fbpx

Masakan Thai Wajib Cuba dan Tempat Makanan Jalanan Terbaik

Thailand, sebuah negara Asia Tenggara yang indah, terkenal untuk makanannya yang pelbagai dan lazat. Makanan Thai terkenal kerana keenakannya dan Bangkok terutamanya kaya dengan pelbagai rasa. Carilah restoran mewah, restoran perkhidmatan pantas ultra kasual, trak makanan, dan penjaja jalanan yang menjual beberapa masakan kegemaran tempatan dari kereta sorong; atau carilah pengalaman makan lain daripada yang lain.

Makanan Bangkok-Gerai makanan jalanan

Makanan Jalanan Bangkok

Jalan-jalan di Bangkok penuh dengan makanan terbaik Thailand. Di sini, anda boleh mencari makanan-makanan enak seperti pad thai kung, som tam, popiah, dan khao pad dijual dari kereta sorong, trak dan gerai makanan di seluruh bandar sibuk ini. Terdapat pandangan bahawa Bangkok berbaloi untuk dilawati untuk makanannya sahaja!

Makanan Bangkok-Yaowarat pada waktu malam

Tempat Terbaik untuk Makan Makanan Jalanan

Bangkok dipenuhi dengan orang dan mereka semua ingin makan. Pengunjung ke bandar ini akan menemukan masakan baharu dan pelik untuk dicuba bersama-sama masakan kegemaran klasik di Bangkok. Makanan yang lazat boleh ditemukan hampir di mana-mana sahaja, terutamanya di sekitar stesen kereta api atau kejiranan di luar universiti, tetapi pengunjung perlu mencari tempat makan terbaik Bangkok di Chinatown, Pasar Ratchawat, Bangrak, Pasar Nang Loeng, dan kawasan sekitar Tugu Kemenangan.

Chee cheong fun sup

Telur dadar tiram rangup

Mi wantan sup

Yaowarat

Kejiranan Chinatown di Bangkok dikenali oleh penduduk tempatan sebagai kawasan Yaowarat dan menawarkan beberapa makanan Thai asli terbaik di bandar ini. Masakan istimewa tempatan termasuk telur dadar tiram atau kupang rangup, chee cheong fun sup, mi wantan sup, makanan laut, dan banyak lagi! Yaowarat menawarkan makanan jalanan terbaik di Bangkok, jadi pastikan anda tidak terlepas syurga makanan Thai ini. Cara terbaik untuk menikmati makanan di Chinatown ialah dengan mencuba sedikit makanan dari pelbagai kereta sorong atau gerai makanan sambil anda berjalan. Jangan makan hingga kenyang terlalu cepat, kerana terdapat banyak makanan untuk dinikmati. Carilah gerai yang menjual dim sum, atau ais krim manis. Anda pasti pulang kekenyangan!

Mi daging

Itik panggang dengan nasi

Kedai kari dan nasi

Pasar Ratchawat dan Sriyan

Pasar Ratchawat dan Sriyan menjadi hidup pada waktu malam. Pasar-pasar ini merupakan dua pasar tradisional tertua di bandar ini dan sangat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan. Masa terbaik untuk mencari makanan jalanan yang menakjubkan di Pasar Ratchawat ialah pada waktu malam. Pasar Ratchawat merupakan tempat utama untuk mencari mi daging Kobe dan masakan itik panggang yang amat lazat. Pasar Sriyan terletak tidak jauh, hanya perjalanan kaki singkat, dari Pasar Ratchawat, dan merupakan destinasi digemari untuk mi dan kari. Carilah gerai kecil yang menjual bebola ikan goreng dengan kuah kari untuk hidangan yang amat lazat.

