fbpx

Masa Terbaik Melawat, Pengangkutan dan Tempat di Bangkok

Dari tapak bersejarah seperti Istana Besar ke pusat beli-belah moden seperti Pusat Beli-Belah Terminal 21, pasti ada sesuatu untuk setiap pengunjung yang merancang lawatan ke Bangkok. Ibu negara Thailand ini merupakan salah satu destinasi pelancong yang paling digemari di seluruh dunia dan terkenal kerana kekayaan budayanya, kehidupan malam yang meriah, makanan bertaraf dunia, dan harga murah yang tiada tandingannya. Ketahui masa terbaik untuk melawat Bangkok, serta pilihan pengangkutan, tarikan dan tempat terbaik untuk hotel dan penginapan.

Lawatan ke Bangkok-Thailand-kawasan hijau-taman

Lawatan ke Bangkok | Masa terbaik untuk melawat

Salah satu sebab Bangkok menjadi tempat tarikan utama pelancong ialah kerana iklim tropika dan suhu panas sepanjang tahun. Meskipun cuaca di Bangkok agak tekal sepanjang tahun, pengunjung yang merancang untuk ke Bangkok harus tahu tentang tiga musim di Thailand.

  • Musim dingin, juga dianggap “musim puncak”; apabila pelancong membanjiri negara ini, bermula sekitar November hingga Februari. Pengunjung yang merancang lawatan ke Bangkok semasa musim puncak boleh mengharapkan malam dan pagi yang lebih sejuk dan mungkin perlu membawa jaket ringan.
  • Musim panas adalah dari bulan Mac hingga Jun dan merupakan masa yang baik untuk merancang lawatan sehari dari Bangkok. Pelancong berbondong-bondong ke pantai berhampiran dan pasar terapung pada musim panas. Menghabiskan masa membeli-belah sepanjang hari di dalam pusat beli-belah berhawa dingin juga digemari.
  • Musim hujan berlanjutan dari sekitar Julai hingga Oktober. Walaupun hujan petang akan membantutkan aktiviti bersiar-siar, pengunjung tidak perlu takut untuk merancang lawatan ke Bangkok semasa musim hujan. Hujan pada musim ini hampir berlaku setiap hari tetapi biasanya turun tidak lebih dari satu jam. Selain itu, hujan selalunya berlaku pada waktu yang sama setiap hari, oleh itu pengunjung boleh membawa payung dan membuat perancangan sewajarnya.

Melawat Bangkok pada musim puncak

Melawat Bangkok pada bulan November hingga Februari memang baik kerana cuaca tidak sepanas, selembap dan tidak kerap hujan seperti bulan-bulan lain. Lebih mudah untuk meneroka bandar ini kerana anda boleh meluangkan lebih banyak masa di luar tanpa merasa sangat panas atau mendapati rancangan anda dihujani. Namun begitu, memandangkan ini merupakan musim pelancongan puncak, anda akan berdepan dengan lebih ramai orang di mercu-mercu tanda dan tarikan; restoran, bar dan kelab malam yang lebih sibuk; dan harga penerbangan dan penginapan yang lebih tinggi.

Melawat Bangkok pada masa luar musim

Semasa musim panas di Bangkok, cuaca panas boleh menyukarkan pergerakan, dan perkara yang sama boleh dikatakan tentang hujan monsun semasa musim hujan. Kedua-dua musim ini mempunyai kelembapan tinggi. Namun begitu, walaupun cuaca pada musim panas dan hujan tidak sempurna, anda tidak perlu berebut-rebut dengan orang ramai dan boleh menikmati diskaun untuk lawatan dan penginapan. Terdapat juga aktiviti-aktiviti tertutup yang boleh dibuat jika cuaca tidak memberikan kerjasama semasa lawatan anda ke Bangkok.

Lawatan ke Bangkok-Thailand-pelancong

Lawatan ke Bangkok | Nasihat berguna semasa melawat

Ke mana-mana pun anda pergi, anda perlu menyesuaikan diri dengan budaya tempatan dan cara sesuatu perkara dilakukan. Mujurlah menyesuaikan diri di Bangkok agak mudah, terutamanya jika anda tahu perkara yang perlu dijangkakan. Untuk memaksimumkan lawatan anda ke ibu negara Thailand, ingatlah nasihat berguna ini.

1. Beg ringan

Ada dua sebab anda perlu membawa beg yang ringan semasa melawat Bangkok: mengangkat beg ke seluruh bandar, terutamanya semasa cuaca amat panas, amat sukar, dan memandangkan terdapat banyak pilihan beli-belah yang murah, anda pasti ingin membawa pulang banyak pakaian baru dan cenderamata! Tentulah anda perlu membawa semua barang keperluan wajib, tetapi anda tidak perlukan banyak baju panas dan but yang berat. Jika anda perlukan pakaian dan aksesori baru semasa lawatan anda, anda boleh ke pusat beli-belah atau pasar untuk membeli barang tersebut dengan murah.

