahan struktur: Plat keluli dan konkrit
  • Jenis struktur: Bangunan (digunakan terutamanya untuk pejabat)
  • Jumlah kos pembinaan: NT $58 billion (kira-kira $1.9 billion USD)

Taipei 101 memiliki nama lain seperti Taipei World Financial Center dan Taipei Financial Center, sempena nama pemilik bangunan iaitu, The Taipei Financial Center Corporation, sebelum akhirnya dikenali sebagai Taipei 101.

Menurut khabar angin, terdapat kelab eksklusif bernama Summit 101 di tingkat paling atas bangunan ini, tapi tidak banyak yang diketahui mengenai kebenarannya. Ketika anda berkunjung ke Taipei, jangan lupa singgah ke Taipei 101 untuk membuktikan khabar angin ini sekaligus menyaksikan pemandangan menakjubkan dengan mata anda sendiri!

Taipei 101-Taipei 101 observatory

Beli-Belah dan Aktiviti di sekitar Taipei 101

Taipei 101 tidak hanya terdiri daripada bangunan pejabat dan balai cerap, tapi juga terdapat pusat beli-belah mewah. Ketika anda berkunjung jangan lupa singgah ke mall Taipei 101 untuk berbelanja.

  • Balai Cerap Taipei 101: Taipei 101 dibuka untuk awam bagi pengunjung yang ingin menyaksikan pemandangan menakjubkan dari dek pemerhatian di tingkat 89. Tingkat ini dibuka setiap hari dari pukul 9:00 pagi hingga 10:00 malam, dengan bayaran masuk sebanyak NT $600 (kira-kira USD 19.50) untuk tiket umum, NT $540 (kira-kira USD 17.50) untuk pelajar, dan percuma untuk kanak-kanak dengan tinggi di bawah 115 cm.
  • Taipei 101 Mall: Dengan pelbagai produk jenama mewah, makanan, dan hiburan yang anda boleh pilih, pusat beli-belah besar yang berada di dalam Taipei 101 ini merupakan tempat yang tepat untuk menghabiskan sisa waktu setelah mengunjungi dek pemerhatian.
  • Daerah Beli-Belah Xinyi: Berjarak sangat dekat dari Taipei 101, Daerah Beli-Belah Xinyi menawarkan pelbagai kedai pakaian, restoran, kedai buku, dan juga panggung wayang.

Taipei 101-Din Tai Fung

Tempat Makan Terbaik di Taipei 101

Banyak makanan yang anda boleh pilih di Taipei 101. Sama ada hidangan istimewa Taiwan, Itali, makanan segera, semuanya tersedia di Taipei 101.

  • Din Tai Fung Chinese Taipei 101 Restaurant: Terletak di dalam Taipei 101, restoran Din Tai Fung menawarkan pelbagai hidangan istimewa cina. Cuba sup ladu yang pasti akan membuat anda ketagihan!
  • Shin Yeh Dining: Menawarkan hidangan istimewa Taiwan, Shin Yeh Dining juga berada di dalam Taipei 101 dan telah beroperasi selama lebih 40 tahun. Jika anda mencari restoran yang tenang dengan rasa yang tidak perlu diragui, Shin Yeh Dining adalah tempat yang tepat untuk anda.
  • Diamond Tony’s Italian Restaurant 101: Restoran yang terletak di tingkat 85 Taipei 101 ini menyajikan set menu makan malam set. Sebaiknya, pastikan pilihan makanan ketika membuat tempahan.

Taipei 101-Nightlife near Taipei 101

Bar, Lounge, & Hiburan Malam Berhampiran Taipei 101

Terletak di kawasan perniagaan Taipei yang sibuk, Taipei 101 menawarkan banyak pilihan hiburan malam dan bar di kawasan sekitarnya. Oleh kerana berada berdekatan Stesen Metro Taipei 101/World Trade Center, Anda boleh mengunjungi Taipei 101 pada hari siang, dan melanjutkan malam yang panjang di pusat hiburan terdekat. Berikut adalah beberapa bar, lounge, dan hiburan malam berhampiran Taipei 101.

