fbpx

Kuil Tercantik di Bangkok: Peraturan Pakaian & Lawatan DIY

Kunjungi kuil-kuil agung di Bangkok semasa lawatan budaya ke Thailand. Ramai pengunjung menuju ke Bangkok untuk menyaksikan kegemilangan kuil-kuil dan mercu tanda yang amat penting kepada penganut fahaman Buddha. Kuil-kuil terbaik di Bangkok terletak di sepanjang Sungai Chao Phraya dan daerah-daerah paling terkenal di bandar ini, jadi mudah sahaja untuk dimasukkan dalam jadual lawatan DIY Bangkok!

Kuil di Bangkok-Thailand-Wat Loha Prasat

Kuil Wajib Dilihat di Bangkok

Memang berbaloi bangun awal – sebelum fajar – untuk melihat para sami menjalankan rutin kuil harian mereka. Para sami bangun sebelum fajar untuk menjalankan ritual derma, bersembahyang dan membuat pelbagai tugasan di kuil setiap hari. Jika anda berada berhampiran dengan kuil pada waktu ini, anda boleh melihat adat unik ini, yang bertunjangkan kasih sayang yang merupakan paksi utama fahaman Buddha.

Kuil di Bangkok-Thailand-Wat Phra Kaew

Wat Phra Kaew dan Istana Besar

Wat Phra Kaew, atau Kuil Buddha Zamrud, merupakan salah satu kuil terpenting di Thailand. Kuil ini juga merupakan kuil paling terkenal kerana terletak dalam pekarangan Istana Besar. Kagumi kilauan jubin, patung dan permukaan bersadur emas sebelum meneroka galeri Ramakien, koleksi 178 pemandangan yang menggambarkan kemenangan kebaikan ke atas kejahatan.

Di dalam Wat Phra Kaew, pelawat boleh melihat Buddha Zamrud, sebuah patung yang diukir daripada batu jed padu. Buddha Zamrud ditemui pada 1464 apabila kuil asalnya dipanah petir.

Untuk ke Kuil Buddha Zamrud, nikmatilah perjalanan di atas feri Chao Phraya Express ke Jeti Tha Chang. Terdapat sebuah pasar tempatan di jeti ini. Oleh itu, pengunjung boleh membeli-belah sebelum masuk ke Istana Besar.

Daftar Masuk ke Baan Wanglang Riverside Hotel, Langkah Keluar ke Wat Phra Kaew

Hotel di Bangkok-Thailand-kuil-Baan Wanglang Riverside Hotel

Kuil di Bangkok-Thailand-Wat Pho

Wat Pho (Wat Phra Chetuphon)

Wat Pho, atau Kuil Buddha Berbaring, dinamakan sempena biara di India yang dipercayai oleh penganut fahaman Buddha sebagai tempat tinggal Buddha. Mercu tanda ini memaparkan Buddha yang besar dalam keadaan beristirahat. Patung ini bersaiz 15 meter tinggi dan 43 meter panjang dan dihiasi daun emas, mutiara dan pelbagai perhiasan lain. Kawasan ini pada asalnya juga merupakan sebuah sekolah urut tradisional Thai, jadi luangkanlah sedikit masa untuk mengurut bahu atau kaki semasa lawatan.

Wat Pho merupakan salah satu kuil yang tegas dalam cara pengunjung berpakaian, dan pihak kuil akan menghalau pengunjung yang tidak menutup lutut dan bahu mereka. Bawalah kain sarung dalam beg agar anda boleh masuk ke kuil-kuil di Thailand dengan mudah. Kain-kain ini boleh dibeli – atau disewa untuk beberapa jam – daripada peniaga tempatan yang berniaga di luar kuil.

Feri Chao Phraya Express membawa penumpang ke Wat Pho melalui Jeti Tha Thien. Selain itu, pengunjung juga boleh berjalan kaki ke Wat Pho dari Wat Phra Kaew dan Istana Besar, jadi pengunjung boleh melawat kedua-dua kuil ini dalam satu hari.

Daftar Masuk ke Aurum The River Place, Langkah Keluar ke Wat Pho

Hotel di Bangkok-Thailand-kuil-Aurum The River Place

Kuil di Bangkok-Thailand-Wat Arun

Wat Arun, Kuil Fajar

Wat Arun, atau Kuil Fajar terkenal di seluruh dunia. Terkenal untuk menara-menaranya yang mengagumkan, atau prang, seni bina kuil di Bangkok ini wajib dilihat oleh semua yang berkunjung ke sana. Prang tengah dikelilingi empat prang lain, setiap satu dilitupi dengan serpihan tembikar dan cangkerang yang berkilauan, diserikan dengan corak berwarna emas. Pengunjung boleh memanjat tangga ke beranda di menara utama untuk pemandangan yang menakjubkan.

