fbpx

Restoran terbaik di Seoul: Panduan Makan dan Makanan Jalanan Korea

Restoran terbaik di Seoul mengetengahkan kepelbagaian landskap kulinari Seoul, dengan tempat makan mewah berbintang Michelin boleh disebut dalam satu nafas dengan kedai ayam goreng kasual. Paduan ini memang eklektik dan menarik, dan kami ingin membantu anda merasa semuanya. Di sini, disenaraikan 13 restoran terbaik di Seoul yang pasti akan membuatkan para penggemar makanan sangat gembira.

Restoran terbaik di Seoul-makan mewah-Jungsik Seoul-Mingles

Restoran mewah terbaik di Seoul

1. Jungsik Seoul | Restoran Fusion Korea

Chef Eksekutif dan pemilik, Jungsik Yom, bukan hanya meminjamkan namanya untuk restoran Gangnam yang indah ini. Dia merupakan salah seorang chef pertama di Seoul yang menyuntik rasa Korea dalam teknik dan persembahan yang biasa dilihat di restoran mewah Eropah. Restoran lain telah mengikut jejak mereka, tetapi seperti yang telah dibuktikan oleh restoran dua bintang Michelin ini, Jungsik Seoul tidak pernah terleka dengan kejayaan mereka. Yim mempamerkan ketelitiannya dalam menyatukan Timur dengan Barat dengan mempersembahkan bahan seperti landak laut dan daging Hanwoo dengan penuh kesenian, kemahiran yang diperhalusi di New York dan Sepanyol sebelum pulang ke Seoul untuk membuka restoran dengan namanya. Senarai wain antarabangsa yang panjang sepadan dengan keindahan makanannya. Makan berhidang ditawarkan di dewan makan utama, tetapi anda boleh duduk di Bar Jungsik yang lebih kasual di aras satu restoran dan memesan semangkuk stew makanan laut atau landak laut dan paella rumpai laut.

Berapakah anggaran kos untuk makan mewah di Jungsik Dang di Seoul?

  • Harga Purata Setiap Hidangan: 60,000-180,000 Won (54-161 USD)
  • Alamat: 11 Seolleung-ro 158-gil, Cheongdam-dong, Gangnam-gu, Seoul, Korea Selatan

2. Mingles | Retoran Antarabangsa Korea

Nama Mingles merujuk pada keghairahan chef Mingoo Kang dalam mencari cara-cara inovatif untuk menggabungkan rasa tradisional Korea dengan bahan-bahan antarabangsa. Dia layak membuat uji kaji ini; dia menempah nama di Nobu di Bahamas dan Miami sebelum membuka restoran ini di Gangnam pada tahun 2014. Kehalusan kerja tangannya melayakkan Mingles menerima satu bintang Michelin setakat ini dan menarik perhatian penggemar makanan seluruh dunia kerana ciptaan beraninya seperti foie gras torchon bersalut kimchi putih dan kambing perap pes kacang soya. Kang mereka menunya mengikut musim. Ini bermakna, dia sentiasa mencuba bahan-bahan mengikut musim untuk mencipta ekspresi kulinari yang baru. Ini juga menjadikan Mingles salah satu restoran yang sukar ditempah di Seoul. Oleh itu, anda mungkin mahu menempah meja sebaik sahaja tarikh lawatan anda ke Seoul telah disahkan.

Berapakah anggaran kos untuk makan mewah di Mingles di Seoul?

  • Harga Purata Setiap Hidangan: 38,000 – 127,000 Won (34 – 114 USD)
  • Alamat: 757 Seolleung-ro, Nonhyeon 2(i)-dong, Gangnam-gu, Seoul, Korea Selatan

3. La Yeon | Restoran Korea

Salah satu dari dua restoran di Seoul yang mendapat tiga bintang Michelin, restoran yang terletak di bumbung Shilla Seoul Hotel ini menawarkan pemandangan bandar ini yang menakjubkan. Namun begitu, pendekatan chef Sung Il Kim untuk masakan mewah Korea akan sentiasa menarik perhatian anda dari tingkap. Kim membawa hidangan tradisional Korea ke dalam wilayah moden menerusi teknik dan persembahan kontemporari, taktik kulinari yang menaikkan masakan klasik seperti daging rusuk lembu ditumis-reneh dalam kicap soya dan periuk panas menjadi ekspresi yang bijak dan anggun. Hidangan seperti salad ampai-ampai dihidangkan dengan gochujang (pes cili merah) bermusim mempamerkan kecekapan chef Kim dalam mengendalikan perisa halus. Ini adalah yang lama bertemu yang baru dengan cara terbaik, dan sesuai: Pada asalnya, La Yeon ialah projek pendidikan yang direka untuk mempromosikan masakan tradisional Korea.

