fbpx

5 Aktiviti Popular Semasa Lawatan 1 Hari di Luar Bangkok

Galas beg di bahu, bawa botol air, dan bersedialah untuk menghirup udara segar semasa lawatan satu hari di luar Bangkok! Akses pengangkutan dan pemandu pelancong tempatan di ibu negara Thailand ini menjadikan bandar ini tempat permulaan yang baik untuk pelbagai destinasi lawatan satu hari. Kunjungi mercu tanda bersejarah, atau bersantai dengan penduduk tempatan di kawasan desa. Walau ke mana-mana pun arah yang anda pilih, jangan risau kerana laluan di sekeliling Bangkok ini sempurna untuk pengembara solo, keluarga atau kumpulan.

MAKLUMAT TAMBAHAN AGODA: Sertai salah satu sambutan paling pelik di dunia, menurut akhbar The Guardian, semasa Pesta Bufet Monyet tahunan di Phra Prang Sam Yod (Kuil Monyet) di Wilayah Lopburi. Pada Ahad terakhir dalam bulan November, penduduk tempatan memberi penghormatan kepada lebih daripada 3,000 kera yang diiktiraf sebagai perangsang ekonomi wilayah ini dengan menarik pengunjung ke kuil ini. Pengunjung pesta memakai topeng monyet dan menyambut acara ini sementara tetamu berbulu ini makan lebih daripada 4,000 kilogram masakan vegetarian, arca buah, pulut, dan pencuci mulut tradisional Thai – semuanya disediakan oleh chef tempatan, untuk monyet-monyet tersebut sahaja!

Pasar Terapung Damnoen Saduak_Ratchaburi

1. Naik bot panjang di PASAR TERAPUNG DAMNOEN SADUAK, Ratchaburi

Hayatilah budaya dan sejarah Thai dengan lawatan ke Pasar Terapung Damnoen Saduak. Dibina di atas terusan terpanjang di Thailand, pasar ini menyokong petani tempatan yang menjual hasil dan barangan mereka dari kerusi di atas bot kayu kecil. Naik bot anda sendiri dan kayuhlah melalui terusan yang berliku-liku dan dicelah-celah peniaga yang terapung.

Cara ke sana: Pasar Terapung Damnoen Saduak terletak kira-kira 100 kilometer di barat daya Bangkok. Bas ke sana setiap hari, pada masa yang berbeza-beza sepanjang hari, dan boleh ditempah dengan cepat di Terminal Bas Selatan Bangkok (Sai Tai Mai). Selain itu, anda juga boleh bertanya kepada hotel anda tentang menempah lawatan ini. Terdapat banyak tawaran pakej yang murah dan mempunyai pemandu yang berbahasa Inggeris, termasuk persinggahan di ladang kelapa dan tebu semasa dalam perjalanan.

Daftar Masuk ke Amphawa Na Non Hotel & Spa, Langkah Keluar ke Pasar Terapung Damnoen Saduak

Amphawa Na Non Hotel & Spa

Lihat lebih banyak resort dan rumah tumpangan di Ratchaburi

Taman Bersejarah Ayutthaya_Ayutthaya

2. Lihat tinggalan sebuah kerajaan purba di TAMAN BERSEJARAH AYUTTHAYA, Ayutthaya

Meskipun kawasan ini tidak diiktiraf sebagai ibu negara Thailand untuk lebih dari 250 tahun, tinggalan kerajaan Ayutthaya ini merungkai beberapa rahsia tamadun Thai purba. Dibina pada kurun ke-14, tinggalan kuil dan istana di Taman Bersejarah Ayutthaya telah dibandingkan dengan Angkor Wat Kemboja, dan beberapa bahagian taman ini telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Taman ini terletak di sebuah “pulau” yang terhasil daripada pertemuan sungai Chao Phraya, Lopburi dan Pasak. Taman Bersejarah Ayutthaya dan kawasan sekitarnya yang luas boleh dilawat secara berjalan kaki, tetapi ramai pengunjung memilih untuk menyewa basikal untuk meneroka perkarangan diraja berkeluasan lebih dari 3 kilometer persegi ini.

Cara ke sana:

KERETA API: Naik kereta api selama dua jam dari Stesen Hua Lamphong. Kereta api berlepas setiap jam, dan harga tiket berbeza-beza, bergantung pada sama ada anda memilih gerabak yang mempunyai penyaman udara.
BAS: Naik bas di Stesen Mo Chit. Bas berlepas secara berkala sepanjang hari, dan perjalanan mengambil masa kurang dari dua jam.
SEWA VAN: Tanya hotel anda tentang pemandu, atau cari sendiri di Tugu Kemenangan dengan menaiki BTS. Van tidak mahal secara umum, tetapi van juga tidak berlepas hingga penuh. Anda boleh menjangkakan perjalanan kira-kira satu jam dengan 10 hingga 15 orang lain.
TEKSI: Berunding dengan pemandu teksi untuk membawa anda ke Ayutthaya sudah tentu lebih peribadi, tetapi juga agak mahal. Jangkakan untuk membayar untuk perjalanan pergi balik kerana pemandu anda berkemungkinan besar tidak akan mendapat penumpang untuk kembali ke Bangkok.