Untuk ke sana, satukan hentian ini dalam jadual perjalanan anda dengan Wat Pho. Wat Arun terletak betul-betul di seberang Sungai Chao Phraya dari Wat Pho. Naik feri di Jeti Tha Thien untuk menyeberang ke Wat Arun.

Daftar Masuk ke Riva Arun Bangkok, Langkah Keluar ke Wat Arun

Hotel di Bangkok-Thailand-kuil-Riva Arun Bangkok

CARI & TEMPAH HOTEL DI BANGKOK HARI INI

Kuil di Bangkok-Thailand-Wat Saket

Wat Saket (Phukhao Thong), Kuil Bukit Emas

Wat Saket, atau Kuil Bukit Emas, dinamakan berdasarkan rupanya dan kerana kuil ini berfungsi sebagai kuil utama untuk membakar mayat akibat wabak kolera pada awal kurun ke-1800. Disebabkan kuil ini tidak dapat membakar lebih daripada 30,000 mayat yang dihantar ke sana pada waktu itu, pekarangan kuil ini bagaikan syurga buat burung hering.

Wat Saket terletak di atas Phu Khao Thong, atau Bukit Emas, yang terbentuk selepas chedi besar yang dibina oleh Raja Rama III (1787 hingga 1851) runtuh ketika pembinaan. Chedi ini tidak pernah dibina semula, dan selepas beberapa dekad, rumput tumbuh di atas struktur ini lalu membentuk bukit yang kelihatan semulajadi. Pelancong boleh memanjat tangga ke teres di puncak bukit ini untuk melihat pemandangan indah Bangkok.

Untuk ke Wat Saket, naik BTS Skytrain ke Stesen BTS Saphan Taksin. Dari sana, pergi ke Jeti Sathorn dan naik feri ke Jeti Maharaj, di sana anda boleh naik teksi atau tuk tuk ke Wat Saket.

Daftar Masuk ke Sala Arun, Langkah Keluar ke Wat Saket

Hotel di Bangkok-Thailand-kuil-Sala Arun

Kuil di Bangkok-Thailand-Wat Traimit

Wat Traimit (Wat Traimitr Witayaram Worawihan)

Wat Traimit merupakan tempat sempurna untuk dilawat sekiranya anda ingin meluangkan masa di Chinatown. Terletak di pinggir daerah ini, kuil ini memaparkan seni bina istimewa kuil-kuil fahaman Buddha, termasuk sebuah patung Buddha besar yang diperbuat daripada emas padu. Patung ini merupakan patung sedemikian rupa yang paling besar di seluruh dunia dan emasnya hanya ditemukan pada 1955, selepas beberapa kurun tersembunyi di bawah lapisan stuko.

Kuil ini terletak di persimpangan Jalan Traimit dan Jalan Baru, betul-betul di pinggir Chinatown, Bangkok. Untuk ke Wat Traimit, naik kereta api bawah tanah MRT ke Stesen MRT Hua Lamphong. Sebaik keluar dari stesen kereta api dan masuk ke bandar, kuil ini terletak kurang dari 10 minit berjalan kaki dari stesen. Jika anda ingin merehatkan kaki, panggil teksi atau tuk tuk untuk perjalanan yang singkat.

Daftar Masuk ke Shanghai Mansion Bangkok, Langkah Keluar ke Wat Traimit

Hotel di Bangkok-Thailand-kuil-Shanghai Mansion Bangkok

Kuil di Bangkok-Thailand-Loha Prasat

Loha Prasat (Wat Ratchanatdaram), Kuil Logam

Loha Prasat, atau Kuil Logam, terkenal untuk seni binanya yang unik. Memaparkan barisan-barisan puncak menara, disusun secara bertingkat dalam bentuk blok, juga bumbung bersudut dan kemasan emas, kuil ini amat indah dan termasuk dalam senarai calon Tapak Warisan Dunia UNESCO. Anda akan menemukan kuil ini dalam pekarangan yang sama dengan Wat Ratchanatdaram.