2. Rancang masa yang mencukupi

Untuk benar-benar mengalami Bangkok, anda perlu meluangkan masa yang mencukupi di bandar ini sebelum ke destinasi lain di Thailand. Anda boleh meluangkan masa selama seminggu meneroka tarikan baru, restoran baru dan aktiviti malam baru setiap hari. Meskipun anda mempunyai destinasi lain yang hendak dituju, cuba luangkan sekurang-kurangnya dua malam di Bangkok.

3. Guna pelindung matahari

Pelindung matahari penting semasa melawat Bangkok pada musim panas, tetapi semasa musim dingin dan hujan, suhu boleh meningkat dan matahari boleh menjadi terik. Malah, Bangkok sering dianggap sebagai bandar terpanas di dunia. Tidak kira pada bila-bila masa pun anda ke sana, pastikan anda sentiasa memakai pelindung matahari serta alat pelindung seperti topi dan cermin mata hitam.

4. Beli kad SIM

Jangan biarkan caj perayauan antarabangsa merosakkan lawatan anda ke Bangkok. Sebaik sahaja anda tiba di salah satu lapangan terbang utama Bangkok (Lapangan Terbang Suvarnabhumi atau Lapangan Terbang Don Mueang), anda boleh membeli kad SIM dari salah satu kedai telekomunikasi yang terletak di dalam terminal. Pengunjung boleh menikmati liputan yang baik dan elaun data yang banyak dengan bayaran yang kecil.

5. Tukar duit selepas anda tiba

Anda akan mendapat kadar pertukaran yang lebih baik di Bangkok untuk kebanyakan mata wang utama berbanding negara anda, jadi tunggu sehingga anda mendarat untuk menukar wang belanja kepada Baht Thai. Jika anda menukar duit di rumah, anda boleh kerugian antara 5% hingga 10% untuk kadar pertukaran dan caj. Tawaran terbaik di Bangkok disediakan di pengurup wang tempatan yang lebih kecil, dengan caj pertukaran serendah 0.06% daripada jumlah transaksi keseluruhan.

6. Tawar-Menawar untuk harga lebih murah

Ketika membeli-belah di pasar Bangkok, anda boleh menjimatkan duit jika anda sanggup untuk tawar-menawar. Sudah menjadi kebiasaan untuk membeli barang dengan potongan harga antara 25% hingga 50% daripada harga asal. Tawar-menawar boleh menjadi pengalaman menyeronokkan semasa membeli-belah di Bangkok, dan anda tidak perlu malu kerana semua orang pun buat. Cuma ingat bahawa tawar-menawar hanya dibuat di pasar jalanan dan bukan di tempat seperti pusat beli-belah mewah, kedai serbaneka atau restoran.

Lawatan ke Bangkok-Thailand-Pengangkutan-tuk tuk-BTS

Lawatan ke Bangkok | Pengangkutan

Bangkok ialah sebuah bandar metropolis dengan jalan yang sibuk dan sesak, terutamanya pada waktu puncak. Mujurlah bandar ini mempunyai sistem transit awam yang baik yang akan membawa anda ke mana-mana sahaja yang anda ingin pergi.

Datang dari lapangan terbang

Pertama, anda berkemungkinan besar masuk ke bandar ini dari salah satu dari dua lapangan terbang terbang. Kebanyakan pengunjung antarabangsa terbang masuk ke Lapangan Terbang Suvarnabhumi, yang merupakan pilihan lebih mudah untuk transit. Anda hanya perlu menaiki Rangkaian Kereta Api Lapangan Terbang dan naik kereta api ke Stesen BTS Phaya Thai, yang mempunyai hubungan mudah ke sistem keretapi lain di bandar ini. Harap maklum bahawa jika anda ingin menuju ke kawasan Jalan Khao San dan bukan ke pusat bandar, pilihan yang lebih baik ialah mengambil bas S1 dari Pintu 7 di aras bawah.

Lapangan Terbang Don Mueang tidak mempunyai rangkaian kereta api ke bandar, jadi pilihan terbaik dan paling murah dari sini ialah dengan mengambil bas. Anda boleh mengambil bas A1 di luar terminal ke Stesen BTS Mo Chit. Untuk ke Jalan Khao San, ambil bas A4.

Sistem kereta api BTS dan MRT

Sistem Skytrain BTS dan kereta api bawah tanah MRT di Bangkok menghubungkan kebanyakan daerah beli-belah, perniagaan dan hiburan utama bandar ini, menjadikan kedua-dua sistem ini cara terbaik untuk bergerak dan mengelakkan kesesakan di jalan. Skytrain BTS mempunyai dua laluan, laluan Silom dan Laluan Sukhumvit, yang bertemu di Stesen BTS Siam di bandar. Pelancong lebih gemar menggunakan Skytrain tetapi anda juga boleh bertukar ke kereta api bawah tanah MRT di Stesen BTS Sala Daeng (Stesen MRT Silom) dan Stesen BTS Asok (Stesen MRT Sukhumvit).

