fbpx

Tip Melancong ke Tokyo: Maklumat Penting untuk Pelancong yang Melawat Ibu Negara Jepun

Merancang perjalanan ke Tokyo merupakan proses yang menyeronokkan dan beberapa tip penting untuk lawatan ke Tokyo boleh membantu dalam memastikan lawatan yang lancar. Sebaik sahaja anda memperoleh maklumat asas tentang melancong di Jepun, termasuk tip ‘bagaimana’ seperti ‘bagaimana mengelilingi bandar dengan menaiki kereta api’ dan ‘bagaimana cukai penggunaan berfungsi’, anda boleh mula merancang jadual lawatan yang padat dengan mercu tanda dan tarikan seperti Disneyland Tokyo, Kuil Sensoji, Menara Tokyo, dan Muzium Ghibli.

Tip pelancongan Tokyo-visa ke Jepun

Pelajari tentang polisi visa Jepun sebelum lawatan anda ke TOKYO

Jepun mempunyai pengecualian visa lawatan dengan lebih dari 60 negara termasuk Amerika Syarikat, Kanada, beberapa negara Amerika Latin, beberapa negara Eropah, dan beberapa negara Asia. Pelawat ke Tokyo yang memegang pasport dari negara-negara tersebut tidak memerlukan visa untuk masuk ke Jepun jika melawat untuk tujuan pelancongan, persidangan, perdagangan, atau untuk melawat rakan-rakan atau keluarga. Pengecualian ini biasanya sah hingga 90 hari. Pelawat dari negara yang tidak termasuk dalam pengecualian visa perlu mendapatkan visa dari pejabat diplomatik Jepun terlebih dahulu. Visa diberikan hingga 90 hari untuk lawatan untuk pelancongan dan kerja. Sila rujuk dengan pejabat diplomatik yang berhampiran dengan anda untuk memastikan anda jelas tentang keperluan visa negara anda dan mendapatkan visa, jika perlu, sebelum lawatan anda. Setelah urusan visa selesai, anda boleh menyambung merancang lawatan anda dan menempah penerbangan ke Lapangan Terbang Haneda dan Lapangan Terbang Narita, dua lapangan terbang utama di Tokyo.

Daftar Masuk ke Narita Tobu Hotel Airport, Langkah Keluar ke Lapangan Terbang Narita

Narita Tobu Hotel Airport_Tip pelancongan Tokyo_Jepun

Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri berhampiran dengan Lapangan Terbang Haneda

Populasi Jepun-Tip pelancongan Tokyo-Jepun

Fakta dan statistik penduduk TOKYO

Tokyo mempunyai kira-kira 13.5 juta penduduk. Lebih daripada 10% penduduk Jepun tinggal di Tokyo meskipun keluasan Tokyo kurang daripada 1% daripada keluasan keseluruhan Jepun. Tokyo merupakan wilayah dengan jumlah penduduk paling ramai dan padat berbanding dengan 46 wilayah Jepun yang lain. Populasi Tokyo boleh meningkat sebanyak 2.5 juta orang pada siang hari disebabkan mereka yang duduk di luar bandar masuk ke bandar ini untuk kerja dan sekolah. Bilangan penduduk warga asing di Tokyo berjumlah hampir setengah juta orang. Kawasan Greater Tokyo, yang terdiri daripada Metropolis Tokyo dan wilayah jiran, Chiba, Kanagawa, dan Saitama mempunyai lebih daripada 38 juta penduduk. Didiami lebih daripada suku populasi Jepun, ia merupakan kawasan metropolitan dengan kependudukan tertinggi di dunia. Jumlah penduduk Greater Tokyo juga melebihi 1.5 kali jumlah penduduk di kawasan metropoltan kedua terbesar di dunia, Seoul. Meskipun Tokyo mempunyai jumlah penduduk yang besar dan kepadatan penduduk yang tinggi, bandar ini masih mempunyai tempat-tempat yang sunyi dan aman. Antara tempat utama untuk penduduk dan pelancong berehat dan menikmati masa di luar rumah ialah taman-taman dan kawasan hijau. Antara taman terkemuka ialah Taman Ueno, Tokong Meiji, Taman Asukayama, dan Taman Shinjuku Gyoen.

