fbpx

Beli-belah Tokyo | Gudang & Kedai Terbaik Harajuku-Asakusa

Tokyo merupakan bandar metropolitan yang mempunyai paling ramai penduduk di dunia, maka tidak hairanlah Tokyo menawarkan pengunjung senarai pusat beli-belah, pasar dan daerah beli-belah yang bagaikan tidak berpenghujung. Ketahui tempat beli-belah di Tokyo dengan menentukan terlebih dahulu barang yang anda ingin beli!

Tokyo shopping-what to buy-Japan-Kuramae

Pengenalan kepada Membeli-Belah di Tokyo

Untuk fesyen cepat dan gedung serbaneka, anda pasti mahu ke Shibuya atau Shinjuku. Jika anda mencari barang teknologi atau yang berkaitan dengan anime, Akihabara adalah sasaran anda. Penggemar fesyen mempunyai beberapa pilihan – Harajuku untuk pakaian jalanan terkini dan Ginza untuk jenama mewah. Pembeli yang suka memburu dan mencari barang istimewa perlu meneroka kedai-kedai vintaj dan barang terpakai di Shimokitazawa.

Jika anda ingin melarikan diri dari kesesakan di kawasan bandar yang lebih sibuk, rancanglah sepetang membeli-belah di Daikanyama dan Nakameguro, melawat butik-butik sambil bersiar-siar di sepanjang Sungai Meguro. Pengunjung yang ingin memasukkan lawatan ke tempat-tempat pelancongan dalam jadual membeli-belah di Tokyo pasti ingin melawat Asakusa dan merancang untuk membeli-belah sebelum atau selepas melawat Kuil Sensoji. Pembeli yang ingin membeli cenderamata sebelum pulang perlu merancang lawatan ke Nihonbashi, daerah yang terkenal dengan kedai-kedai yang menjual kraf dan makanan tradisional Jepun.

Membeli-belah di Tokyo-barang untuk dibeli-Jepun-Shibuya

Membeli-belah di Tokyo | Shibuya

Selain menjadi rumah kepada dua stesen kereta api paling sibuk di dunia, Shibuya merupakan salah satu pusat fesyen penting di Jepun. Kedai-kedai di daerah yang berwarna-warni dan sibuk ini sudah tentu menyasarkan pelanggan muda, tetapi dengan lebih dari 100 kedai di dalam pusat beli-belah Shibuya 109 sahaja, sudah pasti ada sesuatu untuk semua orang. Satu lagi pusat beli-belah yang berbaloi dilawati ialah Shibuya Hikarie. Pusat beli-belah ini terkenal untuk aras bertemanya yang menempatkan restoran, serta butik yang menjual semua barang dari pakaian hingga perhiasan rumah. Jika anda ingin makan atau ke kedai-kedai yang lebih kecil, pergilah ke Spain-zaka Slope, jalan pejalan kaki yang dibarisi dengan restoran dan butik.

Semasa anda meneroka Shibuya, pastikan anda melawat “Scramble Crossing yang terkenal di luar Stesen Shibuya, tempat semua lampu bertukar merah pada masa yang sama dan pejalan kaki berpusu-pusu melintas jalan dari pelbagai arah.

6 kedai lain yang tidak boleh dilupakan di Shibuya

  1. UNIQLO – jenama pakaian paling terkenal di Jepun
  2. Shibuya MODI – kompleks beli-belah 10 tingkat
  3. Shibuya OIOI – rangkaian gedung serbaneka
  4. Bershka – fesyen cepat
  5. Postalco – alat tulis
  6. Mega Don Quijote – gedung besar rangkaian kedai murah terkenal di Jepun

Daftar masuk ke Shibuya Granbell Hotel

Membeli-belah di Tokyo-barang untuk dibeli-Jepun-Shibuya Granbell Hotel

Langkah Keluar ke Shibuya

Tokyo shopping-what to buy-Japan-Daikanyama-Nakameguro

Membeli-belah di Tokyo | Daikanyama dan Nakameguro

Jika anda ingin membeli-belah jauh dari kesesakan bandar, lawatlah enklaf sunyi Daikanyama dan Nakameguro. Daerah yang berjiran ini dipenuhi dengan butik mewah, kedai kopi yang menawan dan kedai buku terkini. Rumah kepada beberapa kedutaan dan komuniti ekspatriat dari seluruh dunia, Daikanyama merupakan salah satu daerah yang mempunyai paling banyak budaya berbeza dan paling artistik di Tokyo, dan Nakameguro mempunyai banyak galeri seni dan kedai makan gourmet.