Berapakah anggaran kos untuk makan mewah di La Yeon di Seoul?

  • Harga Purata Setiap Hidangan: 175,000 – 270,000 Won (156 – 242 USD)
  • Alamat: 249 Dongho-ro, Jangchung-dong, Jung-gu, Seoul, Korea Selatan

4. Soigne | Restoran Kontemporari

Anggun, kecil dan dilengkapi skema warna hitam dan putih, Soigne mungkin merupakan restoran paling kosmopolitan di Seoul. Malah namanya pun nama antarabangsa – Soigne ialah bahasa Perancis untuk “berpakaian anggun”. Suasananya masuk akal apabila anda sedar bahawa pemilik dan Chef Eksekutif Soigne ialah Jun Lee, lepasan Institut Kulinari Amerika yang menempa nama di restoran terkemuka Amerika, Per Se dan Lincoln. Setiap tiga bulan Lee akan mencipta menu yang direka dengan teliti menggunakan gaya dan teknik kulinari dari serata dunia dan bahan-bahan bermusim. Setiap menu mempunyai tema tertentu, dari aroma herba dan rempah ratus hingga hidangan yang berinspirasikan pantai Korea. Perjalanan kulinari ini memang menarik dan telah membuahkan satu bintang Michelin setakat ini. Terdapat kurang daripada 40 kerusi di Soigne, maka buatlah tempahan secepat mungkin.

Berapakah anggaran kos untuk makan mewah di Soigne di Seoul?

  • Harga Purata Setiap Hidangan: 145,000 Won (129 USD)
  • Alamat: 46 Banpo-daero 39-gil, Banpo-dong, Seocho-gu, Seoul, Korea Selatan

5. Gaon | Restoran Korea

Gaon merupakan satu lagi restoran tiga bintang Michelin di Seoul. Seperti rakannya, La Yeon, matlamat restoran ini ialah untuk mengajar pelawat tentang kemungkinan masakan tradisional Korea menjadi makan mewah. Latar belakangnya juga menarik: Kumpulan yang mengendalikan Gaon juga terkenal sebagai pembuat arak tradisional Korea dan seramik Korea yang anggun. Pertalian yang kedua ini dimanfaatkan dalam persembahan menu yang ditawarkan setiap malam, kerana setiap hidangan akan dihidangkan di dalam mangkuk seramik indah yang dibuat khas oleh syarikat induk. Hidangan bermusim seperti ketam salji dengan buah pic dan pear, atau ikan laut panggang dengan bubur kima juga kelihatan indah, malah rasanya lebih sedap. Ditambah dengan perkhidmatan yang sangat baik, anda akan bercakap tentang pengalaman kulinari ini selama bertahun-tahun. Terletak di dalam Pusat Seni Horim, reka hias restoran ini unik dan tidak ortodoks kerana tiada tempat makan. Sebaliknya, tempat makan terbahagi kepada lima bilik makan peribadi. Kerana tempat duduk sangat terhad, tempahan awal diperlukan.

Berapakah anggaran kos untuk makan mewah di Gaon di Seoul?

  • Harga Purata Setiap Hidangan: 220,000 – 290,000 Won (196 – 259 USD)
  • Alamat: 317 Dosan-daero, Sinsa-dong, Gangnam-gu, Seoul, Korea Selatan

