fbpx

Panduan Makanan Osaka: Makanan Jalanan & Masakan Wajib Cuba di Jepun

Pelbagai pilihan makanan Osaka boleh ditemui di setiap penjuru jalan tetapi beberapa tempat makan terbaik di Osaka tersorok di lorong belakang dan bilik bawah tanah yang sukar dicari. Mencari “kappo” ini, seperti yang dipanggil penduduk setempat, mungkin menjadi satu pengembaraan tetapi ganjaran daripada mencuba masakan istimewa wajib cuba dan beberapa makanan terkenal di “Dapur Jepun” ini amat berbaloi!

Takoyaki

Okonomiyaki

Negiyaki

Makanan tempatan istimewa Osaka

    • Takoyaki: makanan istimewa Osaka ini lazimnya mengandungi cebisan sotong kurita, halia, daun bawang dan serdak tempura. Adunan dipanggang menjadi ladu berbentuk bola dan boleh dimakan begitu sahaja atau dibubuh mayones, rumpai laut dan serpihan ikan kering di atasnya.- Harga purata untuk 8 hingga 10 bola takoyaki: 450 hingga 600 yen (4.15 hingga 5.50 USD)

    • Okonomiyaki: bermakna “dipanggang seperti yang anda mahu”, okonomiyaki ialah penkek berperisa yang diperbuat daripada telur, tepung, keladi parut dan kubis yang telah dimayang. Bubuh di atas penkek “seperti yang anda mahu” dengan pilihan makanan laut, daging babi, keju dan tomato. Selepas semua bahan dibubuh, letak mayones, sos okonomiyaki (perang, manis dan masam), rumpai laut dan serpihan bonito (ikan) kering di atas.- Harga purata okonomiyaki: 700 JPY dan ke atas, bergantung pada bahan yang dibubuh (6.50 USD).

  • Negiyaki: penkek berperisa ini serupa dengan okonomiyaki tetapi mempunyai inti daun bawang, bukan kubis.- Harga purata negiyaki: 1,000 hingga 2,000 JPY (9 hingga 18.50 USD)

Kushikatsu

Kitsune udon

    • Kushikatsu: gemar dimakan dengan bir dan dijual di banyak restoran izakaya, kushikatsu ialah sate daging, makanan laut atau sayuran yang diselaputi panko dan digoreng hingga berwarna perang keemasan.- Harga purata kushikatsu: 80 hingga 200 JPY satu cucuk, bergantung pada bahan (1 hingga 2 USD)

  • Kitsune udon: mi tebal yang dibubuh sekeping tauhu goreng besar dan dihidangkan di dalam sup yang diperbuat daripada air rebusan dashi (makanan laut).- Harga purata kitsune udon: 550 hingga 3,000 JPY (5 hingga 28 USD)

Tecchiri

Horumon

Makanan pelik untuk dicuba di Osaka

    • Tecchiri: periuk makanan panas yang mengandungi fugu, atau ikan buntal.- Harga purata tecchiri: makan tengah hari – 2,000 JPY; makan malam – 4,000 JPY (19 hingga 37 USD)

  • Horumon: satu perkara yang membezakan antara horumon dengan yakinuku (barbeku Jepun) ialah potongan daging. Yakiniku menggunakan potongan daging berkualiti tinggi terbaik, manakala horumon menggunakan organ dan bahagian dalaman.-Harga purata horumon: 1,000 hingga 5,000 JPY (9 hingga 46 USD)

5 restoran horumon terkenal di Osaka

  1. Cawangan utama Sora, Tsuruhashi: 1-10 Shimoajiharachō, Tennōji-ku
  2. Yakiniku-Manno Horumonho Tennoji: 16-6 Horikoshicho, Tennoji Ward
  3. Tachizushi Horumon Shinsenya!: 2 Chome-2-8-16 Nipponbashi, Chuo Ward
  4. Kadoya: 1 Chome-4-45 Nanbanaka, Naniwa Ward
  5. Horumon Yamato Teradacho: 4 Chome-2-7 Daido, Tennoji Ward