Kedua-dua kawasan ini mempunyai kedai-kedai mewah seperti Vivienne Tam, tetapi kedai-kedai mewah ini terletak di sebelah kedai-kedai yang lebih murah dan kafe dengan harga berpatutan. Pembeli-belah yang mencari sepasang seluar jean yang sempurna pasti mahu melawat Hollywood Ranch Market, kedai denim terbaik di Tokyo. Mereka yang mencari cenderamata terbaik perlu ke Okura, kedai yang menjual pakaian dan aksesori yang telah dinilakan secara semulajadi menggunakan kaedah turun-temurun Jepun. Akhirnya, salah satu tempat beli-belah terkenal di kawasan ini ialah Daikanyama T-Site, kompleks tiga bangunan yang bersambung dan mempunyai pelbagai kedai, termasuk Tatsuya Books Daikanyama yang sangat terkenal. Untuk membeli cenderamata yang betul-betul unik sebagai kenangan lawatan anda ke Tokyo, lawat The Container, sebuah galeri seni yang meriah di dalam kontena yang diubah suai, yang menjual beberapa hasil seni artis paling moden di dunia.

7 aktiviti untuk dibuat di Daikanyama dan Nakameguro bagi mereka yang tidak suka membeli-belah

  1. Minum bir kraf di Spring Valley Brewery Tokyo.
  2. Sertai kelas di salah satu sekolah kulinari Tokyo yang terkenal di seluruh dunia, Le Cordon Bleu.
  3. Lawat Rumah Asakura, contoh seni bina zaman Taisho yang jarang ditemui.
  4. Berkelah di Taman Saigoyama dan anda mungkin dapat melihat Gunung Fuji pada hari yang cerah.
  5. Nikmati smoothie di Marugo Deli Ebisu.
  6. Singgah di Matsunosuke untuk sekeping pai epal terkenal mereka.
  7. Bersiar-siar di sepanjang Sungai Meguro.

Daftar masuk ke Shibuya Stream Excel Hotel Tokyu

Tokyo shopping-what to buy-Japan-Shibuya Stream Excel Hotel Tokyu

Langkah keluar ke Daikanyama dan Stesen Naka Meguro

Membeli-belah di Tokyo-barang untuk dibeli-Jepun-Shinjuku

Membeli-belah di Tokyo | Shinjuku

Jika anda ingin membeli-belah di satu tempat sahaja dan tidak kisah dengan sedikit kesesakan, Shinjuku adalah hentian anda. Sebaik sahaja anda melangkah keluar dari Stesen Shinjuku, deria anda mungkin menerima input berlebihan. Terletak di nadi bandar Tokyo, Shinjuku dikenali dengan bangunan-bangunan tinggi, lampu neon terang dan kesesakan orang ramai yang sering digambarkan apabila orang berfikir tentang Tokyo moden. Sama ada anda membeli-belah untuk cenderamata, pakaian, atau alat elektronik, anda akan menemui semuanya di Shinjuku.

Di sebelah timur daerah ini, carilah Takashimaya Times Square, kompleks kedai dan restoran yang besar termasuk Tokyu Hands Shinjuku, kedai DIY terkenal, dan Kinokuniya, kedai buku terbesar di bandar ini. Jika anda mencari kamera atau alat elektronik, pergi ke seberang bandar ke Shinjuku West Exit Camera Town.