Daftar Masuk ke Ocloud Hotel Gangnam

Restoran terbaik di Seoul-Gangnam-Ocloud Hotel Gangnam

Langkah Keluar ke restoran terbaik di Seoul

Restoran terbaik di Seoul-Makanan Jalanan-Myeongdong-Pasar Namdaemun

Destinasi Makanan Jalanan Utama di Seoul

6. Myeongdong

Reputasi Myeongdong sebagai pusat membeli-belah moden utama di Seoul memang berasas. Namun begitu, makanan jalanan kejiranan ini sama hebat dengan kedai-kedainya. Anda akan menemui hampir 100 penjaja makanan yang membarisi jalan dan lorong berselirat di Myeongdong, masing-masing menjual masakan istimewa Korea yang berlainan. Sesetengah makanan seperti susu goreng mungkin sedikit esoterik, tetapi hidangan lain seperti udang karang panggang dan bebola daging pedas mudah dimakan dan lazat. Harganya juga murah – purata harga makanan selalunya sekitar 4500 Won, atau 4 USD. Bawa wang tunai kerana penjaja tidak menerima kad kredit. Bersedialah untuk bersesak-sesak; Myeongdong menerima purata 2 juta pelawat sehari. Tong sampah sukar dijumpai di sekitar penjaja, jadi bawah beg sampah anda sendiri.

7. Pasar Namdaemun

Pasar Namdaemun mempunyai lebih kurang 10,000 gerai, menjadikannya pasar terbesar di Seoul. Sesetengah gerai ini mengkhusus dalam sesetengah pilihan makanan jalanan yang mewah di bandar ini. Kebanyakan penjaja berkumpul di sekitar Stesen Kereta Api Hoehyeon, jadi anda perlu bersedia untuk bersesak-sesak dengan penumpang kereta api dan juga penggemar makanan. Tumpuan penjaja yang tinggi ini menjadikannya mudah untuk membuat lawatan makanan klasik Korea secara spontan, dari makanan yang biasa dilihat seperti ladu dan mi hingga makanan yang lebih mencabar seperti sosej darah dan kaki babi. Amaran: Kebanyakan penjual di Pasar Namdaemun bercuti pada hari Ahad.

8. Pasar Dongdaemun

Pasar Dongdaemun ialah daerah fesyen yang sedang meningkat naik di Seoul dan kejiranan ini boleh dikatakan dibuka sepanjang masa. Biasanya, ini bermakna bahawa suasana makanan jalanan kejiranan ini memang mengagumkan, lebih-lebih lagi jika anda rasa lapar selepas tengah malam. Malah, anda disarankan untuk melawat Pasar Dongdaemun sekitar 10:00 PM jika ingin merasakan kemeriahannya. Anda akan melihat penjaja makanan jalanan berselerak di sekitar kejiranan, tetapi tumpuan penjaja terbaik ialah di sebuah lorong kecil yang dikenali sebagai Mukja Golmok, atau “Lorong Jom Makan”. Anda mungkin ingin membawa beg atau plastik semasa ke sana – manalah tahu anda hendak membeli-belah semasa makan.

Oden

Kalguksu

Hotteok

Panduan Makanan Jalanan Wajib di Seoul

Oden: Dikenali juga sebagai “eomuk”, kek ikan ini merupakan makanan jalanan paling popular di Seoul. Snek ringkas ini mengandungi daging ikan kisar, kentang dan sayur, dan jelas membuktikan bahawa kadang-kala makanan yang mudah itu adalah yang terbaik.

  • Harga Purata: 4,250 Won (4 USD)

Makan makanan jalanan di Seoul di Myeongdong

Kalguksu: Mi tradisional Korea dipotong dengan pisau, biasanya dibuat daripada tepung gandum. Dihidangkan di dalam mangkuk besar dengan sup ayam atau sup makanan laut. Mengenyangkan dan lazat.

  • Harga Purata: 3,500 Won (3 USD)

Makan makanan jalanan di Seoul di Pasar Namdaemun

Hotteok: Penkek panggang Korea yang biasanya berintikan manisan. Intinya boleh mengandungi kulit kayu manis, madu, gula perang, atau kacang cincang. Sesuai bagi mereka yang suka manis.

  • Harga Purata: 3,000 hingga 10,000 Won (2.50 – 9 USD, bergantung pada jumlah pesanan).

