fbpx

Perjalanan Seoul: Tarikan Utama dan Kegiatan Boleh Dibuat di Itaewon

Terkenal kerana hiburan malam yang bertenaga dan citarasa antarabangsa, Itaewon merupakan daerah Seoul yang mempunyai paling banyak kaum dan mesra warga asing. Daerah ini terletak di Yongsan-gu, utara Sungai Han dan selatan Myoeng-dong. Disebabkan jaraknya yang dekat dengan Garison Yongsan Pangkalan Tentera Amerika Syarikat di sebelah barat, Itaewon telah menjadi tarikan hangat untuk pelancong antarabangsa, dengan masakan dan budaya dari seluruh pelusuk dunia. Singgah di Leeum, Muzium Seni Samsung dan Masjid Itaewon untuk menghayati beberapa budaya sebelum menuju ke Jalan Beli-Belah Antik Itaewon untuk pengalaman beli-belah yang lain daripada yang lain. Sebagai bonus, daerah ini juga mempunyai beberapa restoran, bar dan kelab antarabangsa terbaik di Seoul!

Itaewon-Menara Namsan

Mercu Tanda dan Tarikan Utama di Itaewon

Menara Namsan

Menara Namsan terletak di luar Itaewon, tetapi anda boleh menyaksikan pemandangan menara ini yang menakjubkan dengan hanya berjalan kaki sedikit dari stesen kereta api bawah tanah. Menuju ke gunung dari Stesen Itaewon, anda akan sampai di kawasan hutan yang tebal yang akan membuatkan anda lupa anda berada di nadi bandar ini!

Kedudukan: 105 Namsangongwon-gil, Yongsan 2(i)ga-dong, Yongsan-gu Waktu: 10:00 AM hingga 11:00 PM setiap hari, kecuali Sabtu apabila dibuka hingga tengah malamBayaran Masuk: 10 000 won untuk dewasa, 8000 won untuk kanak-kanak dan warga emas.

Leeum, Muzium Seni Samsung

Muzium seni persendirian yang mengagumkan ini dimiliki dan diuruskan oleh Yayasan Budaya Samsung, dan mempunyai dua bahagian khas yang direka oleh arkitek berbeza. Di satu sudut, anda akan menemukan tembikar, barang kemas, lukisan, dan kaligrafi tradisional Korea. Di satu sudut lagi dipenuhi dengan hasil seni kontemporari daripada pelbagai seniman Korea dan antarabangsa. Tempat ini memang baik untuk bergambar!

Kedudukan: 60-16 Itaewon-ro 55-gil, Hannam-dong, Yongsan-gu Waktu: 10:30 AM hingga 6:30 PM Selasa hingga Ahad (tutup pada hari Isnin) Bayaran Masuk: 10000 krw.

Jalan Beli-Belah Antik Itaewon

Itaewon padat dengan kedai-kedai antik yang unik disebabkan sejarah menariknya sebagai tapak kegemaran tentera Amerika Syarikat selepas Perang Dunia Kedua. Disebabkan ramai tentera Amerika ditugaskan di Garison Yongsan yang berdekatan, telah menjadi kebiasaan untuk tentera menjual semua perabot dan barangan mereka di jalan ini sebelum pulang ke Amerika. Pada hari ini, anda boleh melihat pelbagai barangan antik dari Asia dan Eropah di dalam kedai-kedai kecil di sepanjang jalan ini.

Kedudukan: Itaewon-dong, Yongsan-gu

Masjid Itaewon (Masjid Pusat Seoul)

Dibina pada lewat tahun 1970-an, Masjid Pusat Seoul merupakan masjid pertama dan terbesar di Korea Selatan. Dikenali kerana menara yang mengagumkan serta seni reka dan seni bina Islam yang unik, Masjid Itaewon menambah kepada keunikan latar langit daerah ini. Maasjid ini terletak di atas sebuah bukit yang menghadap ke Itaewon, dikelilingi jalan-jalan berselirat yang dipenuhi dengan restoran dan kedia reroti yang diiktiraf Halal, pasar raya timur tengah, dan kedai kopi dan buku unik.

