fbpx

5 Tempat Terkenal Makanan Jalanan dan Restoran Thai Bangkok

Nasihat terbaik semasa membuat lawatan safari makanan jalanan Thai di Bangkok adalah untuk berlapar dan jangan makan hingga kenyang! Singgah di tempat-tempat makan paling terkenal di Bangkok untuk mencari makanan jalanan tempatan seperti pulut mangga, nasi goreng (khao pad) dan daging babi goreng dengan ruku-ruku (pad krapow) serta banyak lagi!

MAKLUMAT TAMBAHAN AGODA: Dikenali sebagai minuman yang ‘memberikan anda sayap’, Minuman Tenaga Red Bull diasaskan pada tahun 1976 di Bangkok. Dipanggil Krating Daeng pada waktu itu, produk ini ditemukan oleh seorang usahawan Australia, yang bekerjasama dengan pencipta asal untuk membangunkan minuman yang kini dijual di seluruh dunia.

Jalan Silom_makanan jalanan

1. Beratur di JALAN SILOM untuk masakan kari dan nasi paling enak di jalan ini

Datang ke Silom pada bila-bila masa pada waktu tengah hari untuk makan tengah hari seperti orang tempatan di salah satu kawasan perniagaan paling meriah di bandar ini. Pergi ke Jalan Convent (Soi Convent) dan Sala Daeng Soi 2 untuk membeli pelbagai snek jalanan, dan kemudian duduk bersama-sama denan orang tempatan untuk makan makanan yang telah dihidangkan di penjuru jalan yang sama selama bertahun-tahun.

Khao mok gai_kuay teow_jus delima_Bangkok

  • Cuba gabungan ini:
  • Khao mok gai pada hari Khamis: Beriani India versi Thai, khao mok gai mengandungi ayam dan nasi yang dimasak dengan perasa kari dan dibubuh bawang goreng di atasnya. Perkara terbaik tentang masakan ini ialah sos masam manis yang anda bubuh di atas nasi, tetapi anda hanya boleh menjumpai penjaja Silom ini pada hari Khamis, dan panjang barisan orang yang beratur menceritakan sendiri tentang keenakannya!
  • Kuay teow: Rahsia sup mi beras yang mudah ini ialah supnya, gabungan antara rasa sedikit pedas, masin dan sedikit manis. Satu mangkuk dipenuhi dengan pilihan anda sama ada daging babi atau bebola ikan, kepingan daging babi dan kadang kala ladu, serta sayur hijau dan segenggam tauge. Untuk lebih pedas, curah beberapa sudu sos ikan dan lada yang sering disertakan.
  • Jus delima segar: Basahkan tekak anda selepas berjalan-jalan di Silom dengan sebotol jus delima segar yang sejuk sementara menunggu makanan.

Daftar Masuk ke Chamberlain Hostel Bangkok, Langkah Keluar ke Jalan Silom berdekatan dengan Stesen BTS Sala Daeng

Chamberlain Hostel Bangkok

Lihat lebih banyak hotel dan asrama di Silom

Jalan Yaowarat_Chinatown_pekan China_Bangkok

2. Pergi ke JALAN YAOWARAT untuk makanan China terbaik di CHINATOWN

Mungkin agak aneh untuk menyarankan makanan China sedangkan anda dikelilingi dengan makanan asli Thai terbaik di dunia, tetapi Chinatown Bangkok telah membangunkan reputasi mereka dengan jujur dan berhak dicuba. Ikut bau kepada masakan terkenal seperti dim sum buatan sendiri dan telur dadar tiram, dan jangan pulang tanpa mencuba makanan ruji Yaowarat ini.

Kway chap_ban bakar_pencuci mulut ais tradisional

  • Cuba gabungan ini:
  • Kway chap: Sup daging babi dengan mi beras gulung dan sup sedikit pedas yang menggiankan.
  • Roti bakar: Beratur untuk ban mentega dengan pelbagai inti dari susu pekat hingga sambal. Luarnya panas, intinya hangat dan melekit, dan anda pasti ingin mencuba sebanyak mungkin perisa yang boleh diisi di dalam satu kotak.
  • Pencuci mulut tradisional: Makanan manis datang dalam pelbagai bentuk dan perisa di Chinatown. Namun begitu, mangkuk pencuci mulut tradisional, dibuat dengan ais hancur yang dibubuh buah-buahan segar, bijirin tempatan, lentil, dan sesenduk santan manis dan berkrim.