Makan makanan jalanan di Seoul di Pasar Dongdaemun

Daftar Masuk ke Hotel Skypark Myeongdong II

Restoran terbaik di Seoul-Myeongdong-Hotel Skypark Myeongdong II

Restoran terbaik di Seoul-restoran kasual-BBQ Korea-sup ekor lembu

Restoran Kasual Terbaik di Seoul

9. Hanilkwan | Restoran Tradisional Korea

Makan di Hanilkwan (Han-Ilgwan) sambil dikelilingi sejarah dan di dalam salah satu restoran terbaik di Seoul. Terletak di kejiranan Sinsa-dong, restoran Seoul ini telah dibuka sejak tahun 1939. Restoran ini telah sekian lama mengekalkan reputasinya sebagai restoran Seoul untuk majlis istimewa dalam kalangan penduduk tempatan. Terdapat juga kisah menarik berkenaan restoran ini – ura-ura mengatakan bahawa Hanilkwan telah memulakan barbeku Korea moden. Ini mungkin khabar angin, tetapi pengiktirafan Bib Gourmand oleh Michelin memang sah. Seperti jangkaan, Hanilkwan menghidangkan masakan tradisional Korea, semuanya disediakan secara klasik dan lazat. Hidangan istimewa ialah bulgogi, hidangan panggang tradisional yang diperbuat daripada daging perap dihiris nipis dan kubis.

  • Harga Purata Setiap Hidangan: 41,000 – 66,000 Won (28 – 59 USD)
  • Alamat: 14 Apgujeong-ro 38-gil, Sinsa-dong, Gangnam-gu, Seoul, Korea Selatan

10. Imun Seoulnontang | Restoran Tradisional Korea

Jika ada restoran di Seoul yang lebih kaya dengan sejarah berbanding dengan Hanilkwan, inilah tempatnya di Insadong. Inilah restoran pertama yang dibuka di negara ini pada tahun 1904, dan pengiktirafan Bib Gourmand oleh Michelin membuktikan bahawa ia masih mampu bersaing. Hidangan istimewa di sini ialah sup ekor lembu, mungkin kerana tradisinya mereneh tulang ekor selama 17 jam masih dikekalkan. Hasil daripada proses ini ialah sup berlemak penuh dengan perisa kuat. Jika anda ingin satu mangkuk sup semasa di Seoul, inilah sup yang perlu anda pesan. Imun Seoulnontang terletak di lorong yang tidak menonjol, tetapi lokasi menarik ini menambah kepada tarikannya sebagai salah satu restoran terbaik di Seoul.

  • Harga Purata Setiap Hidangan: 9,000 – 30,000 Won (8 – 26 USD)
  • Alamat: 26 Sejong-daero 11-gil, Jung-gu, Seoul, Korea Selatan

11. Mr. Ahn’s Craft Makgeolli | Pub Gastro

Separuh pub gastro Korea, separuh pengalaman mendidik, Mr. Ahn’s Craft Makgeolli menawarkan salah satu pengalaman makanan paling hip di Seoul. Pengajaran pertama yang akan anda terima ialah pada nama restoran ini sendiri: makgeolli ialah wain beras manis yang bersedia keluar dari bayang-bayang soju, sebahagiannya disebabkan peminum muda yang sukakan rasanya dan kandungan alkohol yang rendah. Di sini, anda boleh menikmati pelbagai arak Korea yang tidak terkenal, tetapi anda perlu mencuba menu Mr. Ahn’s Craft Makgeolli’s – gabungan menarik makanan tradisional Korea yang disuntik dengan rasa moden. Tiada tempat lebih baik di Seoul untuk mencari arak Korea yang sesuai dengan sotong kukus berinti.

  • Harga Purata Setiap Hidangan: 29,000 – 64,000 Won (26 – 57 USD)
  • Alamat: 61 Hoenamu-to 13ga-gil Yongsan-gu, Seoul, Korea Selatan

Daftar Masuk ke Hotel Gaon Insadong

Restoran terbaik di Seoul-Insadong-Hotel Gaon Insadong

Restoran terbaik di Seoul-restoran murah-Jinju Hoegwan-Hanchu-kong-guksu-ayam goreng Korea

Restoran Murah di Seoul

12. Jinju Hoegwan | Mi

Bersedia untuk menunggu jika anda ke restoran kasual dan murah ini di daerah Seosumun-dong. Kemungkinannya, kebanyakan pelanggan sedang menunggu masakan istimewa kedai ini, kong-guksu. Hidangan ini ringkas sahaja: mi dihidangkan dalam sup susu soya sejuk. Namun, jumlah pelanggannya membuktikan kuasa hidangan ringkas ini ke atas penduduk Seoul sejak restoran ini dibuka pada tahun 1965. Walaupun restoran ini penuh sepanjang tahun, musim panas adalah waktu paling sibuk, apabila mi sejuk istimewa ini bertindak sebagai cara lazat untuk menyejukkan badan semasa musim panas.