Daftar Masuk ke hotel atau pangsapuri berhampiran dengan Stesen Tennoji

Hotel Cocode Plus

EX Big Maisonnette Apartment in Namba

Ishimura Koshin Building

Terokai makanan terbaik Osaka

Pasar Kuromon Ichiba_makanan Osaka_Jepun

Pasar dan makanan jalanan terbaik di Osaka

Pasar Kuromon Ichiba

Sejak 1822,Pasar Kuromon telah berperanan sebagai tulang belakang budaya makanan Osaka, membekalkan restoran dan chef dengan hasil, makanan laut, daging segar dan peralatan dapur setiap hari. Dari setahun ke setahun, pasar ini telah berkembang menjadi salah satu destinasi pelancongan terkenal di Osaka, dan salah satu tempat terbaik di bandar ini untuk menikmati masakan panas dan asli Jepun. Lebih daripada 23,000 orang berkunjung ke pasar ini setiap hari untuk membeli barangan segar dan menikmati makanan jalanan di lebih dari 150 gerai di sepanjang laluan pasar. Pasar ini mempunyai kira-kira 25 restoran, termasuk kedai mi dan kari murah, serta beberapa izakaya (bar Jepun), kafe dan restoran makanan laut.

Kekapis panggang

Sashimi

Oden

Makan apa di Pasar Kuromon?

    • Takoyaki: paling sesuai dinikmati sambil berjalan-jalan di pasar, takoyaki ialah ladu berinti sotong kurita yang rangup di luar dan panas dan lembut di dalam. Satu hidangan takoyaki lazimnya mengandungi lapan bebola sotong kurita.

    • Kekapis panggang: nikmati kekapis yang dipanggang di dalam cangkerang dan dibubuh sedikit kicap.

    • Sushi dan sashimi: Ccba pelbagai jenis sushi dan sashimi sambil melihat chef memotong tuna segar menjadi saiz kecil untuk dimakan.

  • Oden: dianggap sebagai makanan selesa musim sejuk, oden ialah campuran pelbagai jenis sate kek ikan dan bebola ikan yang direndam di dalam air rebusan ikan.

Panduan untuk ke Pasar Kuromon

Naik kereta api ke Stesen Nippombashi dan cari Pasar Kuromon tidak jauh dari Pintu 10.

Lihat lebih banyak makanan Osaka di Pasar Kuromon: Makanan Osaka dan Restoran Jepun Termurah

Daftar Masuk ke Hotel Le Botejour Nanba, Terokai Pasar Kuromon

Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri di Osaka

Makanan Osaka_Jepun_Tempat Memancing Nakanoshima

Tempat Memancing Nakanoshima

Terletak di luar kawasan pejabat pentadbiran kerajaan Osaka dan di sepanjang Sungai Ajigawa, Tempat Memancing Nakanoshima merupakan salah satu tarikan terbaru di Osaka. Pasar di persisiran sungai ini menerima bekalan makanan laut segar setiap hari, dan restoran terbuka semakin menjadi tarikan sejak pasar ini dibuka pada tahun 2015. Nikmati sashimi dan sushi segar yang dipotong oleh chef tempatan yang berkemahiran dan tahu memotong tuna! Kerang panggang dan mangkuk tuna Jepun juga merupakan masakan ambil dan pergi terkenal di tempat makan Nakanoshima Minato di pasar ini.

Panduan untuk ke Tempat Memancing Nakanoshima

Stesen Awaza terletak 11 minit berjalan kaki dari Tempat Memancing Nakanoshima Namun begitu, pengunjung boleh melihat beberapa mercu tanda Osaka di Stesen Nakanoshima yang terletak 15 minit berjalan kaki dari tempat memancing.

Tarikan berhampiran dengan Stesen Nakanoshima

  • Muzium Sains Osaka dan Muzium Seni Negara Osaka
  • Mercu Tanda Kurayashiki (Gudang) Osaka Suku Takamatsu
  • Tempat pemandangan Nakanoshima
  • Persiaran Sungai Nakanoshima
  • Dewan Bandaraya Osaka
  • Ibu Pejabat Kansai Electric Power
  • ABC Hall(dewan filharmonik)
  • Galeri seni Dojima River Forum
  • Kurios: Persembahan Jelajah Terkenal