Langkah Masuk ke Stockhome Hostel Ayutthaya, Langkah Keluar ke Taman Bersejarah Ayutthaya

Stockhome Hostel Ayutthaya

Lihat lebih banyak rumah tumpangan dan asrama di Ayutthaya

Landasan Kereta Api Maut_Kanchanaburi_Thailand

3. Rasai pengalaman seorang tawanan perang di atas LANDASAN KERETA API MAUT, Kanchanaburi

Dijadikan terkenal oleh filem Hollywood dan gambaran bukan cereka, Landasan Kereta Api Maut bukan sahaja merupakan contoh set filem terkenal. Diperintahkan untuk dibina pada tahun 1943 oleh Empayar Jepun, landasan kereta api ini dibina oleh buruh paksa, ribuan daripada mereka mati semasa membina landasan sepanjang 415 kilometer ini. Berjalanlah merentasi Jambatan 277, terkenal di seluruh dunia sebagai Jambatan di Atas Sungai Kwai, dan teruskan ke utara dengan kereta api untuk pemandangan indah di sepanjang Sungai Kwae Noi, merentasi Jejambat Wampo dan masuk ke dalam Laluan Neraka, bahagian landasan yang dibina oleh buruh yang dipaksa memotong laluan menerusi batuan tersebut dengan tangan.

Jadikannya lawatan dua hari! Tarikan lain di kawasan ini termasuk Air Terjun Sai Yok Noi, yang terletak betul-betul di antara Taman Negara Sai Yok dengan Taman Negara Erawan, kedua-duanya baik untuk kembara jalan kaki, berkayak, meneroka gua, dan latihan pembangunan pasukan.

Cara ke sana: Kereta api yang masih mengikut laluan asal merupakan satu-satunya cara untuk mengalami Landasan Kereta Api Maut. Anda boleh mengupah pemandu, tetapi anda akan terlepas perjalanan agung ini dan kebanyakan sejarah yang diterangkan dalam perjalanan. Kereta api berlepas setiap pagi dari Stesen Thonburi, dan panduan disediakan dengan bayaran kecil untuk membantu anda memilih jadual terbaik, bergantung pada sejauh mana yang anda ingin pergi semasa lawatan sehari anda.

Langkah Masuk ke Monaz River Kwai Kanchanaburi, Langkah Keluar ke Landasan Kereta Api Maut

Monaz River Kwai Kanchanaburi

Lihat lebih banyak resort dan rumah tumpangan berhampiran dengan Jambatan Sungai Kwai di Kanchanaburi

Air Terjun Sarika_Taman Negara Khao Yai_Nakhon Nayok

4. Teroka gua dan berenang di dalam air yang dingin di AIR TERJUN SARIKA di TAMAN NEGARA KHAO YAI, Nakhon Nayok

Di pinggir Taman Negara Khao Yai, Air Terjun Sarika mengalir turun dari sembilan tingkat ke dalam kolam yang menyegarkan di tepi gunung. Terokalah Gua Sarika dan berjalan ke puncak untuk melawat sebuah gereja bersejarah. Lawatan ke Air Terjun Sarika boleh disusun menjadi lawatan alam sekitar di Taman Negara Khao Yai.

Cara ke sana: Mengupah pemandu merupakan cara terbaik untuk perjalanan yang selamat ke Air Terjun Sarika dan Taman Negara Khao Yai. Tanya wakil hotel anda tentang pakej lawatan sehari ke kawasan tersebut, dengan tempoh perjalanan kira-kira dua jam dengan kereta. Untuk lawatan ini, anda perlu merancang untuk keluar lebih awal dan pulang lewat.

Daftar Masuk ke Escape Khaoyai Hotel, Langkah Keluar ke Taman Negara Khao Yai

Escape Khaoyai Hotel

Lihat lebih banyak asrama dan rumah tumpangan di Nakhon Nayok

Pasar Landasan Kereta Api Maeklong_Samut Songkhram

5. Rasai pengalaman membeli-belah terbuka pada tahap yang lebih mengujakan di PASAR LANDASAN KERETA API, Samut Songkhram

Kehidupan pasar mempunyai maksud baharu di Wilayah Samut Songkhram. Peniaga bukan sahaja menjual barangan mereka di sepanjang landasan, mereka membuka gerai betul-betul di atas landasan. Dikenali dalam kalangan penduduk tempatan sebagai Siang Tai, atau Pasar “Merisikokan Nyawa”, tarikan terkenal ini menawarkan hasil tempatan, makanan laut segar dan pelbagai barangan, tetapi lebih daripada itu, ia menawarkan pengalaman beli-belah paling mengujakan di wilayah ini. Dengar siren kereta api dan lihat peniaga bergegas mengemas payung dan jualan mereka dari landasan apabila kereta api melintas lalu. Rutin ini berlaku lapan kali sehari dan merupakan sebab pasar ini juga dikenali sebagai Talad Rom Hoop, atau pasar “tutup payung”.