  • Harga Purata Setiap Hidangan: 7,500 – 10,000 Won (7 – 9 USD)

13. Hanchu | Hof Ayam Goreng Korea

Jika anda melawat Seoul, anda perlu mencuba ayam goreng walaupun sekali. Hanchu bukan sahaja menawarkan ayam goreng paling terkenal di bandar ini, tetapi ia juga menyediakan “hof” (atau bir) terbaik bersama-sama hidangan ini. Restoran ini dibuka dari 5:00 PM hingga 2:00 AM, menjadikannya restoran dan tempat terbaik di Seoul untuk mencari makan pada lewat malam. Pelanggan tidak datang ke sini semata-mata kerana Hanchu masih dibuka pada tengah malam. Ayam di sini rangup, banyak jusnya, lembut, dan cukup pedas. Anda boleh berkongsi pesanan dengan rakan-rakan dan memesan sedikit kek beras, kimchi dan satu jag besar bir. Hanchu merupakan kedai yang agak selesa, oleh itu anda mungkin perlu menunggu untuk mendapatkan meja.

  • Harga Purata Setiap Hidangan: 15,000 Won (13 USD)
  • Alamat:549-9 Sinsa-dong, Gangnam-gu, Seoul

Daftar Masuk ke Best Western Premier Gangnam

Restoran terbaik di Seoul-Gangnam-Best Western Premier Gangnam

You may also like

Perjalanan Kuliner Melalui Goa: Menemui Masakan Tradisional Goan image

Mulakan perjalanan yang lazat melalui landskap masakan Goa dengan panduan komprehensif kami. Temui gabungan perisa masakan Goan tradisional, daripada vindaloos pedas hingga bebinca manis, dan selami budaya tempatan melalui pasar, kelas memasak dan santapan mampan.

Selamat datang ke Istanbul: Tempat Timur Bertemu Barat image

Mulakan perjalanan 5 hari yang menawan melalui Istanbul, meneroka keajaiban bersejarah dan permata budaya. Temui jadual perjalanan yang dipenuhi dengan istana yang megah, bazar yang meriah dan pelayaran yang indah.

7 Hari dalam Jadual Perjalanan Sydney: Meneroka Tarikan Terbaik di Harbour City image

Mulakan perjalanan 7 hari yang menawan melalui Sydney, Australia. Daripada tanda tempat ikonik seperti Opera House ke Blue Mountains yang tenang dan Darling Harbour yang meriah, temui tarikan terbaik yang ditawarkan oleh Harbour City.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Dalat: Meneroka Hati Tanah Tinggi image

Terokai Jadual Perjalanan Dalat 3 Hari kami yang menawan untuk menemui permata tanah tinggi Vietnam. Dari tasik yang tenang hingga ke tapak bersejarah, nikmati pengembaraan & bersantai di Dalat.

5 Hari dalam Jadual Perjalanan Incheon: Daripada Tapak Bersejarah kepada Keajaiban Moden image

Temui yang terbaik di Incheon dalam masa 5 hari, daripada tapak bersejarah yang mengagumkan kepada keajaiban moden yang canggih. Manjakan diri dengan lawatan kebudayaan, hidangan kulinari, dan pemandangan yang menakjubkan.

Selamat datang ke Bangalore: Kota Taman, Teknologi dan Budaya image

Terokai Jadual Perjalanan 3 Hari kami di Bangalore untuk mendedahkan yang terbaik di Garden City. Daripada istana diraja ke hab teknologi, nikmati gabungan budaya, sejarah dan alam semula jadi.

Selamat datang ke Jadual Perjalanan Impian 7 Hari Anda di Krabi image

Terokai Jadual Perjalanan Krabi 7 Hari eksklusif kami di Panduan Perjalanan Agoda. Temui pantai yang bersih, hutan rimba dan khazanah budaya di syurga Thailand.

7 Hari dalam Jadual Perjalanan Hua Hin/Cha-am: Mendedahkan Pantai Murni dan Retret Diraja image

Mulakan perjalanan 7 hari melalui Hua Hin/Cha-am dengan jadual perjalanan kami yang direka dengan pakar. Temui pantai yang murni, istana diraja dan permata tersembunyi.

