Destinasi Terbaik Untuk Menyaksikan Keajaiban Cahaya Utara
Cahaya Utara (Northern lights) atau aurora borealis adalah suatu fenomena alam yang menarik ramai pelancong untuk terbang merentasi dunia bagi menyaksikannya. Izinkan Agoda, salah satu platform percutian digital paling berkembang maju di dunia, untuk menerangkan destinasi-destinasi terbaik bagi menikmati keajaiban aurora borealis.
Untuk menyaksikan Cahaya Utara dengan sempurna, langit seharusnya dalam keadaan gelap gelita. Di kebanyakan destinasi, tempoh terbaik untuk menyaksikan cahaya tersebut adalah dari hujung bulan Ogos sehingga ke awal bulan April. Jadi, masih belum terlambat untuk anda membuat perancangan cuti pada saat-saat terakhir atau untuk awal tahun depan.
Iceland

Lokasi Iceland yang berhampiran Bulatan Artik di Atlantik Utara menjadikannya sebuah destinasi hebat untuk menikmati fenomena aurora borealis. Walaupun anda boleh menyaksikan fenomena alam tersebut di ibu negara Reykjavik, peluang anda lebih tinggi di kawasan luar kota. Pandulah ke Jökulsárlón, salah satu lagun glasier yang terkenal di Iceland, di sana anda boleh saksikan cahaya menari-nari di hujung aisberg.
Tempat Penginapan:
Terletak kira-kira 15 minit perjalanan melalui jalan raya dari lagun, Hali Country Hotel adalah satu pilihan yang sesuai untuk kumpulan yang kecil dengan pilihan pangsapuri dua bilik.
Scandinavia
Negara-negara Scandinavia adalah antara destinasi yang terbaik untuk menyaksikan keindahan Cahaya Utara.
- Norway

Tromsø adalah satu pilihan popular bagi pelancong yang ingin menyaksikan aurora kerana ia bukan sahaja dihubungkan oleh rangkaian pengangkutan udara yang bagus, ia juga terletak di dalam bujuran aurora tempat sinaran elusif ini sering dilihat. Penggemar kulinari dan peminat konsert mempunyai satu lagi alasan untuk melawat Tromsø kerana ia juga merupakan sebuah bandar yang meriah dengan pelbagai aktiviti seperti festival makanan dan muzik sepanjang tahun.
Tempat Penginapan:
Untuk penginapan tanpa gangguan, Radisson Blu Hotel Tromso adalah lokasi pusat yang ideal untuk memulakan perjalanan anda di Tromsø. Ia terletak berhampiran tempat-tempat menarik yang terkenal seperti Nordnorsk Kunstmuseum, Tromsø Cathedral dan Krane Art Gallery.
- Finland
Finland bukan sahaja menjadi tempat tinggal Santa Claus. Pada musimnya, Cahaya Utara dapat dilihat hampir setiap malam di Finnish Lapland. Dalam keadaan yang sesuai, anda mungkin dapat menyaksikan sinaran tersebut dari mana-mana sahaja di Finland.
Tempat Penginapan:

Oleh kerana aurora boleh muncul dan hilang tanpa diduga, anda harus berada di luar rumah buat seketika untuk menyaksikannya. Nikmati pengalaman aurora yang berbeza di Santa’s Hotel Aurora & Igloos yang terletak di tengah-tengah Luosto Village, dan saksikan cahaya tersebut dari dalam igloo kaca. Hotel ini juga dilengkapi sistem makluman Cahaya Utara agar anda tidak terlepas peluang seumur hidup untuk menyaksikan fenomena tersebut.
- Sweden: Swedish Lapland
Semasa di Sweden, jadikan Stockholm sebagai pangkalan sebelum berangkat ke utara ke Swedish Lapland untuk menyaksikan Cahaya Utara di Taman Negara Abisko. Lokasinya yang jauh dari lampu-lampu kota membolehkan sinaran kehijauan ini kelihatan lebih jelas di langit yang gelap.
Tempat Penginapan:
Jika tuah menyebelahi anda, aurora borealis boleh disaksikan secara langsung dari bilik anda di Mattarahkka Northern Light Lodge. Sebelum langit menjadi gelap, nikmatilah fika atau berehat dengan secawan kopi seperti orang Sweden!
Amerika Utara
- Alaska, America Syarikat
Fairbanks adalah tempat yang dikatakan paling bagus untuk melihat langit aurora di Amerika kerana ia terletak di dalam bujuran aurora. Terdapat banyak lagi aktiviti yang boleh anda lakukan di Fairbanks selain daripada menyaksikan kejadian aurora. Bersantailah di Aurora Ice Museum dan nikmati minuman di icebar, atau panaskan badan sambil berendam di dalam kolam air panas yang terkenal di Chena Hot Springs.
Tempat Penginapan:
Dilengkapi bilik yang luas dan juga suite, Fairbanks Moose Manor B&B menawarkan hospitaliti Alaska dan sarapan, tidak jauh dari kawasan bandar. Tanpa pencemaran cahaya di sini, peluang anda adalah lebih tinggi untuk menyaksikan keindahan Cahaya Utara dari tempat penginapan anda.
- Kanada

Anda boleh menyaksikan aurora dari lokasi-lokasi yang berbeza di Kanada, terutamanya di kawasan paling utara. Kejadian aurora borealis adalah sesuatu yang biasa di bandar Yellowknife yang terletak sejauh 400 km di selatan Kutub Utara. Anda juga boleh berkhemah di Aurora Village, di sana pengunjung boleh duduk di kerusi yang dilengkapi pemanas dan boleh diputarkan 360 darjah untuk menyaksikan aurora tanpa sebarang halangan.
Tempat penginapan:
Dapatkan penginapan moden yang selesa di Aurora Deluxe Guest House. Anda juga boleh berkenal-kenalan dengan tetamu lain di dapur dan ruang makan umum sementara menunggu kemunculan persembahan cahaya tersebut.