5 lagi gedung serbaneka Shinjuku yang wajar dilawati

Daftar masuk ke Keio Plaza Hotel Tokyo

Membeli-belah di Tokyo-barang untuk dibeli-Jepun-Keio Plaza Hotel Tokyo

Langkah Keluar ke Shinjuku

Tokyo shopping-what to buy-Japan-Harajuku-Aoyama

Membeli-belah di Tokyo | Harajuku dan Aoyama

Daerah berjiranan Harajuku dan Aoyama menawarkan pengunjung pengalaman membeli-belah di dua daerah. Harajuku merupakan pusat kebudayaan belia Jepun, dan fesyen jalanannya merupakan fenomena yang dikenali di serata dunia.Takeshita Dori, jalan fesyen utama di Harajuku, dibarisi butik-butik terkini dan kedai makanan segera yang menyasarkan pembeli muda. Singgah di WEGO untuk contoh baik fesyen cepat yang membuatkan Harajuku terkenal, atau lawat Kiddy Land untuk mendapatkan cenderamata Hello Kitty atau Pikachu.

Jika Harajuku merupakan taman permainan untuk golongan muda dan hip, Aoyama merupakan kawasan elit mewah Tokyo. Daerah ini berpusatkan Omotesando, jalan menawan yang dibarisi pokok yang dikenali sebagai Champs-Elysees Tokyo. Anda akan menemui beberapa butik paling mahal di Tokyo di Omotesando. Tetapi jika anda tidak mahu mencari fesyen mewah, lawatlah Oriental Bazaar, kedai cenderamata besar dengan barangan Jepun yang unik dan berkualiti tinggi.

5 kedai yang perlu dilawati untuk pengalaman beli-belah Harajuku terunggul

  • Daiso – kedai 100 yen paling terkenal di Tokyo
  • Milk – salah satu jenama Harajuku paling ikonik
  • Tokyo Bopper – untuk kasut yang tidak akan ditemui di tempat lain
  • TRIO – kedai yang menjual barangan vintaj dari ikon J-Pop
  • Cute Cube – kedai yang meraikan budaya kawaii

Daftar masuk ke Sakura Fleur Aoyama Hotel

Membeli-belah di Tokyo-barang untuk dibeli-Jepun-Sakura Fleur Aoyama Hotel

Langkah Keluar ke Harajuku dan Aoyama

Membeli-belah di Tokyo-barang untuk dibeli-Jepun-Akihabara

Membeli-belah di Tokyo | Akihabara

Terkenal sebagai pusat budaya otaku atau “gek”, Akihabara merupakan destinasi wajib jika anda ingin membeli barang elektronik atau barang yang berkaitan dengan permainan digital atau manga. “Otakus”, mereka yang berminat dalam subbudaya unik ini, pasti ingin terus ke Mandarake, kompleks lapan tingkat yang dikhaskan untuk manga dan anime. Mandarake menjual semua barang daripada komik dan patung aksi hingga pakaian cosplay dan aksesori. Akiba, seperti yang sering dikenali, juga merupakan salah satu tempat terbaik di dunia untuk membeli peralatan teknologi tinggi. Jika anda ingin melihat satu kedai elektronik sahaja, pastikan bahawa kedai itu adalah Yodobashi Camera; kedai ini adalah kedai elektronik dan kamera terbesar di kawasan ini.

7 lagi tempat beli-belah barangan elektronik, anime, manga dan semua barang otaku di Akihabara