Daftar Masuk ke Family Inn fifty’s Osaka Higobashi, Terokai Muzium Sains Osaka

Makanan Osaka_masakan Jepun_Family Inn fifty's Osaka Higobashi

Lihat lebih banyak hotel dan rumah tumpangan di Nakanoshima

Makanan Osaka_Dotonbori_Kawasan Beli-Belah Dotombori

Dotonbori

Dotonbori tidak sebesar kawasan terkenal lain di Osaka tetapi merupakan kawasan yang paling padat dengan restoran, penjaja makanan jalanan dan gerai terbuka. Berjalan ke kawasan tepi sungai neon pada 5 p.m. dan mula beratur untuk makanan istimewa Dotonbori seperti sukiyaki, yakisoba dan yakitori. Lebih banyak anda makan, anda akan lebih seperti penduduk setempat! Dotonbori terkenal kerana mengekalkan obsesi penduduk Osaka terhadap makanan, yang dirumuskan dalam ungkapan “kuidaore”. Makna harfiah ungkapan ini ialah “makan hingga muflis”, tetapi ungkapan ini telah disesuaikan menjadi “makan hingga lelah!”.

Ramen

Ketam panggang untuk bawa pulang di Kani Doraku Dotombori Honten

Gyoza

Makan apa di Dotonbori?

    • Takoyaki: dimasak di dalam acuan keluli bulat, takoyaki ialah bebola yang rangup di luar dan berkrim di dalam yang berintikan cebisan kurita, daun bawang, halia jeruk, dan serdak tempura. Makan takoyaki semasa masih panas atau bubuh sos perang, mayones dan bonito (ikan) kering di atas. Sesetengah gerai di Dotonbori meletak telur separuh masak di atas takoyaki mereka.

    • Okonomiyaki: penkek ini berintikan kubis dan di atasnya dibubuh apa-apapun yang anda mahu. Makanan laut segar dan sotong merupakan bahan kegemaran ramai. Setelah semua bahan ditimbunkan, timbunan ini dihiasi dengan sos Okonomiyaki dan mayonis dan ditaburi serpihan bonito.

    • Ramen: makanan selesa kegemaran Jepun dihidangkan setiap hari di Dotonbori. Nikmati sup tulang babi dan ayam yang dipenuhi dengan mi, daging babi lembut dan tauge rangup.

    • Ketam di Kani Doraku Dotombori Honten: amat seronok duduk dan menikmati rasa makanan di gerai ketam terkemuka Osaka, tetapi jika masa anda amat singkat, dapatkan ketam panggang di tingkap perkhidmatan bawa pulang dan teruskan meneroka Dotonbori!

    • Gyoza: ladu kecil berintikan daging cincang dan daun bawang ini terkenal di jalanan dan setiap izakaya. Gyoza dihidangkan dengan pelbagai cara, tetapi kebanyakan penggemar makanan bersetuju bahawa cara terbaik ialah dengan dipanggang, dicicah dalam kicap dan diminum dengan bir!

    • Kitsune udon: dibuat dengan mi udon tebal, daun bawang dan sup yang diperbuat daripada air rebusan dashi (makanan laut), bahan utama kitsune udon ialah kepingan tauhu goreng yang diletak di atas.

  • Kushikatsu: snek Jepun terbaik untuk dimakan semasa berjalan-jalan, kushikatsu ialah sate daging, ikan atau sayuran yang diselaputi telur dan panko dan digoreng hingga rangup.

Panduan untuk ke Dotonbori

Stesen Namba terletak 5 minit berjalan kaki dari Dotonbori.

Daftar Masuk ke Nishitetsu Inn Shinsaibashi, Terokai Kani Doraku Dotombori Honten

Makanan Osaka_masakan Jepun_Nishitetsu Inn Shinsaibashi

Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri di Kawasan Beli-Belah Dotonbori

Makanan Osaka_Tsuruhashi_Koreatown Osaka_Jepun

Tsuruhashi | Koreatown Osaka

Terkenal dengan kedai kimchi dan jalan barbeku Korea, Tsuruhashi – atau Koreatown – mempunyai pelbagai restoran Korea, kedai K-pop dan kedai cenderamata Jepun. Temui pelbagai jenis kimchi yang anda tidak pernah tahu. Anda akan terliur sepanjang jalan yang dikhaskan untuk yakiniku (daging panggang)

Panduan untuk ke Tsuruhashi (Koreatown)

Stesen Tsuruhashi menurunkan penumpang di pintu Koreatown.

Daftar Masuk ke Ken House, TerokaiTsuruhashi – Koreatown Osaka

Makanan Osaka_masakan Jepun_Ken House_Jepun

Makanan Osaka_kos makan di Osaka_restoran

Berapakah kos makan di Osaka?

Harga makanan Osaka berbeza-beza tetapi berita terbaik ialah sesetengah masakan paling sedap tidak mahal.