Kedudukan: 39 Usadan-ro 10-gil, Hannam-dong, Yongsan-gu

Pesta Perkampungan Global Itaewon

Pada setiap musim luruh, Pesta Perkampungan Global Itaewon dianjurkan di Zon Pelancong Istimewa Itaewon. Acara ini merupakan acara luar biasa yang meraikan budaya Korea dan antarabangsa yang anda pasti tidak mahu terlepas! Acara ini selalunya dianjurkan pada minggu kedua Oktober, tetapi anda perlu menyemak tarikh sebelum menempah penerbangan. Kemuncak acara ini termasuklah perarakan dengan lebih daripada 800 peserta, persembahan fesyen budaya, pelbagai penghibur dan artis jalanan, konsert percuma, penjaja makanan, dan banyak lagi!

Kedudukan: Itaewon-ro, Yongsan-gu

Daftar Masuk ke Bonum 1957 Hanok and Boutique, Langkah Keluar ke Zon Pelancong Istimewa Itaewon Itaewon-Bonum 1957 Hanok and Boutique

Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri berhampiran dengan Menara Namsan

Itaewon-Tembikar

Kegiatan yang Boleh Dibuat di Itaewon

  Itaewon merupakan pangkalan sempurna untuk lawatan pertama anda ke Seoul kerana terletak di pusat bandar dengan stesen kereta api bawah tanah utama yang boleh membawa anda ke mana-mana sahaja di Seoul dalam tempoh 30 minit. Tetapi anda tidak perlu bergerak jauh untuk mengalami keunikan di ibu negara Korea Selatan ini!

Buat minyak wangi anda sendiri di studio minyak wangi G.N. Terletak di 33 Hoenamu-ro 13ga-gil, Yongsan-gu, studio minyak wangi ini mempunyai lebih daripada 150 bahan asas dan 20 bau untuk dipilih agar anda boleh membuat minyak wangi sempurna anda dari asas. Anda juga boleh memilih botol kegemaran anda dan menambah label khusus! Berehat di Itaewon Land, spa tradisional Korea (Jjimjilbang) yang besar. Spa ini terletak di 34 Usadan-ro 14-gil, Yongsan-gu. Di sini, anda boleh menikmati bilik garam, batu pipih dan tanah liat merah, serta sauna tradisional, bilik tidur, dan makanan jjimjilbang. Air di dalam bilik mandi ini dianggap sebagai antara yang terbaik di Korea, diambil hampir 500m dari bawah tanah! Sertai kelas membuat tembikar di Bengkel Tembikar Cheolsu. Terletak di sebelah Masjid Itaewon, bengkel ini menawarkan kelas membuat tembikar selama 2 jam dan anda boleh belajar membuat penyebar anda sendiri dari mula. Untuk pengalaman Korea yang lebih tradisional, naik kereta api bawah tanah ke Perkampungan Hanok Namsangol. Perkampungan ini terletak 5 minit berjalan kaki dari Stesen Chungmuro (Laluan 3 & 4, Pintu 4) dan memaparkan pelbagai jenis rumah dan hasil kraf tradisional Korea, termasuk permainan seperti tuho (membaling panah) dan yutnori (permainan papan tradisional).

Daftar Masuk ke Grand Hyatt Seoul, Langkah Keluar ke Menara Namsan Itaewon-Grand Hyatt Seoul

Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri di sekitar Perkampungan Hanok Namsangol

Itaewon-barbeku Korea

Tempat Makan Terbaik di Itaewon

  Jika anda mencari masakan seperti di kampung halaman semasa melawat Seoul, Itaewon merupakan tempat terbaik. Terdapat banyak restoran yang menyasarkan warga asing membarisi jalan di belakang Hamilton Hotel, dengan masakan asli dari negara-negara seperti Australia, Jerman, Mexico, India, Greece, Perancis, Pakistan, dan banyak lagi! Tak kira apa-apa pun yang anda mahukan, anda pasti akan jumpa di daerah mesra warga asing ini. Di sini disenaraikan beberapa tempat makan pilihan kami di Itaewon:

Manjai diri anda di Passion 5, sebuah kedai reroti dan kafe yang terkenal sebagai antara yang terbaik di seluruh Seoul. Terletak hanya beberapa minit dari Stesen Hangangjin (Laluan 6, Pintu 3) di aras bawah bangunan berwarna hitam dengan patung burung berwarna merah 2D di depannya, kedai reroti ini menawarkan roti yang baru dibakar dan beberapa pastri dan pencuci mulut paling sedap yang anda boleh cari. Rasa makanan vegan yang pasti akan disukai juga oleh penggemar daging di Plant. Terletak di Itaewon-ro 16gil 20, Yongsan-gu, Plant merupakan sebuah restoran vegan yang menghidangkan makanan yang mengenyangkan seperti kekacang dan lentil masak cili dengan roti jagung vegan buatan sendiri, diikuti dengan pencuci mulut yang manis seperti kek baldu merah dan mufin pisang. Anda pasti pulang dengan kenyang! Nikmati masakan daging salai cara Amerika yang mengenyangkan di Manimal. Terletak di 47, Noksapyeong-daero 40-gil, Yongsan-gu, Manimal merupakan sebuah restoran terkenal yang menawarkan pelbagai daging awet dan salai dengan hidangan sampingan seperti makaroni dan keju, kentang bakar, dan roti jagung. Cubalah beberapa makanan Thai paling terkenal di Korea di Buddha’s Belly. Restoran ini terletak di kaki bukit di jalan utama Itaewon, dan rasa asli Thai dan harganya yang murah tidak pernah mengecewakan. Untuk masakan Korea yang lebih asli, nikmati barbeku Korea di Maple Tree House. Terletak di jalan di belakang Hamilton Hotel, Maple Tree House juga terkenal dalam kalangan pelancong dan juga penduduk tempatan!

Daftar Masuk ke Imperial Palace Boutique Hotel, Langkah Keluar ke Leeum, Muzium Seni Samsung Itaewon-Imperial Palace Boutique Hotel

Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri di sekitar Masjid Itaewon

Itaewon-kelab malam

Kelab Malam dan Bar Terbaik di Itaewon

  Itaewonterkenal kerana suasana pestanya dan hiburan malam yang bertenaga. Kelab, bar dan lounge mesra warga asing membarisi jalan dan ada sahaja majlis yang dianjurkan pada setiap malam sepanjang minggu! Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Itaewon telah menjadi salah satu daerah paling terkenal dalam kalangan mereka yang mencari hiburan malam di bandar. Terdapat kelab malam untuk setiap jenis muzik, jadi anda pasti akan berseronok! Di sini disenaraikan beberapa tempat yang menonjol:

Cakeshop: Kelab hip hop paling disegani di Seoul, Cakeshop memainkan semua muzik dari garaj hingga ke disko dan R&B. Mereka memaparkan DJ tempatan dan artis Korea terkenal, serta artis antarabangsa seperti James Blake. Terletak di 134, Yongsan-gu, Itaewon-ro. Venue: Salah satu dari sejumlah kecil kelab yang menawarkan kemasukan percuma, Venue merupakan pilihan yang baik untuk mereka dengan peruntukan yang kecil! Kelab ini tidak mempunyai ramai pelanggan pada hari bekerja, tetapi sentiasa sibuk pada hujung minggu dan harga minumannya juga munasabah. Venue terletak di 165-6, Yongsan-gu, Itaewon-ro.

Daftar Masuk ke Hamilton Hotel, Langkah Keluar ke Stesen Kereta Api Bawah Tanah Itaewon Itaewon-Hamilton Hotel

Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri di sekitar Itaewon

Itaewon-pengangkutan

Pengangkutan di Itaewon

Ke Itaewon dari Lapangan Terbang

  Mudah sahaja untuk ke Itaewon dari Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon atau Lapangan Terbang Gimpo. Terdapat pelbagai jenis pilihan pengangkutan awam yang disediakan:

Bas Lapangan Terbang: Bas #6030 boleh menghantar anda dari lapangan terbang ke Stesen Itaewon dalam tempoh kira-kira satu jam lima belas minit, dan tiket berharga antara 12000 krw hingga 19000 krw. Teksi: Teksi disediakan di luar pintu lapangan terbang. Perjalanan dari lapangan terbang ke Itaewon mengambil masa lebih kurang satu jam dengan teksi, dengan kos lebih kurang 60000 krw. Kereta Api Bawah Tanah: Sistem kereta api ekspres AREX berlepas dari lapangan terbang setiap 30 minit, dan tiket dewasa berharga 8000 krw. Terdapat ruang simpan bagasi di atas kepala. Naik AREX ke Stesen Gongdeok, kemudian tukar ke Laluan 6 untuk ke Stesen Itaewon. Perjalanan ini seharusnya mengambil masa 1 jam.