Ladu

Yentafo (mi sup merah jambu)

Bangrak

Bersiar-siarlah di Daerah Bangrak dan hidu keharuman bau ladu kukus dan bawang putih goreng. Tempat ini penuh dengan gerai makanan, setiap satu menjual makanan yang sama lazatnya, termasuk pilihan vegetarian dan manisan. Makanan jalanan di Daerah Bangrak enak dan segar. Kawasan ini juga merupakan tempat yang baik untuk mencari ikan dan makanan laut di Bangkok. Naik Skytrain ke Stesen BTS Sala Daeng dan ikut Jalan Silom untuk mencari jalan yang penuh dengan bau yang menyelerakan dan pelbagai makanan.

Daging babi goreng dan selasih dengan nasi

Tom Kha Gai (sup santan ayam)

Som Tam Thai

Pasar Nang Loeng

Salah satu pasar kejiranan yang lama dan lebih tradisional, Pasar Nang Loeng masih mempunyai bangunan kayu bersejarah dan penjaja makanan lama yang telah menjual makanan di sini bertahun-tahun lamanya. Pasar ini merupakan tempat makan tengah hari popular dengan gerai makanan di dalam dan di luar bangunan. Di tengah-tengah pasar ini terdapat sebuah medan selera makan tengah hari yang sentiasa dipenuhi dengan pekerja-pekerja pejabat yang berehat untuk makan tengah hari. Cari makanan pedas yang mengandungi nasi dan kari, atau cari penjaja yang menjual manisan sebagai pencuci mulut anda.

Mi bot

Nasi goreng Thai

Tugu Kemenangan

Kawasan di sekitar Tugu Kemenangan penuh dengan penjaja makanan. Salah satu pusat pengangkutan utama di Bangkok, Tugu Kemenangan menyaksikan orang ramai melaluinya setiap hari. Penjaja makanan di sini menjual pelbagai makanan jalanan kegemaran Thai termasuk mi bot, dipanggil begitu kerana dahulu mi ini hanya dijual di atas bot. Jalan-jalan di sekitar Tugu Kemenangan mempunyai restoran-restoran yang juga menawarkan pelbagai makanan yang lazat.

Daftar Masuk ke YELLO Rooms Victory Monument, Langkah Keluar ke Tugu Kemenangan

Hotel di Bangkok-YELLO Rooms Victory Monument

Makanan Bangkok-Tom Yam Kung

Masakan Thai Wajib Makan

Dengan kepelbagaian pilihan makanan yang lazat-lazat di Thailand, amat sukar untuk memilih hanya beberapa makanan sahaja, terutamanya jika anda hanya berada di sana untuk beberapa hari. Dari roti dan krep hinggalah mi, makanan laut dan daging babi goreng yang lazat, pilihan makanan yang anda wajib makan semasa berada di Bangkok amat luas dan enak.

Roti dengan Pisang

Sebagai pencuci mulut, anda perlu mencuba roti dengan pisang dan susu pekat, juga dikenali sebagai roti gluay. Makanan Thai amat manis dan penkek nipis ini sering dibubuh susu pekat, Nutella, kelapa atau toping lazat lain termasuk telur goreng! Makan satu pasti nak lagi. Roti goreng dengan pisang dan susu pekat merupakan pengenalan manis kepada makanan jalanan Thai.

Krep

Cari gerai makanan yang sibuk di pasar atau di sebelah stesen transit yang menjual krep nipis dipenuhi dengan kemanisan. Sering dijual dalam kertas balutan, pencuci mulut ini mudah untuk dimakan sambil berjalan dan boleh memuaskan keinginan untuk sesuatu yang manis dan cepat. Cari krep lazat yang khusus berhampiran dengan Stesen MRT Sukhumvit dan nikmati masakan tempatan ini.

Pad Thai

Mungkin hidangan mi paling terkenal di Thailand, Pad Thai boleh ditemukan hampir di mana-mana sahaja di Bangkok, siang atau malam. Dibuat daripada mi beras dan apa-apa bahan tambahan termasuk udang, telur, kacang tanah atau tauhu, pad Thai mempunyai rasa yang manis, masam dan secara menyeluruhnya, lazat. Jangan tinggalkan negara ini tanpa mencuba masakan istimewa ini, yang telah menjadi masakan istimewa kebangsaan.