Perkhidmatan teksi, tuk tuk dan perkongsian kereta

Walaupun BTS dan MRT menawarkan cara terbaik untuk bergerak semasa lawatan anda ke Bangkok, terdapat beberapa kawasan di bandar ini yang tidak dihubungkan dengan baik. Dalam hal ini, cara terbaik adalah dengan menuju ke stesen yang paling hampir dengan destinasi anda dan tahan teksi atau tuk tuk dari sana. Tuk tuk adalah bugi bermotor beroda tiga yang boleh memuatkan tiga hingga empat orang dengan selesa. Pemandu tuk tuk biasanya suka membawa penumpang untuk jarak yang singkat sahaja dan mengenakan harga lebih tinggi dari teksi, tetapi pengalaman menaiki tuk tuk di Bangkok dengan angin yang meniup rambut anda memang berbaloi dengan harga tambahan itu! Anda juga boleh menggunakan aplikasi Grab, perkhidmatan perkongsian kereta yang terkenal di seluruh Asia Tenggara.

Bot sungai dan feri

Jika anda ingin melawat tarikan di sepanjang Sungai Chao Phraya, cara terbaik ke sana ialah dengan bot sungai. Anda boleh menaiki bot dari Jeti Sathorn, yang terletak betul-betul di sebelah Stesen BTS Saphan Taksin.

Daftar Masuk ke Centara Grand at Central World Hotel, Langkah Keluar ke Bangkok

Hotel di Bangkok-lawatan-Thailand-Centara Grand at Central World Hotel

CARI & TEMPAH HOTEL DI BANGKOK HARI INI

Lawatan ke Bangkok-Thailand-Wat Arun-Chao Phraya

Lawatan ke Bangkok | Tarikan wajib pergi

Bangkok merupakan bandar yang penuh dengan kepelbagaian termasuk tarikan. Terdapat banyak kuil-kuil dan tapak bersejarah dengan kepentingan budaya yang mendalam, begitu juga mercu tanda yang lebih moden yang melambangkan Thailand kontemporari. Hal ini menjadikannya mudah untuk merancang jadual dengan hentian untuk semua orang dalam rombongan anda – tetapi sukar untuk memilih tarikan yang hendak dimasukkan! Untuk membantu anda bermula, di sini disenaraikan lapan tarikan wajib pergi terkemuka di Bangkok, bermula dengan tiga kuil yang boleh dilihat serentak.

Lawatan ke Bangkok-Thailand-Istana Besar

1. Istana Besar dan Wat Phra Kaew

Istana Besar dengan mudahnya merupakan salah satu mercu tanda paling terkemuka dan penting di Bangkok. Bekas kediaman keluarga diraja, istana ini masih digunakan untuk majlis-majlis negara pada hari ini. Ini adalah tempat terbaik di bandar ini untuk melihat seni bina dan seni tukang tradisional Thailand. Di perkarangan Istana Besar, anda juga akan menemukan Wat Phra Kaew, kediaman Buddha Zamrud terkenal dan salah satu kuil Buddha paling penting di negara ini. Di dalam kuil ini, sebuah patung Buddha, yang diukir indah daripada jed dan dipakaikan kain emas berkilauan, duduk bertafakur.

Cara termudah untuk ke Istana Negara dan Wat Phra Kaew ialah dengan Bot Ekspres Chao Phraya dari Jeti Sathorn.

Lawatan ke Bangkok-Thailand-Wat Pho

2. Wat Pho

Wat Pho ialah sebuah kompleks kuil yang luas yang terkenal kerana patung Buddha emas gergasi yang berbaring. Patung ini amat besar hinggakan sukar untuk melihat keseluruhan patung ini sekaligus. Perkarangan kuil ini juga mempunyai empat tokong yang merumahkan 394 imej Buddha bersadur emas yang lebih kecil. Kuil ini merupakan kuil tertua di Bangkok dan dianggap sebagai tempat pemulihan, kerana dahulu kuil ini menjadi sekolah untuk ubat tradisional Thai.

Wat Pho terletak beberapa minit berjalan kaki dari Istana Besar, atau anda boleh naik semula feri untuk satu lagi hentian.

Lawatan ke Bangkok-Thailand-Wat Arun

3. Wat Arun

Wat Arun, dikenali juga sebagai Kuil Fajar, ialah sebuah kuil yang sangat indah. Menaranya yang tinggi, dilitupi dengan jubin seramik dan porselin berwarna-warni yang berkilauan di bawah sinaran matahari, menjulang tinggi di kaki langit semasa anda menghampirinya. Pengunjung boleh naik ke puncak kuil untuk melihat pemandangan bandar ini yang menakjubkan. Masa terbaik untuk naik ke puncak adalah sebelum matahari terbenam, apabila anda boleh melihat matahari terbenam di atas sungai.