Daftar Masuk ke Chiu Hop Step Inn, TerokaiTaman Asukayama

Hop Step Inn-tip pelancongan Tokyo-Jepun

Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri berhampiran dengan Tokong Meiji

Membeli-belah di Tokyo-tip pelancongan Tokyo-Jepun

Membeli-belah, cukai dan tempat untuk berjimat di TOKYO

Membeli-belah merupakan salah satu aktiviti pelancongan utama di Tokyo, sama ada di pusat beli-belah besar atau kedai serbaneka tempatan kecil. Anda boleh membeli cenderamata unik untuk keluarga dan rakan-rakan di rumah dan produk gaya hidup Jepun di daerah membeli-belah seperti Ginza dan Omotesando. Sudah tentu semasa lawatan anda, anda ingin berbelanja dengan bijak dan sentiasa peka tentang cukai yang berkaitan. Di Jepun, semua barangan pengguna dikenakan cukai penggunaan 8%. Jangan risau kerana pelawat dengan visa pelancongan selalunya dikecualikan dari membayar cukai ini bagi menggalakkan pelancong berbelanja. Untuk menerima pengecualian ini, anda hanya perlu menunjukkan pasport. Semak dahulu dengan kedai untuk memastikan anda boleh membeli barangan tanpa cukai di kedai mereka. Selalunya, anda perlu membuat pembelian minimum untuk melayakkan pengecualian. Jumlah pembelian diperlukan ialah ¥5,001 untuk barangan pakai habis seperti makanan, minuman, kosmetik, dan ubat, dan ¥10,001 untuk komoditi seperti pakaian, aksesori, kasut dan elektronik. Penjimatan untuk barangan harian seperti makanan, minuman, dan pakaian boleh membantu pelancong dengan bajet rendah. Mengambil kesempatan daripada pengecualian cukai ini juga membolehkan anda mendapatkan penjimatan yang besar untuk barangan mewah seperti elektronik. Anda boleh mendapatkan pengecualian cukai semasa membuat pembayaran atau dengan menunjukkan resit di kaunter pengecualian cukai di dalam kedai. Harap maklum bahawa anda mungkin perlu mengisytiharkan barangan yang dibeli semasa terbang pulang.

Daftar Masuk ke Hotel Emit Shibuya, TerokaiOmotesando

Hotel Emit Shibuya-tip pelancongan Tokyo-Jepun

Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri berhampiran dengan Ginza

Kereta api Tokyo-tip pelancongan Tokyo-Jepun

Mengelilingi TOKYO dengan kereta api

Kerana Tokyo merupakan sebuah metropolis yang besar dan luas, meneroka Tokyo mungkin menakutkan pada mulanya. Walau bagaimanapun, sistem kereta api dan kereta api bawah tanah bandar ini merupakan antara yang terbaik di dunia. Kereta api merupakan kaedah terbaik untuk meneroka Tokyo. Anda mungkin ingin menaiki teksi semasa meneroka kawasan sibuk pada waktu puncak, namun kereta api merupakan cara lebih murah dan mudah untuk keperluan perjalanan anda. Terminal kereta api utama di bandar ini ialah Stesen Tokyo, yang menerima lebih daripada 3,000 kereta api sehari. Anda mungkin akan kerap menggunakan Laluan JR Yamanote. Sering kali dipanggil ‘laluan lingkar’ kerana ia melingkari Tokyo, Laluan JR Yamanote akan membawa anda ke bandar utama seperti Shinjuku, Shinagawa dan Ueno. Peta kereta api dan kereta api bawah tanah selalunya dalam bahasa Inggeris tetapi kadang kala mengelirukan bagi pelawat kali pertama. Menggunakan Peta Google disarankan untuk menavigasi sistem kereta api Tokyo. Terdapat beberapa syarikat kereta api swasta di Tokyo. Anda boleh membeli kad prabayar yang boleh diisi semula untuk pembayaran mudah di semua stesen kereta api untuk mana-mana syarikat kereta api. Kad prabayar yang biasa dijumpai di kedai serbaneka ialah kad Pasmo dan Suica. Untuk membayar dengan kad, anda hanya perlu imbas kad semasa masuk ke stesen. Anda tidak perlu lagi mengira kos tiket. Anda tidak memerlukan Pas Kereta Api Jepun untuk perjalanan dalam bandar, tetapi pas diperlukan untuk perjalanan jarak jauh.