  • MQ (Marquee Taipei): Berada di luar Taipei 101 dan sangat dekat dengan Stesen Metro Taipei 101/World Trade Center, MQ menawarkan suasana nyaman dengan koktel enak yang akan membuat malam hari anda di Taipei semakin bermakna.
  • Il Mercato 101 Wine Bar Café: Terletak di tingkat 4 Taipei 101, Il Mercato 101 menawarkan pelbagai pilihan wain serta hidangan istimewa Itali.
  • Alchemy Speakeasy Bar Taipei: Terletak di antara Taipei 101 dan Stesen Metro Taipei 101/World Trade Center Metro, bar ini menawarkan koktel buatan sendiri, lengkap dengan muzik Jazz, interior vintage, dan pilihan makanan yang luar biasa.

Taipei 101-Transportation

Pilihan Pengangkutan di Taipei 101

Taipei 101sangat mudah diakses dengan Taipei Metro ataupun dengan bas. Anda boleh pilih kaedah pengangkutan mana yang lebih selesa untuk anda. Taipei 101 terletak betul-betul di sebelah Stesen Metro Taipei 101/World Trade Center, yang menjadikannya sangat mudah dikunjungi dari mana-mana tempat. Metro Taipei adalah cara paling murah untuk menjelajahi bandar oleh kerana terdapat banyak hentian di mercu tanda dan tempat tarikan utama. Metro Taipei menawarkan tiket untuk perjalanan sehala dan beberapa hari. Jika anda merancang untuk menggunakan metro selama beberapa hari, pastikan anda membeli tiket beberapa hari dan bukan tiket satu kali, untuk menjimatkan kos perjalanan.

Sistem bas tempatan di Taipei juga menawarkan alternatif lain untuk mengelilingi bandar. Namun, pastikan anda telah merancang laluan perjalanan anda terlebih dahulu untuk memastikan bas akan membawa anda ke tempat tujuan. Caj perkhidmatan bas tempatan dan jarak jauh di Taipei bermula dari NT $15 (kira-kira USD 0.49). Anda juga boleh memilih untuk menyewa teksi, namun pilihan ini sudah tentu lebih mahal daripada metro atau bas. Caj perjalanan bergantung pada lokasi serta tempoh perjalanan anda, namun biasanya harga bermula dari NT $70 (USD 2.25) untuk 0.8 batu pertama, dengan caj tambahan sebanyak NT $5 (kira-kira USD 0.15) untuk setiap 200 meter berikutnya.

Jika anda bersiar-siar di luar kawasan Taipei, anda juga mempunyai pilihan menaiki kereta api di Taiwan, yang termasuk kereta api antara wilayah dan kereta api laju. Kereta api antara wilayah biasanya digunakan untuk destinasi tempatan atau jarak dekat, manakala Taiwan High-Speed Rail Train boleh membawa anda ke seluruh Taiwandengan cepat. Harga tiket kereta api mengikut tempoh perjalanan dan kelas tiket, namun harganya sangat berpatutan bermula dari NT $155 (USD 5) hingga kira-kira NT $1.500 (USD 50) setiap tiket.

Taipei memiliki banyak pilihan pengangkutan yang tersedia untuk pengunjung. Jika anda tidak pasti mengenai cara ke destinasi atau pengangkutan yang sebaiknya untuk digunakan, jangan ragu-ragu untuk bertanya kepada kakitangan hotel. Mereka akan dengan senang hati membantu anda untuk sampai ke tujuan.

Daftar Masuk ke hotel atau pangsapuri berhampiran Taipei 101

Taipei 101 SPARKLE Hotel

At Boutique Hotel

W Taipei

Langkah Keluar ke Kawasan Beli-Belah Xinyi

Anda juga mungkin suka

Hotel Terbaik di Tokyo: 13 Penginapan Mewah & 5 Bintang Terbaik

Hotel Terbaik di Tokyo: 13 Penginapan Mewah & 5 Bintang Terbaik

Pemandangan hotel Tokyo adalah gambaran yang mempesonakan bandar itu sendiri: gabungan harmoni tradisi dan inovasi termaju. Bagi pengembara yang arif, kelimpahan hartanah 5 bintang memberikan cabaran yang menarik, masing-masing bersaing untuk mendapatkan perhatian dengan janji kemewahan yang tiada tandingannya. Pertubuhan ini bukan sekadar tempat untuk berehat; ia adalah pengalaman yang mengasyikkan, direka untuk memenuhi setiap […]