Cara ke sana:

DENGAN KERETA: Upah pemandu untuk perjalanan 80 kilometer ini. Anda boleh mencari teksi ke kawasan tersebut dan pulang, tetapi bertanya kepada hotel anda tentang lawatan sehari lebih mudah dan mungkin lebih murah.
KERETA API: Ambil BTS Sky Train ke Stesen Wongwian Yai, naik tuk tuk ke Stesen Kereta Api Wongwian Yai. Stesen ini terletak 1 kilometer jauh dan, jika mahu, anda boleh berjalan ke sana untuk meregangkan kaki sebelum menaiki kereta api. Ambil kereta api hingga ke Stesen Maha Chai, yang terletak di tebing Sungai Tha Chin. Naik feri menyeberang sungai ke Stesen Kereta Api Ban Laem. Dari sana, anda boleh naik kereta api lagi dan melengkapkan perjalanan anda ke Pasar Landasan Kereta Api Maeklong.

Langkah Masuk ke Amphawa Caza Platuu, Langkah Keluar ke Pasar Landasan Kereta Api Maeklong

Amphawa Caza Platuu

Lihat lebih banyak asrama dan hotel di Samut Songkhram

You may also like

Panduan Perjalanan Terbaik Anda untuk Meneroka Keajaiban Hualien: Pasar Malam, Alam Semula Jadi dan Budaya image

Mulakan perjalanan yang bertenaga melalui Hualien, Taiwan, dengan panduan perjalanan terbaik kami. Daripada pengembaraan pasar malam yang mendebarkan kepada pelarian semula jadi yang tenang dan penerokaan budaya, temui intipati Hualien dan cipta kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Selamat datang ke Panduan Terbaik untuk Membeli-belah di Fujikawaguchiko image

Temui gabungan mempesonakan kraf tradisional dan penemuan moden dalam Panduan Terbaik kami untuk Membeli-belah di Fujikawaguchiko. Terokai kedai-kedai artisanal, pasar tempatan dan cenderamata unik dengan latar belakang Gunung Fuji yang megah.

Meneroka Hiroshima: Perjalanan Budaya dan Kehidupan Malam image

Selami panduan perjalanan Hiroshima 4 hari kami, meneroka tapak ikonik, permata tersembunyi dan hidangan kulinari. Dari Taman Memorial Keamanan ke jalan-jalan pelik di Onomichi, temui semangat meriah dan keindahan tenang Hiroshima.

Bersantai dalam Elegance: Temui Hotel 5 Bintang Terbaik Mekah untuk Penginapan Ilahi image

Mulakan perjalanan rohani dengan sentuhan kemewahan. Terokai panduan susun atur kami ke hotel 5 bintang paling eksklusif di Mekah, setiap satu menawarkan tempat percutian yang tenang, keselesaan ilahi dan berdekatan dengan Masjidil Haram.

Panduan Jazz & Blues Chicago 3 Hari: Selami Pemandangan Muzik image

Mulakan perjalanan 3 hari melalui pemandangan jazz dan blues bersejarah Chicago. Daripada kelab ikonik hingga persembahan langsung, temui jiwa Kota Berangin. Baca sekarang!

Lawatan Malam Kuliner: Alami Kedai Makan dan Bar Wain Tulen Rom image

Selami kehidupan malam yang meriah & suasana kulinari di Rom dengan pemandu kami. Daripada bar wain tersembunyi hingga ke tempat makan tradisional, rasai citarasa dan sejarah yang kaya di bandar ini.

Perjalanan Kuliner Melalui Houston: Meneroka Pemandangan Pelbagai Makanan di Bandar Raya image

Selami suasana makanan yang meriah di Houston dengan panduan perjalanan kulinari 4 hari kami. Daripada BBQ ikonik kepada masakan global, terokai citarasa yang menjadikan Houston destinasi kegemaran makanan.

Hotel Butik Terbaik di Barcelona: Alami Kemewahan dengan Sentuhan Peribadi image

Buka kunci rahsia hotel butik yang paling mempesonakan di Barcelona, di mana kemewahan memenuhi perkhidmatan yang diperibadikan. Terokai panduan susun atur kami untuk menemui permata tersembunyi yang menawarkan pengalaman unik, keselesaan yang tiada tandingan dan pintu masuk ke tengah-tengah ibu kota Catalonia yang meriah.