    • Makanan jalanan murah seperti okonomiyaki, takoyaki, ramen, soba, dan udon berharga antara 500 hingga 1,000 JPY (4.60 hingga 9.25 USD).

    • Makan kasual di Osaka berharga antara 1,000 hingga 3,000 JPY (9.25 hingga 28 USD), dan restoran sering menawarkan “set menu” berdiskaun pada waktu makan tengah hari. Kotak bento, atau kotak makan tengah hari, juga terkenal dalam kalangan penduduk tempatan kerana boleh dibeli dalam perjalanan di mana-mana kedai serbaneka atau stesen kereta api.

  • Makan mewah di Osaka adalah satu kemewahan, dan harga amat berbeza. Kebanyakan restoran mewah perlu ditempah dan mempunyai kod pakaian yang ketat.

Lihat 18 Restoran Terbaik di Osaka untuk Jelajah Makanan Jepun

Daftar Masuk ke hotel atau pangsapuri berhampiran denganStesen Nippombashi

HOTEL ASIATO

Universal Hotel Reborn

Hotel Relief Namba Daikokucho

Terokai makanan terbaik di Osaka

You may also like

Panduan Perjalanan Terbaik Anda untuk Meneroka Keajaiban Hualien: Pasar Malam, Alam Semula Jadi dan Budaya image

Mulakan perjalanan yang bertenaga melalui Hualien, Taiwan, dengan panduan perjalanan terbaik kami. Daripada pengembaraan pasar malam yang mendebarkan kepada pelarian semula jadi yang tenang dan penerokaan budaya, temui intipati Hualien dan cipta kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Selamat datang ke Panduan Terbaik untuk Membeli-belah di Fujikawaguchiko image

Temui gabungan mempesonakan kraf tradisional dan penemuan moden dalam Panduan Terbaik kami untuk Membeli-belah di Fujikawaguchiko. Terokai kedai-kedai artisanal, pasar tempatan dan cenderamata unik dengan latar belakang Gunung Fuji yang megah.

Meneroka Hiroshima: Perjalanan Budaya dan Kehidupan Malam image

Selami panduan perjalanan Hiroshima 4 hari kami, meneroka tapak ikonik, permata tersembunyi dan hidangan kulinari. Dari Taman Memorial Keamanan ke jalan-jalan pelik di Onomichi, temui semangat meriah dan keindahan tenang Hiroshima.

Panduan Jazz & Blues Chicago 3 Hari: Selami Pemandangan Muzik image

Mulakan perjalanan 3 hari melalui pemandangan jazz dan blues bersejarah Chicago. Daripada kelab ikonik hingga persembahan langsung, temui jiwa Kota Berangin. Baca sekarang!

Lawatan Malam Kuliner: Alami Kedai Makan dan Bar Wain Tulen Rom image

Selami kehidupan malam yang meriah & suasana kulinari di Rom dengan pemandu kami. Daripada bar wain tersembunyi hingga ke tempat makan tradisional, rasai citarasa dan sejarah yang kaya di bandar ini.

Perjalanan Kuliner Melalui Houston: Meneroka Pemandangan Pelbagai Makanan di Bandar Raya image

Selami suasana makanan yang meriah di Houston dengan panduan perjalanan kulinari 4 hari kami. Daripada BBQ ikonik kepada masakan global, terokai citarasa yang menjadikan Houston destinasi kegemaran makanan.

Hotel Butik Terbaik di Barcelona: Alami Kemewahan dengan Sentuhan Peribadi image

Buka kunci rahsia hotel butik yang paling mempesonakan di Barcelona, di mana kemewahan memenuhi perkhidmatan yang diperibadikan. Terokai panduan susun atur kami untuk menemui permata tersembunyi yang menawarkan pengalaman unik, keselesaan yang tiada tandingan dan pintu masuk ke tengah-tengah ibu kota Catalonia yang meriah.

Membongkar Permata Kuching: Panduan Komprehensif untuk Tarikan Paling Menawan di Bandar Raya image

Temui Kuching: Panduan Lengkap Permata Tersembunyi Borneo. Terokai tanda tempat bersejarah, pemandangan budaya yang meriah, taman negara yang subur dan hidangan kulinari.