Wat Arun terletak di seberang sungai dari Wat Pho, jadi pergi semula ke jeti dan naik feri merentas sungai untuk beberapa baht sahaja.

Lawatan ke Bangkok-Thailand-Jalan Khao San

4. Jalan Khao San

Nadi dunia pengembara beg galas di Bangkok, Jalan Khao San ialah sebuah jalan sibuk yang penuh dengan bar, kelab malam, restoran, makanan jalan, peniaga pasar, dan penginapan murah. Panjang jalan ini kurang dari satu batu tetapi menawarkan segala-galanya yang anda perlukan untuk pengalaman penuh Bangkok. Jalan ini juga merupakan tempat yang baik untuk bertemu pengembara lain.

Jalan Khao San tidak terletak berhampiran dengan mana-mana stesen BTS atau MRT, jadi anda perlu menaiki bot dari Jeti Sathorn ke Jeti Phra Arthit, yang terletak hanya beberapa minit berjalan kaki dari semua aktiviti.

Lawatan ke Bangkok-Thailand-Pusat Beli-Belah Siam Paragon

5. Pusat Beli-Belah Siam Paragon

Semasa melawat Bangkok, anda perlu ke sekurang-kurangnya satu pusat beli-belah mewah, dan pusat beli-belah itu seharusnya adalah Pusat Beli-Belah Siam Paragon. Pusat beli-belah ini adalah antara yang paling besar di negara ini; mempunyai banyak jenama fesyen pereka mewah; medan selera dan restoran yang menghidangkan beberapa makanan Thai terbaik di bandar ini; dewan pameran; dan panggung wayang multipleks mewah. Di aras bawah pusat beli-belah ini anda akan menemukan akuarium Siam Ocean World, salah satu akuarium terbesar di Asia Tenggara.

Pusat Beli-Belah Siam Paragon boleh diakses terus dari Stesen BTS Siam.

Lawatan ke Bangkok-Thailand-Pusat Beli-Belah Terminal 21

6. Pusat Beli-Belah Terminal 21

Di bandar yang penuh dengan pusat beli-belah yang menarik, Pusat Beli-Belah Terminal 21 memang menonjol. Pusat beli-belah ini mempunyai tema lapangan terbang, dengan perincian pintar seperti papan tanda yang kelihatan seperti papan pancaran elektronik lapangan terbang, dan setiap aras direka seperti destinasi antarabangsa yang berbeza. Pembeli boleh melawat Caribbean, Rom, Paris, Tokyo, London, Istanbul, San Francisco, dan Hollywood, semuanya pada satu petang. Pilihan makanannya menawarkan masakan dari setiap destinasi pusat beli-belah ini.

Pusat Beli-Belah Terminal 21 boleh diakses dengan mudah melalui laluan pejalan kaki dari Stesen BTS Asok.

Lawatan ke Bangkok-Thailand-Pasar Chatuchak

7. Pasar Chatuchak

Pasar Chatuchak dianggap sebagai salah satu pasar terbesar di dunia, dengan lebih daripada 15,000 gerai yang menjual pelbagai barangan dan makanan. Kebanyakan gerai dibuka pada hujung minggu, ketika lebih daripada 200,000 pembeli datang ke pasar ini. Untuk pakaian, aksesori, dan cenderamata pada harga terbaik di bandar ini (yang anda boleh cuba untuk tawar-menawar sehingga lebih murah), luangkan masa sekurang-kurangnya beberapa jam untuk menjelajah mercu tanda terkenal ini.

Pasar Chatuchak terletak tidak jauh berjalan kaki dari Stesen BTS Mo Chit dan Stesen MRT Taman Chatuchak.

Lawatan ke Bangkok-Thailand-Muzium Kediaman Jim Thompson

8. Muzium Kediaman Jim Thompson

Muzium Kediaman Jim Thompson ialah bekas kediaman seorang ahli perniagaan Amerika bernama James H.W. Thompson, yang memainkan peranan penting dalam menghidupkan semula industri sutera Thai pada tahun 1950an hingga 1960an. Muzium ini adalah perkarangan tertutup dengan enam rumah tradisional Thai yang diperbuat daripada kayu jati yang menampilkan koleksi lukisan tradisional Thai dan patung Buddha bersejarah. Ini adalah cara yang baik untuk menghayati sedikit budaya dan sejarah Thailand.

Muzium Kediaman Jim Thompson terletak kira-kira lima minit berjalan kaki dari Stesen BTS Stadium Nasional. Untuk ke sana, keluar dari stesen melalui Pintu 1 dan belok kanan ke Soi Kasemsan 2.