Daftar Masuk ke 103 Bed and Brews, Langkah Keluar ke Jalan Yaowarat

103 Bed and Brews

Lihat lebih banyak asrama dan hotel bersejarah di Chinatown

Khao San_Jalan Khao San_Bangkok

3. Teroka sepanjang Jalan Khaosan untuk makanan laut bakar dan makanan jalanan

Apabila matahari terbenam, penjaja makanan jalanan membuka gerai mereka di sepanjang Jalan Khao San. Makan ayam panggang dan kerabu betik sambil minum bir atau koktel di salah satu restoran dan pub terbuka di Jalan Khao San.

pad Thai_som tam_kerabu betik_sotong bakar

  • Cuba gabungan ini:
  • Pad Thai: Mi beras digoreng dengan telur, tauhu keras, udang kering, dan bawang putih. Potongan limau, cili kering dan kacang cincang ditambah pada hujungnya untuk melengkapkan masakan ini.
  • Som tam (kerabu betik): Racikan betik muda (atau mangga) dicampurkan dengan potongan tomato, kacang hijau dan udang kering, dan dibubuh sos ikan, limau, cili, dan kacang.
  • Sotong bakar: Terdapat banyak snek panggang di sepanjang Jalan Khao San, dan sotong bakar merupakan snek yang pasti anda ingin kunyah sambil berjalan-jalan.

Daftar Masuk ke Casa Nithra Bangkok, Langkah Keluar ke Jalan Khaosan

Casa Nithra Bangkok

Lihat lebih banyak penginapan untuk pengembara beg galas dan asrama di Kawasan Khaosan

Pasar Terapung Taling Chan

4. Lawat syurga buah-buahan dan sayur-sayuran segar di PASAR TERAPUNG TALING CHAN

Gabungan antara pasar terapung tradisional dengan jalan pejalan kaki, Pasar Terapung Taling Chan merupakan sebuah pengembaraan budaya dan safari masakan. Pasar ini dibarisi penjaja makanan jalanan yang menawarkan kari Thai, snek goreng dan makanan bergoreng. Duduk untuk berkelah, dan lihat petani tempatan membawa bot berisi buah-buahan dan sayur-sayuran segar di depan mata anda.

ikan bersalut garam_buah kering_teh thai_chai yen

  • Cuba gabungan ini:
  • Ikan bakar bersalut garam (pla pao): Disalut tebal dengan garam dan dipanggang hingga dagingnya sangat lembut dan mudah tertanggal, makanan jalanan ini dihidangkan seekor – selalunya dalam balutan kertas – dengan sos cicah manis dan pedas.
  • Buah-buahan kering: Buah-buahan tempatan dijual dalam bentuk baru dengan dipotong, disalut dengan gula, dan kemudian dikeringkan hingga mencapai kekenyalan yang sempurna.
  • Teh Thai (chai yen): Mudah dikenali berdasarkan warna oren terangnya, teh Thai merupakan gabungan sempurna teh hitam, buah pelaga, cengkih, dan susu pekat.

Daftar Masuk ke Baan Kachitpan, Langkah Keluar ke Pasar Terapung Taling Chan

Baan Kachitpan

Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri berhampiran dengan Terusan Bangkok Noi

Jalan Sukhumvit

5. Nikmati makan mewah dan masakan antarabangsa terbaik di JALAN SUKHUMVIT

Walaupun makanan jalanan boleh ditemukan dengan mudah di sepanjang Jalan Sukhumvit, kawasan ini terkenal kerana pilihan restoran antarabangsa dan mewah. Naiki Skytrain BTS ke stesen Nana atau Asok untuk kepelbagaian pilihan makanan Jepun, Korea, Mexico, Itali, dan banyak lagi, serta rangkaian restoran makanan segera antarabangsa. Beberapa kegemaran di kawasan ini termasuk Dine in the Dark, Cabbages and Condoms dan Vientiane Kitchen.