Roti dengan pisang

Krep

Pad Thai

Popiah

Popiah, seperti pad Thai, merupakan masakan yang boleh ditemukan di mana-mana sahaja di Bangkok. Hidangan yang murah, popiah boleh dipesan dari hampir semua restoran, trak makanan atau gerai. Popiah Thai tradisional berintikan suun, daging babi cincang dan sayuran, tetapi pilihan vegetarian juga mudah didapati. Rangup di luar dan panas di dalam menjadikan hidangan ini menyelerakan. Setiap pengunjung perlu mencuba popiah di Bangkok.

Moo Krob

Cubalah sedikit moo krob, atau daging babi rangup. Salah satu makanan paling terkenal di bandar ini, hidangan daging daripada perut babi yang digoreng rangup ini boleh ditemukan di mana-mana sahaja di Bangkok. Sering dihidangkan di atas nasi dan dibubuh hoisin, rasanya rangup dan berjus. Sekali cuba dan anda akan tahu sebab hidangan ini amat terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan juga pelancong.

Makanan laut di Bangkok

Bangkok mempunyai pilihan makanan laut yang mengagumkan! Cari restoran atau gerai makanan yang menjual tom yam kung, atau sup panas dan masam dengan udang, atau cuba cucur udang goreng, ikan goreng kunyit atau ikan pekasam yang baru dibakar. Baca menu di pintu depan untuk melihat makanan yang ditawarkan oleh setiap restoran. Kebanyakan menu di restoran mempunyai gambar makanan, jadi pengunjung boleh tahu makanan yang mereka pesan.

Popiah

Moo Krob (daging babi rangup dengan nasi)

Makanan laut

Daftar Masuk ke Anantara Sathorn Bangkok, Langkah Keluar ke Pasar Bangrak

Hotel di Bangkok-Anantara Sathorn Bangkok

Makanan Bangkok-Issaya Siamese Club

Restoran Wajib Pergi di Bangkok

Makanan Thai di Bangkok memang terkenal. Mudah sahaja untuk mempunyai restoran kegemaran baharu setiap hari, atau pergi semula ke restoran yang terbaik berulang-ulang kali. Dengan pelbagai pilihan restoran perkhidmatan segera hingga restoran mewah, Bangkok menawarkan makanan terbaik di Thailand, menurut penduduk tempatan. Jangan terlepas pengalaman makan terbaik ini.

Bangkok Seaview

Untuk pengalaman menikmati makanan laut di Bangkok yang tiada bandingannya, cubalah Bangkok Seaview. Bot sering berlepas dari jeti untuk membawa pengunjung ke restoran makanan laut di tengah-tengah air. Perjalanan ini membawa pengunjung melintasi nelayan-nelayan yang sedang menangkap ikan, dan pengunjung boleh menikmati ikan dan makanan laut paling segar di atas air.

Nahm

Untuk pengalaman makan mewah, cubalah Nam, yang terletak di COMO Metropolitan, Bangkok. Dengan ruang makan yang anggun dan menu makanan yang sofistikated, Nahm menghidangkan pembuka selera dan hidangan utama unik yang direka untuk dikongsi, jadi restoran ini sesuai untuk kumpulan. Cari sup pedas dalam menunya atau cuba salad larb daging merpati.

Issaya Siamese Club

Tidak mahal, Issaya Siamese Club merupakan salah satu restoran kasual terbaik. Ruang makan yang terang dan berwarna-warni dengan kerusi beg kekacang membawa kepada suasana makan yang menyeronokkan tetapi menenangkan. Menghidangkan koktel istimewa dan makanan yang berseni dan bijak, Issaya Siamese Club boleh membuatkan kesibukan (dan kebisingan) bandar bagaikan tenggelam buat seketika.