Semasa berada di kawasan ini, teroka Pekan Lama Bangkok, juga dikenali sebagai Rattanakosin. Setiap daerah di bandar ini mempunyai keunikan tersendiri dan meneroka ciri-ciri setiap daerah dengan lebih mendalam akan memberikan anda pemahaman yang lebih luas tentang Bangkok secara menyeluruh. Pengkayaan ini kekal dalam ingatan kebanyakan pengunjung untuk jangka masa yang lama.

Loha Prasat terletak di seberang khlong (terusan) dari Wat Saket dan boleh diakses dari Jeti Maharaj.

Daftar Masuk ke Casa Vimaya Riverside, Langkah Keluar ke Loha Prasat

Hotel di Bangkok-Thailand-kuil-Casa Vimaya Riverside

CARI & TEMPAH HOTEL DI BANGKOK HARI INI

Kuil di Bangkok-Thailand-Adab di Kuil

Adab di Kuil Thai

Apabila anda melawat kuil di Bangkok, kesopanan amat dititikberatkan. Meskipun kebanyakan pelancong sudah tahu untuk menghormati tapak-tapak suci, beberapa peraturan di kuil Bangkok mungkin lebih tegas. Baca lebih lanjut tentang perkara yang penting di sini. Terdapat ketika apabila pengunjung yang berpakaian biasa atau menunjukkan tingkah laku tidak sopan diminta pergi, tetapi jika anda tahu peraturannya, anda sentiasa dialu-alukan.

  • Sila senyap semasa berada di dalam dan di luar kuil. Kawasan-kawasan ini adalah tempat orang berdoa, bertafakur atau bersembahyang. Tahan diri daripada bercakap, atau berbisiklah, seperti anda berada di dalam mana-mana tempat sembahyang.
  • Tanggalkan kasut. Di kebanyakan kuil, terdapat rak kasut untuk anda meletakkan kasut sebelum masuk. Ini merupakan adat di seluruh Thailand. Kasut selalunya tidak dicuri. Penduduk tempatan faham bahawa orang meninggalkan kasut di luar untuk masuk ke dalam kuil.
  • Berpakaian sopan. Walaupun cuaca di Bangkok selalunya panas dan lembap, pakaian yang menutup badan anda diperlukan untuk melawat bahagian dalam atau bahagian luar utama kuil. Pakaian ini selalunya lebih sopan berbanding pakaian orang Barat. Tutup bahu dan lutut, dan bersedialah untuk membeli atau menyewa kain sarung sekiranya perlu.
  • Tutup telefon anda. Bukanlah perkara yang pelik melihat sami menggunakan telefon bimbit di tempat awam, tetapi tingkah laku dalam masyarakat ini tidak sama dengan tingkah laku di dalam kuil.
  • Jangan menuding. Pengunjung mudah lupa tentang ini kerana memang naluri untuk menuding kepada sesuatu yang anda rasakan indah dan menggamit emosi. Di Bangkok dan seluruh Thailand, menuding dengan jari dianggap tidak sopan. Untuk menarik perhatian rakan anda kepada ciri kegemaran anda pada sesebuah kuil, gunakan tapak tangan yang terbuka, menghadap ke bawah, dan gerak-gerakkan keempat-empat jari ke arah perkara yang anda bincangkan. Anggapnya lebih sebagai isyarat “Datanglah ke sini”, dan bukannya aksi “Tengok tu!”
  • Jangan duduk dengan kaki menghala kepada Buddha (atau orang lain). Sebaliknya, lihat cara penyembah tempatan Thai duduk di atas kaki yang dilipatkan, agar kaki mereka menghala ke belakang. Jika anda tidak mampu duduk seperti ini, silangkan kaki dan pastikan tapak kaki tidak menghadap patung.
  • Jangan pijak ambang kuil. Platform atau palang yang dinaikkan ini bertujuan untuk mencegah semangat jahat dan memberikan tempat tinggal untuk semangat yang melindungi kuil. Jika anda terpijak salah satu ambang ini, minta maaf secepat mungkin dalam suara perlahan kepada penjaga kuil yang berdekatan yang perasan akan hal ini. Kemaafan diberikan dengan mudah jika kesilapan benar-benar tidak disengajakan.

CARI & TEMPAH HOTEL DI BANGKOK HARI INI

Kuil di Bangkok-Thailand-fotografi

Fotografi di Kuil di Bangkok

Memang menjadi kelaziman untuk berkongsi seni tukang yang indah dan suasana Bangkok yang penuh dengan semangat kerohanian. Mengambil gambar merupakan sebahagian besar pengembaraan. Anda boleh mengambil gambar di pelbagai kuil – kecuali Kuil Buddha Zamrud, yang melarang fotografi – selagi anda mengikut peraturan.

