fbpx

Tabiat menjengkelkan pelancong didedahkan


Dengan musim panas yang sedang berlangsung sekarang, Agoda, salah satu platform tempahan penginapan dalam talian paling pesat berkembang telah bertanya kepada pelancong tentang tabiat yang paling menjengkelkan semasa melancong.

Pelancong bising (57%), pelancong leka dengan peranti (47%), dan pelancong yang tidak sensitif dengan budaya tempatan (46%) menduduki tangga teratas untuk tabiat paling menjengkelkan oleh pelancong mengikut tinjauan global Agoda ‘Tabiat Menjengkelkan Pelancong’. Kumpulan pelancong besar-besaran dan penangkap swafoto, masing-masing mencatat 36% dan 21%, dalam kedudukan 5 teratas.

Pelancong China nampaknya mempunyai toleransi tinggi terhadap pelancong yang menangkap swafoto, dengan hanya 12% responden berasa jengkel terhadap penangkap swafoto dibandingkan dengan pelancong Australia yang bersikap sebaliknya dengan hampir 1/3 iaitu (31%) menyatakan penangkap swafoto sebagai menjengkelkan.

Tidak sensitif dengan budaya tempatan adalah 2 kali ganda menjengkelkan bagi pelancong Singapura, (63%) Pelancong Filipina (61%) dan pelancong Malaysia (60%) serta pelancong China (21%) dan pelancong Thailand (27%). Hampir separuh (54%) daripada pelancong British dan 2/5 daripada pelancong Amerika (41%) tidak bertoleransi terhadap tabiat ini.    

Ketagihan peranti mobile

Hampir separuh (47%) daripada responden global bersungut tentang pelancong yang meluangkan terlalu banyak masa menggunakan alat peranti mereka. Dibandingkan dengan pelancong dari negara lain, tabiat ini paling menjengkelkan bagi pelancong Vietnam (59%). Sebaliknya bagi pelancong Thailand, mereka lebih bertolak-ansur (31%) terhadap penggunaan peranti semasa bercuti.

Mungkin tidak memeranjatkan, pelancong solo meluangkan masa hampir 2 jam sehari dengan alat peranti ketika bercuti (117 minit) – iaitu 15% lebih lama berbanding semasa bersama rakan (100 minit) dan 26% lebih singkat jika mereka besama keluarga (86 minit). Pelancong Amerika adalah satu-satunya pengecualian untuk trend ini dan secara purata meluangkan masa lebih singkat menggunakan peranti semasa melancong solo (62 minit) berbanding semasa mereka bersama keluarga (66 minit) atau rakan-rakan (86 minit).

Pelancong British adalah pelancong yang paling peka semasa melancong bersama-sama, mereka hanya meluangkan masa selama sejam lebih (63 minit) sehari; sebagai perbandingan pelancong Thailand meluangkan masa selama 2 jam sehari (125 minit) menggunakan telefon apabila mereka melancong bersama rakan atau keluarga.

Bagi menggalakkan pelancong untuk lebih peka dan lebih menghayati pengalaman di destinasi baru tanpa menghadap peranti telefon, Agoda telah melancarkan kempen ‘Kegagalan Swafoto’ yang mengandungi listicles dan montaj video yang menonjolkan keburukan menggunakan telefon pintar. Digayakan di dalam format video ‘kegagalan epik’, pelawak Australia Ozzyman menjadi suara latar kepada video pengembara sebenar yang terlibat dengan kemalangan dan situasi bodoh akibat terlalu bergantung kepada peranti mereka berbanding persekitaran.

Fakta ‘Tabiat Menjengkelkan Pelancong’ mengikut pasaran:

Australia

  • —Pelancong bising (56%), tidak sensitif dengan budaya tempatan (54%) dan penggunaan peranti berlebihan (52%) adalah tabiat yang menjengkelkan pelancong Australia
  • —Pelancong wanita (25%) kurang berasa jengkel dengan penangkap swafoto berbanding pelancong lelaki (37%)
  • —Pelancong Australia meluangkan lebih 1 jam sehari menggunakan peranti semasa melancong bersama keluarga (68 minit) dan rakan-rakan (80 minit); mereka meluangkan lebih 1 jam setengah (90 minit) semasa melancong solo

China

  • —Pelancong bising (68%), leka dengan peranti (47%) dan kumpulan pelancong besar-besaran (33%) adalah tabiat yang dianggap menjengkelkan bagi pelancong China
  • —Pelancong China lebih berhati-hati menggunakan peranti semasa melancong bersama keluarga, hanya 10% mengakui meluangkan masa 4 jam atau lebih semasa melancong bersama keluarga berbanding 30% semasa melancong solo

 Indonesia

  • —Leka dengan peranti (47%), tidak sensistif dengan budaya tempatan (47%) dan pelancong bising (43%) adalah tabiat yang dianggap paling menjengkelkan untuk pelancong Indonesia
  • —Golongan belia mempunyai toleransi paling rendah terhadap sikap tidak sensitif pada budaya tempatan dengan separuh daripada mereka yang berumur 18 hingga 24 tahun menganggap tabiat ini sebagai menjengkelkan; toleransi bertambah dengan usia dan yang paling bertolak ansur (32%) adalah mereka yang berumur 55 tahun dan ke atas
  • —Pelancong Indonesia lebih berusia (55 tahun dan ke atas) menganggap penggunaan peranti dan tabiat menangkap swafoto sebagai kurang menjengkelkan berbanding semua kumpulan umur