Daftar Masuk ke Hua Chang Heritage Hotel, Langkah Keluar ke Muzium Kediaman Jim Thompson

Hotel di Bangkok-lawatan-Thailand-Hua Chang Heritage Hotel

CARI & TEMPAH HOTEL DI BANGKOK HARI INI

Lawatan ke Bangkok-Thailand-tempat untuk menginap-aerial-Sukhumvit-Silom

Tempat terbaik untuk menginap semasa melawat Bangkok

Bangkok adalah sebuah bandar besar dengan banyak kejiranan pelancongan yang menawarkan akses transit yang baik, penginapan mewah yang murah, dan beberapa tarikan yang berdekatan. Tempat terbaik untuk menginap bergantung pada perkara yang anda ingin lihat dan buat, serta sama ada anda mencari suasana yang tenang atau ingin berada di tengah-tengah kesibukan. Dengan mempertimbang manfaat berlainan kawasan pelancongan utama bandar ini, anda dapat memilih tempat menginap terbaik semasa lawatan anda ke Bangkok.

Sukhumvit

Sukhumvit adalah sebuah jalan panjang yang bermula di nadi Bangkok hingga ke sempadan Kemboja. Bahagian jalan di dalam bandar merupakan salah satu daerah hiburan paling terkenal di Bangkok, dibarisi hotel mewah, peluang beli-belah premium dan jalanan, dan restoran mewah. Sukhumvit dikenali kerana kehidupan malamnya, yang termasuk pelbagai bar, kelab tari, dan lounge atas bumbung. Ini adalah termpat terbaik untuk pengunjung yang ingin merasakan semuanya. Sukhumvit terhubung dengan baik dengan Skytrain BTS, dengan laluan Sukhumvit merentas dari timur ke barat di kawasan ini.

Siam

Siam adalah kawasan di Bangkok yang sinonim dengan membeli-belah. Di sini terdapat Pusat Beli-Belah Siam Paragon, serta beberapa pusat beli-belah terkenal yang lain. Anda juga akan menemukan pelbagai kedai tepi jalan, serta tempat makan dan restoran yang baik. Tambahan, kawasan ini lebih kecil berbanding daerah yang lain, lantas menjadikan Siam mudah diteroka dengan berjalan kaki. Kejiranan ini baik untuk keluarga dan pengunjung yang ingin membeli-belah dan juga mahukan akses mudah ke kawasan lain di bandar ini, kerana Siam berpusatkan Stesen BTS Siam dan terletak tidak jauh dari Pratunam.

Silom

Pada waktu siang, Silom merupakan daerah kewangan dengan ahli perniagaan berpakaian kemas yang bergegas di jalan. Pada waktu malam, kawsan ini menjadi meriah dengan pelbagai bar dan restoran yang menghidangkan makanan enak dan minuman murah. Kawasan ini juga mempunyai beberapa lounge bumbung yang baik, tempat anda boleh berbelanja lebih pada waktu malam. Mudah sahaja untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain di Silom, kerana ia adalah sebuah kejiranan kecil yang terletak di sekitar Stesen BTS Sala Daeng dan Stesen MRT Si Lom.

Pratunam

Pratunam adalah lokasi baik untuk pembeli dengan bajet kecil. Anda boleh menemukan beberapa tawaran hebat untuk pakaian dan aksesori di pasar dan kedai borong di kawasan ini. Di sini juga terdapat banyak penginapan dan restoran murah. Kawasan ini adalah kawasan yang meriah dan sibuk dengan suasana kosmopolitan yang terkenal dalam kalangan pengunjung muda. Pratunam terletak sedikit jauh dari sistem kereta api Bangkok tetapi masih terhubung dengan baik, dengan stesen terdekat, Stesen BTS Ratchathewi terletak kira-kira 15 minit berjalan kaki dari pusat kawasan ini. Pratunam juga boleh diakses dari Stesen BTS Siam dan Stesen BTS Chit Lom.

Bangkok Riverside

Jika anda lebih suka tempat yang lebih sunyi dan jauh dari kesibukan pusat bandar Bangkok, maka Bangkok Riverside mungkin merupakan kejiranan terbaik untuk anda. Kawasan ini baik untuk keluarga yang suka percutian ala resort dengan suasan yang lebih tenang dan pemandangan indah. Ini juga tempat yang baik untuk pasangan yang mencari tempat pelarian romantik. Kerana terletak di sepanjang Sungai Chao Phraya, Bangkok Riverside mempunyai akses mudah ke sistem feri bandar ini dan ke mercu tanda seperti Istana Besar dan Wat Arun.