Mulakan Percutian Hujung Minggu ke Yilan: Pelarian Pantas ke Alam Semula Jadi image

Mulakan percutian hujung minggu yang luar biasa di Yilan dengan jadual perjalanan pilihan kami. Temui landskap yang subur, berendam di mata air panas semula jadi, dan nikmati hidangan masakan tempatan.

Selamat datang ke Vibrant City of Mumbai: Periuk Lebur Budaya image

Selami budaya, sejarah dan citarasa yang meriah di Mumbai dengan jadual perjalanan 3 hari kami yang terperinci. Temui tanda tempat ikonik, permata tersembunyi dan hidangan kulinari.

Panduan 3 Hari Pencinta Makanan ke Ipoh: Jadual Perjalanan Makanan dan Kuliner Terbaik image

Selami syurga masakan Ipoh dengan panduan pencinta makanan 3 hari kami! Temui tempat makan terbaik, kafe tersembunyi dan hidangan kebudayaan di syurga gastronomi Malaysia.

Selamat datang ke Kobe: Gerbang untuk Penemuan dan Kegembiraan image

Mulakan perjalanan 3 hari yang menawan melalui Kobe, Jepun. Daripada tanda tempat bersejarah hingga keindahan pemandangan, temui yang terbaik di Kobe.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Dallas: Tarikan Wajib Dilawati dan Permata Tersembunyi image

Temui yang terbaik di Dallas dengan jadual perjalanan 3 hari eksklusif kami. Daripada tanda tempat ikonik kepada permata tersembunyi, temui sebab Dallas, TX, adalah destinasi yang mesti dilawati.

Hat Yai: Jadual Perjalanan 5 Hari ke Permata Tersembunyi Selatan Thailand image

Temui yang terbaik di Hat Yai dengan jadual perjalanan 5 hari kami. Daripada pasar yang sibuk hingga ke kuil yang tenang, alami permata tersembunyi di Selatan Thailand.

7 Hari di New York City Itinerary image

Mulakan perjalanan 7 hari yang tidak dapat dilupakan melalui New York City. Dari jalan ikonik Manhattan ke Lembah Hudson yang tenang, temui tarikan utama Big Apple, permata tersembunyi dan budaya meriah.

Menemui Tainan: Jadual Perjalanan 3 Hari Sejarah, Budaya dan Masakan image

Terokai Tainan dalam masa 3 hari dengan jadual perjalanan kami yang mendalam. Temui kuil purba, nikmati hidangan masakan tempatan dan berehat di tempat semula jadi yang tenang.

3 Hari dalam Jadual Perjalanan Macau: Panduan Menjelajah Las Vegas Asia image

Terokai Jadual Perjalanan Macau 3-Hari kami yang menarik untuk mendedahkan gabungan sejarah, budaya dan keseronokan di Asia Vegas.

Percutian Hujung Minggu di Orlando Itinerary: Tarikan Utama & Permata Tersembunyi image

Dedahkan keajaiban Orlando dengan jadual percutian hujung minggu eksklusif kami! Daripada taman tema yang mendebarkan kepada taman yang tenang dan kehidupan malam yang meriah, temui tarikan popular dan permata tersembunyi tempatan.

Jadual Perjalanan 7 Hari di Paris: Meneroka Kota Cahaya image

Temui jadual perjalanan 7 hari terbaik di Paris! Terokai tanda tempat ikonik, nikmati masakan Perancis dan tenggelam dalam seni dan sejarah.

Jadual Perjalanan Nha Trang Pencari Pengembaraan: Panduan 5 Hari yang mendebarkan image

Terokai jadual perjalanan Nha Trang 5 hari kami yang direka untuk pencari pengembaraan! Daripada melompat ke pulau ke selam skuba dan keajaiban budaya, temui yang terbaik di Nha Trang dengan panduan pakar kami.

Jadual Perjalanan Bersiar-siar Goa: Meneroka Mutiara Timur image

Mulakan perjalanan yang tidak dapat dilupakan dengan Jadual Perjalanan Bersiar-siar Goa kami. Terokai pantai yang dicium matahari, kehidupan malam yang meriah, kuil yang tenang dan hidupan liar yang subur.