Prachak Roasted Duck (Prachak Pet Yang)

Dengan sebaris itik segar tergantung di tingkap, Prachak Pet Yang yang terkenal, juga dikenali sebagai restoran Prachak Roasted Duck, mempunyai sebahagian daripada itik panggang ala Kantonis terbaik di Bangkok. Banyak hidangannya mengandungi mi, dan itik panggang terkenalnya dipenuhi dengan herba dan rempah dan dihidangkan dengan sos manis yang menyeimbangkan daging yang masin untuk gabungan rasa yang sempurna. Terletak di Daerah Bangrak, Prachak Pet Yang merupakan salah satu restoran terbaik.

Daftar Masuk ke Bandara Suites Silom, Langkah Keluar ke Restoran Nahm

Hotel di Bangkok-Bandara Suites Silom

Makanan Bangkok-sup sirip ikan yu

Makanan yang Perlu Dicuba

Salah satu perkara terbaik tentang melancong ke tempat baharu ialah peluang untuk mencuba makanan yang anda mungkin tidak akan makan. Bangkok mempunyai pelbagai pilihan makanan yang menarik, dan terdapat banyak makanan yang perlu dicuba oleh pengunjung semasa melawat bandar ini.

Serangga Goreng

Makan serangga goreng mungkin bukan dalam senarai aktiviti semua orang tetapi hidangan ini memang lazat dan mudah untuk dibeli di Bangkok. Selalunya dijual oleh penjaja jalanan yang berkeliaran, terdapat pelbagai jenis makanan aneh ini. Belalang, ulat sutera, semut, dan cengkerik semuanya dimasukkan dalam perencah rahsia penjaja dan setiap penjaja menawarkan hidangan yang sedikit berbeza. Kereta sorong yang menjual serangga goreng boleh ditemukan di jalan, selalunya pada waktu malam. Cengkerik goreng masih kelihatan seperti cengkerik dan merupakan makanan pada waktu malam. Ulat sutera mempunyai tekstur yang lembut dan berair, manakala cengkerik dan belalang tetap rangup. Ulat bambu, cengkerik dan belalang mungkin merupakan serangga goreng paling sering dijumpai dan mudah dibeli, dan hampir kesemua kereta sorong menjualnya.

Kawasan yang pengunjung berkemungkinan besar akan menemukan kereta sorong makanan yang menjual serangga goreng termasuklah kawasan sibuk seperti Jalan Khao San, Pasar Pratunum, Soi Cowboy, dan Phahurat. Terkenal sebagai kudapan waktu malam, serangga goreng sering ditemukan di luar bar dan di kawasan dengan aktiviti malam yang meriah dan sekatan yang rendah. Sesetengah penjaja akan mengenakan bayaran untuk mengambil gambar makanan mereka, jadi semak dahulu sebelum mengambil gambar.

Serangga Goreng

Sup sarang burung

Sup Sarang Burung

Minum sup sarang burung dikatakan membawa kesihatan yang baik dan tuah. Dibuat daripada sarang burung walit, masakan ini boleh dihidangkan panas atau sejuk. Meskipun merupakan keistimewaan di Bangkok, sup sarang burung terbaik boleh ditemukan di Yaowarat atau Chinatown. Burung walit membuat sarangnya daripada air liur dan sarangnya dikumpul selepas anak burung terbang pergi. Dengan manfaat kesihatan yang baik dan umur panjang, hidangan ini tidak murah, tetapi Bangkok merupakan salah satu tempat terbaik untuk mencari hidangan manis melekit ini.

Sup Sirip Ikan Yu

Sup sirip ikan yu dikatakan mempunyai banyak pelbagai manfaat kesihatan tidak khusus. Sup ini biasanya dihidangkan dengan sedikit persembahan yang sesuai dengan harganya yang mahal. Sup sirip ikan yu terbaik boleh ditemukan di Chinatown.