  1. Akihabara Radio Kaikan
  2. LAOX
  3. Sofmap
  4. Gamers/Kadoma
  5. Radio Center
  6. Janpara
  7. Animate

Daftar masuk ke Mitsui Garden Hotel Otemachi

Tokyo shopping-what to buy-Japan-Mitsui Garden Hotel Otemachi

Langkah Keluar ke Akihabara

Membeli-belah di Tokyo-barang untuk dibeli-Jepun-Ginza

Membeli-belah di Tokyo | Ginza

Daerah beli-belah paling mewah di Tokyo memang, sesuai, dibina di atas tapak bekas kilang wang dan merangkumi beberapa hartanah paling berharga di bandar ini. Ginza diterjemahkan sebagai ‘kilang wang perak”, dan kawasan ini kini dipenuhi dengan kedai-kedai megah milik jenama mewah terkenalh di seluruh dunia. Jika haute couture tidak termasuk dalam senarai beli-belah anda, Ginza menawarkan pelbagai pilihan. Untuk cenderamata bebas cukai, lihat Don Quijote, salah satu destinasi paling terkenal dalam kalangan pelancong asing. Jika anda mencari pakaian kasual pada harga yang berpatutan, ginza mempunyai banyak gedung serbaneka serta kedai besar jenama ikonik Jepun, Uniqlo. Akhir sekali, singgahlah di Itoya, kedai alat tulis yang besar dengan pelbagai pilihan pen, kertas, dan produk berkaitan.

Tempat untuk membeli-belah seperti seorang selebriti (atau melihat-lihat barang seperti orang biasa) di Ginza

  • Chanel
  • Dior
  • Prada
  • Louis Vuitton
  • Bvlgari
  • Cartier
  • Burberry
  • Hermes

Daftar masuk ke Hotel Sardonyx Tokyo

Membeli-belah di Tokyo-barang untuk dibeli-Jepun-Hotel Sardonyx Tokyo

Langkah Keluar ke Ginza

Membeli-belah di Tokyo-barang untuk dibeli-Jepun-Shimokitazawa

Membeli-belah di Tokyo | Shimokitazawa

Pembeli-belah yang suka mencari barang pasti ingin memasukkan Shimokitazawa dalam jadual beli-belah Tokyo mereka. Bekas perkampungan pertanian ini telah berkembang menjadi salah kejiranan paling hip di Tokyo dan tempat terbaik untuk mencari pakaian terpakai dan vintaj. Boleh diakses dengan mudah dari Stesen Shibuya, Shimokitazawa merupakan syurga bagi penggemar fesyen yang ingin meluangkan masa mencari pakaian istimewa di dari satu rak ke rak yang lain. Salah satu kedai yang tidak patut dilupakan ialah New York Joe Shimokitazawa, yang seperti namanya, membenarkan pelanggan membeli atau menukar beli pakaian yang masih seperti baru. Walaupun anda tidak membeli-belah, memang berbaloi melawat kedai ini untuk melihat seni binanya – kedai ini terletak di dalam rumah mandi yang diubah suai. Pembeli-belah yang mencari pakaian dari zaman dahulu perlu memastikan lawatan beli-belah Tokyo mereka telah termasuk hentian di Flamingo Tokyo. Kebanyakan stok di kedai ini merupakan pakaian Amerika dari tahun 1940-an hingga 1980-an. Pembeli-belah yang mencari pakaian hipi atau disko perlu ke Grapefruit Moon, kedai kecil yang dipenuhi dengan pakaian berkualiti tinggi dari tahun 1960-an dan 1970-an.

4 kedai vintaj terbaik di Shimokitazawa

  1. Rag Tag Shimokitazawa – rangkaian nasional yang menjual jenama pakaian terpakai pada harga yang berbeza-beza
  2. Haight & Ashbury – kedai yang perlu dilawati jika anda mencari fesyen yang betul-betul antik: pakaian dari kurun ke 19
  3. Chicago – kedai jimat besar yang mengandungi koleksi yang eklektik termasuk kemeja Hawaii dan yukata (kimono musim panas)
  4. Stick Out – semua pakaian terpakai berharga 700 yen

Daftar masuk ke Hotel Gajoen Tokyo

Tokyo shopping-what to buy-Japan-Hotel Gajoen Tokyo

Langkah Keluar ke Shimokitazawa

Tokyo shopping-what to buy-Japan-Asakusa

Membeli-belah di Tokyo | Asakusa

Terletak di timur laut Tokyo, Asakusa dikuasai oleh Kuil Sensoji, destinasi terkenal untuk pengunjung dan orang tempatan. Asakusa merupakan bahagian unik di Tokyo kerana terselamat daripada kemusnahan teruk pengeboman semasa Perang Dunia Kedua, dan akibatnya, mengekalkan lebih banyak senibina lampau berbanding tempat lain di bandar ini. Berjalan-jalan di Asakusa memberikan anda sedikit gambaran tentang Tokyo lama.