Meneroka Permata Tersembunyi Asia Tenggara: Panduan Terbaik ke Pulau Batam image

Temui Pulau Batam, permata tersembunyi Asia Tenggara, dengan panduan perjalanan terbaik kami. Terokai pantai yang bersih, budaya yang kaya, hidangan kulinari dan pengembaraan yang mendebarkan.

Menemui Vung Tau: Panduan untuk Hotel Waterfront Terbaik untuk Pencinta Pantai image

Buka kunci yang terbaik dari Vung Tau dengan panduan kami ke hotel tepi laut yang popular! Alami kemewahan, pemandangan dan akses pantai yang tiada tandingan untuk percutian tepi laut yang sempurna.

Meneroka Laluan Ikonik Melbourne: Panduan Seni Jalanan dan Budaya Kafe image

Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan melalui Melbourne dengan panduan perjalanan 3 hari kami yang komprehensif. Daripada lorong-lorong ikonik dan seni jalanan kepada taman-taman yang subur dan hiburan malam, buka rahsia ibu kota kebudayaan Australia.

Semarang Selepas Gelap: Panduan 5 Malam untuk Pengalaman Kehidupan Malam Terbaik di Bandar Raya image

Selami kehidupan malam Semarang yang meriah dengan jadual perjalanan 5 malam eksklusif kami. Daripada berjalan kaki bersejarah di bawah bintang ke bar tepi pantai dan tempat muzik secara langsung, temui rahsia tersimpan terbaik di bandar ini dengan Agoda.

Terokai Malang: Pengembaraan 5 Hari melalui Permata Tersembunyi Java image

Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan melalui Malang dengan panduan perjalanan komprehensif kami. Temui budaya meriah di bandar ini, keajaiban semula jadi yang menakjubkan dan hidangan kulinari.

Permata Masakan Chonburi: Panduan Pencinta Makanan image

Mulakan perjalanan yang menarik melalui Chonburi dengan Panduan Pencinta Makanan kami. Temui permata masakan tersembunyi, makanan tempatan dan pengalaman makan yang tidak dapat dilupakan di syurga pantai Thailand.

Perjalanan Kuliner Melalui Tangerang: Masakan Tradisional Yang Anda Mesti Cuba image

Mulakan pengembaraan beraroma di Tangerang dengan panduan kulinari 3 hari kami. Temui hidangan tradisional, permata tersembunyi dan pengalaman makan yang tidak dapat dilupakan di bandar gastronomi di Indonesia.

Selamat datang ke Kuantan: Permata di Pantai Timur Malaysia image

Temui yang terbaik di Kuantan dalam 3 hari yang tidak dapat dilupakan. Selami panduan kami untuk jadual perjalanan terbaik yang meliputi pantai yang tenang, budaya tempatan yang kaya dan masakan yang lazat.

Dedahkan Keajaiban Cameron Highlands: Jadual Perjalanan Teh, Kembara dan Strawberi 3 Hari image

Temui keindahan Cameron Highlands yang tenang dengan jadual perjalanan eksklusif 3 hari kami. Daripada ladang teh yang subur ke ladang strawberi manis dan pendakian mistik, mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan.

Terokai Hualien: Jadual Perjalanan 3 Hari Merentasi Gunung dan Laut image

Mulakan perjalanan 3 hari yang menawan melalui Hualien, Taiwan. Terokai Taroko Gorge, nikmati masakan tempatan dan temui permata tersembunyi dengan jadual perjalanan kami yang komprehensif.

Percutian Hujung Minggu dalam Jadual Perjalanan Taoyuan: Pengalaman Teratas image

Selami penjelajahan hujung minggu dengan jadual perjalanan Taoyuan kami! Temui gabungan sempurna sejarah, alam semula jadi dan gastronomi dalam masa dua hari sahaja. Rancang percutian anda yang tidak dapat dilupakan dengan pengalaman terbaik dan permata tersembunyi di Taoyuan.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Hiroshima: Perjalanan Melalui Keamanan dan Kenangan image

Temui Hiroshima melalui jadual perjalanan 3 hari: dari Peace Memorial Park ke ketenangan Pulau Miyajima. Mulakan perjalanan kedamaian, ketabahan dan keindahan.

Temui Fujikawaguchiko: Jadual Perjalanan 3 Hari untuk Pemandangan, Budaya dan Ketenangan yang Memukau image

Buka kunci keindahan Fujikawaguchiko yang tenang dengan panduan jadual perjalanan 3 hari kami. Terokai Gunung Fuji yang megah, permata budaya dan onsen yang menenangkan.