  • Ambil gambar apabila dibenarkan sahaja. Lihat sekiranya terdapat tanda yang melarang anda mengambil gambar.
  • Jangan ambil gambar penduduk tempatan yang sedang bersembahyang. Ini menceroboh privasi mereka, dan anda tidak mendapat kebenaran mereka. Anda mungkin diminta pergi sekiranya berbuat demikian.
  • Jangan berswafoto dengan Buddha. Patung ini suci kepada penganut fahaman Buddha, dan menyamakan taraf anda dengan Buddha dianggap biadab (dan dalam sesetengah kes, haram). Tangkap gambar dengan mata menghadap patung dari jauh.
  • Jika orang sedang berdoa dan menderma duit, jangan melintas di depan mereka untuk mengambil gambar. Berdiri di belakang, tunggu giliran anda, atau cari sudut pandang yang lain.

Daftar Masuk ke Rembrandt Hotel Suites and Towers, Langkah Keluar ke Bangkok

Hotel di Bangkok-Thailand-kuil-Rembrandt Hotel Suites and Towers

CARI & TEMPAH HOTEL DI BANGKOK HARI INI

You may also like

Panduan Perjalanan Terbaik Anda untuk Meneroka Keajaiban Hualien: Pasar Malam, Alam Semula Jadi dan Budaya image

Mulakan perjalanan yang bertenaga melalui Hualien, Taiwan, dengan panduan perjalanan terbaik kami. Daripada pengembaraan pasar malam yang mendebarkan kepada pelarian semula jadi yang tenang dan penerokaan budaya, temui intipati Hualien dan cipta kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Selamat datang ke Panduan Terbaik untuk Membeli-belah di Fujikawaguchiko image

Temui gabungan mempesonakan kraf tradisional dan penemuan moden dalam Panduan Terbaik kami untuk Membeli-belah di Fujikawaguchiko. Terokai kedai-kedai artisanal, pasar tempatan dan cenderamata unik dengan latar belakang Gunung Fuji yang megah.

Meneroka Hiroshima: Perjalanan Budaya dan Kehidupan Malam image

Selami panduan perjalanan Hiroshima 4 hari kami, meneroka tapak ikonik, permata tersembunyi dan hidangan kulinari. Dari Taman Memorial Keamanan ke jalan-jalan pelik di Onomichi, temui semangat meriah dan keindahan tenang Hiroshima.

Bersantai dalam Elegance: Temui Hotel 5 Bintang Terbaik Mekah untuk Penginapan Ilahi image

Mulakan perjalanan rohani dengan sentuhan kemewahan. Terokai panduan susun atur kami ke hotel 5 bintang paling eksklusif di Mekah, setiap satu menawarkan tempat percutian yang tenang, keselesaan ilahi dan berdekatan dengan Masjidil Haram.

Panduan Jazz & Blues Chicago 3 Hari: Selami Pemandangan Muzik image

Mulakan perjalanan 3 hari melalui pemandangan jazz dan blues bersejarah Chicago. Daripada kelab ikonik hingga persembahan langsung, temui jiwa Kota Berangin. Baca sekarang!

Lawatan Malam Kuliner: Alami Kedai Makan dan Bar Wain Tulen Rom image

Selami kehidupan malam yang meriah & suasana kulinari di Rom dengan pemandu kami. Daripada bar wain tersembunyi hingga ke tempat makan tradisional, rasai citarasa dan sejarah yang kaya di bandar ini.

Perjalanan Kuliner Melalui Houston: Meneroka Pemandangan Pelbagai Makanan di Bandar Raya image

Selami suasana makanan yang meriah di Houston dengan panduan perjalanan kulinari 4 hari kami. Daripada BBQ ikonik kepada masakan global, terokai citarasa yang menjadikan Houston destinasi kegemaran makanan.

Hotel Butik Terbaik di Barcelona: Alami Kemewahan dengan Sentuhan Peribadi image

Buka kunci rahsia hotel butik yang paling mempesonakan di Barcelona, di mana kemewahan memenuhi perkhidmatan yang diperibadikan. Terokai panduan susun atur kami untuk menemui permata tersembunyi yang menawarkan pengalaman unik, keselesaan yang tiada tandingan dan pintu masuk ke tengah-tengah ibu kota Catalonia yang meriah.