Daftar Masuk ke Hotel Intergate Tokyo Kyobashi, Langkah Keluar ke Stesen Tokyo

Hotel Intergate Tokyo Kyobashi-Tip pelancongan Tokyo-Jepun

Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri di Shinagawa

Restoran Tokyo-Memberi Tip-Tip pelancongan Tokyo

Maklumat penting tentang etika memberi tip di Jepun

Berbeza dengan tempat lain di dunia, memberi tip bukan amalan di Tokyo atau tempat lain di Jepun. Perkhidmatan yang baik dianggap sebagai amalan dan pekerja perkhidmatan tidak mengharapkan tip tambahan. Tidak kira sama ada anda membeli makanan dari penjaja tepi jalan atau makan di restoran mewah di Tokyo seperti Kozue di Shinjuku, anda tidak perlu memberi tip kepada pelayan. Begitu juga dengan pemandu teksi, kakitangan hotel, pelayan bar, pendandan rambut, dan kakitangan spa, semuanya akan memberikan perkhidmatan cemerlang. Budaya memberikan tumpuan dan perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan dikenali sebagai omotenashi dan telah tersemai dalam industri perkhidmatan Jepun hinggakan jika anda cuba memberi tip kepada pekerja, pemberian anda akan ditolak dengan lembut. Pengecualian dalam budaya tidak memberi tip ini ialah pemandu pelancong, jurubahasa, dan penyedia perkhidmatan pelancongan lain. Kakitangan di syarikat pelancongan Tokyo telah biasa menerima tip daripada pelancong. Jika anda ingin memberi tip kepada pekerja industri pelancongan, anda dinasihatkan untuk memasukkan duit tersebut di dalam sampul surat dan menawarkannya dengan kedua-dua belah tangan. Jangan keluarkan duit terus daripada kocek atau beg duit dan menawarkannya begitu sahaja. Selain daripada tip berunsur duit, anda juga boleh membelikan hidangan ringan atau makanan tempatan istimewa untuk pemandu pelancong atau jurubahasa anda semasa lawatan anda, atau memberikan mereka sedikit cenderamata dari negara anda.

Daftar Masuk ke Hotel Gracery Shinjuku, Langkah Keluar ke Stesen Shinjuku

Hotel Gracery Shinjuku-tip pelancongan Tokyo-Jepun

Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri di Shinjuku

Jalan Toky0-tip pelancongan Tokyo-Jepun

Tip Tambahan untuk lawatan terbaik ke TOKYO

Semasa lawatan anda ke Tokyo, kepelbagaian aspek unik dalam budaya Jepun mungkin mengejutkan anda. Walaupun pengalaman baru dan unik merupakan tujuan sebenar melancong, mempelajari serba sedikit tentang budaya tempatan sebelum anda ke sana boleh membantu anda menjadi pelancong yang baik dan menghormati masyarakat setempat. Di sini diberikan beberapa tip melancong di Tokyo. • Bawa wang tunai: Jepun masih lagi masyarakat yang berasaskan tunai. Pastikan anda membawa wang tunai pada setiap masa. Anda boleh mencari mesin ATM di kedai 7-eleven. • Berjimat dengan mi soba: Penduduk tempatan menggemari mi soba tempatan kerana lazat dan murah. Salah satu tempat terbaik untuk menikmati mi soba yang lazat ialah Honmura An di Roppongi. • Jangan buang sampah merata-rata: Tong sampah awam sukar dijumpai di Tokyo. Simpan dan bawa sampah anda sehingga anda boleh membuangnya dengan betul. • Guna peta dwibahasa: Penduduk Tokyo biasanya ramah dan gemar menolong. Mereka dapat menolong dengan mudah jika anda menunjukkan mereka peta yang mempunyai tulisan Jepun. • Patuhi etika berjalan yang betul: Pematuhan kepada etika berjalan dapat memastikan keadaan yang teratur walaupun di tempat sibuk di Tokyo, contohnya Lintasan Shibuya yang terkenal. Seperti memandu, orang Jepun berjalan di sebelah kiri laluan pejalan kaki. Di atas eskalator, menjadi adat untuk berdiri di sebelah kiri dan membenarkan orang berjalan di sebelah kanan. • Sewa Wi-Fi mudah alih: Di Tokyo, tidak banyak tempat yang mempunyai Wi-Fi awam percuma. Oleh itu, lebih baik anda membawa penghala Wi-Fi poket anda sendiri jika ingin terus terhubung.