Jalan-jalan yang mengelilingi Sensoji dibarisi dengan kedai dan gerai yang menjual cenderamatan berkaitan kuil. Akses utama ke kuil ini adalh melalui Jalan Nakamise, tempat yang anda akan temui banyak pilihan cenderamata untuk dibeli. Pengunjung yang mencari kraf tradisional Jepun pasti mendapat hasil jika meneroka kedai-kedai di Asakusa. Pembeli-belah yang mencari pakaian baru boleh melawat Asakusa Rox, pusat beli-belah yang mempunyai sembilan tingkat kedai pakaian. Akhir sekali, penggemar makanan dan chef di rumah jangan ketinggalan untuk melawat Jalan Kappabashi, yang turut dikenali sebagai Pekan Dapur. Kawasan ini padat dengan kedai-kedai yang menjual makanan palsu dan semua barang yang diperlukan untuk melengkapkan dapur anda. Tempat ini juga sesuai untuk membeli cenderamata memandangkan anda akan menemui pelbagai pilihan penyepit pada harga berpatutan.

Tempat untuk membeli cenderamatan tradisional Jepun di Asakusa

  • Yamakichi – kedai terbaik untuk barang tembikar dan lakuer
  • Edo Kiriko Ojima – studio yang menjual gelas dengan corak rumit yang terkenal di Tokyo
  • Kururi – kedai kecil yang menjual tenugui, kain tradisional Jepun seperti tuala tangan
  • Kurodaya – butik yang menawarkan pelbagai alat tulis Jepun, pita washi, dan cetakan blok kayu

Daftar masuk ke Richmond Hotel Premier Asakusa

Tokyo shopping-what to buy-Japan-Richmond Hotel Premier Asakusa

Langkah Keluar ke Asakusa

Membeli-belah di Tokyo-barang untuk dibeli-Jepun-Nihonbashi

Membeli-belah di Tokyo | Nihonbashi

Pengunjung yang ingin membeli hadiah atau cenderamata tradisional Jepun perlu singgah di Nihonbashi. Kawasan ini terkenal kerana jambatan yang memberikannya namanya, yang menjadi titik asal kilometer sifar Gokaido, Lima Lebuh Raya semasa zaman Edo. Nihonbashi juga merupakan daerah perdagangan utama Tokyo dari awal 1600-an hingga akhir 1800-an, dan kebanyakan kedai di kawasan ini telah wujud sejak berkurun lamanya. Nihonbashi juga menempatkan Cawangan Utama MITSUKOSHI Nihonbashi, rangkaian gedung serbaneka tertua di Jepun. Kini, kedai utama ini mempunyai tujuh tingkat, dan anda boleh menghabiskan satu hari dengan mudah melihat-lihat barangan di sini. Untuk pengalaman beli-belah yang lebih unik, lawat Coredo Muromachi , pusat beli-belah yang merangkumi tiga bangunan. Bangunan pertama dan kedua adalah tempat untuk anda semasa lapar. Bangunan ini menawarkan kedai teh dan manisan, pelbagai restoran yang menghidangkan masakan antarabangsa, serta beberapa kedai makanan gourmet. Di dalam bangunan ketiga, anda akan menemui kedua yang menjual pelbagai hadiah dan cenderamata tradisional Jepun seperti penyepit, barangan lakuer, tuala imabari (melawan bakteria), dan kimono.

Tempat untuk membeli-belah dan barang untuk dibeli di Nihonbashi

  • Yubendo – pen dan aksesori kaligrafi
  • Kuroeya – barangan lakuer
  • Haibara – alat tulis
  • Nihonbashi Saruya – pencungkil gigi buatan tangan
  • Yagicho Honten – kedai makanan kering yang menjual semua keperluan anda seperti dashi, sup tradisional Jepun

Daftar masuk ke Mitsui Garden Hotel Nihonbashi Premier

Membeli-belah di Tokyo-barang untuk dibeli-Jepun-Mitsui Garden Hotel Nihonbashi Premier

Langkah Keluar ke Nihonbashi

Jika anda mempunyai baki wang semasa membeli-belah di Tokyo…

Sekiranya anda telah melawat semua daerah beli-belah yang disenaraikan di atas, dan anda masih mempunyai baki, anda boleh menambah lawatan ke satu atau lebih kawasan berikut di Tokyo.