Chinatown

Bagi pengunjung yang ingin menginap di kawasan sibuk yang penuh dengan makanan jalan yang sedap, murah dan mengenyangkan, pertimbanglah Chinatown di Bangkok. Kawasan ini dipenuhi dengan gerai dan restoran yang menjual makanan yang enak-enak. Tempat ini terkenal dalam kalangan pengembara beg galas yang mencari penginapan murah, walaupun terdapat banyak hotel butik mewah di kawasan ini juga.Chinatown memberikan akses mudah ke Pekan Lama (Rattanakosin) begitu juga sistem feri di Bangkok dari Jeti Ratchawong di penghujung Ratchawong Road.

Pekan Lama

Pekan Lama, juga dikenali sebagai Rattanakosin, adalah tempat yang mana anda akan menemukan banyak tapak agama dan bersejarah Bangkok, termasuk Wat Pho dan Wat Phra Kaew. Pekan Lama terletak di utara Chinatown di sepanjang Sungai Chao Phraya dan termasuk kawasan Jalan Khao San. Kejiranan ini bagus untuk pengembara beg galas, kerana terdapat banyak bar, restoran dan hotel murah. Suasana di sini tenang, sesuai untuk bersiar-siar dan menghayati budaya Bangkok.

Daftar Masuk ke Bangkok Cha-Da Hotel, Langkah Keluar ke Pekan Lama

Hotel di Bangkok-lawatan-Thailand-Bangkok Cha-Da Hotel

CARI & TEMPAH HOTEL DI BANGKOK HARI INI

Lawatan ke Bangkok-Thailand-Hotel terbaik

Hotel terbaik di Bangkok

Bangkok merupakan salah satu bandar paling mesra di dunia dan menawarkan pelbagai pilihan hotel yang baik untuk setiap pengunjung. Bandar ini terkenal dengan hotel mewah yang menawarkan pengalaman mewah pada harga hampir separuh daripada harga penginapan mewah di bandar seperti New York, Paris, atau Tokyo. Jika anda ingin memanjai diri anda dengan perkhidmatan terbaik Thai, berikut adalah rumusan tentang enam hotel terbaik di Bangkok.

Hotel di Bangkok-lawatan-Thailand-Grande Centre Point Hotel Terminal 21

Grande Centre Point Hotel Terminal 21

Grande Centre Point Terminal 21 ialah sebuah hotel pencakar langit yang terletak di dalam Pusat Beli-Belah Terminal 21. Bilik-bilik di sini adalah kontemporari dan luas, dengan dilengkapi Wi-Fi percuma, TV skrin pipih, ketuhar gelombang mikro, bar mini, tilam pillowtop, serta teh dan kopi percuma. Nikmati sarapan percuma, dan makan tengah hari atau makan malam di restoran hotel. Kemudahan tambahan di hotel ini termasuk spa, pusat kecergasan, kolam renang infiniti, tab panas terbuka dan tertutup, gelanggang tenis, dan juga padang golf mini.

Tetamu hotel mempunyai akses mudah ke Stesen BTS Asok dan Stesen MRT Sukhumvit.

Centara Grand at Central World Hotel

Centara Grand at Central World Hotel terletak berhampiran dengan beberapa pusat beli-belah terbaik di bandar ini, termasuk Pusat Beli-Belah Siam Paragon. Hotel ini adalah hotel induk bagi kumpulan Centara Hotels and Resorts, mempunyai 55 tingkat dan menawarkan pemandangan bandar yang menakjubkan. Nikmati Internet kelajuan tinggi dan filem bayar apabila tonton di dalam bilik, serta spa hotel mewah yang menawarkan lebih daripada 60 rawatan berbeza yang menenangkan.

Centara Grand at Central World Hotel terletak hanya 10 minit berjalan kaki dari Stesen BTS Chit Lom.

Hotel di Bangkok-lawatan-Thailand-Eastin Grand Hotel Sathorn

Eastin Grand Hotel Sathorn

Mempunyai akses terus ke Stesen BTS Surasak di pusat bandar, Eastin Grand Hotel Sathorn adalah sebuah hotel mewah deluxe dengan reka bentuk moden dan kemas. Bilik standard telah termasuk Wi-Fi percuma, bar mini, pembancuh teh dan kopi, dan skrin TV pipih; manakala bilik yang dinaik taraf memberikan tetamu hotel akses kepada sarapan percuma, bar terbuka, dan lounge kelab. Terdapat juga kolam renang dan pusat kecergasan untuk kegunaan semua tetamu, serta empat restoran yang baik di hotel.

Hotel di Bangkok-lawatan-Thailand-Emporium Suites by Chatrium

Emporium Suites by Chatrium

Emporium Suites by Chatrium merupakan sebuah hotel pencakar langit dengan suite ala pangsapuri di Sukhumvit untuk pengunjung yang mahukan keselesaan seperti di rumah. Setiap pangsapuri mempunyai Wi-Fi percuma, tingkap dari lantai ke siling dengan pemandangan menakjubkan, bar mini, pembancuh kopi dan teh, TV skrin pipih, dapur, dan ruang tamu asing. Kemudahan hotel termasuk bilik kecergasan, spa, dan sauna; dan terdapat sebuah restoran yang menghidangkan masakan China dan antarabangsa.