Membongkar Permata Kuching: Panduan Komprehensif untuk Tarikan Paling Menawan di Bandar Raya image

Temui Kuching: Panduan Lengkap Permata Tersembunyi Borneo. Terokai tanda tempat bersejarah, pemandangan budaya yang meriah, taman negara yang subur dan hidangan kulinari.

Meneroka Permata Tersembunyi Asia Tenggara: Panduan Terbaik ke Pulau Batam image

Temui Pulau Batam, permata tersembunyi Asia Tenggara, dengan panduan perjalanan terbaik kami. Terokai pantai yang bersih, budaya yang kaya, hidangan kulinari dan pengembaraan yang mendebarkan.

Menemui Vung Tau: Panduan untuk Hotel Waterfront Terbaik untuk Pencinta Pantai image

Buka kunci yang terbaik dari Vung Tau dengan panduan kami ke hotel tepi laut yang popular! Alami kemewahan, pemandangan dan akses pantai yang tiada tandingan untuk percutian tepi laut yang sempurna.

Meneroka Laluan Ikonik Melbourne: Panduan Seni Jalanan dan Budaya Kafe image

Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan melalui Melbourne dengan panduan perjalanan 3 hari kami yang komprehensif. Daripada lorong-lorong ikonik dan seni jalanan kepada taman-taman yang subur dan hiburan malam, buka rahsia ibu kota kebudayaan Australia.

Semarang Selepas Gelap: Panduan 5 Malam untuk Pengalaman Kehidupan Malam Terbaik di Bandar Raya image

Selami kehidupan malam Semarang yang meriah dengan jadual perjalanan 5 malam eksklusif kami. Daripada berjalan kaki bersejarah di bawah bintang ke bar tepi pantai dan tempat muzik secara langsung, temui rahsia tersimpan terbaik di bandar ini dengan Agoda.

Terokai Malang: Pengembaraan 5 Hari melalui Permata Tersembunyi Java image

Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan melalui Malang dengan panduan perjalanan komprehensif kami. Temui budaya meriah di bandar ini, keajaiban semula jadi yang menakjubkan dan hidangan kulinari.

Permata Masakan Chonburi: Panduan Pencinta Makanan image

Mulakan perjalanan yang menarik melalui Chonburi dengan Panduan Pencinta Makanan kami. Temui permata masakan tersembunyi, makanan tempatan dan pengalaman makan yang tidak dapat dilupakan di syurga pantai Thailand.

Perjalanan Kuliner Melalui Tangerang: Masakan Tradisional Yang Anda Mesti Cuba image

Mulakan pengembaraan beraroma di Tangerang dengan panduan kulinari 3 hari kami. Temui hidangan tradisional, permata tersembunyi dan pengalaman makan yang tidak dapat dilupakan di bandar gastronomi di Indonesia.

Selamat datang ke Kuantan: Permata di Pantai Timur Malaysia image

Temui yang terbaik di Kuantan dalam 3 hari yang tidak dapat dilupakan. Selami panduan kami untuk jadual perjalanan terbaik yang meliputi pantai yang tenang, budaya tempatan yang kaya dan masakan yang lazat.

Dedahkan Keajaiban Cameron Highlands: Jadual Perjalanan Teh, Kembara dan Strawberi 3 Hari image

Temui keindahan Cameron Highlands yang tenang dengan jadual perjalanan eksklusif 3 hari kami. Daripada ladang teh yang subur ke ladang strawberi manis dan pendakian mistik, mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan.

Terokai Hualien: Jadual Perjalanan 3 Hari Merentasi Gunung dan Laut image

Mulakan perjalanan 3 hari yang menawan melalui Hualien, Taiwan. Terokai Taroko Gorge, nikmati masakan tempatan dan temui permata tersembunyi dengan jadual perjalanan kami yang komprehensif.

Percutian Hujung Minggu dalam Jadual Perjalanan Taoyuan: Pengalaman Teratas image

Selami penjelajahan hujung minggu dengan jadual perjalanan Taoyuan kami! Temui gabungan sempurna sejarah, alam semula jadi dan gastronomi dalam masa dua hari sahaja. Rancang percutian anda yang tidak dapat dilupakan dengan pengalaman terbaik dan permata tersembunyi di Taoyuan.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Hiroshima: Perjalanan Melalui Keamanan dan Kenangan image

Temui Hiroshima melalui jadual perjalanan 3 hari: dari Peace Memorial Park ke ketenangan Pulau Miyajima. Mulakan perjalanan kedamaian, ketabahan dan keindahan.