Kuramae merupakan daerah gudang yang diberikan nafas baru di tepi Sungai Sumida. Tempat ini amat sesuai untuk meluangkan sepetang melihat-lihat kedai tukang-tukang yang hip yang memanggil tempat ini rumah mereka.

Jimbocho terletak di utara Istana Maharaja dan terkenal sebagai daerah buku Tokyo disebabkan bilangan penerbit dan kedai buku yang tinggi di kawasan ini.

Koenji merupakan kejiranan artistik yang semakin berkembang yang dikenali sebagai syurga bagi pencinta muzik yang mencari rakaman vintaj yang sukar dicari.

Kichijōji merupakan kawasan di barat Shinjuku yang merupakan tempat terbaik untuk mereka yang ingin membeli barangan rumah, terutamanya perabot antik.

Ochanomizu merupakan destinasi wajib anda jika anda ingin mencari peralatan muzik.

You may also like

Perjalanan Kuliner Melalui Goa: Menemui Masakan Tradisional Goan image

Mulakan perjalanan yang lazat melalui landskap masakan Goa dengan panduan komprehensif kami. Temui gabungan perisa masakan Goan tradisional, daripada vindaloos pedas hingga bebinca manis, dan selami budaya tempatan melalui pasar, kelas memasak dan santapan mampan.

Selamat datang ke Istanbul: Tempat Timur Bertemu Barat image

Mulakan perjalanan 5 hari yang menawan melalui Istanbul, meneroka keajaiban bersejarah dan permata budaya. Temui jadual perjalanan yang dipenuhi dengan istana yang megah, bazar yang meriah dan pelayaran yang indah.

7 Hari dalam Jadual Perjalanan Sydney: Meneroka Tarikan Terbaik di Harbour City image

Mulakan perjalanan 7 hari yang menawan melalui Sydney, Australia. Daripada tanda tempat ikonik seperti Opera House ke Blue Mountains yang tenang dan Darling Harbour yang meriah, temui tarikan terbaik yang ditawarkan oleh Harbour City.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Dalat: Meneroka Hati Tanah Tinggi image

Terokai Jadual Perjalanan Dalat 3 Hari kami yang menawan untuk menemui permata tanah tinggi Vietnam. Dari tasik yang tenang hingga ke tapak bersejarah, nikmati pengembaraan & bersantai di Dalat.

5 Hari dalam Jadual Perjalanan Incheon: Daripada Tapak Bersejarah kepada Keajaiban Moden image

Temui yang terbaik di Incheon dalam masa 5 hari, daripada tapak bersejarah yang mengagumkan kepada keajaiban moden yang canggih. Manjakan diri dengan lawatan kebudayaan, hidangan kulinari, dan pemandangan yang menakjubkan.

Selamat datang ke Bangalore: Kota Taman, Teknologi dan Budaya image

Terokai Jadual Perjalanan 3 Hari kami di Bangalore untuk mendedahkan yang terbaik di Garden City. Daripada istana diraja ke hab teknologi, nikmati gabungan budaya, sejarah dan alam semula jadi.

Selamat datang ke Jadual Perjalanan Impian 7 Hari Anda di Krabi image

Terokai Jadual Perjalanan Krabi 7 Hari eksklusif kami di Panduan Perjalanan Agoda. Temui pantai yang bersih, hutan rimba dan khazanah budaya di syurga Thailand.

7 Hari dalam Jadual Perjalanan Hua Hin/Cha-am: Mendedahkan Pantai Murni dan Retret Diraja image

Mulakan perjalanan 7 hari melalui Hua Hin/Cha-am dengan jadual perjalanan kami yang direka dengan pakar. Temui pantai yang murni, istana diraja dan permata tersembunyi.