Daftar Masuk ke Grand China Hotel, Langkah Keluar ke Yaowarat

Hotel di Bangkok-Grand China Hotel

CARI & TEMPAH HOTEL DI BANGKOK HARI INI

You may also like

Panduan Perjalanan Terbaik Anda untuk Meneroka Keajaiban Hualien: Pasar Malam, Alam Semula Jadi dan Budaya image

Mulakan perjalanan yang bertenaga melalui Hualien, Taiwan, dengan panduan perjalanan terbaik kami. Daripada pengembaraan pasar malam yang mendebarkan kepada pelarian semula jadi yang tenang dan penerokaan budaya, temui intipati Hualien dan cipta kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Selamat datang ke Panduan Terbaik untuk Membeli-belah di Fujikawaguchiko image

Temui gabungan mempesonakan kraf tradisional dan penemuan moden dalam Panduan Terbaik kami untuk Membeli-belah di Fujikawaguchiko. Terokai kedai-kedai artisanal, pasar tempatan dan cenderamata unik dengan latar belakang Gunung Fuji yang megah.

Meneroka Hiroshima: Perjalanan Budaya dan Kehidupan Malam image

Selami panduan perjalanan Hiroshima 4 hari kami, meneroka tapak ikonik, permata tersembunyi dan hidangan kulinari. Dari Taman Memorial Keamanan ke jalan-jalan pelik di Onomichi, temui semangat meriah dan keindahan tenang Hiroshima.

Bersantai dalam Elegance: Temui Hotel 5 Bintang Terbaik Mekah untuk Penginapan Ilahi image

Mulakan perjalanan rohani dengan sentuhan kemewahan. Terokai panduan susun atur kami ke hotel 5 bintang paling eksklusif di Mekah, setiap satu menawarkan tempat percutian yang tenang, keselesaan ilahi dan berdekatan dengan Masjidil Haram.

Panduan Jazz & Blues Chicago 3 Hari: Selami Pemandangan Muzik image

Mulakan perjalanan 3 hari melalui pemandangan jazz dan blues bersejarah Chicago. Daripada kelab ikonik hingga persembahan langsung, temui jiwa Kota Berangin. Baca sekarang!

Lawatan Malam Kuliner: Alami Kedai Makan dan Bar Wain Tulen Rom image

Selami kehidupan malam yang meriah & suasana kulinari di Rom dengan pemandu kami. Daripada bar wain tersembunyi hingga ke tempat makan tradisional, rasai citarasa dan sejarah yang kaya di bandar ini.

Perjalanan Kuliner Melalui Houston: Meneroka Pemandangan Pelbagai Makanan di Bandar Raya image

Selami suasana makanan yang meriah di Houston dengan panduan perjalanan kulinari 4 hari kami. Daripada BBQ ikonik kepada masakan global, terokai citarasa yang menjadikan Houston destinasi kegemaran makanan.

Hotel Butik Terbaik di Barcelona: Alami Kemewahan dengan Sentuhan Peribadi image

Buka kunci rahsia hotel butik yang paling mempesonakan di Barcelona, di mana kemewahan memenuhi perkhidmatan yang diperibadikan. Terokai panduan susun atur kami untuk menemui permata tersembunyi yang menawarkan pengalaman unik, keselesaan yang tiada tandingan dan pintu masuk ke tengah-tengah ibu kota Catalonia yang meriah.

Membongkar Permata Kuching: Panduan Komprehensif untuk Tarikan Paling Menawan di Bandar Raya image

Temui Kuching: Panduan Lengkap Permata Tersembunyi Borneo. Terokai tanda tempat bersejarah, pemandangan budaya yang meriah, taman negara yang subur dan hidangan kulinari.

Meneroka Permata Tersembunyi Asia Tenggara: Panduan Terbaik ke Pulau Batam image

Temui Pulau Batam, permata tersembunyi Asia Tenggara, dengan panduan perjalanan terbaik kami. Terokai pantai yang bersih, budaya yang kaya, hidangan kulinari dan pengembaraan yang mendebarkan.