Emporium Suites by Chatrium terletak hanya beberapa langkah dari Stesen BTS Phrom Phong.

Hua Chang Heritage Hotel

Berjalan kaki singkat dari Stesen BTS Stadium Nasional dan tidak jauh dari Pusat Beli-Belah Siam Paragon, Hua Chang Heritage Hotel adalah sebuah hotel mewah dengan semua keselesaan dan kemudahan yang diimpikan tetamu. Bangunan ini cerah dan dihias indah, dan mempunyai taman yang tenang dan kolam renang terbuka lengkap dengan bar kolam renang. Bilik mempunyai TV Pintar, pemain Blue-ray, Wi-Fi, dan pembancuh kopi dan teh. Restoran di hotel ini menghidangkan masakan Thai tulen.

Hotel di Bangkok-lawatan-Thailand-Anantara Riverside Bangkok Resort

Anantara Riverside Bangkok Resort

Terletak betul-betul di tepi Sungai Chao Phraya, Anantara Riverside Bangkok Resort merupakan sebuah tempat pelarian yang benar-benar mewah. Bilik mempunyai pemandangan bandar, sungai atau taman, dan terdapat Wi-Fi percuma, TV skrin pipih, bar mini, dan beranda. Spa di resort ini merupakan tempat pelarian yang subur menghijau yang menawarkan pelbagai rawatan istimewa untuk membantu anda berehat selepas seharian membeli-belah dan bersiar-siar. Pilihan makan termasuk enam restoran, tiga bar dan sebuah kafe. Terdapat juga shuttle percuma yang akan membawa tetamu ke Stesen BTS Saphan Taksin.

CARI & TEMPAH HOTEL DI BANGKOK HARI INI

Agoji-travel guides-kite

You may also like

Panduan Perjalanan Terbaik Anda untuk Meneroka Keajaiban Hualien: Pasar Malam, Alam Semula Jadi dan Budaya image

Mulakan perjalanan yang bertenaga melalui Hualien, Taiwan, dengan panduan perjalanan terbaik kami. Daripada pengembaraan pasar malam yang mendebarkan kepada pelarian semula jadi yang tenang dan penerokaan budaya, temui intipati Hualien dan cipta kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Selamat datang ke Panduan Terbaik untuk Membeli-belah di Fujikawaguchiko image

Temui gabungan mempesonakan kraf tradisional dan penemuan moden dalam Panduan Terbaik kami untuk Membeli-belah di Fujikawaguchiko. Terokai kedai-kedai artisanal, pasar tempatan dan cenderamata unik dengan latar belakang Gunung Fuji yang megah.

Meneroka Hiroshima: Perjalanan Budaya dan Kehidupan Malam image

Selami panduan perjalanan Hiroshima 4 hari kami, meneroka tapak ikonik, permata tersembunyi dan hidangan kulinari. Dari Taman Memorial Keamanan ke jalan-jalan pelik di Onomichi, temui semangat meriah dan keindahan tenang Hiroshima.

Bersantai dalam Elegance: Temui Hotel 5 Bintang Terbaik Mekah untuk Penginapan Ilahi image

Mulakan perjalanan rohani dengan sentuhan kemewahan. Terokai panduan susun atur kami ke hotel 5 bintang paling eksklusif di Mekah, setiap satu menawarkan tempat percutian yang tenang, keselesaan ilahi dan berdekatan dengan Masjidil Haram.

Panduan Jazz & Blues Chicago 3 Hari: Selami Pemandangan Muzik image

Mulakan perjalanan 3 hari melalui pemandangan jazz dan blues bersejarah Chicago. Daripada kelab ikonik hingga persembahan langsung, temui jiwa Kota Berangin. Baca sekarang!

Lawatan Malam Kuliner: Alami Kedai Makan dan Bar Wain Tulen Rom image

Selami kehidupan malam yang meriah & suasana kulinari di Rom dengan pemandu kami. Daripada bar wain tersembunyi hingga ke tempat makan tradisional, rasai citarasa dan sejarah yang kaya di bandar ini.

Perjalanan Kuliner Melalui Houston: Meneroka Pemandangan Pelbagai Makanan di Bandar Raya image

Selami suasana makanan yang meriah di Houston dengan panduan perjalanan kulinari 4 hari kami. Daripada BBQ ikonik kepada masakan global, terokai citarasa yang menjadikan Houston destinasi kegemaran makanan.