Membongkar Permata Kuching: Panduan Komprehensif untuk Tarikan Paling Menawan di Bandar Raya image

Temui Kuching: Panduan Lengkap Permata Tersembunyi Borneo. Terokai tanda tempat bersejarah, pemandangan budaya yang meriah, taman negara yang subur dan hidangan kulinari.

Meneroka Permata Tersembunyi Asia Tenggara: Panduan Terbaik ke Pulau Batam image

Temui Pulau Batam, permata tersembunyi Asia Tenggara, dengan panduan perjalanan terbaik kami. Terokai pantai yang bersih, budaya yang kaya, hidangan kulinari dan pengembaraan yang mendebarkan.

Menemui Vung Tau: Panduan untuk Hotel Waterfront Terbaik untuk Pencinta Pantai image

Buka kunci yang terbaik dari Vung Tau dengan panduan kami ke hotel tepi laut yang popular! Alami kemewahan, pemandangan dan akses pantai yang tiada tandingan untuk percutian tepi laut yang sempurna.

Meneroka Laluan Ikonik Melbourne: Panduan Seni Jalanan dan Budaya Kafe image

Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan melalui Melbourne dengan panduan perjalanan 3 hari kami yang komprehensif. Daripada lorong-lorong ikonik dan seni jalanan kepada taman-taman yang subur dan hiburan malam, buka rahsia ibu kota kebudayaan Australia.

Semarang Selepas Gelap: Panduan 5 Malam untuk Pengalaman Kehidupan Malam Terbaik di Bandar Raya image

Selami kehidupan malam Semarang yang meriah dengan jadual perjalanan 5 malam eksklusif kami. Daripada berjalan kaki bersejarah di bawah bintang ke bar tepi pantai dan tempat muzik secara langsung, temui rahsia tersimpan terbaik di bandar ini dengan Agoda.

Terokai Malang: Pengembaraan 5 Hari melalui Permata Tersembunyi Java image

Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan melalui Malang dengan panduan perjalanan komprehensif kami. Temui budaya meriah di bandar ini, keajaiban semula jadi yang menakjubkan dan hidangan kulinari.

Permata Masakan Chonburi: Panduan Pencinta Makanan image

Mulakan perjalanan yang menarik melalui Chonburi dengan Panduan Pencinta Makanan kami. Temui permata masakan tersembunyi, makanan tempatan dan pengalaman makan yang tidak dapat dilupakan di syurga pantai Thailand.

Perjalanan Kuliner Melalui Tangerang: Masakan Tradisional Yang Anda Mesti Cuba image

Mulakan pengembaraan beraroma di Tangerang dengan panduan kulinari 3 hari kami. Temui hidangan tradisional, permata tersembunyi dan pengalaman makan yang tidak dapat dilupakan di bandar gastronomi di Indonesia.

Selamat datang ke Kuantan: Permata di Pantai Timur Malaysia image

Temui yang terbaik di Kuantan dalam 3 hari yang tidak dapat dilupakan. Selami panduan kami untuk jadual perjalanan terbaik yang meliputi pantai yang tenang, budaya tempatan yang kaya dan masakan yang lazat.

Dedahkan Keajaiban Cameron Highlands: Jadual Perjalanan Teh, Kembara dan Strawberi 3 Hari image

Temui keindahan Cameron Highlands yang tenang dengan jadual perjalanan eksklusif 3 hari kami. Daripada ladang teh yang subur ke ladang strawberi manis dan pendakian mistik, mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan.

Terokai Hualien: Jadual Perjalanan 3 Hari Merentasi Gunung dan Laut image

Mulakan perjalanan 3 hari yang menawan melalui Hualien, Taiwan. Terokai Taroko Gorge, nikmati masakan tempatan dan temui permata tersembunyi dengan jadual perjalanan kami yang komprehensif.

Percutian Hujung Minggu dalam Jadual Perjalanan Taoyuan: Pengalaman Teratas image

Selami penjelajahan hujung minggu dengan jadual perjalanan Taoyuan kami! Temui gabungan sempurna sejarah, alam semula jadi dan gastronomi dalam masa dua hari sahaja. Rancang percutian anda yang tidak dapat dilupakan dengan pengalaman terbaik dan permata tersembunyi di Taoyuan.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Hiroshima: Perjalanan Melalui Keamanan dan Kenangan image

Temui Hiroshima melalui jadual perjalanan 3 hari: dari Peace Memorial Park ke ketenangan Pulau Miyajima. Mulakan perjalanan kedamaian, ketabahan dan keindahan.