fbpx

Percutian ke Ximending: Panduan Tempat Menarik Taipei & Hotel Terdekat

Percutian ke Wilayah Wanhua di Taipei, Taiwan tidak lengkap rasanya jika tidak berkunjung ke wilayah beli-belah Ximending. Dengan kafe cosplay, studio tatu, seni jalanan, dan tempat trendy untuk dikunjungi, anda tidak akan kehabisan aktiviti untuk dilakukan di Ximending.

Ximending-art-souvenirs

Percutian Ximending: Pengenalan kepada Daerah Seni Taipei

Sama ada cenderahati untuk orang tersayang, karya seni moden, hinggalah pakaian, anda boleh menemuinya di Ximending . Bukan sahaja untuk membeli-belah, anda juga boleh mengalami kenikmatan urutan kepala khas Taiwan setelah seharian bersiar-siar di Ximending.

Untuk percutian yang lebih asli dan lebih tempatan, anda boleh menyertai kebiasaan penduduk tempatan. Jika anda melihat orang ramai beratur panjang di Ximending dan berkumpul, apa pun yang dijual atau dipamerkan di dalam, kemungkinan besar harus dicuba. Panduan ini akan membantu anda merancang apa yang harus dilakukan dan aktiviti menarik yang harus dilakukan di Ximending, untuk menjimatkan masa dan membantu anda menjelajahi semua kawasan yang wajib dikunjungi.

Ximending menarik kira-kira 3 juta pengunjung setiap bulan, yang bermaksud daerah ini selalu sibuk dan padat dengan pengunjung. Pastikan untuk mengawasi barangan milik anda ketika berada di Ximending atau di kawasan yang padat penduduk, kerana biasanya penyeluk sayu mensasarkan pelancong yang leka.

Ximending shopping district-shopping-things to do-

Beli-belah dan aktiviti menarik di Ximending

Tapak bersejarah ini penuh dengan tempat menarik seperti bar karaoke, kios tilik nasib, pasar seni, permainan arked, dan banyak lagi, bermaksud selalunya banyak aktiviti yang anda boleh lakukan ketika berkunjung ke Ximending. Berikut adalah beberapa aktiviti menarik yang disyorkan untuk dilakukan di Ximending untuk membantu anda mengatur waktu dan tenaga, sekaligus memberi gambaran mengenai kawasan beli-belah ini.

  • Holiday KTV: Siap-sedia untuk nyanyi sepuas-puasnya di bar karaoke ini! Jangan risau jika tidak cukup tenaga, kerana tempat ini juga menawarkan makanan dan minuman yang anda boleh nikmati sambil bersuka-ria.
  • Hyper Gamer: Pencinta permainan arked wajib mengunjungi tempat ini ketika bercuti ke Ximending, di sana anda boleh beradu kemampuan bermain game dengan rakan-rakan dan keluarga anda.
  • Lux Cinema: Menonton filem di panggung wayang moden boleh menjadi alternatif aktiviti wajib di Ximending. Ruangannya yang kecil membuatkan suasana menonton wayang menjadi lebih intim dan tenang, sesuai untuk anda yang ingin lena sejenak dari hingar-bingar bandar yang sibuk.

Ximending-restaurants-places to eat

Tempat makan terbaik di Ximending

Mencari tempat makan lazat di Ximending tidaklah sesukar mana. Terkenal dengan kedai makan kaki lima yang lazat dan beraneka, pelancong dengan bajet rendah sekalipun dijamin tidak akan kelaparan di Ximending! Pilih dari pelbagai restoran yang ada, atau kedai makan di pinggir jalan sambil menikmati suasana dan mengisi perut dengan makanan Taiwan yang lazat.

  • Restoran Tiantianli: Restoran kegemaran pelancong dan warga tempatan ini menyajikan hidangan citarasa tempatan dengan harga yang berbaloi. Cuba nasi babi di sini sebelum mulai menjelajahi Ximending.
  • TGI FRIDAYS: Jika anda mencari makanan barat atau ala Amerika, restoran ini boleh dikunjungi.
  • Lao Shandong Homemade Noodles: Bagi anda yang belum pernah mencuba mi Taiwan buatan tangan, Ximending adalah tempat yang terbaik untuk menikmatinya. Dengan makanan yang enak serta harga yang berpatutan, restoran ini merupakan kegemaran pengunjung.

Ximending nightlife-bars-lounges

Bar, lounge, & hiburan malam di Ximending

Kawasan kegemaran pelancong dan penduduk tempatan ini memiliki banyak tempat minum dan bersuka-ria, terutamanya pada malam hari. Baik bar karaoke, atau sekadar tempat makan, Ximending menawarkan pelbagai pilihan untuk pelancong dengan pelbagai gaya dan bajet.

  • Hanko 60: Bar koktel ini akan menghilangkan dahaga tekak anda setelah seharian menjelajahi Ximending. Tempat ini sangat tersembunyi membuat pintu masuknya sukar ditemui oleh pelancong yang baru kali pertama ke sini.
  • Roxy Rocker: Jangan lupa singgah ke bar rock ini ketika mengunjungi Ximending. Lengkap dengan lantai menari serta bar dengan tempat duduk, nikmati minuman anda sambil bersantai di sini.
  • Geography Bar & Café: Jika anda mencari pengalaman minum yang unik di Taiwan, bar ini adalah tempat yang terbaik. Pesan koktel mengikut selera anda, dan bartender akan membuatkannya untuk anda walaupun tidak ada dalam menu!