Daftar Masuk ke The Salil Hotel Sukhumvit 57 – Thonglor, Langkah Keluar ke Jalan Sukhumvit

The Salil Hotel Sukhumvit 57 - Thonglor

Lihat lebih banyak asrama dan rumah tumpangan berhampiran dengan Stesen MRT Sukhumvit

You may also like

Membongkar Permata Kuching: Panduan Komprehensif untuk Tarikan Paling Menawan di Bandar Raya image

Temui Kuching: Panduan Lengkap Permata Tersembunyi Borneo. Terokai tanda tempat bersejarah, pemandangan budaya yang meriah, taman negara yang subur dan hidangan kulinari.

Panduan Perjalanan Terbaik Anda untuk Meneroka Keajaiban Hualien: Pasar Malam, Alam Semula Jadi dan Budaya image

Mulakan perjalanan yang bertenaga melalui Hualien, Taiwan, dengan panduan perjalanan terbaik kami. Daripada pengembaraan pasar malam yang mendebarkan kepada pelarian semula jadi yang tenang dan penerokaan budaya, temui intipati Hualien dan cipta kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Selamat datang ke Panduan Terbaik untuk Membeli-belah di Fujikawaguchiko image

Temui gabungan mempesonakan kraf tradisional dan penemuan moden dalam Panduan Terbaik kami untuk Membeli-belah di Fujikawaguchiko. Terokai kedai-kedai artisanal, pasar tempatan dan cenderamata unik dengan latar belakang Gunung Fuji yang megah.

Meneroka Hiroshima: Perjalanan Budaya dan Kehidupan Malam image

Selami panduan perjalanan Hiroshima 4 hari kami, meneroka tapak ikonik, permata tersembunyi dan hidangan kulinari. Dari Taman Memorial Keamanan ke jalan-jalan pelik di Onomichi, temui semangat meriah dan keindahan tenang Hiroshima.

Bersantai dalam Elegance: Temui Hotel 5 Bintang Terbaik Mekah untuk Penginapan Ilahi image

Mulakan perjalanan rohani dengan sentuhan kemewahan. Terokai panduan susun atur kami ke hotel 5 bintang paling eksklusif di Mekah, setiap satu menawarkan tempat percutian yang tenang, keselesaan ilahi dan berdekatan dengan Masjidil Haram.

Panduan Jazz & Blues Chicago 3 Hari: Selami Pemandangan Muzik image

Mulakan perjalanan 3 hari melalui pemandangan jazz dan blues bersejarah Chicago. Daripada kelab ikonik hingga persembahan langsung, temui jiwa Kota Berangin. Baca sekarang!

Lawatan Malam Kuliner: Alami Kedai Makan dan Bar Wain Tulen Rom image

Selami kehidupan malam yang meriah & suasana kulinari di Rom dengan pemandu kami. Daripada bar wain tersembunyi hingga ke tempat makan tradisional, rasai citarasa dan sejarah yang kaya di bandar ini.

Perjalanan Kuliner Melalui Houston: Meneroka Pemandangan Pelbagai Makanan di Bandar Raya image

Selami suasana makanan yang meriah di Houston dengan panduan perjalanan kulinari 4 hari kami. Daripada BBQ ikonik kepada masakan global, terokai citarasa yang menjadikan Houston destinasi kegemaran makanan.

Hotel Butik Terbaik di Barcelona: Alami Kemewahan dengan Sentuhan Peribadi image

Buka kunci rahsia hotel butik yang paling mempesonakan di Barcelona, di mana kemewahan memenuhi perkhidmatan yang diperibadikan. Terokai panduan susun atur kami untuk menemui permata tersembunyi yang menawarkan pengalaman unik, keselesaan yang tiada tandingan dan pintu masuk ke tengah-tengah ibu kota Catalonia yang meriah.