Mulakan Percutian Hujung Minggu ke Yilan: Pelarian Pantas ke Alam Semula Jadi image

Mulakan percutian hujung minggu yang luar biasa di Yilan dengan jadual perjalanan pilihan kami. Temui landskap yang subur, berendam di mata air panas semula jadi, dan nikmati hidangan masakan tempatan.

Selamat datang ke Vibrant City of Mumbai: Periuk Lebur Budaya image

Selami budaya, sejarah dan citarasa yang meriah di Mumbai dengan jadual perjalanan 3 hari kami yang terperinci. Temui tanda tempat ikonik, permata tersembunyi dan hidangan kulinari.

Panduan 3 Hari Pencinta Makanan ke Ipoh: Jadual Perjalanan Makanan dan Kuliner Terbaik image

Selami syurga masakan Ipoh dengan panduan pencinta makanan 3 hari kami! Temui tempat makan terbaik, kafe tersembunyi dan hidangan kebudayaan di syurga gastronomi Malaysia.

Selamat datang ke Kobe: Gerbang untuk Penemuan dan Kegembiraan image

Mulakan perjalanan 3 hari yang menawan melalui Kobe, Jepun. Daripada tanda tempat bersejarah hingga keindahan pemandangan, temui yang terbaik di Kobe.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Dallas: Tarikan Wajib Dilawati dan Permata Tersembunyi image

Temui yang terbaik di Dallas dengan jadual perjalanan 3 hari eksklusif kami. Daripada tanda tempat ikonik kepada permata tersembunyi, temui sebab Dallas, TX, adalah destinasi yang mesti dilawati.

Hat Yai: Jadual Perjalanan 5 Hari ke Permata Tersembunyi Selatan Thailand image

Temui yang terbaik di Hat Yai dengan jadual perjalanan 5 hari kami. Daripada pasar yang sibuk hingga ke kuil yang tenang, alami permata tersembunyi di Selatan Thailand.

7 Hari di New York City Itinerary image

Mulakan perjalanan 7 hari yang tidak dapat dilupakan melalui New York City. Dari jalan ikonik Manhattan ke Lembah Hudson yang tenang, temui tarikan utama Big Apple, permata tersembunyi dan budaya meriah.

Menemui Tainan: Jadual Perjalanan 3 Hari Sejarah, Budaya dan Masakan image

Terokai Tainan dalam masa 3 hari dengan jadual perjalanan kami yang mendalam. Temui kuil purba, nikmati hidangan masakan tempatan dan berehat di tempat semula jadi yang tenang.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Macau: Panduan Menjelajah Las Vegas Asia image

Terokai Jadual Perjalanan Macau 3-Hari kami yang menarik untuk mendedahkan gabungan sejarah, budaya dan keseronokan di Asia Vegas.

Percutian Hujung Minggu di Orlando Itinerary: Tarikan Utama & Permata Tersembunyi image

Dedahkan keajaiban Orlando dengan jadual percutian hujung minggu eksklusif kami! Daripada taman tema yang mendebarkan kepada taman yang tenang dan kehidupan malam yang meriah, temui tarikan popular dan permata tersembunyi tempatan.

Jadual Perjalanan 7 Hari di Paris: Meneroka Kota Cahaya image

Temui jadual perjalanan 7 hari terbaik di Paris! Terokai tanda tempat ikonik, nikmati masakan Perancis dan tenggelam dalam seni dan sejarah.

Jadual Perjalanan Nha Trang Pencari Pengembaraan: Panduan 5 Hari yang mendebarkan image

Terokai jadual perjalanan Nha Trang 5 hari kami yang direka untuk pencari pengembaraan! Daripada melompat ke pulau ke selam skuba dan keajaiban budaya, temui yang terbaik di Nha Trang dengan panduan pakar kami.

Jadual Perjalanan Bersiar-siar Goa: Meneroka Mutiara Timur image

Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan dengan Jadual Perjalanan Bersiar-siar Goa kami. Terokai pantai yang dicium matahari, kehidupan malam yang meriah, kuil yang tenang dan hidupan liar yang subur.