Pengangkutan Ximending - Stesen Metro Ximen

Pilihan pengangkutan di Ximending

Ximending terletak sangat dekat dengan Stesen Metro Ximen milik sistem MRT Taipei, atau lebih sering disebut sebagai Metro Taipei. Stesen Metro Ximen dapat diakses dari Laluan Songshan-Xindian atau Laluan Bannan. Oleh kerana bandar Taipei terhubung sangat baik, anda tidak akan mengalami kesulitan menuju ke Ximending dengan metro, di mana saja anda menginap. Namun, hotel berhampiran stesen metro pasti akan membuatkan perjalanan anda lebih mudah. Tiket metro tersedia untuk perjalanan satu kali atau untuk beberapa hari mengikut keperluan anda, dengan harga yang pelbagai.

Taipei juga memiliki perkhidmatan bas tempatan dan bas jarak jauh, dengan harga bermula dari NT $15 (kira-kira USD 0,50). Selain itu, perkhidmatan teksi juga tersedia di Taiwan. Pastikan anda hanya menggunakan teksi kuning dari tempat pemberhentian teksi, dan sedia untuk membayar bayaran sebanyak NT $70 (kira-kira USD 2,25) untuk 0.8 batu pertama, dan bayaran tambahan sebanyak NT $5 (kira-kira USD 0.15) untuk setiap 200 meter berikutnya. Bayaran sewa teksi adalah berbeza-beza mengikut lokasi, jadi pastikan untuk memastikan jumlah bayaran sebelum menaiki.

Selain itu, Taipei juga memiliki akses ke laluan kereta api dengan Taiwan High-Speed Rail yang tersedia untuk jarak jauh, serta Taiwan Rail regional untuk jarak dekat dalam bandar . Harga tiket kira-kira dari NT $155 (kira-kira USD 5) hingga NT $1.500 (kira-kira USD 50), mengikut kelas tiket dan jarak perjalanan anda di Taiwan.

Jika anda tidak pasti mengenai cara ke destinasi atau kaedah pengangkutan yang terbaik, jangan ragu-ragu untuk bertanya kepada petugas hotel. Mereka akan dengan senang hati membantu anda untuk sampai ke tujuan.

Daftar Masuk ke Tomorrow Hotel, Langkah Keluar ke Ximen Red House.

Ximending-Taipei-Tomorrow Hotel

Teroka lagi pangsapuri dan hotel berhampiran Kawasan Beli-Belah Ximending

You may also like

4 Hari dalam Jadual Perjalanan Las Vegas: Mengalami Ibu Kota Hiburan Dunia image

Terokai jadual perjalanan Las Vegas 3 hari kami yang menarik! Temui lampu mempesonakan Strip, permata tersembunyi dan landskap yang menakjubkan.

Selamat datang ke Yogyakarta: Jadual Perjalanan 6 Hari ke Jantung Jawa image

Mulakan perjalanan selama 6 hari melalui Yogyakarta, pusat budaya Jawa. Terokai kuil purba, istana diraja dan jalan yang meriah dengan panduan komprehensif kami.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Melaka: Sebuah Perjalanan Budaya image

Mulakan perjalanan kebudayaan selama 3 hari melalui Melaka, menerokai tapak bersejarah, hidangan kulinari dan pasar yang meriah. Rancang jadual perjalanan Melaka yang tidak dapat dilupakan anda sekarang.

7 Hari dalam Jadual Perjalanan Dubai: Panduan untuk Tarikan yang Tidak Boleh Dilepaskan di Bandar Raya image

Mulakan perjalanan 7 hari yang menawan melalui Dubai dengan jadual perjalanan kami yang komprehensif. Daripada Burj Khalifa yang menjulang tinggi kepada safari padang pasir yang mempesonakan dan pasar raya yang meriah, temui gabungan kemewahan, budaya dan pengembaraan.

Jadual Perjalanan Pengembaraan Busan: Menyingkap 4 Hari Keseronokan dan Tumpahan di Bandar Pantai Korea Selatan yang Ceria image

Mulakan pengembaraan 4 hari di Busan dengan jadual perjalanan kami yang komprehensif. Temui keajaiban pantai, permata budaya dan kehidupan malam yang meriah di metropolis tepi pantai Korea Selatan.

Selamat Datang ke Jadual Perjalanan Phuket 7 Hari Anda image

Mulakan perjalanan 7 hari melalui Phuket, syurga tropika Thailand. Terokai pantai yang menakjubkan, budaya yang kaya dan kehidupan malam yang meriah. Selami hidangan kulinari dan berehat dalam kemewahan.

Menemui Pesona Sapporo dalam Jadual Perjalanan 7 Hari image

Mulakan jadual perjalanan 7 hari melalui Sapporo dan temui keajaiban musim sejuk Hokkaido. Temui permata budaya, hidangan kulinari dan landskap yang menakjubkan.