Menemui Vung Tau: Panduan untuk Hotel Waterfront Terbaik untuk Pencinta Pantai image

Buka kunci yang terbaik dari Vung Tau dengan panduan kami ke hotel tepi laut yang popular! Alami kemewahan, pemandangan dan akses pantai yang tiada tandingan untuk percutian tepi laut yang sempurna.

Meneroka Laluan Ikonik Melbourne: Panduan Seni Jalanan dan Budaya Kafe image

Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan melalui Melbourne dengan panduan perjalanan 3 hari kami yang komprehensif. Daripada lorong-lorong ikonik dan seni jalanan kepada taman-taman yang subur dan hiburan malam, buka rahsia ibu kota kebudayaan Australia.

Semarang Selepas Gelap: Panduan 5 Malam untuk Pengalaman Kehidupan Malam Terbaik di Bandar Raya image

Selami kehidupan malam Semarang yang meriah dengan jadual perjalanan 5 malam eksklusif kami. Daripada berjalan kaki bersejarah di bawah bintang ke bar tepi pantai dan tempat muzik secara langsung, temui rahsia tersimpan terbaik di bandar ini dengan Agoda.

Terokai Malang: Pengembaraan 5 Hari melalui Permata Tersembunyi Java image

Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan melalui Malang dengan panduan perjalanan komprehensif kami. Temui budaya meriah di bandar ini, keajaiban semula jadi yang menakjubkan dan hidangan kulinari.

Permata Masakan Chonburi: Panduan Pencinta Makanan image

Mulakan perjalanan yang menarik melalui Chonburi dengan Panduan Pencinta Makanan kami. Temui permata masakan tersembunyi, makanan tempatan dan pengalaman makan yang tidak dapat dilupakan di syurga pantai Thailand.

Perjalanan Kuliner Melalui Tangerang: Masakan Tradisional Yang Anda Mesti Cuba image

Mulakan pengembaraan beraroma di Tangerang dengan panduan kulinari 3 hari kami. Temui hidangan tradisional, permata tersembunyi dan pengalaman makan yang tidak dapat dilupakan di bandar gastronomi di Indonesia.

Selamat datang ke Kuantan: Permata di Pantai Timur Malaysia image

Temui yang terbaik di Kuantan dalam 3 hari yang tidak dapat dilupakan. Selami panduan kami untuk jadual perjalanan terbaik yang meliputi pantai yang tenang, budaya tempatan yang kaya dan masakan yang lazat.

Dedahkan Keajaiban Cameron Highlands: Jadual Perjalanan Teh, Kembara dan Strawberi 3 Hari image

Temui keindahan Cameron Highlands yang tenang dengan jadual perjalanan eksklusif 3 hari kami. Daripada ladang teh yang subur ke ladang strawberi manis dan pendakian mistik, mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan.

Terokai Hualien: Jadual Perjalanan 3 Hari Merentasi Gunung dan Laut image

Mulakan perjalanan 3 hari yang menawan melalui Hualien, Taiwan. Terokai Taroko Gorge, nikmati masakan tempatan dan temui permata tersembunyi dengan jadual perjalanan kami yang komprehensif.

Percutian Hujung Minggu dalam Jadual Perjalanan Taoyuan: Pengalaman Teratas image

Selami penjelajahan hujung minggu dengan jadual perjalanan Taoyuan kami! Temui gabungan sempurna sejarah, alam semula jadi dan gastronomi dalam masa dua hari sahaja. Rancang percutian anda yang tidak dapat dilupakan dengan pengalaman terbaik dan permata tersembunyi di Taoyuan.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Hiroshima: Perjalanan Melalui Keamanan dan Kenangan image

Temui Hiroshima melalui jadual perjalanan 3 hari: dari Peace Memorial Park ke ketenangan Pulau Miyajima. Mulakan perjalanan kedamaian, ketabahan dan keindahan.