Stesen Kereta Api Bawah Tanah Itaewon

  Stesen Kereta Api Bawah Tanah Itaewon terletak di laluan 6 (Laluan Perang). Kos semua laluan kereta api bawah tanah adalah antara 1250 hingga 2000 krw, bergantung pada jarak perjalanan anda. Terdapat banyak pintu keluar utama yang akan memberikan anda akses mudah ke beberapa tarikan utama di Itaewon.

Pintu 1: Pusat tumpuan terbesar pub, kelab, bar, dan restoran di Itaewon boleh ditemukan dengan membelok kiri ke Itaewon-ro 27ga-gil betul-betul di luar pintu ini. Pintu 2: Hamilton Hotel, salah satu mercu tanda paling mudah dikenali di Itaewon boleh ditemukan berhampiran dengan pintu ini. Ini merupakan tempat terbaik untuk meminta teksi menghantar anda, atau merancang untuk bertemu rakan-rakan. Pintu 3: Pintu ini akan meletakkan anda berhampiran dengan Jalan Fesyen Cheongdam yang terkenal, dan anda juga boleh mencari Homo-hill jika anda menuju terus keluar pintu dan belok kanan sebaik melewati Mr. Kebab. Pintu 4: Tempat beli-belah bawah tanah Itaewon boleh ditemukan jika anda berjalan terus keluar stesen menuju ke Stesen Noksapyeong.

Laluan Bas Itaewon

Salah satu cara terkenal untuk bergerak di sekitar Seoul adalah dengan bas. Bas lebih pantas berbanding kereta peribadi, mudah, dan murah! Anda boleh membeli pas bas 1 hari dengan tanpa had penggunaan pada harga 15000 krw, atau pas 3 hari untuk 35000 krw. Laluan paling terkenal untuk bergerak di sekitar Itaewon termasuklah laluan 110A, 110B dan 421. Daftar Masuk ke Bukchonmaru Hanok Guesthouse, Langkah Keluar ke Seoul Central Masjid Itaewon-Bukchonmaru Hanok Guesthouse

Agoji-panduan perjalanan-fotografi

You may also like

Perjalanan Kuliner Melalui Goa: Menemui Masakan Tradisional Goan image

Mulakan perjalanan yang lazat melalui landskap masakan Goa dengan panduan komprehensif kami. Temui gabungan perisa masakan Goan tradisional, daripada vindaloos pedas hingga bebinca manis, dan selami budaya tempatan melalui pasar, kelas memasak dan santapan mampan.

Selamat datang ke Istanbul: Tempat Timur Bertemu Barat image

Mulakan perjalanan 5 hari yang menawan melalui Istanbul, meneroka keajaiban bersejarah dan permata budaya. Temui jadual perjalanan yang dipenuhi dengan istana yang megah, bazar yang meriah dan pelayaran yang indah.

7 Hari dalam Jadual Perjalanan Sydney: Meneroka Tarikan Terbaik di Harbour City image

Mulakan perjalanan 7 hari yang menawan melalui Sydney, Australia. Daripada tanda tempat ikonik seperti Opera House ke Blue Mountains yang tenang dan Darling Harbour yang meriah, temui tarikan terbaik yang ditawarkan oleh Harbour City.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Dalat: Meneroka Hati Tanah Tinggi image

Terokai Jadual Perjalanan Dalat 3 Hari kami yang menawan untuk menemui permata tanah tinggi Vietnam. Dari tasik yang tenang hingga ke tapak bersejarah, nikmati pengembaraan & bersantai di Dalat.

5 Hari dalam Jadual Perjalanan Incheon: Daripada Tapak Bersejarah kepada Keajaiban Moden image

Temui yang terbaik di Incheon dalam masa 5 hari, daripada tapak bersejarah yang mengagumkan kepada keajaiban moden yang canggih. Manjakan diri dengan lawatan kebudayaan, hidangan kulinari, dan pemandangan yang menakjubkan.

Selamat datang ke Bangalore: Kota Taman, Teknologi dan Budaya image

Terokai Jadual Perjalanan 3 Hari kami di Bangalore untuk mendedahkan yang terbaik di Garden City. Daripada istana diraja ke hab teknologi, nikmati gabungan budaya, sejarah dan alam semula jadi.

Selamat datang ke Jadual Perjalanan Impian 7 Hari Anda di Krabi image

Terokai Jadual Perjalanan Krabi 7 Hari eksklusif kami di Panduan Perjalanan Agoda. Temui pantai yang bersih, hutan rimba dan khazanah budaya di syurga Thailand.