Daftar Masuk ke Shibuya Tokyu REI Hotel, Langkah Keluar ke Lintasan Shibuya

Tip pelancongan Tokyo-Jepun_Shibuya Tokyu REI Hotel

Lihat lebih banyak hotel dan pangsapuri di Roppongi

You may also like

Panduan Perjalanan Terbaik Anda untuk Meneroka Keajaiban Hualien: Pasar Malam, Alam Semula Jadi dan Budaya image

Mulakan perjalanan yang bertenaga melalui Hualien, Taiwan, dengan panduan perjalanan terbaik kami. Daripada pengembaraan pasar malam yang mendebarkan kepada pelarian semula jadi yang tenang dan penerokaan budaya, temui intipati Hualien dan cipta kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Selamat datang ke Panduan Terbaik untuk Membeli-belah di Fujikawaguchiko image

Temui gabungan mempesonakan kraf tradisional dan penemuan moden dalam Panduan Terbaik kami untuk Membeli-belah di Fujikawaguchiko. Terokai kedai-kedai artisanal, pasar tempatan dan cenderamata unik dengan latar belakang Gunung Fuji yang megah.

Meneroka Hiroshima: Perjalanan Budaya dan Kehidupan Malam image

Selami panduan perjalanan Hiroshima 4 hari kami, meneroka tapak ikonik, permata tersembunyi dan hidangan kulinari. Dari Taman Memorial Keamanan ke jalan-jalan pelik di Onomichi, temui semangat meriah dan keindahan tenang Hiroshima.

Panduan Jazz & Blues Chicago 3 Hari: Selami Pemandangan Muzik image

Mulakan perjalanan 3 hari melalui pemandangan jazz dan blues bersejarah Chicago. Daripada kelab ikonik hingga persembahan langsung, temui jiwa Kota Berangin. Baca sekarang!

Lawatan Malam Kuliner: Alami Kedai Makan dan Bar Wain Tulen Rom image

Selami kehidupan malam yang meriah & suasana kulinari di Rom dengan pemandu kami. Daripada bar wain tersembunyi hingga ke tempat makan tradisional, rasai citarasa dan sejarah yang kaya di bandar ini.

Perjalanan Kuliner Melalui Houston: Meneroka Pemandangan Pelbagai Makanan di Bandar Raya image

Selami suasana makanan yang meriah di Houston dengan panduan perjalanan kulinari 4 hari kami. Daripada BBQ ikonik kepada masakan global, terokai citarasa yang menjadikan Houston destinasi kegemaran makanan.

Hotel Butik Terbaik di Barcelona: Alami Kemewahan dengan Sentuhan Peribadi image

Buka kunci rahsia hotel butik yang paling mempesonakan di Barcelona, di mana kemewahan memenuhi perkhidmatan yang diperibadikan. Terokai panduan susun atur kami untuk menemui permata tersembunyi yang menawarkan pengalaman unik, keselesaan yang tiada tandingan dan pintu masuk ke tengah-tengah ibu kota Catalonia yang meriah.

Membongkar Permata Kuching: Panduan Komprehensif untuk Tarikan Paling Menawan di Bandar Raya image

Temui Kuching: Panduan Lengkap Permata Tersembunyi Borneo. Terokai tanda tempat bersejarah, pemandangan budaya yang meriah, taman negara yang subur dan hidangan kulinari.

Meneroka Permata Tersembunyi Asia Tenggara: Panduan Terbaik ke Pulau Batam image

Temui Pulau Batam, permata tersembunyi Asia Tenggara, dengan panduan perjalanan terbaik kami. Terokai pantai yang bersih, budaya yang kaya, hidangan kulinari dan pengembaraan yang mendebarkan.