Meneroka Permata Tersembunyi Asia Tenggara: Panduan Terbaik ke Pulau Batam image

Temui Pulau Batam, permata tersembunyi Asia Tenggara, dengan panduan perjalanan terbaik kami. Terokai pantai yang bersih, budaya yang kaya, hidangan kulinari dan pengembaraan yang mendebarkan.

Menemui Vung Tau: Panduan untuk Hotel Waterfront Terbaik untuk Pencinta Pantai image

Buka kunci yang terbaik dari Vung Tau dengan panduan kami ke hotel tepi laut yang popular! Alami kemewahan, pemandangan dan akses pantai yang tiada tandingan untuk percutian tepi laut yang sempurna.

Meneroka Laluan Ikonik Melbourne: Panduan Seni Jalanan dan Budaya Kafe image

Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan melalui Melbourne dengan panduan perjalanan 3 hari kami yang komprehensif. Daripada lorong-lorong ikonik dan seni jalanan kepada taman-taman yang subur dan hiburan malam, buka rahsia ibu kota kebudayaan Australia.

Semarang Selepas Gelap: Panduan 5 Malam untuk Pengalaman Kehidupan Malam Terbaik di Bandar Raya image

Selami kehidupan malam Semarang yang meriah dengan jadual perjalanan 5 malam eksklusif kami. Daripada berjalan kaki bersejarah di bawah bintang ke bar tepi pantai dan tempat muzik secara langsung, temui rahsia tersimpan terbaik di bandar ini dengan Agoda.

Terokai Malang: Pengembaraan 5 Hari melalui Permata Tersembunyi Java image

Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan melalui Malang dengan panduan perjalanan komprehensif kami. Temui budaya meriah di bandar ini, keajaiban semula jadi yang menakjubkan dan hidangan kulinari.

Permata Masakan Chonburi: Panduan Pencinta Makanan image

Mulakan perjalanan yang menarik melalui Chonburi dengan Panduan Pencinta Makanan kami. Temui permata masakan tersembunyi, makanan tempatan dan pengalaman makan yang tidak dapat dilupakan di syurga pantai Thailand.

Perjalanan Kuliner Melalui Tangerang: Masakan Tradisional Yang Anda Mesti Cuba image

Mulakan pengembaraan beraroma di Tangerang dengan panduan kulinari 3 hari kami. Temui hidangan tradisional, permata tersembunyi dan pengalaman makan yang tidak dapat dilupakan di bandar gastronomi di Indonesia.

Selamat datang ke Kuantan: Permata di Pantai Timur Malaysia image

Temui yang terbaik di Kuantan dalam 3 hari yang tidak dapat dilupakan. Selami panduan kami untuk jadual perjalanan terbaik yang meliputi pantai yang tenang, budaya tempatan yang kaya dan masakan yang lazat.

Dedahkan Keajaiban Cameron Highlands: Jadual Perjalanan Teh, Kembara dan Strawberi 3 Hari image

Temui keindahan Cameron Highlands yang tenang dengan jadual perjalanan eksklusif 3 hari kami. Daripada ladang teh yang subur ke ladang strawberi manis dan pendakian mistik, mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan.

Terokai Hualien: Jadual Perjalanan 3 Hari Merentasi Gunung dan Laut image

Mulakan perjalanan 3 hari yang menawan melalui Hualien, Taiwan. Terokai Taroko Gorge, nikmati masakan tempatan dan temui permata tersembunyi dengan jadual perjalanan kami yang komprehensif.

Percutian Hujung Minggu dalam Jadual Perjalanan Taoyuan: Pengalaman Teratas image

Selami penjelajahan hujung minggu dengan jadual perjalanan Taoyuan kami! Temui gabungan sempurna sejarah, alam semula jadi dan gastronomi dalam masa dua hari sahaja. Rancang percutian anda yang tidak dapat dilupakan dengan pengalaman terbaik dan permata tersembunyi di Taoyuan.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Hiroshima: Perjalanan Melalui Keamanan dan Kenangan image

Temui Hiroshima melalui jadual perjalanan 3 hari: dari Peace Memorial Park ke ketenangan Pulau Miyajima. Mulakan perjalanan kedamaian, ketabahan dan keindahan.