Hotel Butik Terbaik di Barcelona: Alami Kemewahan dengan Sentuhan Peribadi image

Buka kunci rahsia hotel butik yang paling mempesonakan di Barcelona, di mana kemewahan memenuhi perkhidmatan yang diperibadikan. Terokai panduan susun atur kami untuk menemui permata tersembunyi yang menawarkan pengalaman unik, keselesaan yang tiada tandingan dan pintu masuk ke tengah-tengah ibu kota Catalonia yang meriah.

Membongkar Permata Kuching: Panduan Komprehensif untuk Tarikan Paling Menawan di Bandar Raya image

Temui Kuching: Panduan Lengkap Permata Tersembunyi Borneo. Terokai tanda tempat bersejarah, pemandangan budaya yang meriah, taman negara yang subur dan hidangan kulinari.

Meneroka Permata Tersembunyi Asia Tenggara: Panduan Terbaik ke Pulau Batam image

Temui Pulau Batam, permata tersembunyi Asia Tenggara, dengan panduan perjalanan terbaik kami. Terokai pantai yang bersih, budaya yang kaya, hidangan kulinari dan pengembaraan yang mendebarkan.

Menemui Vung Tau: Panduan untuk Hotel Waterfront Terbaik untuk Pencinta Pantai image

Buka kunci yang terbaik dari Vung Tau dengan panduan kami ke hotel tepi laut yang popular! Alami kemewahan, pemandangan dan akses pantai yang tiada tandingan untuk percutian tepi laut yang sempurna.

Meneroka Laluan Ikonik Melbourne: Panduan Seni Jalanan dan Budaya Kafe image

Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan melalui Melbourne dengan panduan perjalanan 3 hari kami yang komprehensif. Daripada lorong-lorong ikonik dan seni jalanan kepada taman-taman yang subur dan hiburan malam, buka rahsia ibu kota kebudayaan Australia.

Semarang Selepas Gelap: Panduan 5 Malam untuk Pengalaman Kehidupan Malam Terbaik di Bandar Raya image

Selami kehidupan malam Semarang yang meriah dengan jadual perjalanan 5 malam eksklusif kami. Daripada berjalan kaki bersejarah di bawah bintang ke bar tepi pantai dan tempat muzik secara langsung, temui rahsia tersimpan terbaik di bandar ini dengan Agoda.

Terokai Malang: Pengembaraan 5 Hari melalui Permata Tersembunyi Java image

Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan melalui Malang dengan panduan perjalanan komprehensif kami. Temui budaya meriah di bandar ini, keajaiban semula jadi yang menakjubkan dan hidangan kulinari.

Permata Masakan Chonburi: Panduan Pencinta Makanan image

Mulakan perjalanan yang menarik melalui Chonburi dengan Panduan Pencinta Makanan kami. Temui permata masakan tersembunyi, makanan tempatan dan pengalaman makan yang tidak dapat dilupakan di syurga pantai Thailand.

Perjalanan Kuliner Melalui Tangerang: Masakan Tradisional Yang Anda Mesti Cuba image

Mulakan pengembaraan beraroma di Tangerang dengan panduan kulinari 3 hari kami. Temui hidangan tradisional, permata tersembunyi dan pengalaman makan yang tidak dapat dilupakan di bandar gastronomi di Indonesia.

Selamat datang ke Kuantan: Permata di Pantai Timur Malaysia image

Temui yang terbaik di Kuantan dalam 3 hari yang tidak dapat dilupakan. Selami panduan kami untuk jadual perjalanan terbaik yang meliputi pantai yang tenang, budaya tempatan yang kaya dan masakan yang lazat.

Dedahkan Keajaiban Cameron Highlands: Jadual Perjalanan Teh, Kembara dan Strawberi 3 Hari image

Temui keindahan Cameron Highlands yang tenang dengan jadual perjalanan eksklusif 3 hari kami. Daripada ladang teh yang subur ke ladang strawberi manis dan pendakian mistik, mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan.

Terokai Hualien: Jadual Perjalanan 3 Hari Merentasi Gunung dan Laut image

Mulakan perjalanan 3 hari yang menawan melalui Hualien, Taiwan. Terokai Taroko Gorge, nikmati masakan tempatan dan temui permata tersembunyi dengan jadual perjalanan kami yang komprehensif.

Percutian Hujung Minggu dalam Jadual Perjalanan Taoyuan: Pengalaman Teratas image

Selami penjelajahan hujung minggu dengan jadual perjalanan Taoyuan kami! Temui gabungan sempurna sejarah, alam semula jadi dan gastronomi dalam masa dua hari sahaja. Rancang percutian anda yang tidak dapat dilupakan dengan pengalaman terbaik dan permata tersembunyi di Taoyuan.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Hiroshima: Perjalanan Melalui Keamanan dan Kenangan image

Temui Hiroshima melalui jadual perjalanan 3 hari: dari Peace Memorial Park ke ketenangan Pulau Miyajima. Mulakan perjalanan kedamaian, ketabahan dan keindahan.