Menemui Vung Tau: Panduan untuk Hotel Waterfront Terbaik untuk Pencinta Pantai image

Buka kunci yang terbaik dari Vung Tau dengan panduan kami ke hotel tepi laut yang popular! Alami kemewahan, pemandangan dan akses pantai yang tiada tandingan untuk percutian tepi laut yang sempurna.

Meneroka Laluan Ikonik Melbourne: Panduan Seni Jalanan dan Budaya Kafe image

Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan melalui Melbourne dengan panduan perjalanan 3 hari kami yang komprehensif. Daripada lorong-lorong ikonik dan seni jalanan kepada taman-taman yang subur dan hiburan malam, buka rahsia ibu kota kebudayaan Australia.

Semarang Selepas Gelap: Panduan 5 Malam untuk Pengalaman Kehidupan Malam Terbaik di Bandar Raya image

Selami kehidupan malam Semarang yang meriah dengan jadual perjalanan 5 malam eksklusif kami. Daripada berjalan kaki bersejarah di bawah bintang ke bar tepi pantai dan tempat muzik secara langsung, temui rahsia tersimpan terbaik di bandar ini dengan Agoda.

Terokai Malang: Pengembaraan 5 Hari melalui Permata Tersembunyi Java image

Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan melalui Malang dengan panduan perjalanan komprehensif kami. Temui budaya meriah di bandar ini, keajaiban semula jadi yang menakjubkan dan hidangan kulinari.

Permata Masakan Chonburi: Panduan Pencinta Makanan image

Mulakan perjalanan yang menarik melalui Chonburi dengan Panduan Pencinta Makanan kami. Temui permata masakan tersembunyi, makanan tempatan dan pengalaman makan yang tidak dapat dilupakan di syurga pantai Thailand.

Perjalanan Kuliner Melalui Tangerang: Masakan Tradisional Yang Anda Mesti Cuba image

Mulakan pengembaraan beraroma di Tangerang dengan panduan kulinari 3 hari kami. Temui hidangan tradisional, permata tersembunyi dan pengalaman makan yang tidak dapat dilupakan di bandar gastronomi di Indonesia.

Selamat datang ke Kuantan: Permata di Pantai Timur Malaysia image

Temui yang terbaik di Kuantan dalam 3 hari yang tidak dapat dilupakan. Selami panduan kami untuk jadual perjalanan terbaik yang meliputi pantai yang tenang, budaya tempatan yang kaya dan masakan yang lazat.

Dedahkan Keajaiban Cameron Highlands: Jadual Perjalanan Teh, Kembara dan Strawberi 3 Hari image

Temui keindahan Cameron Highlands yang tenang dengan jadual perjalanan eksklusif 3 hari kami. Daripada ladang teh yang subur ke ladang strawberi manis dan pendakian mistik, mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan.

Terokai Hualien: Jadual Perjalanan 3 Hari Merentasi Gunung dan Laut image

Mulakan perjalanan 3 hari yang menawan melalui Hualien, Taiwan. Terokai Taroko Gorge, nikmati masakan tempatan dan temui permata tersembunyi dengan jadual perjalanan kami yang komprehensif.

Percutian Hujung Minggu dalam Jadual Perjalanan Taoyuan: Pengalaman Teratas image

Selami penjelajahan hujung minggu dengan jadual perjalanan Taoyuan kami! Temui gabungan sempurna sejarah, alam semula jadi dan gastronomi dalam masa dua hari sahaja. Rancang percutian anda yang tidak dapat dilupakan dengan pengalaman terbaik dan permata tersembunyi di Taoyuan.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Hiroshima: Perjalanan Melalui Keamanan dan Kenangan image

Temui Hiroshima melalui jadual perjalanan 3 hari: dari Peace Memorial Park ke ketenangan Pulau Miyajima. Mulakan perjalanan kedamaian, ketabahan dan keindahan.

Temui Fujikawaguchiko: Jadual Perjalanan 3 Hari untuk Pemandangan, Budaya dan Ketenangan yang Memukau image

Buka kunci keindahan Fujikawaguchiko yang tenang dengan panduan jadual perjalanan 3 hari kami. Terokai Gunung Fuji yang megah, permata budaya dan onsen yang menenangkan.