7 Hari dalam Jadual Perjalanan Hua Hin/Cha-am: Mendedahkan Pantai Murni dan Retret Diraja image

Mulakan perjalanan 7 hari melalui Hua Hin/Cha-am dengan jadual perjalanan kami yang direka dengan pakar. Temui pantai yang murni, istana diraja dan permata tersembunyi.

Mulakan Percutian Hujung Minggu ke Yilan: Pelarian Pantas ke Alam Semula Jadi image

Mulakan percutian hujung minggu yang luar biasa di Yilan dengan jadual perjalanan pilihan kami. Temui landskap yang subur, berendam di mata air panas semula jadi, dan nikmati hidangan masakan tempatan.

Selamat datang ke Vibrant City of Mumbai: Periuk Lebur Budaya image

Selami budaya, sejarah dan citarasa yang meriah di Mumbai dengan jadual perjalanan 3 hari kami yang terperinci. Temui tanda tempat ikonik, permata tersembunyi dan hidangan kulinari.

Panduan 3 Hari Pencinta Makanan ke Ipoh: Jadual Perjalanan Makanan dan Kuliner Terbaik image

Selami syurga masakan Ipoh dengan panduan pencinta makanan 3 hari kami! Temui tempat makan terbaik, kafe tersembunyi dan hidangan kebudayaan di syurga gastronomi Malaysia.

Selamat datang ke Kobe: Gerbang untuk Penemuan dan Kegembiraan image

Mulakan perjalanan 3 hari yang menawan melalui Kobe, Jepun. Daripada tanda tempat bersejarah hingga keindahan pemandangan, temui yang terbaik di Kobe.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Dallas: Tarikan Wajib Dilawati dan Permata Tersembunyi image

Temui yang terbaik di Dallas dengan jadual perjalanan 3 hari eksklusif kami. Daripada tanda tempat ikonik kepada permata tersembunyi, temui sebab Dallas, TX, adalah destinasi yang mesti dilawati.

Hat Yai: Jadual Perjalanan 5 Hari ke Permata Tersembunyi Selatan Thailand image

Temui yang terbaik di Hat Yai dengan jadual perjalanan 5 hari kami. Daripada pasar yang sibuk hingga ke kuil yang tenang, alami permata tersembunyi di Selatan Thailand.

7 Hari di New York City Itinerary image

Mulakan perjalanan 7 hari yang tidak dapat dilupakan melalui New York City. Dari jalan ikonik Manhattan ke Lembah Hudson yang tenang, temui tarikan utama Big Apple, permata tersembunyi dan budaya meriah.

Menemui Tainan: Jadual Perjalanan 3 Hari Sejarah, Budaya dan Masakan image

Terokai Tainan dalam masa 3 hari dengan jadual perjalanan kami yang mendalam. Temui kuil purba, nikmati hidangan masakan tempatan dan berehat di tempat semula jadi yang tenang.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Macau: Panduan Menjelajah Las Vegas Asia image

Terokai Jadual Perjalanan Macau 3-Hari kami yang menarik untuk mendedahkan gabungan sejarah, budaya dan keseronokan di Asia Vegas.

Percutian Hujung Minggu di Orlando Itinerary: Tarikan Utama & Permata Tersembunyi image

Dedahkan keajaiban Orlando dengan jadual percutian hujung minggu eksklusif kami! Daripada taman tema yang mendebarkan kepada taman yang tenang dan kehidupan malam yang meriah, temui tarikan popular dan permata tersembunyi tempatan.

Jadual Perjalanan 7 Hari di Paris: Meneroka Kota Cahaya image

Temui jadual perjalanan 7 hari terbaik di Paris! Terokai tanda tempat ikonik, nikmati masakan Perancis dan tenggelam dalam seni dan sejarah.

Jadual Perjalanan Nha Trang Pencari Pengembaraan: Panduan 5 Hari yang mendebarkan image

Terokai jadual perjalanan Nha Trang 5 hari kami yang direka untuk pencari pengembaraan! Daripada melompat ke pulau ke selam skuba dan keajaiban budaya, temui yang terbaik di Nha Trang dengan panduan pakar kami.

Jadual Perjalanan Bersiar-siar Goa: Meneroka Mutiara Timur image

Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan dengan Jadual Perjalanan Bersiar-siar Goa kami. Terokai pantai yang dicium matahari, kehidupan malam yang meriah, kuil yang tenang dan hidupan liar yang subur.