Malaysia

  • —Tidak sensitif dengan budaya tempatan (60%), pelancong bising (56%) dan leka dengan peranti (51%) adalah tabiat pelancong yang dianggap paling menjengkelkan untuk pelancong Malaysia
  • —Pelancong Malaysia yang berumur 55 tahun dan ke atas mempunyai toleransi paling rendah terhadap pelancong bising – 74% berbanding purata tinjaun sebanyak 56%
  • —Pelancong berumur 18 hingga 24 tahun meluangkan paling banyak masa dengan peranti telefon setiap hari (243 minit berbanding 218 minit untuk semua responden)

Filipina

  • —Tidak sensitif dengan budaya tempatan (61%), pelancong bising (59%) dan pelancong yang melekat dengan peranti mereka (52%) adalah paling menjengkelkan untuk pelancong Filipina
  • —Pelancong berumur 55 tahun dan ke atas menganggap pelancong bising sebagai paling menjengkelkan (83% berbanding 59% purata tinjauan)
  • —Semasa percutian bersama keluarga mereka yang berumur 18 hingga 24 tahun (23%) paling banyak menggunakan peranti, iaitu selama 4 jam atau lebih sehari. Ahli keluarga lebih tua (55 tahun dan ke atas) paling kurang menggunakan peranti (3%)

Singapura

  • —Pelancong bising (68%), tidak sensitif dengan budaya tempatan (63%) dan kumpulan pelancong besar-besaran (49%) adalah paling menjengkelkan bagi pelancong Singapura
  • —Toleransi untuk kumpulan pelancong besar-besaran bertambah dengan usia untuk pelancong Singapura dengan mereka yang berumur 18 hingga 24 tahun (53%) dan mereka yang berumur 55 tahun atau lebih tua paling kurang berasa jengkel (36%)
  • —Pelancong Singapura meluangkan masa lebih daripada 1 jam setengah (101 minit) setiap hari dengan peranti semasa bersama keluarga; dan hampir 2 jam setiap hari semasa bersama rakan-rakan (114 minit) atau melancong solo (110 minit)

Thailand

  • —Pelancong bising (58%), kumpulan pelancong besar-besaran (41%) dan pelancong leka dengan peranti (31%) paling menjengkelkan untuk pelancong Thailand
  • —Toleransi untuk kumpulan pelancong besar-besaran berkurang dengan usia untuk pelancong Thailand: mereka yang berumur 18 hingga 24 tahun paling kurang berasa jengkel (35%) dan mereka yang berusia 55 tahun dan ke atas paling berasa jengkel (50%)
  • —Pelancong Thailand meluangkan lebih 2 jam sehari menggunakan peranti semasa bersama keluarga (124 minit) dan rakan-rakan (126 minit)

 Vietnam

  • —Leka dengan peranti (59%) pelancong bising (52%) dan tidak sensitif dengan budaya tempatan (45%) adalah tabiat pelancong paling menjengkalkan bagi pelancong Vietnam
  • —Toleransi terhadap penangkap swafoto bertambah dengan usia. 20% daripada pelancong berusia 18 hingga 24 tahun menganggap penangkap swafoto sebagai paling menjengkelkan, berbanding hanya 7% daripada mereka yang berumur 55 tahun ke atas
  • —Pelancong Vietnam meluangkan lebih banyak masa menggunakan peranti semasa melancong solo (147 minit) berbanding melancong dengan keluarga (68 minit) atau rakan-rakan (86 minit)

United Kingdom

  • —Pelancong bising (56%), tidak sensitif dengan budaya tempatan (54%) leka dengan peranti (45%) adalah tabiat yang dianggap paling menjengkelkan untuk pelancong British
  • —Toleransi untuk pelancong bising berkurang dengan usia: 68% daripada mereka yang berumur 55 tahun dan ke atas menganggap pelancong bising sebagai paling menjengkelkan, berbanding 47% untuk 18 hingga 24 tahun
  • —Pelancong British melaungkan sejam sehari menggunakan telefon semasa melancong (kira-kira 60 minit) bersama keluarga dan rakan; Ini meningkat kepada hampir satu jam setengah (85 minit) semasa melancong solo

Amerika Syarikat

  • —Pelancong bising (53%), pelancong leka dengan peranti (48%) dan tidak sensitive dengan budaya tempatan (41%) adalah paling menjengkelkan untuk pelancong Amerika
  • —Pelancong lelaki lebih bertolak-ansur dengan pelancong bising berbanding pelancong perempuan (60% versus 46%)

 Catatan untuk editor

Tinjauan Agoda ‘Tabiat Menjengkelkan Pelacong’ telah dilakukan oleh firma penyelidik pasaran bebas YouGov antara 19 dan 25 Jun 2018. 10,384 responden telah disoal dalam talian dan mewakili pelancong yang telah bercuti sekurang-kurangnya sekali pada tahun-tahun sebelumnya. Dalam setiap negara: UK (1,418), US (597), Australia (837), Singapura (913), Malaysia (1,002), Filipina (1,011), Indonesia (1,063), Vietnam (999), Thailand (1,062) dan China (1,482).

Kempen ‘Kegagalan Swafoto’ berlangsung sepanjang 11 Ogos 2018: https://www.buzzfeed.com/agoda

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi press@agoda.com.