Tangkap Gelombang! Tempat Luncur Epik di Bali Yang Akan Menimbulkan Keseronokan Anda image

Selami rahsia melayari Bali yang terbaik disimpan! Daripada tong epik di Uluwatu hingga suasana sejuk di Canggu, bersedialah untuk pengembaraan seumur hidup.

Kyoto mengikut Bajet: Jadual Perjalanan 7 Hari Pengembara Pintar untuk Memaksimumkan Perjalanan Anda image

Fikirkan Kyoto di luar jangkauan? Fikir semula! Selami panduan kami untuk pengembaraan epik melalui kuil, makanan jalanan dan budaya dengan bajet.

Beyond the Blossoms: Pusaran Budaya dan Perayaan di Korea Selatan Musim Bunga Sakura 2024 image

Selami musim bunga sakura Korea Selatan pada tahun 2024! Terokai festival yang meriah, perjalanan kuliner eksotik dan bunga yang tenang dengan cahaya bulan.

Rahsia Terbaik Seoul: Jadual Perjalanan 7 Hari untuk Meneroka Seperti Orang Tempatan image

Temui permata tersembunyi Seoul dengan jadual perjalanan 7 hari kami di Agoda, direka untuk pengembara berani yang ingin merasai pengalaman bandar seperti orang tempatan. Daripada pasar yang sibuk ke taman yang tenang dan segala-galanya di antaranya, bongkar rahsia yang menjadikan Seoul benar-benar mempesonakan.

Terokai Keindahan Halus Festival Hakka Tung Blossom Taiwan 2024 image

Alami keindahan yang menakjubkan dan budaya Taiwan yang kaya di Hakka Tung Blossom Festival pada tahun 2024. Terokai petua terbaik untuk menyaksikan pemandangan bunga putih yang mempesonakan ini.

Luar Laluan Terpukul: Cara Unik untuk Meraikan Cinco de Mayo 2024 di Mexico image

Temui nadi meriah Cinco de Mayo 2024 Mexico dengan panduan perjalanan eksklusif kami. Daripada pertempuran bersejarah di Puebla hingga ke perayaan yang meriah di Bandar Raya Mexico, terokai perayaan unik, hidangan kulinari dan permata di luar laluan.

Panduan Terbaik untuk Festival Cinco de Mayo 2024 di AS image

Selami panduan muktamad untuk Cinco de Mayo 2024 di seluruh AS! Alami festival yang meriah, masakan asli dan acara kebudayaan dari Los Angeles ke Chicago.

Panduan Rocker ke Singapura: Maksimumkan Pengalaman CNBLUE LIVE 'CNBLUENTITY' 2024 Anda image

Mulakan perjalanan muzik ke Singapura dengan Panduan Rocker kami untuk CNBLUE LIVE 'CNBLUENTITY' 2024. Temui tempat terbaik untuk menginap, menjamu selera dan menerokai di Singapura, daripada penginapan mewah berhampiran tempat konsert kepada permata masakan tersembunyi dan tarikan yang meriah.

Campuran Harmoni: Meneroka Adegan Muzik Hong Kong bersama Sandy Lam & Anthony Lun image

Mulakan perjalanan muzik ke Hong Kong dengan panduan perjalanan terbaik kami. Temui Sandy Lam, konsert Anthony Lun dengan Orkestra Filharmonik Hong Kong, dan terokai hotel, masakan dan tempat menarik yang terbaik di Hong Kong.

Panduan Peminat Terbaik: Terendah Sepanjang Masa di Manila 2024 image

Selami pengalaman terbaik konsert All Time Low 2024 di Manila dengan panduan peminat kami yang komprehensif. Dapatkan petua tentang tiket, penginapan, tarikan dan banyak lagi.

Perayaan dan Puasa Perayaan: Perjalanan Kulinari melalui Perayaan Mahavir Jayanti India image

Terokai kemeriahan perayaan Mahavir Jayanti 2024, meneroka hubungan mendalam antara amalan rohani Jain dan tradisi masakan di seluruh India.

Perisa Perayaan: Perjalanan Kuliner Melalui Sambutan Rama Navami Di Seluruh India image

Mulakan perjalanan kulinari ilahi melalui Festival Rama Navami India. Terokai resipi tradisional, perayaan kebudayaan dan petua perjalanan praktikal untuk perayaan mampan kelahiran Lord Rama pada tahun 2024.

Pesta Bunga Api Da Nang 2024: Simfoni Cahaya dan Budaya yang Membara image

Temui keajaiban Hari Penyatuan Semula dengan Pesta Bunga Api Da Nang 2024. Terokai petua perjalanan, pemandangan terbaik dan keseronokan tempatan dalam panduan komprehensif kami.

Panduan Terbaik untuk Mengalami Konsert Thenisai Thendral Deva 2024 di Kuala Lumpur image

Alami keajaiban Konsert Thenisai Thendral Deva 2024 di Kuala Lumpur. Daripada penginapan mewah hingga ke jamuan makanan jalanan, temui yang terbaik di KL dengan panduan terbaik kami.